You are on page 1of 9

Kementerian Pelajaran Malaysia

Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

MATEMATIK

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pelajaran Malaysia

1
Buku Sukatan Pelajaran Matematik, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini
ialah terjemahan yang sah daripada buku Mathematics Syllabus, Integrated
Curriculum for Primary Schools terbitan Curriculum Development Centre,
Ministry of Education Malaysia, Putrajaya.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Malaysia
Tel: 603-88842000 Faks: 03-88849917
Laman Web: http/www.moe.gov.my

Cetakan Pertama 2012


Karya terjemahan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum
Curriculum Development Centre, 2003

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa
jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, makanik, rakaman, atau cara lain
kecuali dengan keizinan bertulis daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.

2
PENGENALAN

Hasrat Negara untuk melahirkan masyarakat yang berketrampilan akan tercapai


sekiranya mereka mahir dalam penggunaan Matematik dalam kehidupan harian. Bagi
mencapai hasrat ini, usaha-usaha perlu diambil bagi memastikan yang masyarakat itu
mengasimilasikan Matematik dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, keupayaan
untuk menyelesaikan masalah dan berkomunikasi dalam matematik mesti dibina dari
peringkat awal supaya murid-murid memperolehi kemahiran-kemahiran itu dan boleh
membuat keputusan dengan berkesan.

Matematik adalah daya penggerak di belakang pelbagai pembangunan dalam bidang


sains dan teknologi. Penguasaan Matematik itu adalah penting dalam menyediakan satu
tenaga kerja untuk menjadi sebuah negara maju. Hasrat Negara menjadi ekonomi
berasaskan pengetahuan boleh dicapai sekiranya kemahiran-kemahiran pembangunan
dan penyelidikan dalam bidang matematik itu dibentuk dari peringkat awal.

Bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan kurikulum Matematik telah disemak


dan dibangunkan semula bagi menyediakan kemahiran dan pengetahuan matematik
berdasarkan kepada keupayaan dan latar belakang murid yang berbeza. Kemahiran
dan pengetahuan ini diterjemah berdasarkan kepada keupayaan murid untuk mencari
maklumat, dan menyesuaikan diri berdasarkan suasana dan cabaran yang ditempuhi.
Kemahiran dan pengetahuan ini dapat membantu murid dalam kerjaya dan ini dapat
memberi manafaat untuk masyarakat dan negara.

Pendidikan di sekolah rendah adalah pendidikan asas. Kurikulum matematik telah


direkabentuk bagi membolehkan semua murid-murid memperoleh kemahiran,
pengetahuan dan nilai-nilai dalam pendidikan matematik. Setiap murid dirangsang dan
dibimbing untuk menguasai kemahiran asas matematik dan pada masa yang sama
membentuk murid supaya lebih kreatif.

Kurikulum Matematik sekolah rendah menumpukan kepada penyedian asas pendidikan


matematik yang berpengetahuan, berkepentingan, dan bersikap positif terhadap
matematik. Kemahiran berfikir dan belajar juga diterapkan dalam proses pengajaran
pembelajaran bagi memudahkan murid menguasai konsep dan proses matematik.

Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, kepelbagaian teknik mesti digunakan.


Gaya pembelajaran murid mesti diambil kira. Kaedah inkuri- penemuan perlu diberi
penekanan supaya pembelajaran matematik menyeronokkan, bermakna, berguna dan
mencabar.

3
Pengajaran di dalam bilik darjah mesti dirancang supaya berkesan. Konsep-konsep dan
kemahiran-kemahiran asas boleh dikukuh dan direalisasikan dengan menggunakan
objek konkrit. Latihan lisan dan kerja bertulis yang mencukupi juga perlu diberi
perhatian. Murid-murid mesti menguasai fakta asas bagi operasi tambah, tolak, darab
dan bahagi.

Penyelesaian masalah adalah satu teknik penting dalam matematik dan perlu diterapkan
dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan satu kemahiran
berfikir, yang membenarkan idea-idea terhasil secara sistematik dan logik. Penguasaan
kemahiran ini membolehkan murid membuat keputusan, aktiviti-aktiviti yang bersesuaian
amat digalakkan supaya kemahiran ini menjadi kukuh di dalam jiwa murid. Murid boleh
menggunakan pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Ini penting kerana
pengalaman, sikap, kepercayaan dan kesediaan belajar murid mempengaruhi strategi
menyelesaikan masalah. Oleh itu pengalaman dan latar belakang murid boleh
dijadikan tanda aras kepelbagaian persoalan yang dikemukakan.

Pendidikan matematik mesti menyepadukan unsur-unsur itu supaya dapat melahirkan


individu yang seimbang dari segi pengetahuan dan sikap. Nilai-nilai moral dan unsur-
unsur seperti pemikiran saintifik, patriotisme dan pendidikan alam sekitar mesti
digabungkan dalam proses pengajaran pembelajaran yang berstruktur dan sistematik.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga harus diberi perhatian
dalam pengajaran dan pembelajaran supaya lebih menarik dan berkesan.

Pentaksiran adalah satu proses berterusan bagi memastikan hasil pembelajaran


tercapai dan juga untuk mengukur sama ada proses pengajaran dan pembelajaran telah
berjaya. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran perlu termasuk unsur diagnostik
kendiri supaya murid dapat menilai tahap pencapaian pemahaman konsep, hasil
pembelajaran dan dapat menilai pencapaian matematik persekolahan mereka.

MATLAMAT

Kurikulum matematik sekolah rendah bertujuan untuk membina pemahaman murid


terhadap konsep nombor dan kemahiran asas dalam operasi, dan diaplikasikan dalam
kehidupan harian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan
aspirasi menjadi sebuah masyarakat dan negara maju, dan pada masa sama kemahiran
ini membolehkan murid melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

4
OBJEKTIF

Kurikulum matematik sekolah rendah membolehkan murid-murid untuk:

1. Mengetahui dan memahami konsep, prosedur dan prinsip berkaitan:


Nombor,
Operasi,
Bentuk,
Ukuran,
perwakilan data;

2. Menguasai operasi asas matematik:


Penambahan,
Penolakan,
Pendaraban,
Pembahagian;

3. Menguasai kemahiran operasi bergabung;

4. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:


membuat anggaran dan penghampiran,
pengukuran,
pengumpulan data,
mewakili maklumat dalam bentuk graf dan carta;

5. Berkebolehan mengunakan kemahiran dan pengetahuan matematik untuk


menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian dengan berkesan dan penuh
tanggungjawab;

6. Berkebolehan menggunakan bahasa matematik yang betul;

7. Berkebolehan menggunakan teknologi yang sesuai dalam membina konsep,


kemahiran dan penyelesaian masalah matematik;

8. Berkebolehan membina pengetahuan secara sistematik, heuristik, dengan tepat dan


berhati-hati;

9. Menyertai aktiviti yang berkaitan dengan matematik;

10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

5
KANDUNGAN ORGANISASI

Kandungan pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah terdiri dari
empat tajuk iaitu Nombor, Ukuran, Bentuk dan Ruang dan Statistik.

Untuk setiap tajuk, topik-topik disusun dari yang paling asas hingga abstrak. Ini
membolehkan guru mengetahui pemeringkatan setiap topik, oleh itu membolehkan guru
merancang pelajaran-mengikut keupayaan murid. Penyelesaian masalah dan kemahiran
komunikasi digabungkan dalam setiap topik.

KANDUNGAN

Bahagian ini menerangkan secara ringkas skop pembelajaran yang meliputi Nombor,
Ukuran, Bentuk dan Ruang, dan Statistik, diikuti oleh satu senarai topik-topik yang
mentakrifkan skop setiap bidang.

1. Nombor
Nombor mewakili satu topik amat penting yang mesti dikuasai oleh murid.
Kemahiran dan pengetahuan mengenai nombor mesti dikuasai sebelum murid
mengikuti topik lain. Topik yang perlu dikuasai adalah Nombor Bulat, Pecahan,
Perpuluhan, Wang dan Peratus. Butiran setiap topik adalah seperti berikut:

1.1 Nombor Bulat


a. Nombor Bulat hingga 7 digit.
b. Penganggaran dan Penghampiran.
c. Penambahan, Penolakan, Pendaraban dan Pembahagian melibatkan
nombor bulat.
d. Operasi Bergabung.

1.2 Pecahan
a. Pengenalan Pecahan.
b. Pecahan Wajar.
c. Pecahan Setara.
d. Pecahan Tak Wajar.
e. Nombor Bercampur.
f. Perbandingan Pecahan.
g. Penambahan dan Penolakan yang melibatkan pecahan.
h. Pendaraban pecahan dengan nombor bulat.
i. Gabungan dua operasi - tambah dan tolak pecahan.

6
1.3 Perpuluhan
a. Pengenalan perpuluhan.
b. Penukaran pecahan ke perpuluhan dan sebaliknya.
c. Perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.
d. Penambahan dan penolakan yang melibatkan perpuluhan.
e. Pendaraban dan pembahagian perpuluhan dengan nombor bulat.
f. Gabungan dua operasi-tambah dan tolak perpuluhan.

1.4 Wang
a. Pengenalan mata wang.
b. Nilai mata wang.
c. Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang melibatkan
wang.
d. Gabungan dua operasi- tambah dan tolak yang melibatkan wang.

1.5 Peratus
a. Pengenalan peratus.
b. Penukaran pecahan dan perpuluhan ke peratus dan sebaliknya.
c. Nilai peratus.
d. Penggunaan peratus dalam kehidupan harian.

2. UKURAN
Ukuran adalah satu bidang yang penting dalam kehidupan harian kita. Pengetahuan
dalam ukuran akan membantu murid menjalankan aktiviti harian mereka. Bidang ini
meliputi Masa, Ukuran Panjang, Timbangan Berat dan Isipadu Cecair.

2.1 Masa
a. Pengenalan masa.
b. Sistem 12 jam dan sistem 24 jam.
c. Tempoh masa.
d. Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang melibatkan
masa.

2.2 Ukuran Panjang


a. Pengenalan ukuran panjang.
b. Ukuran dan penganggaran.
c. Penukaran unit dalam ukuran panjang.
d. Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang melibatkan
ukuran panjang.

7
2.3 Timbangan Berat
a. Pengenalan timbangan berat.
b. Ukuran dan Penganggaran.
c. Penukaran unit dalam Timbangan Berat.
d. Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang
melibatkan Timbangan Berat.

2.4 Isipadu Cecair


a. Pengenalan isipadu cecair.
b. Ukuran dan penganggaran.
c. Penukaran unit dalam Isipadu Cecair.
d. Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang
melibatkan Isipadu Cecair.

3. BENTUK DAN RUANG


Bidang ini menekankan pengetahuan dan kemahiran berkaitan bentuk dan ruang
yang ada hubungan kepada kehidupan harian murid. Ini boleh murid membentuk
satu sikap yang positif dan menghargai keindahan semula jadi yang terhasil.
Bidang ini mengandungi topik:

3.1 Bentuk Dua-Dimensi


a. Jenis Bentuk Dua-Dimensi: Segiempat tepat, segiempat sama, segitiga
sama kaki, segitiga sama, segitiga bersudut tegak dan bulatan.
b. Ciri-ciri bentuk dua-dimensi.
c. Melukis bentuk dua-dimensi.
d. Perimeter segiempat dan segitiga.
e. Luas segiempat tepat, segiempat sama, segitiga sama kaki, segitiga
sama, segitiga bersudut tegak.

3.2 Bentuk Tiga-Dimensi


a. Jenis bentuk tiga-dimensi: kubus, kuboid, piramid, prisma, sfera, silinder
dan kun.
b. Ciri-ciri bentuk tiga-dimensi.
c. Melukis bentuk tiga-dimensi.
d. Isipadu kubus dan kuboid.

8
4. STATISTIK
Statistik mewakili satu bidang pembelajaran yang membolehkan murid
mengumpul, menganalisis dan membuat kesimpulan daripada data. Skop bidang ini
meliputi purata dan perwakilan data.

4.1 Purata
a. Pengenalan Purata.
b. Pengiraan Purata.

4.2 Perwakilan Data


a. Pengumpulan Data.
b. Piktograf dan Carta bar.
c. Maklumat dari Piktograf dan Carta Bar.
d. Membina Piktograf dan Carta Bar.

You might also like