You are on page 1of 35

NAMA INSTITUSI : INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PULAU PINANG

NAMA PELAJAR : RUBAA A/P RAJANDRAN

TAJUK TUGASAN : ESEI BERGAMBAR MENGENAI ISU


GLOBAL SEMASA, PENGUCAPAN AWAM
DAN REFLEKSI

NO. KAD PENGENALAN : 960821-08-5418

KUMPULAN / UNIT : MATEMATIK

KOD DAN NAMA MATA PELAJARAN : 1022 CABARAN DAN ISU SEMASA
DUNIA

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK JALEL BIN ABDUL HAKEEM

TARIKH SERAHAN : 24 SEPTEMBER 2014


PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi pada tempoh

yang telah ditetapkan oleh pensyarah dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak atas bantuan mereka untuk

menyiapkan tugasan-tugasan saya.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu

Encik Jalel Bin Abdul Hakeem kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya

dan rakan-rakan saya untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi.

Terima kasih juga, saya tujukan kepada emak dan kakak saya, Mageswary a/p Perumal

dan Manimeglay a/p Rajandran yang telah memberikan banyak dorongan dan nasihat kepada

saya bagi menyiapkan tugasan-tugasan tersebut. Jasa mereka tidak dapat saya lupakan. Kakak

saya membantu saya untuk mencari maklumat mengenai isu yang saya pilih. Tanpa tunjuk ajarnya

sudah pasti saya tidak dapat membuat tugasan saya dengan lengkap dan sempurna.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas saya kerana mereka sudi menolong saya tanpa

mengira bangsa dan agama bagi melengkapkan tugasan tersebut dengan sempurna. Antaranya

ialah Deepa a/p Vanu, Thenmoze a/p Ramachandran, Kanaga a/p Achiah, Maynaka a/p

Ravichandran dan Mursyida Nazihah Binti Abdul Muttalib.

Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang

membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.
SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA
1. PENGHARGAAN

2. ESEI BERGAMBAR MENGENAI ISU KEMISKINAN

3. RUJUKAN

4. LAMPIRAN

5. SKRIP PENGUCAPAN AWAM

6. REFLEKSI
ISU KEMISKINAN

Pada era moden ini, isu kemiskinan masih wujud di seluruh negara. Isu kemiskinan telah

menjadi salah satu isu global yang kini terpapar di muka depan akhbar dan menggusirkan hati

masyarakat di seluruh dunia. Walaupun dunia semakin pesat dengan teknologi yang canggih

tetapi masih timbul isu kemiskinan di semua negara tidak kira di negara-negara yang maju

mahupun di negara-negara yang membangun. Hal ini mendatangkan impak yang besar kepada

seluruh dunia termasuk negara kita.

Sebelum membincangkan tentang kesan kemiskinan kepada semua negara marilah kita

mengkaji tentang definisi kemiskinan. Kemiskinan biasanya ditakrifkan secara relatif mengikut

keadaan masyarakat di sesebuah negara. Menurut Dr.Syed Husin Ali (1983), kemiskinan adalah

ketidakmampuan untuk mendapat keperluan asas, iaitu makanan, tempat tinggal, dan pakaian

dan keperluan sosial seperti pendidikan, perubatan, dan kenderaan. Kamal Salih (1983) pula

mendefinisikan kemiskinan sebagai golongan yang tidak mempunyai sumber pendapatan,

golongan yang tidak berhak mempunyai kuasa dalam pemberian pendapat, kuasa politik,

pemilikan faktor-faktor pengeluaran, pendidikan dan sebagainya serta golongan yang tidak dapat

menikmati keperluan seperti perlindungan, pendidikan asas, perubatan, dan lain-lain dalam

sesebuah masyarakat.
Definisi kemiskinan oleh Bank Dunia ialah peminggiran dari kesempurnaan hidup. Menurut

badan dunia tersebut, kemiskinan, secara tradisinya diertikan sebagai peminggiran material yang

berkait rapat dengan kekurangan pendapatan dan kekurangan penggunaan (low

consumption) dimana kedua-dua faktor ini selari dengan kekurangan zat makanan dan keadaan

hidup yang daif. Bank Dunia berpendapat bahawa definasi kemiskinan yang lebih tepat dan

diterima ramai adalah kemiskinan yang berkait dengan kemiskinan kemanusian yang difaktori oleh

tahap kesihatan dan pendidikan yang rendah. Bagi Bank Dunia, tahap kesihatan dan pendidikan

yang rendah merupakan faktor dan juga akibat daripada kemiskinan.

Di Malaysia, kemiskinan diukur menggunakan PGK yang didefinasikan sebagai pendapatan

yang diperlukan bagi memenuhi keperluan minimum termasuklah makanan, kesihatan, pakaian,

pendidikan, rekreasi, pengangkutan, minyak dan sewa. Dari segi ukuran kemiskinan, ianya adalah

berbeza mengikut tempat, keadaan dan masa. Di Amerika contohya pendapatan di bawah

RM1000 adalah sudah dianggap miskin berbeza dengan negara kita. Di Malaysia beberapa

pengkaji seperti Chamsuri Siwar telah menggunakan tiga Pendekatan Garis Kemiskinan (PGK)

untuk mengenal pasti kemiskinan yang berlaku di Malaysia iaitu PGK Nasional RM425, PGK

DBKL RM500 yang berasaskan kos sara hidup di bandar dan PGK RM700 sebagai patokan

kelayakan bagi permohonan rumah kos rendah. Golongan yang pendapatan seperti inilah

diklasifikasikan sebagai golongan miskin jika pendekatan ini digunakan.


Angka terbaru jumlah kemiskinan di Amerika Syarikat berdasarkan Laporan Jabatan

Perubahan dan Pembangunan Bandar Amerika Syarikat, meningkat pada kedudukan tertinggi

sebanyak 46.2 juta orang. Angka ini merupakan rekod tertinggi sejak jabatan itu mula mengumpul

data mengenai keluarga miskin pada tahun 1959. Dari jumlah itu, dianggarkan 9.2 juta penduduk

Amerika Syarikat hidup bawah paras kemiskinan manakala hampir 700,000 rakyat negara itu tiada

tempat tinggal. Kemiskinan di Amerika Syarikat adalah berlandaskan dari pendapatan tahunan

rakyatnya yang kurang daripada AS$22,314 (RM69,173) untuk keluarga dengan empat orang ahli

atau AS$11,139 (RM34,350) bagi seorang. Melihat kepada statistik baru ini jumlah warga Amerika

Syarikat yang hidup di bawah garis kemiskinan ini meningkat dalam tempoh empat tahun berturut-

turut. Data tersebut turut menyatakan warga kulit hitam dan Hispanik menduduki kedudukan

pertama daftar kemiskinan tertinggi. Laporan itu mencatatkan 25.8 peratus warga kulit hitam hidup

dalam kemiskinan, sementara keturunan Hispanis mencecah 25.3 peratus.

Rata-rata pendapatan tahunan keluarga di sana berdasarkan laporan ini adalah sekitar AS$

49,445 (RM153,279 ) menurun 2.3 peratus berbanding tahun sebelumnya. Angka kemiskinan di

negara itu meningkat di atas 15 peratus, meningkat 0.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Demikian juga halnya dengan angka pengangguran yang meningkat di atas 9 peratus. Sementara

itu, warga Amerika yang tidak mempunyai insurans kesihatan tetap pada kedudukan kira-kira 50

juta orang. Melihat kepada keadaan semasa ini adalah tidak mengejutkan ramai di antara mereka

terpaksa merempat di tepi jalan mahupun tinggal di kawasan saliran bawah tanah. Ini yang
berlaku kepada pasangan kekasih, Steven dan Kathryn serta pasangan suami isteri, Amy dan JR

yang memilih untuk menetap di bahagian bawah 'Kasino Ceaser Palace', iaitu di terowong saliran

bawah tanah. Mereka telah menetap di situ sejak 2008 memandangkan kos hidup yang tinggi

selain sukar mendapat pekerjaan.

Selain itu, Republik Mozambik adalah sebuah negara di bahagian selatan Afrika yang

bersempadan dengan Afrika Selatan, Swaziland, Tanzania, Malawi, Zambia dan Zinbabwe. Ibu

negaranya sekaligus bandar terbesarnya ialah Maputo yang terletak di selatan negara tersebut.

Menurut data IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), GDP tahunan negara ini berlegar sekitar

8% antara tahun 1994-2006. Walaubagaimanapun, Mozambik tetap menjadi salah satu negara

termiskin dan termundur di dunia. Keadaan ekonomi negara ini bertambah parah dengan pelbagai

masalah dihadapi penduduknya seperti peperangan saudara dan penyakit berjangkit yang

mengakibatkan banyak yang maut.

Isu kemiskinan mendatangkan banyak kesan kepada seluruh dunia. Kesan-kesan

kemiskinan kepada semua negara, termasuk kepada negara Malaysia ialah situasi kemiskinan

mampu menggugat ketenteraman masyarakat serta kemajuan negara. Kecenderungan untuk

berlakunya jenayah dan kekejaman akan meningkat sekiranya masalah kemiskinan tidak diatasi.

Dalam kalangan masyarakat, ramai daripada mereka terdiri daripada golongan miskin yang tidak

akan dihormati atau dipandang rendah oleh masyarakat lain. Oleh itu, masyarakat yang hidup

dalam kemiskinan cuba mencari jalan mudah untuk hidup mewah iaitu dengan cara mencuri,
meragut, pecah rumah, dan sebagainya. Mereka bertindak seperti itu semata-matanya untuk

mencari duit supaya mereka dapat mengatasi masalah kemiskinan dalam kehidupan mereka. Isu

jenayah ini akan menyebabkan negara dalam keadaan yang tidak aman dan sentiasa huru-hara.

Pendek kata, isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat merupakan salah satu faktor berlakunya

jenayah di semua negara.

Antara kesan kemiskinan yang amat ternampak adalah masalah pengemis. Wujudnya

pengemis di tepi jalan raya disebabkan oleh kemiskinan. Golongan yang terlalu miskin di

sesetengah negara terpaksa mengemis kerana peluang pekerjaan di negara-negara tersebut

sangat tepis. Negara yang mempunyai jumlah bilangan rakyat yang banyak, selalunya kurang

mempunyai peluang pekerjaan dan harga barang juga tinggi. Contohnya, di India kehidupan anak

gelandangan yang terpaksa mengemis kepada setiap orang yang lalu lalang adalah satu perkara

yang biasa. Setiap hari apabila malam semakin lewat maka golongan pengemis juga bertebaran

memenuhi kawasan seperti di bawah jambatan dan tepi-tepi jalan untuk mencari tempat

melelapkan mata sementara menunggu hari kembali cerah keesokannya. Pelbagai masalah juga

tertimbul atas punca masalah pengemis. Dengan ini, kita boleh menegaskan bahawa isu

kemiskinan mendatangkan masalah pengemis di sesebuah negara.


Kesan kesan lain yang boleh dilihat ialah penduduk yang berpendapatan rendah

ketiadaan kemudahan perumahan yang selaras dangan kemampuan merupakan suatu masalah

yang sukar diatasi (Chamhuri Siwar, 1996). Ini memaksa kebanyakan daripada mereka untuk

tinggal di kawasan setinggan. Apabila melihat dalam konteks taraf hidup, terutama dari segi

keselesaan tempat tinggal, penduduk luar bandar yang miskin didapati lebih selesa berbanding

dengan penduduk bandar miskin yang tinggal di kawasan setinggan. Oleh itu, berlakunya

penempatan setinggan pada kadar yang sangat tinggi dan ianya merupakan kawasan kediaman

yang tidak sah dari segi undang-undang. Oleh itu bekalan kemudahan asas adalah kurang dan

keadaan perumahan tidak tersusun (Nik Hashim, 1996).

Bagi kesan dari segi ekonomi, kesan kemiskinan menyebabkan peningkatan perbelanjaan

kerajaan. Perbelanjaan kerajaan akan meningkat disebabkan kerajaan terpaksa menanggung

perbelanjaan yang besar bagi membasmi kemiskinan. Perbelanjaan yang besar ini seterusnya

akan menyebabkan aktiviti pembangunan yang lain terjejas kerana telah dibelanjakan bagi

menampung kos program-program pembasmian kemiskinan. Isu kemiskinan juga membebankan

kerajaan, contohnya di Malaysia kerajaan terpaksa membina perumahan dengan kos yang rendah

untuk golongan miskin. Hal ini menjejaskan ekonomi negara dan jika isu ini berlarutan ekonomi

negara akan mundur. Jelaslah bahawa isu kemiskinan menyebabkan peningkatan perbelanjaan

kerajaan.
Lebih-lebih lagi, isu kemiskinan juga menyebabkan golongan miskin terpaksa hidup dengan

kelaparan. Mengikut laporan PBB, terdapat sekurang-kurang 20000 orang mati akibat kelaparan

setiap hari. Malah, golongan kanak-kanak telah merangkumi jumlah kematian kelaparan yang

terbanyak. Kelaparan akan mendorong pelbagai penyakit seperti kekurangan zat, AIDS, HIV dan

lain-lain. Ini disebabkan mereka yang mengalami kemiskinan tidak mampu membeli makanan,

maka mereka sentiasa berlapar dan akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit. Bagi

golongan yang berpenyakit dan sering berlapar, mereka tidak berupaya dan bertenaga untuk

bekerja kerana kemiskinan. Penduduk di Afrika merupakan golongan yang menghidapi penyakit

AIDS dan HIV yang terbanyak di seluruh dunia. Tambahan lagi, menurut kajian Pertubuhan

Kesihatan Dunia, terdapat 90% kematian daripada jangkitan penyakit Malaria berlaku di Afrika.

Tahap keseriusan daripada kesan kemiskinan di setempat itu telah mengejutkan seluruh dunia ini.

Kemiskinan boleh menyebabkan seseorang kehilangan peluang untuk mendapat

perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Kos perubatan betul-betul membawa satu beban yang

amat besar kepada golongan miskin yang mungkin hanya berkemampuan untuk memenuhi

keperluan daripada aspek makanan sahaja. Golongan miskin juga tidak mampu membiayai kos

rawatan untuk penyakit kronik seperti kanser, kegagalan buah pinggang, sakit jantung, patah

tulang, lumpuh kerana angina ahmar dan sebagainya. Oleh sebab golongan miskin tidak dapat

membiayai kos perubatan, maka ramai daripada mereka meninggal dunia tanpa sebarang
rawatan. Tegaslah bahawa kemiskinan menyebabkan golongan miskin tidak mampu mendapat

perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Seterusnya, terdapat juga kes membunuh diri akibat kemiskinan. Dewasa ini, Malaysia

telah menunjukkan prestasi yang disanjungkan di persada dunia ini. Malah, wawasan 2020 yang

dinanti-nantikan sedang diusahakan dalam tahun ke tahun. Kendalipun, kesampaian ini tidak akan

tercapai sekiranya kemiskinan di Malaysia tidak dipandang serius oleh masyarakat Malaysia.

Terdapat laporan telah menunjukkan kemiskinan rumahtangga di Malaysia agak serius di luar

bandar terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Antara sebab yang

mengakibatkan kemiskinan adalah ketidaksetaraan pendapatan antara bandar dan luar bandar.

Pembahagian desa-bandar juga mendorong jurang ini berlaku. Mengikut kajian, pendapatan

rumahtangga pendesaan hanya merangkumi 55% daripada pendapatan rumahtangga di bandar

sahaja pada tahun 1999. Kemiskinan sekali menggemparkan masyarakat Malaysia apabila

terdapat satu berita yang dilaporkan bahawa seorang budak lelaki telah membunuh diri kerana dia

tidak mampu membeli sebatang aiskrim di sekolahnya dan hal ini menyebabkan rakan-rakan

mentertawakan dia. Kejadian berlaku di Penampang, Sabah dan ibu kepada budak kecil ini yang

merupakan seorang pesakit yang menghadapi penyakit jantung perlu menyara 7 orang anak

dengan RM70 sebulan daripada sumbangan jabatan kebajikan. Kita tidak dapat bayangkan

bahawa seseorang itu sanggup membunuh diri disebabkan kemiskinan dan lagipun dia adalah

seorang kanak-kanak sahaja.

Kesan lain daripada isu kemiskinan ialah berlakunya pencemaran alam. Golongan miskin

yang mencemarkan alam sekitar kebanyakkannya terdiri daripada masyarakat setinggan yang

serba kekurangan, terutamanya dari segi kemudahan awam. Keadaan tempat tinggal yang sesak

dan tidak selesa, tahap pendidikan yang rendah dan ketiadaan kemudahan asas menyebabkan

golongan ini mudah dihinggapi penyakit. Mereka juga terpaksa mengenakan kesan luaran dalam
bentuk pencemaran air dan udara kepada golongan pengguna lain apabila melakukan

pembuangan sampah ke dalam sungai atau di kawasan sekeliling.

Isu kemiskinan terhadap pendidikan di negara kita Malaysia ialah orang miskin mudah

kehilangan peluang untuk mendapat pendidikan. Yuran atau kos untuk membeli buku dan pakaian

sekolah menjadi beban kewangan kepada satu keluarga terutamanya keluarga yang berbilangan

anak banyak. Kos pengajian institusi pengajian tinggi juga menghalang pelajar miskin untuk

melanjutkan pendidikan ke peringkat yang tinggi. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan

bilangan buta huruf meningkat. Kadar buta huruf yang tinggi dan tahap ilmu yang rendah terhadap

bidang sains dan teknologi serta bidang profesional lain akan menjadi satu kekangan kepada

perkembangan ekonomi dan sosial negara.

Selanjutnya, sekolah atau institusi pendidikan tidak dapat dibina kerana kos pembinaan

sekolah adalah tinggi dan tidak mampu ditanggungkan oleh sesebuah negara yang miskin. Kanak-

kanak di pedalaman seperti di negeri Sarawak dan Sabah tidak mendapatkan pendidikan kerana

kekurangan sekolah dan pengajar. Hal ini akan menyebabkan kadar buta huruf meningkat.

Sesetengah kumpulan kanak-kanak di pedalaman dianggap bertuah kerana terdapat pihak

kebajikan sosial mengajar mereka secara percuma walaupun tempat pengajaran hanya berada di

sebuah pondok yang kecil. Bagi kanak-kanak yang tidak berpeluang untuk mendapat pendidikan
atau hanya mempunyai tahap pendidikan yang rendah, mereka mudah terlibat dalam masalah

sosial seperti pengambilan dadah, kehamilan pada usia yang muda dan sebagainya. Ini kerana

mereka tidak dididik tentang perkara yang manakah adalah betul atau salah. Di samping itu,

kemiskinan juga menyebabkan anak-anak tidak dapat mencari pekerjaan yang bergaji tinggi pada

masa depan kerana taraf pendidikan mereka yang rendah itu. Mereka terpaksa mewarisi

pekerjaan keluarga mereka seperti nelayan atau memegang pangkat yang rendah dalam

sesebuah organisasi yang kecil sahaja.

Kebanyakan keluarga yang menghadapi penurunan dalam pendapatan isi rumah benar

akan mengurangkan penyertaan anak-anak mereka dalam bidang akademik. Sebaliknya, ibu bapa

lebih menggalakkan anak-anak mereka untuk bekerja pada usia yang muda demi mengurangkan

beban mereka. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena

lumrah di Malaysia. Faktor utama yang menyebabkan masalah ini merupakan kemiskinan.

Dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga dan menimba pengetahuan baru,

mereka terpaksa untuk melepaskan peluang pendidikan untuk terlibat dalam pekerjaan. Dengan

ini, semakin hari bilangan jumlah kanak-kanak yang bekerja bertambah seperti cendawan tumbuh

selepas hujan. Kanak-kanak yang bekerja berasa letih dan tidak lagi berminat untuk belajar di

sekolah. Lama-kelamaan kanak-kanak yang bekerja itu mengambil keputusan untuk berhenti

sekolah dan memilih untuk bekerja sepenuh masa. Dengan ini, kanak-kanak tersebut menjadi

buta huruf dan tahap pendidikan dalam kalangan kanak-kanak menurun. Seperti yang kita ketahui,

pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara, sekiranya generasi muda ini tidak mempunyai

ilmu maka siapa lagi yang akan memerintah negara kita pada masa depan?? Jelaslah bahawa

kemiskinan menjadi penghalang kepada generasi muda untuk menuntut ilmu.


Di Malaysia pada awal 1990-an, perbelanjaan kerajaan ke atas pendidikan melebihi 4% dari

KDNK (Booth 1999d: Jadual 6). Cabaran terbesar kerajaan ialah untuk mengekalkan ataupun

meningkatkan tahap perbelanjaan ini untuk melaksanakan polisi seperti yang telah dicadangkan

berikutan krisis ini. Akibat krisis ekonomi, kerajaan telah menarik balik banyak program tajaan

pendidikan ke luar negeri dan menempatkan mereka di universiti-universiti tempatan. Antara

program yang dimansuhkan ialah program TESL berkembar dengan United Kingdom dan New

Zealand. Beberapa program profesional seperti perubatan, undang-undang di luar negeri turut

dikurangkan untuk menjimatkan kos. Hal ini membuktikan bahawa kemiskinan sesebuah negara

menjejaskan pendidikan rakyat negara tersebut.

Kesimpulannya, bak kata pepatah melayu yang berbunyi "sepakat membawa berkat". Kita

haruslah berganding bahu dan bekerjasama membantu golongan yang miskin ini agar masalah
kemiskinan dapat dibendungkan supaya negara dapat menjadi cemerlang, gemilang dan

terbilang.
RUJUKAN
RUJUKAN DARI LAMAN SESAWANG :

1. S.O.S.I.A.L. (2010). Kemiskinan. Dimuatturun 13 September 2014 dari


http://sblm-1053.blogspot.com/2010/08/kemiskinan.html
2. Kumpulan C36. (2010). Kesan Kemiskinan. Dimuatturun 15 September 2014 dari

http://kumpulanc36.blogspot.com/2010/08/kesan.html
3. Hitam Dan Putih. (2009). Kemiskinan. Dimuatturun 15 September 2014 dari

http://ridzuansubri.blogspot.com/2009/06/kemiskinan.html
4. Living Life Lively. (2012). Kemiskinan Global. Dimuatturun 17 September 2014 dari

http://kanshaforlife.wordpress.com/2012/09/28/isu-isu-global-kemiskinan-global/

RUJUKAN DARI KAMUS :

1. Kamus Dewan (edisi keempat). (2010). Selangor: Dawama Sdn. Bhd.


LAMPIRAN

Gambar-gambar yang menunjukkan isu kemiskinan


Keratan akhbar tentang isu kemiskinan
JADUAL 1.1 YANG MENUNJUKKAN STATISTIK KEMISKINAN TEGAR DI MALAYSIA
JADUAL 1.2 YANG MENUNJUKKAN TABURAN ETNIK PALING MISKIN DI MALAYSIA
GRAF 2.1 MENUNJUKKAN TABURAN KEMISKINAN DI MALAYSIA
GRAF 2.2 MENUNJUKKAN JUMLAH PENDUDUK MISKIN DI MALAYSIA DARI TAHUN
2004 HINGGA 2010
GRAF 2.3 MENUNJUKKAN PERATUS KEMISKINAN DI DUNIA
GAMBAR RAJAH 3.1 YANG MENUNJUKKAN KESAN-KESAN KEMISKINAN

J ADU AL KERJ A
BIL PERKARA TAR I KH TAR I KH C A TATA N

MULA SIAP

1. Perancangan 11/ 9/ 14 12/9/14 Memilih tajuk

/ Draf. Kemiskinan.

2. Penghasilan 13/9/14 17/9/14 Dapat mengetahui

Esei sedikit sebanyak

Bergambar mengenai isu

kemiskinan ini.

3. Pengumpulan 18/9/14 20/9/14 Menghantar kepada

dan Binding pensyarah.

TUGASAN 2 : PENGUCAPAN AWAM

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah saya dan rakan-rakan sekalian. Pada

hari yang mulia ini, saya ingin berucap tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara kita

dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan yang

diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Wawasan
2020 dibentuk bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan

negara yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Wawasan ini bukan sahaja untuk

meningkatkan bidang ekonomi negara, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian,

psikologi, perpaduan nasional dan sebagainya. Menjelang wawasan 2020, negara kita Malaysia

telah menghadapi beberapa cabaran yang hebat. Sebagai status negara yang sedang

membangun, negara kita sememangnya menghadapi cabaran yang semakin mencabar dari segi

semua aspek seperti sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.

Cabaran yang pertamanya ialah cabaran dari segi aspek sosial. Baru-baru ini, isu

penyalahgunaan dadah telah menjadi satu isu yang hangat dan sering terpapar di muka depan

akhbar. Menurut laporan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terdapat kira-kira 8,468 penagih

dadah yang telah dikenalpasti di Malaysia pada tahun 2012. Saban tahun penyalahgunaan dadah

semakin meningkat apabila terdapatnya kepelbagaian teknologi yang membolehkan dadah

dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti serbuk, cecair dan pil. Selain itu, dadah juga mudah

diperoleh disebabkan sindiket dadah semakin meluas. Jika masalah ini tidak ditangani dengan

segera maka kadar penagihan dadah akan meningkat dan hal ini akan melambatkan proses

negara kita ke arah negara yang maju pada tahun 2020.

Langkah menangani cabaran tersebut ialah kerajaan mempergiatkan program Rakan Muda, kem

motivasi dan lain-lain program yang meliputi pelbagai aktiviti. Hal ini demikian kerana melalui kem-

kem ini para remaja dapat memenuhi masa senggang mereka dengan aktiviti lebih berfaedah.

Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen anti-dadah dan menyiarkannya melalui media

massa. Undang-undang dan hukuman bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dan mengedar

dadah hendaklah diketatkan lagi bagi mengelakkan masalah ini terus berleluasa. Agensi yang

ditubuhkan seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan jentera

mereka memantau bekas penagih agar mereka tidak kembali menagih dadah kembali.
Cabaran yang seterusnya ialah cabaran teknologi maklumat dan komunikasi. Kita semua pasti

tahu bahawa teknologi komunikasi membawa pelbagai kebaikan kepada penggunanya dari segi

pengaliran maklumat dan informasi terkini dengan mudah terutamanya kepada golongan belia.

Walau bagaimanapun kita harus sedar bahawa teknologi maklumat terutamanya internet adalah

sangat luas dan dikatakan sebagai tiada sempadan. Oleh itu, sememangnya tidak dapat disangkal

lagi bahawa maklumat yang mengalir kepada golongan belia bukan sahaja maklumat yang

penting dan mereka perlukan tetapi juga maklumat yang berbentuk negatif seperti hasutan, fitnah

dan sebagainya.Maklumat negatif yang diperoleh akan mempengaruhi minda golongan belia

seterusnya kehidupan dan sosial mereka. Maka, hasrat negara untuk melahirkan golongan remaja

yang berminda kelas pertama tidak akan tercapai sekiranya masalah ini berterusan.

Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah

memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap

laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap

jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta

masa. Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak

sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya

hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu

menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela. beberapa

saranan yang diberi iaitu peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian

yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau

pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti

masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai

masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa
memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai

kedudukkan moral yang baik.

. Pihak kerajaan haruslah mengadakan dan memastikan prasarana ICT selamat digunakan

dengan melaksanakan polisi-polisi yang efektif, terkini dan praktikal. Kerajaan seluruh dunia perlu

bersedia berdepan dengan pelbagai ancaman jenayah siber yang berlaku. Undang-undang siber

dan yang berkaitan dengannya perlu dikaji dari masa ke semasa mengikut tahap ancaman global

yang selalu berubah-ubah. Selain itu, satu unit khas yang celik komputer dan berpengetahuan

tinggi dalam dunia siber haruslah ditubuhkan untuk menangani penularan jenayah ini dengan

berkesan.

Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa Negara kita Malaysia, untuk melalui era

transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Kesedaran adalah implikasi daripada

kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran

kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa,

dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini.

Semua Negara juga haruslah berganding bahu untuk menangani fenomena ini agar Malaysia

boleh melahirkan insan minda kelas pertama. Sekian terima kasih.

REFLEKSI

Saya Rubaa a/p Rajandran, dari kumpulan PPISMP Matematik Ambilan Jun 2014 telah

menyiapkan satu tugasan yang diberi oleh pensyarah saya bagi matapelajaran Cabaran Dan Isu

Semasa Dunia. Saya berjaya menyiapkan tugasan tersebut pada masa yang ditentukan oleh
pensyarah saya. Saya menerima tugasan tersebut pada bulan September ini dan tugasan ini

terdiri daripada tiga tugasan. Tugasan pertamanya ialah menulis esei bergambar mengenai satu

isu global, tugasan keduanya ialah pengucapan awam dan tugasan ketiganya ialah menulis

refleksi. Saya dikehendaki menulis sebuah esei bergambar yang berkaitan tentang isu global

semasa. Saya memperoleh banyak pengajaran dalam proses membuat tugasan ini. Pengajaran-

pengajaran yang saya perolehi itu dapat menjadi pedoman hidup saya sekaligus dapat

meningkatkan tahap pengajaran saya pada masa hadapan.

Semasa saya menerima tugasan tersebut, banyak persoalan tentang tugasan tersebut

muncul dalam fikiran saya. Saya menanya diri saya adakah saya mampu menyiapkan ketiga-tiga

tugasan tersebut pada masa yang ditetapkan kerana tinggalnya lebih kurang dua minggu sahaja

untuk menghantar tugasan tersebut. Keadaan ini memberi tekanan kepada saya untuk

menyiapkan tugasan tersebut. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan

tugasan tersebut mengikut arahan yang telah diberikan. Saya percaya kepada diri saya bahawa

saya boleh menyiapkan tugasan tersebut pada masa yang ditetapkan. Saya juga meneruskan

usaha saya tanpa rasa jemu dan bosan.

Semasa menjalankan tugasan tersebut, saya mengalami banyak cabaran dan rintangan.

Antaranya ialah, saya menghadapi masalah untuk memilih satu isu global semasa. Saya berasa

keliru dengan isu yang saya pilih. Untuk penjelasan yang lebih lanjut, saya bertanya kepada rakan

sekelas saya. Mereka menjelaskan saya tentang isu global semasa. Dengan tunjuk ajar rakan-

rakan saya, saya mendapat gambaran untuk menulis esei bergambar mengenai isu yang saya

pilih. Isu yang saya pilih ialah isu kemiskinan. Tugasan ini mengajar diri saya agar berani mencuba

sesuatu baru dan menghadapi cabaran dan kekangan untuk mencapai kejayaan. Daripada

tugasan ini, saya sedar bahawa kejayaan tidak akan dikecapi tanpa usaha yang berterusan. Betul

kata peribahasa melayu, yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.

Sebelum tugasan ini, saya tidar sedar akan maksud peribahasa tersebut tetapi sekarang saya

dapat memahami keterangannya dengan lebih lanjut.


Selain itu, saya dan rakan sekelas saya juga membincang tentang tugasan tersebut dalam

Whatsapp Group. Dalam perbincangan, kami saling menukar pendapat antara satu sama lain

dan mempelajari kepentingan nilai bekerjasama dalam kumpulan. Hasil perbincangan tersebut,

saya dapat memahami tugasan tersebut dengan lebih mendalam dan akhirnya saya dapat

memilih sebuah isu yang berkaitan dengan masalah global. Saya mempelajari bahawa

mengkongsi maklumat dan memberi pandangan terhadap sesuatu dapat membantu saya untuk

menyiapkan tugasan tersebut dengan mudah. Saya juga mempelajari bahawa penghasilan kerja

kursus yang mantap dan berkualiti adalah hasil daripada perbincangan kumpulan. Daripada

tugasan tersebut, sebagai seorang bakal pendidik saya sedar akan kepentingan nilai kerjasama

dalam kumpulan supaya saya dapat menyesuaikan diri saya di tempat kerja pada masa akan

datang.

Lebih-lebih lagi, saya juga dapat meningkatkan ilmu dalam aspek ciri penulisan sebuah esei

yang panjang. Saya dapat mengetahui banyak perkataan baru dan dapat meluaskan kosa kata

serta dapat mempelajari cara untuk menyambung ayat dengan frasa yang menarik atau ungkapan

yang menarik. Daripada tugasan tersebut, saya mengetahui tentang masalah kemiskinan dunia

secara mendalam. Saya menyiapkan tugasan ini dengan penuh kesungguhan. Saya mencari

maklumat dan bahan-bahan bacaan mengenai isu yang telah saya pilih di pusat sumber mahupun

di laman sesawang. Pencarian maklumat ini agak mencabar tetapi saya tetap meneruskan

perjuangan dengan penuh semangat.

Selain tugasan menulis esei, saya juga melaksanakan tugasan pengucapan awam.

Tugasan ini dilakukan dalam kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada Deepa a/p Vanu,

Thenmoze a/p Ramachandran dan saya sendiri. Saya dan rakan saya bersama-sama mencari

maklumat untuk menyediakan skrip bagi pengucapan awam. Kami juga bekerjasama membuat

skrip tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara kita dan langkah-langkah untuk

mengatasinya. Tugasan ini memberi keyakinan kepada saya untuk berucap di hadapan orang

ramai. Daripada tugasan ini, saya dapat pengalaman baru iaitu berucap di hadapan orang ramai.

Selain itu, saya juga dapat membelajar cara berucap dengan melaksanakan tugasan tersebut.
Walaupun saya mengalami kesukaran ketika melaksanakan tugasan ini tetapi banyak

kebaikan diperoleh. Saya bersyukur kerana rakan sekelas saya membantu dan memberi pendapat

mereka kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh pensyarah saya.

Kesuntukkan masa merupakan masalah yang saya hadapi ketika menyiapkan tugasan ini. Saya

kurang bijak dalam menguruskan masa kerana saya tidak pernah membuat tugasan seperti ini

sebelum ini. Ketika melaksanakan tugasan ini, saya dapat mempelajari cara membuat jadual

waktu supaya masa digunakan dengan betul. Melalui tugasan ini, saya menghargai masa dan

sedar bahawa betapa pentingnya masa dalam kehidupan kita. Masa itu emas. Oleh itu, sebagai

seorang bakal guru saya menghargai masa dan berusaha mengelakkan masa terluang untuk

aktiviti yang tidak berfaedah.

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya memperolehi kekuatan untuk

menempuh cabaran dengan penuh keyakinan diri. Daripada tugasan ini, saya sedah bahawa

sebagai seorang guru saya perlu menguasai kemahiran penggunaan komputer. Pembelajaran

menjadi efektif jika menggunakan kemahiran komputer. Sebagai seorang guru saya perlu

mengejar dunia teknologi yang canggih ini supaya dapat melengkapkan diri saya dengan ilmu

komputer. Daripada tugasan tersebut, saya dapat menguasai kemahiran komputer dengan lebih

mendalam kerana setiap tugasan perlu dibuat dengan menggunakan komputer.

Saya mendapat iktibar bahawa kerjasama perlu diutamakan untuk melakukan sesuatu.

Sesuatu tugasan akan menjadi berat jika tiada sesiapa pun yang memberi bantuan kepada kita.

Oleh itu, saya sedar bahawa bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Sebagai seorang bakal

pendidik, saya sepatutnya mengamalkan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai tersebut

kepada pelajar supaya mereka dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Saya

sedar bahawa guru merupakan agen yang menyampaikan maklumat kepada pelajar dan

penyampaiannya perlulah dalam cara yang bersopan-santun. Saya mengetahui bahawa guru

mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membentuk anak-anak murid mereka dengan

penuh kesantunan.
Selepas saya menulis esei, saya telah menyemak semula kesilapan tatabahasa, struktur

ayat dan penggunaan perkataan yang sesuai dalam penulisan esei. Saya berasa gembira kerana

dapat menghasilkan esei yang berkualiti dan mantap. Saya dapat memperoleh keyakinan diri

semasa menulis esei dengan menggunakan frasa yang menarik. Saya dapat mengetahui

kebolehan dan kelemahan saya dalam menulis esei. Saya mempelajari cara untuk menghasilkan

esei yang mantap dengan menggunakan strategi strategi yang tertentu. Sebagai seorang bakal

pendidik, saya akan mengaplikasikan strategi strategi ini dalam pembelajaran dan pengajaran

saya semasa di sekolah nanti. Saya akan menggalakkan para pelajar untuk menggunakan

strategi-strategi tersebut untuk menghasilkan esei yang cemerlang dan berkualiti. Daripada

tugasan tersebut, saya dapat memahami tentang masalah kemiskinan dan kesannya kepada

semua negara dan kesannya terhadap pendidikan di negara kita Malaysia.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan

saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran agar lebih

proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan masa

saya dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan ini, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang

berkualiti selain dapat menggunakan masa yang lebih untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah dan rakan

sebaya saya kerana banyak membantu saya untuk menjayakan kerja kursus ini. Hal ini

menyebabkan saya sedar dan dapat menghargai betapa pentingnya pertolongan pensyarah dan

rakan sebaya untuk menjayakan sesuatu tugasan atau kerja. Saya berharap bahawa semua

maklumat yang saya peroleh akan diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran pada

masa yang akan datang. Betul kata peribahasa melayu, usaha tangga kejayaan. Oleh itu,

sebagai seorang guru saya perlulah meneruskan usaha saya walaupun di mana saya berada pun.

Sekian, terima kasih.

You might also like