You are on page 1of 2

Contoh Karangan Lengkap Punca-punca Pencemaran Udara

Salah satu punca yang menyebabkan udara tercemar ialah bencana alam
(AT). Bencana alam merupakan fenomena semulajadi yang mengakibatkan kemusnahan
alam seperti letusan gunung berapi dan kebakaran hutan akibat kemarau yang
berpanjangan (AH1). Contohnya, letusan Gunung Berapi Pinatubo, Filifina telah
membebaskan debu yang berlebihan ke angkasa sehingga menyebabkan jerebu yang
sangat teruk di negara-negara yang berhampiran (AH2). Dengan itu, bencana alam juga
merupakan faktor penyumbang kepada kemerosotan kualiti udara di negara kita (AP).

Pelepasan asap kenderaan juga banyak menyumbang kepada pencemaran udara ini
(AT). Pertambahan kenderaan yang bergerak di jalan raya telah menyebabkan asap yang
dilepaskan ke udara melalui ekzos kereta juga turut bertambah (AH1). Sekiranya kenderaan
yang digunakan tidak diselenggara dengan baik, kenderaan tersebut akan mengeluarkan
asap yang berlebihan (AH2). Justeru, asap yang mengandungi gas-gas beracun seperti
karbon monoksida telah mencemarkan kebersihan udara keseluruhannya (AP)

Selain itu, udara juga tercemar kerana aktiviti penerokaan hutan yang dilakukan oleh
penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman (AT). Lazimnya, penduduk yang tinggal di
kawasan ini meneroka hutan untuk tujuan petempatan dan pertanian (AH1). Mereka
menebang hutan kemudian membakarnya untuk mempercepat urusan pembersihan di
samping menyuburkan tanah tersebut untuk bercucuk tanam (AH2). Oleh hal yang
demikian, aktiviti pembakaran hutan yang dilakukan dengan tidak terkawal akhirnya akan
mencemarkan udara di kawasan yang berhampiran (AP).

Faktor seterusnya ialah pembakaran sampah secara besar-besaran di kawasan


terbuka (AT). Sampah-sarap yang dibuang oleh masyarakat di negara ini sangat banyak
sehingga berjuta-juta tan sehari apabila dikumpulkan di loji pelupusan sampah
(AH1). Sampah ini terpaksa dilupuskan menerusi aktiviti pembakaran pada setiap hari bagi
mengelakkannya daripada bertambah banyak (AH2). Justeru, udara akan semakin
tercemar kerana tidak ada alternatif lain untuk melupuskan sampah-sarap yang bertimbun
selain membakarnya (AP).

Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran udara


ialah :

~ MENGHIJAUKAN KAWASAN
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat
mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam
udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses
fotosintesisnya.

~PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM


Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering
berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan
selsema daripada berlarutan.

~PROGRAM KITAR SEMULA


Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman
perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh
dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula
ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh
diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

~MENINGGIKAN SEROMBONG ASAP DAN MEMASANG ALAT PENAPIS ASAP


Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke
udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap
yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.

~PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di
negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam
sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan
selanjutnya.

~KEMPEN
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati
supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap
individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

You might also like