You are on page 1of 8

PUSAT PENGAJIAN

ILMU PENDIDIKAN
HTV 201 :
TEKNIK BERFIKIR

Nama

Muhammad Tarmizi b Che Hassan

No I/C

930805-03-5069

No Matrik

118659

Kumpulan
Tutorial
Soalan

Selasa (1.00-2.00 Petang)

Guru Tutorial

Prof. Madya Dr.Aziah Bt Ismail

Tarikh Hantar

8 Disember 2016 (Khamis)

Pemikiran Saintifik

1.0 PENDAHULUAN
Pemikiran saintifik adalah satu proses berfikir yang bermula daripada pengalaman
deria atau pancaindera untuk mendapat kebenaran dan pengetahuan. Pemikiran saintifik juga
berasaskan prinsip rasional dan logik kerana sesuatu yang tidak rasional dan tidak logik
dengan sendirinya juga dianggap tidak saintifik. Dalam pemikiran saintifik tumpuannya
adalah lebih kepada prinsip empirikal iaitu bukti saintifik. Pemikiran saintifik juga berasaskan
prinsip rasional dan logik kerana sesuatu yang tidak rasional dan tidak logik dengan
sendirinya juga dianggap tidak saintifik. Dalam pemikiran saintifik tumpuannya adalah lebih
kepada prinsip empirikal iaitu bukti saintifik.
Pemikiran saintifik memerlukan bukti yang secukupnya dan meyakinkan sebelum
sesuatu idea itu dapat diterima. Kaedah eksperimental ini secara ringkasnya ialah kaedah uji
kaji. Untuk menjelaslah sesuatu idea, pendapat ataupun pandangan, melalui kaedah
eksperimental ini mesti melalui prinsip-prinsip induktif seperti pengamatan, pengukuran,
penjelasan dan pemeriksaan.
Selain itu,urutan bagi sesuatu kajian secara saintifik ialah pernyataan masalah,
pernyataan hipotesis, kaedah penyelidikan dan seterusnya mendapat hasil penyelidikan.
Dengan itu lengkaplah kronologinya dan sesuatu idea, pendapat dan pandangan itu boleh
diterima secara pemikiran saintifik.

2.0 ISI-ISI
2.1 Komponen Utama bagi Pemikiran Saintifik
Mencipta hipotesis yang dapat diuji. Inilah langkah pertama yang mesti dilakukan oleh
seorang saintis apabila beliau berfikir. Hipotesis ialah suatu ramalan berkenaan perkaitan
antara dua ataupun lebih variable. Variabel ialah keadaan-keadaan, peristiwa-peristiwa
ataupun tingkah laku yang dapat diperhatikan. Sebagai contoh, memakan jamu menyebabkan
jerawat hilang pada muka adalah satu hipotesis kerana ia dapat diuji samada benar atau tidak.
Memakan jamu ialah variable pertama manakala jerawat hilang ialah variable kedua.
Kenyataan-kenyataan berikut adalah contoh-contoh hipotesis:
a) Gula menyebabkan seseorang menjadi gemuk
b) Kritikan menyebabkan seseorang memperbaiki tingkah lakunya
c) Hadiah yang berharga meninggikan motivasi pencapaian
d) Belajar dengan cara menghafal dapat meninggikan markah peperiksaan

Mengumpul data yang berkaitan. Selepas mencipta hipotesis,


seseorang saintis akan mengumpulkan data bagi menguji hipotesis itu.
Adakah benar gula menyebabkan seseorang menjadi gemuk? Bagi
mengetahui hal ini, seseorang itu mesti menguji hal itu dengan cara
mengumpulkan data. Ada beberapa kaedah yang digunakan oleh para
saintis bagi mengumpulkan data iaitu:
a) Melakukan uji kaji
b) Melakukan kajian kes
c) Memerhatikan perlakuan-perlakuan semula jadi

Melaporkan hasil pemerhatian. Inilah langkah terakhir dalam


pemikiran empirical. Hasil-hasil ujian ini dikehendaki supaya dihebahkan
kepada orang-orang lain yang berminat mengetahui perkara tersebut. Hal
ini kerana hasil ujian itu merupakan suatu ilmu pengetahuan yang baru
ditemui dan berfaedah kepada orang ramai. Laporan itu juga diperlukan
oleh pakar-pakar lain. Mereka akan menilai hasil ujian itu bagi memastikan
ia tidak mengandungi apa-apa kesilapan dari segi saintifik.
Secara ringkasnya komponen yang ada dalam pemikiran saintifik
adalah seperti yang berikut:
Tujuan

Matlamat

diselesaikan
Ramalan

Hipotesis

penyelidikan

atau

yang

masalah

munasabah

yang

ingin

berdasarkan

pemerhatian/pengamatan

Lazimnya, hipotesis ada perkaitan antara dua atau lebih


pembolehubah atau keadaan

Pengumpulan

Digunakan untuk menguji hipotesis yang telah dibuat

Contoh :

Maklumat & Data

Uji kaji, kajian test, soal selidik dan pemerhatian

Keputusan/Verifikasi

Dibuat

berdasarkan

penganalisaan

data

yang

terkumpul

Membuat interpretasi serta kesimpulan tentang kajian yang


telah dijalankan

Contoh Soalan I:

hasil

Penggunaan EcoVan dikatakan menyelesaikan masalah pengangkutan bas dalam kalangan


pelajar USM. Dengan menggunakan pemikiran saintifik, sejauh manakah kenyataan ini
benar?
Tujuan

Untuk mengkaji sama ada penggunaan Eco Van dapat


menyelesaikan masalah pengangkutan bas atau tidak dalam
kalangan pelajar USM.

Hipotesis

Penggunaan

Eco

Van

dapat

menyelesaikan

masalah

pengangkutan bas dalam kalangan pelajar USM.


Pengumpulan Data

& Maklumat

Lakukan uji kaji, pemerhatian atau soal selidik ke atas


kumpulan pelajar.

Contoh : Jumlah penumpang, masa perjalanan, kekerapan


pergerakan, pelajar.

Keputusan/Verifikasi

Keputusan :

a) Masalah pelajar dapat diselesaikan


b) Hanya dapat mengurangkan masalah
c) Tidak membantu

Contoh Soalan II:

Dengan menggunakan pemikiran saintifik, bincangkan kesan-kesan pengambilan makanan


manis secara berlebihan terhadap kesihatan manusia.
Tujuan

Adakah pengambilan makanan manis secara berlebihan akan


memberi kesan terhadap kesihatan manusia ?

Hipotesis

Pengambilan makanan manis secara berlebihan atau banyak


akan memberi kesan kepada kesihatan manusia.

Pengumpulan Data
& Maklumat

Melakukan kajian terhadap 2 kumpulan manusia yang mempunyai


tahap kesihatan yang sama.
Kump A : Diberi makanan manis
secara berlebihan.
Kump B : Diberi makanan yang
kurang manis
*diberi secara berpanjangan.

Keputusan/Verifikasi

Sekiranya kesihatan kumpulan A merosot, kita dapat


membuat andaian dan keputusan bahawa hipotesis awal iaitu
pengambilan makanan manis secara berlebihan akan
memberi kesan kepada kesihatan badan seperti penyakit
Diabetis.

3.0 KESIMPULAN
Dalam pemikiran saintifik ada beberapa prinsip seperti prinsip empirikal, yang bertolak
daripada pancaindera sebagai sumber ilmu yang sebenar, prinsip rasional yang berteraskan

logik, prinsip objektif, yang melihat adanya pemisah mutlak antara subjek dengan objek, dan
prinsip yang berdasarkan hukum sebab dan akibat.
Setiap masalah yang dihadapi pasti mempunyai solusi dan penyelesaian. Oleh itu,
manusialah yang perlu memikirkan dan mangambil langkah yang bijak untuk mengatasi
masalah yang tersebut. Dalam kehidupan itu lumrahnya dengan banyak masalah yang
membelenggu diri masing-masing. Jadi perlulah kepada bentuk-bentuk penyelesaian masalah
yang sesuai dengan keadaan yang dihadapi.

4.0 BIBLIOGRAFI
Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. 2003. Belajar Berfikir. Selangor. PTS Publication &
Distributor Sdn Bhd
Munir Shuib & Azlene Zainal. 2002. Aktiviti Berfikir. Petaling Jaya. Prentice Hall.
Munir Shuib et. al. 2003. Menyelesaikan Masalah Secara Sistematik & Efektif. Petaling Jaya.
Prentice Hall.
Munir Shuib et. al. 2008, Teknik Meningkatkan Kemahiran Berfikir. Petaling Jaya. Prentice
Hall.

You might also like