You are on page 1of 5

PERMAINAN KATEGORI SASARAN

1.0

TAJUK

Harta Milik Saya


2.0

MATLAMAT

Sebagai persediaan guru pelatih untuk meneroka dan merancang aktiviti permainan
kanak-kanak.
3.0

OBJEKTIF

1. Memperolehi pengetahuan yang lebih mendalam tentang aktiviti permainan kanakkanak.


2. Mendapat pengalaman baru dalam mereka cipta permainan kanak-kanak baru yang
lebih kreatif dan inovatif.
3. Melatih kebolehan untuk mengurus dan mengelolakan permainan kanak-kanak
secara sistematik.
4. Mempraktikkan kemahiran penggunaan ICT untuk menyediakan blog berkenaan
aktiviti permainan kanak-kanak.
5. Memupuk sikap dan nilai kerjasama dalam menyumbang dan berkongsi idea sesama
ahli kumpulan.
4.0

PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

4.1

Gambar Alatan Yang Digunakan


Peralatan :

1. Nama Peralatan : Bola Kertas


Bilangan
:5
Kegunaan
: Digunakan sebagai harta untuk membaling dan
melontar.

2. Nama Peralatan : Bakul


Bilangan
:1
Kegunaan
: Digunakan untuk menyimpan bola kertas.

3. Nama Peralatan : Skitel


Bilangan
:8
Kegunaan
: Digunakan untuk mengasingkan zon kepada dua.

4.2

Prosedur Pelaksanaan Permainan


1.

Permainan ini dijalankan dalam dua sesi dan sesi kedua akan dimulakan

dengan
pertukaran watak.
2. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.
3. Setiap kumpulan terdiri daripada lima ahli dan membezakan dengan memakai kain
berwarna.
4. Lima orang pemain sebagai orang kaya diletakkan di zon orang kaya manakala lima
orang pemain sebagai perompak akan berada di zon perompak.
5. Setiap ahli dalam satu kumpulan boleh memainkan peranan sebagai penyerang dan
pertahanan.
6. Kedua-dua kumpulan boleh memasuki gelanggang pihak berlainan.
7. Lima biji bola kertas merupakan harta orang kaya dalam rumah (Kumpulan A) dan
telah
dirampas dan diletakkan dalam kawasan perompak (Kumpulan B).
8. Permainan akan dimulakan di zon perompak dengan rebutan bola daripada
serangan
orang kaya.
9. Selepas mendapatkan bola, kedua-dua kumpulan boleh saling merebut bola untuk
meneruskan permainan.
10. Pemain akan menghantar bola kepada ahli kumpulannya dengan menggunakan
kemahiran melontar, melambung dan membaling sahaja.

11. Sebaik berjaya mendapat harta dari kawasan perompak, harta tersebut hendaklah
dibawa balik ke rumahnya untuk disimpan di dalam bakul.
12. Markah akan diberikan berdasarkan harta yang berjaya dikumpul.

4.3

Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

Petunjuk

4.4

Peraturan Dan Syarat-Syarat Permainan


1. Masa permainan bagi satu sesi adalah 3 minit.
2. Permainan hanya akan dimulakan selepas pengadil memberi arahan.

3. Harta hanya boleh dihantar dengan cara melontar, membaling, atau


melambung.
4. Hanya satu harta boleh dirampas pada satu masa sahaja.
5. Apabila bola terkeluar dari gelanggang, bola akan dimulakan semula di
tengah
gelanggang oleh kumpulan berlainan pula.

Arahan Keselamatan :
1.
2.
3.
4.

Murid melakukan aktiviti dalam keadaan terkawal.


Murid melakukan aktiviti dalam kawasan yang telah disediakan
Murid mengikut arahan guru semasa melakukan aktiviti.
Kawasan aktiviti yang selamat.

You might also like