You are on page 1of 12

1

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan
tugasan bagi subjek Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran ini. Sepanjang
menjalankan kerjakursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit
mahu pun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang
pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya
akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.

Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan
lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini .Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini.Terutamanya
kepada pensyarah kami iaitu, En Zakaria kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar
kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini.Tunjuk ajar beliau amat membantu kami
dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami
yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan
tugasan ini.Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana
telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan in\i
tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terimakasih.

1.0 PENGENALAN

2
Multimedia ialah satu perkataan yang sering kita dengar pada masa sekarang apabila
kita memperkatakan tentang komputer, lebih-lebih lagi komputer dalam pendidikan.
Sebenarnya, multimedia sudah lama digunakan dengan meluasnya dalam pendidikan, cuma
istilah multimedia tidak wujud sehingga beberapa tahun ini. Pada hakikatnya, teks, grafik, bunyi
dan video sudah lama digunakan untuk mempersembahkan sesuatu konsep atau topik dalam
sesuatu mata pelajaran. Sehingga awal tahun 90an umpamanya, video dan cakera laser masih
luas dipergunakan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Keadaan semakin berubah dalam
dua tiga tahun ini di mana komputer menjadi semakin canggih dan sistem komputer itu
dikatakan tidak lengkap tanpa pemacu cakera padat (pemacu CD-ROM).
Teks Multimedia bermaksud segala bahan P&P yang mengabungkan unsur-unsur teks,
grafik, animasi, imej, suara dan video seperti CD-ROM, permainan komputer dan program
komputer bagi membolehkan pengalaman sebenar terhadap tajuk yang diajar atau dipelajari.
Tujuan utama penggunaan multimedia adalah sebagai alat komunikasi yang boleh merangsang
pelbagai deria. Halimah (1996), pula mendefinisikan multimedia sebagai kesepaduan di antara
pelbagai media: teks, imej, numerik, grafik, video, animasi dan suara dalam satu persekitaran
digital, di samping mempunyai keupayaan interaktiviti. Konsep ini menggabungkan unsur
hiperteks dan hipermedia. Feldman (1996), mendefinisikan multimedia merangkumi pelbagai
media seperti teks, grafik, animasi, imej, suara dan video. Dick W. & Reiser (1999), menyatakan
teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang
digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan
keberkesanan dalam pembelajaran. Gibson (2001), mendefinisikan multimedia sebagai satu
sistem yang menggabungkan pelbagai media seperti teks, grafik, suara imej, animasi dan video
yang membolehkan berlakunya hubungan dua hala (interaktiviti).
Dengan itu, multimedia adalah suatu teknik yang menggabungkan data, teks, gambar,
grafik, animasi, bunyi dan video. Pada masa dahulu, komputer menyampaikan maklumat
melalui teks. Sekarang, terdapat grafik dan gambar-gambar untuk menunjukkan sesuatu
perkara dengan jelas. Malahan ia mampu menunjukkan pergerakan dan kesan bunyi. Teknologi
multimedia yang mampu mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio dan video dalam satu
persembahan sedang hangat diperkatakan pada masa kini. Ramai yang berpendapat
multimedia mampu memberi kesan yang besar dalam bidang komunikasi dan pendidikan.
Secara umum, multimedia merupakan perantaraan dalam pembelajaran yang
mengkombinasikan teks, video, suara dan animasi dalam sebuah perisian komputer yang
interaktif.

3
2.0 KEBERKESANAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SATU PROGRAM
ELEKTRONIK YANG DITERBITKAN DALAM BENTUK CAKERA PADAT OLEH BAHAGIAN
TEKNOLOGI PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Sebagai salah satu langkah membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan bahan P&P dalam bentuk buku,
courseware, kit pendidikan serta CD-ROM yang diedarkan kepada sekolah rendah dan
menengah Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya telah ditugaskan untuk membuat penilaian
terhadap keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran satu program elektronik yang
diterbitkan dalam bentuk cakera padat oleh bahagian teknologi pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Oleh itu, saya telah memilih satu program program elektronik yang
diterbitkan dalam bentuk cakera padat daripada mata pelajaran Kajian Tempatan yang
memfokuskan kepada Identiti Negara. Saya memilih cakera padat ini adalah kerana mata
pelajaran Kajian Tempatan adalah mata pelajaran yang telah dimansuhkan dan kemudian
digantikan dengan mata pelajaran Sejarah yang juga merupakan kursus major saya.
Setelah meniliti kandungan program program elektronik yang diterbitkan dalam bentuk
cakera padat daripada mata pelajaran Kajian Tempatan yang memfokuskan kepada Identiti
Negara ini, terdapat banyak pengetahuan yang saya telah dapati daripada beberapa aspek.
Saya telah memfokuskan kepada beberapa aspek dalam penilaian dan analisis saya. Yang
pertama, saya telah meneliti program tersebut daripada aspek gambar. Hal ini kerana gambar
atau grafik adalah salah satu elemen yang penting dalam sesebuah CD pembelajaran interaktif.
Unsur-unsur ini digunakan untuk menarik minat pelajar untuk mengetahui kandungan CD
pembelajaran tersebut.Penggunaan grafik sebagai media pengajaran telah lama digunakan
untuk menyalurkan maklumat (Jamalludin & Zaidatun). Berdasarkan kepada cakera padat
Kajian Tempatan, Identiti Negara yang dikaji, CD pembelajaran ini banyak mengandungi unsur-
unsur grafik yang tidak hanya terdiri daripada grafik statik. Sebaliknya turut mengandungi grafik-
grafik yang bergerak. Contohnya seperti penggunaan unsur bendera dan lambang-lambang
yang boleh bergerak seperti mana yang terdapat dalam CD pembelajaran tersebut. Kelebihan
yang terdapat dalam CD pembelajaran ini adalah penggunaan pelbagai bentu grafik seperti
lambang negara, monumen, dan sebagainya dengan pelbagai warna dan corak yang
menghiburkan. Secara keseluruhannya, penggunaan elemen grafik dalam cakera padat adalah
baik dan mampu membentuk minat dan merangsang minda pembelajaran murid-murid.

4
Selain itu, cakera padat ini juga telah menggunakan bunyi, suara dan muzik yang sangat
baik. Unsur bunyi adalah antara aspek yang boleh menggambarkan keinteraktifan sesebuah
media mengajar. Berdasarkan kepada CD pembelajaran yang dikaji, Terdapat 2 elemen yang
terkandung dalam cakera padat pembelajaran tersebut iaitu unsur muzik dan suara. Unsur
suara yang terkandung dalam CD pembelajaran adalah seperti Maaf, sila cuba lagi yang
disuarakan pelajar telah menjawab jawapan yang salah dalam bahagian kuiz manakala
Tahniah, jawapan anda betul disuarakan apabila pelajar menjawab jawapan yang betul. CD ini
juga turut mengandungi unsur muzik di mana muzik akan kedengaran bermula daripada
permulaan frame hingga ke frame yang terakhir. Kebiasaannya wujud masalah apabila muzik
yang dimasukkan menenggelamkan suara. Dalam erti kata lain, muzik yang dimasukkan dalam
CD ini adalah lebih kuat berbanding unsur suara yang akan memberikan arahan kepada
pengguna, membacakan soalan-soalan, menceritakan petikan gambar dan sebagainya.
Namun, CD pembelajaran ini sangat teliti ketika membina program sehingga dapat
menyampaikan kandungan pembelajaran dengan jelas. Suara yang memberikan arahan dapat
didengari dengan jelas sambil lagu dimainkan seperti biasa.

Elemen lain yang wujud dalam CD pembelajaran ini ialah kandungan teks. Teks
merupakan elemen asas bagi menyampaikan maklumat. Memberi penekanan bagi sesuatu isi
kandungan yang ingin disampaikan. Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang
berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian maklumat. yang ringkas dan mudah untuk
difahami oleh pelajar. Dalam multimedia, penggunaan teks yang terlalu banyak tidak
digalakkan. Ini kerana teks tidak dapat menyampaikan maklumat dengan baik. Ini bukan
bermaksud teks tidak diperlukan langsung, tetapi teks hanya digunakan pada bahagian-
bahagian yang penting sahaja. Sifat teksnya yang sederhana juga membolehkan pelajar
melihatnya dengan jelas. Dalam pada itu, teks yang dimuatkan dalam CD ini juga mempunyai
pelbagai warna dan bentuk. Teks boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk untuk menarik
minat pengguna seperti grafik, animasi, tajuk dan sebagainya. Persembahan teks kepada
pengguna adalah bergantung kepada tujuan dan bilangan pengguna. Pencirian teks yang
pelbagai ini dan berwarna warni ini membuktikan bahawa pengeluar sangat mementingkan
keceriaan kerana aspek-aspek seperti ini akan memberikan satu suasana pembelajaran yang
ceria dan menghiburkan tanpa memberikan sebarang tekanan kepada pelajar dalam menuntut
ilmu.

5
Di samping itu, untuk menjadikan sesebuah CD pembelajaran interaktif itu menjadi lebih
menarik dan menghiburkan, unsur video juga sepatutnya dimuatkan dalam sistem
pembelajaran interaktif tersebut. Walau bagaimanapun, dalam CD pembelajaran Kajian
Tingkatan yang dianalisis, tidak terdapat satu pun elemen video. Video adalah tayangan yang
dirakam daripada satu situasi sebenar dan dimutkan dalam CD pembelajaran sebagai suatu
perkara yang boleh membawa pelajar kepada alam realiti kehidupan. Walaupun pelajar sedang
belajar, namun sesuatu video yang dimuatkan dalam sesuatu CD pembelajaran akan
memberikan motivasi kepada untuk mengikuti tau mencontohi nilai-nilai moral yang terdapat
dalam video tersebut. Murid juga akan lebih dapat memahami jalan cerita ataupun kronologi
sesuatu peristiwa terutamanya bagi mata pelajaran Sejarah di Sekolah Rendah.

6
3.0 PENUTUP

Perkembangan teknologi pada masa kini sedang pesat membangun. Perkara ini
disebabkan oleh proses globalisasi yang sedang berlaku. Pada hari ini, seluruh negara telah
merasakan perubahan di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Persaingan
masyarakat dunia yang hebat dalam abad ke-21 ini telah membawa kepada perubahan
daripada era masyarakat industri kepada era masyarakat bermaklumat. Perkembangan dan
penerokaan yang berterusan dalam bidang sains dan teknologi telah menyebabkan kehidupan
manusia menjadi lebih maju dan sistematik. Telah banyak aplikasi kemajuan dalam bidang
sains dan teknologi dapat digunakan untuk membantu manusia meringankan tugasan seharian
mereka disamping membantu mereka untuk meneroka ilmu-ilmu dan pengetahuan yang lebih
luas.

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang efektif, guru boleh menggunakan
perisian aplikasi berbentuk multimedia dalam bilik darjah. Guru perlu mempunyai kemahiran
untuk menilai, memilih, mengolah dan melaksanakan aktiviti yang berkaitkan dengan
multimedia dengan berkesan. Perancangan teliti adalah perlu kerana sebenarnya kelebihan
multimedia bukan terletak semata-mata kepada teknologinya, tetapi sebenarnya adalah kepada
kreativiti dan usaha guru itu sendiri. Walau bagaimanapun, kerjasama dan sokongan semua
pihak adalah merupakan penentu kepada sebarang implementasi projek komputer. Guru perlu
memperlengkapkan diri dengan sentiasa mengikuti perkembangan semasa teknologi maklumat.

Dalam konteks pendidikan, interaktif melalui multimedia telah memainkan peranan yang
penting dalam mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih
dinamik dan bermutu. Ini dibantu dengan keupayaan komputer dalam mempersembahkan
teknologi yang menyokong penghasilan aplikasi pengajaran pembelajaran. Namun yang lebih
penting ialah kefahaman tentang bagaimana untuk menggunakan teknologi tersebut dengan
lebih efektif dan efisien serta dapat membina dan mengeluarkan ide-ide baru dalam
menghasilkan dan mempersembahkan bahan pembelajaran yang membolehkan pelajar-pelajar
dimotivasikan untuk menjelajah isi pembelajaran dan seterusnya memperkayakan proses
pembelajaran.

7
REFLEKSI

Alhamdulillah berkat usaha yang gigih serta bantuan pensyarah pembimbing akhirnya
tugasan tercapai. Setelah banyak meneroka dan mencuba saya berasa seronok membuatnya
lebih bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan Teknologi Untuk Pengajaran dan
Pembelajaran ini. Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran ini terhadap diri saya
kerana saya dapat belajar cara-cara kaedah pengajaran yang menarik untuk murid-murud.
Contohnya saya telah menyaksiakan satu program elektronik dalam cakera padat untuk
pengajaran dalam tugasan ini. Saya telah dapati bahawa pengajaran berdasarkan sumber
elektronik telah berjaya menarik perhatian murid-murid di dalam kelas. Hal ini kerana berjaya
menggabungkan pelbagai elemen seperti grafik, teks, video dan animasi. Melalui segala
pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan
praktikan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini kepada para pelajar nanti. Setelah
saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat
kepada para pelajar.

Saya juga telah mendapat ilmu tentang teknologi. Penggunaan teknologi maklumat
untuk tujuan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah bertepatan dengan usaha
menjadikan pelajar celik computer dan berkemampuan menggunakan alat ini secara yang lebih
cekap dan mahir. Meskipun pada awalnya para pelajar dan guru masih lagi perlu mendalami
kemahiran menggunakan pelbagai alat teknologi maklumat ini untuk mendapat bahan berkaitan
subjek Sejarah, namun berkat ketekunan dan kebijaksanaan pihak-pihak tertentu terutama
sekali Kementerian Pelajaran, para guru, ibubapa-ibubapa dan masyarakat maka semua ini
telahpun dapat ditangani secara beransur-ansur. Para pelajar juga sudah
tentunya menunjukkan minat yang tinggi dan melibatkan diri secara aktif dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Di sinilah kemuncak penggunaan teknologi maklumat yang amat
besar sekali. Ini kerana alat-alat ini bukan sahaja digunakan sabagai alat memotivasikan pelajar
untuk terus memberi tumpuan terhadap pengajaran guru tetapi juga untuk memastikan pelajar
mendapat bahan-bahan yang berkaitan secukupnya.

Selain itu, banyak ilmu baru yang saya peroleh daripada kerja kursus ini, saya dapat
mengetahui konsep sebenar teknologi dalam pendidikan itu sendiri.Teknologi dalam pendidikan
sangat perlu untuk digunakan oleh guru-guru, supaya guru lebih kreatif dan inovatif dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti pendekatan
pembelajaran, strategi dan penggunaan bahan bantu mengajar. Sebagai contoh Project Based

8
Learning (PBL), Aktiviti melibatkan penggunaan multimedia, video interaktif, bahan maujud,
internet dan bahan media yang lain. Keberkesanan hasil dan objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat berlaku dengan licin dan terancang dan seterusnya ianya akan dapat
menjimatkan masa dan tenaga guru di mana pengajaran guru menjadi sistematik dan teratur
dengan bantuan teknologi pendidikan menggunalan internet, bahan persembahan multimedia
dan perisian yang sesuai.

Di samping itu, tugasan ini juga turut menekankan kepada aspek keilmuan teknologi
dalam pembelajaran. Saya berkata begitu kerana melalui tugasan ini saya dapat menimba ilmu
pengetahuan baru tentang maklumat-maklumat yang saya perolehi semasa membuat kerja
kursus. Contohnya, saya dapat banyak ilmu dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
baik ketika menuntut ilmu. Tugasan ini dapat membiasakan saya dengan kepentingan kaedah
pengajaran berasaskan teknologi sebagai salah satu teknik pengajaran. Hal ini sangat penting
dalam melaksanakan sesuatu tugasan pada masa yang akan datang. Sebelum ini saya tidak
mengetahui secara mendalam tentang teknologi dalam pengajaran, tetapi sekarang ianya
menebal di dalam minda saya. Maksudnya di sini, saya dapat menerangkan semula tanpa
merujuk buku untuk menerangkan kepada orang lain tentang hal-hal yang berkaitan dengan
teknologi dalam pengajaran. Secara tidak langsung, saya dapat memperbaiki dan menambah
baik dari segi pengetahuan am saya dan seterusnya dapat menjadi seorang individu minda
kelas pertama.
Akhir sekali, cadangan saya, sebagai bakal cikgu Sejarah. Saya perlu mengetahui
secara lebih mendalam mengenai teknologi dalam pengajaran kerana dengan cara inilah ilmu
yang bakal saya turunkan apabila tamat pengajian di IPG ini akan lebih mudah di sampaikan.
Hal ini kerana sebelum kerja kursus dijalankan, saya tidak mengambil berat teknologi dalam
pengajaran ini. Secara tidak langsung, ketika bertungkus-lumus dalam menyiapkan kerja kursus
ini, saya juga telah mendapat ilmu yang bermanfaat terutamanya ilmu teknologi dalam
pengajaran itu sendiri yang merupakan cara saya turunkan ilmu kepada anak murid saya pada
masa akan datang.

Kesimpulannya, Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah amat berguna kepada


saya sebagai alat bantu mangajar di dalam bilik kelas terutama sekali semasa mengajar
Sejarah. Saya juga cadangkan agar lebih banyak program-program atau kursus-kursus
berkaitan teknologi maklumat perlu ditawarkan agar guru seperti saya dapat mempertingkatkan
kemahiran menggunakan komputer serta mengendalikan perisian yang pelbagai yang semakin
hari semakin bertambah jumlahnya dan semakin canggih dan mantap.

9
RUJUKAN

Bakhori, S. A. (Keberkesanan Penggunaan Cd Interaktif Dalam Subjek Kerja Paip Tajuk Sistem
Bekalan Air Di Rumah. Serdang: UPM.

Harun J. & Tasir Z. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. PTS Publications: Bentong

Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Bahagian Pendidikan Teknologi. Diperolehi pada

29 Ogos 2016. Dari http://www.moe.gov.my/my/profil-jabatan?div=4

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Bahagian Pendidikan Teknologi. Diperolehi pada

29 Ogos 2016. Dari http://www.moe.gov.my/my/profil-jabatan?div=4

Levina Novi Yanti(2015). Konsep Dasar Teknologi Pendidikan. Diperolehi pada 30 Ogos 2016.
Dari https://levinlme.wordpress.com/2015/06/25/konsep-dasar-teknologi-
pendidikan/

Rozina Jamaludin (2004). Asas-Asas Multimedia Dalam Pendidikan. Siri Pengajian Dan

Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Sharifah Alwiah ( 1992 ). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka. Yusuf Hashim ( 1998 ) Teknologi Pengajaran . Siri Pendidikan Fajar Bakti.

10
LAMPIRAN

11
12

You might also like