You are on page 1of 9

Ulangkaji - Latihan 1

Soalan 1:

Budaya terdiri daripada pelbagai dokumen. Senaraikan lima komponen budaya (5M).

Masyarakat majmuk di Malaysia terbentuk kerana faktor penghijrahan. Nyatakan


faktor-faktor penghijrahan pelbagai kaum ke Malaysia (5M).

Semua kelompok etnik mempunyai pantang larang mereka sendiri. Senaraikan empat
tujuan pantang larang diamalkan (4M).

Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh seseorang guru yang mengajar dalam kelas yang
terdiri daripada pelbagai sosio-budaya (6M).

Soalan 2:

Menurut James Coleman, memberikan pendidikan percuma merupakan salah satu ciri yang
terdapat dalam konsep persamaan peluang.

Berikan lima faktor penting yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di


negara kita (5M).

Nyatakan lima usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mewujudkan kesamaan
peluang pendidikan di Malaysia (5M).

Soalan 3:

Cikgu Adibah merupakan seorang guru permulaan di sebuah sekolah Orang Asli di
Semenanjung Malaysia. Beliau bercadang untuk merancang satu pelan tindakan yang mampu
mewujudkan persekitaran yang mesra budaya.

Nyatakan lima kepentingan melaksanakan pelan tindakan untuk mewujudkan


persekitaran yang mesra budaya (5M).

Nyatakan lima program yang sesuai dilaksanakan oleh Cikgu Adibah bagi
mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra budaya (5M).

Soalan 4:

Murid membawa budaya mereka yang tersendiri dan yang berbeza daripada budaya formal
sekolah di dalam bilik darjah yang mempunyai pelbagai kaum.

Bincangkan lima cara yang boleh digunakan oleh guru bagi memastikan tiada murid
daripada pelbagai kaum yang berasa terpinggir semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (10M).
Cadangkan lima cara bagaimana sekolah dapat memastikan murid daripada pelbagai
kaum dapat menerima antara satu sama lain (10M).

Soalan 5:

Kelas bercantum merupakan salah satu strategi untuk memberi peluang kepada murid-murid
mendapat pendidikan asas selaras dengan konsep pendemokrasian pendidikan.

Huraikan empat aspek fizikal yang perlu diambil kira oleh guru semasa
mengendalikan kelas bercantum (8M).

Anda ditugaskan untuk mengajar kelas bercantum Tahun 2 dan Tahun 3 mengikut
Kumpulan Tahun Persekolahan. Sediakan satu rancangan pengajaran harian bagi
tempoh 1 jam mengikut pengkhususan anda (12M).

Soalan 6:

Guru perlu menguasai kemahiran komunikasi terutama dalam kalangan murid pelbagai kaum
agar memudahkan mereka memperoleh ilmu pengetahuan, sikap dan kemahiran.

Bincangkan lima cara guru dapat mewujudkan komunikasi berkesan dalam bilik
darjah (10M).

Jelaskan lima tingkah-laku guru yang menyebabkan berlakunya masalah komunikasi


dalam bilik darjah (10M).

Nota:

Soalan 1, Soalan 2 dan Soalan 3 - Soalan Struktur

Soalan 4, Soalan 5 dan Soalan 6 - Soalan Esei

Ulangkaji - Latihan 2
Soalan 1:

Kelompok merupakan sekumpulan manusia yang memiliki kesedaran yang sama tentang
ahlinya. Terdapat dua jenis kelompok iaitu kelompok asas dan kelompok sekunder.

Nyatakan ciri-ciri yang terkandung di dalam kelompok asas? (5M)

Masyarakat yang bertamadun akan dapat meninggalkan pelbagai bukti kepada


masyarakat yang akan datang. Kesemua bukti ketamadunan manusia memerlukan
unsur-unsur yang terdapat dalam penciptaan tamadun dan budaya. Nyatakan lima
unsur masyarakat yang berbudaya dan bertamadun. (5M)

Soalan 2:
Bahasa juga mengalami perubahan. Perubahan dalam bahasa berlaku kerana perlukan
penyesuaian yang berlaku dalam organisasi sosial dan pola-pola peranan sosial dalam
masyarakat.

Berikan enam sebab-sebab lain berlakunya perubahan bahasa. (6M)

Berikan lima fungsi bahasa dalam masyarakat. (4M)

Soalan 3:

Dalam usaha memberi peluang pendidikan agar dinikmati oleh murid seringkali mengalami
pelbagai halangan

Nyatakan lima situasi yang menyebabkan ketidaksamaan peluang pendidikan dalam


kalangan murid. (5M)

Sebagai seorang guru di sebuah sekolah di luar bandar, nyatakan lima usaha anda agar
murid tersebut dapat bersaing dengan murid dalam kawasan bandar. (5M)

Soalan 4:

Cikgu Idham merupakan seorang guru permulaan di sebuah sekolah Orang Asli di
Semenanjung Malaysia. Dalam usahanya untuk merancang pelan tindakan yang mampu
mewujudkan persekitaran yang mesra budaya, beliau berhadapan dengan sikap negatif Orang
Asli terhadap pelajaran.

Nyatakan empat sikap negatif Orang Asli yang perlu diubah supaya pelan tindakan
untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya dapat dilaksanakan dengan
berkesan. (4M)

Nyatakan tiga tindakan yang sesuai dilaksanakan oleh Cikgu Idham bagi mewujudkan
persekitaran sekolah yang mesra budaya. (6M)

Soalan 5:

Guru harus peka dan bersedia untuk menangani kepelbagaian sosio-budaya yang wujud dalam
bilik darjah dan sekolah supaya memberikan kesan yang positif kepada murid, sekolah dan
kurikulum tersirat.

Bagaimanakah guru dapat memastikan murid-muridnya yang datang dari kelas sosial
yang berbeza mendapat pendidikan yang seimbang. (10M)

Pada pandangan anda, apakah implikasi yang akan terjadi dalam kelas pelbagai etnik
sekiranya guru gagal menyesuaikan diri dengan budaya setempat. (10M)

Soalan 6:

Malaysia mempunyai kepelbagaian etnik yang memerlukan kesedaran guru dalam


menguruskan pengajaran dan pembelajaran.
Perincikan lima tindakan yang perlu diambil oleh guru dalam melaksanakan pedagogi
relevan budaya. (10M)

Rangkakan lima aktiviti pengajaran yang menggunakan elemen dalam pedagogi


relevan budaya. (10M)

Soalan 7:

"...... Kurikulum tersirat atau tersembunyi, secara umumnya dapat dideskripsikan sebagai
hasil (sampingan) dari pendidikan dalam latar sekolah atau luar sekolah, khususnya hasil yang
dipelajari tetapi tidak secara tersurat dicantumkan sebagai tujuan."

Sebagai guru di kelas yang terdiri daripada murid-murid berbagai kaum dan latar
belakang, bagaimanakah elemen-elemen dalam kurikulum tersirat boleh digunakan
untuk meningkatkan perpaduan antara kaum di Malaysia. (10M)

Nilaikan keberkesanan kurikulum tersirat dalam merealisasikan kepelbagaian sosio-


budaya dalam pendidikan di Malaysia. (10M)

Ulangkaji - Latihan 3
Soalan 1:

Integrasi antara kaum bertujuan menyatupadukan pelbagai kelompok masyarakat tanpa


menghilangkan perbezaan identiti.

Apakah halangan-halangan yang menjadi pemisah kepada integrasi kaum? (5M)

Pembinaan negara bangsa melibatkab proses yang panjang. Bagaimanakah setiap


anggota masyarakat dapat merealisasikan pembinaan negara bangsa? (5M)

Soalan 2:

Mengapakah adat resam penting dalam kehidupan masyarakat tidak kira apa bangsa
sekalipun? (5M)

Nilai dan kepercayaan saling berkait. Kepercayaan memberi halatuju manusia tentang
kehidupan. Terangkan perbezaan nilai-nilai berikut: (a) Nilai Etnosentrisme (b) Nilai
Xenosentrisme. (5M)

Soalan 3:
"Sehingga tahun 2005, terdapat 28 sekolah kebangsaan pendidikan khas (SKPK), dua sekolah
menengah pendidikan khas (SMPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPKV) dan
973 Program Pendidikan Khas Integrasi" (Rujukan: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010; ms. 95-96)

Nyatakan lima kategori pelajar bermasalah pembelajaran. (5M)


Bagi pelajar berkeperluan khas, Kementarian Pelajaran Malaysia telah mencadangkan
program seperti berikut (nyatakan). (5M)

Soalan 4:
Jurang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar bandar merupakan tinggalan sejarah
pembangunan pendidikan yang tidak setara antara lokasi. Fenomena ini amat merugikan
pelajar berkaitan serta boleh menjejaskan perpaduan, pembangunan tenaga manusia,
keharmonian dan kemajuan negara (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010; ms.
99)

Apakah pelan tindakan kerajaan bagi meningkatkan bilangan guru terlatih dan
mengikut opsyen di kawasan pedalaman? (5M)

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan bagi merapatkan jurang


pendidikan. Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan kadar
penyertaan dan mengurangkan risiko, keciciran, terutama murid-murid dari
pedalaman? (5M)

Soalan 5:

" ..... Selepas hampir 49 tahun negara kita merdeka, soal perpaduan tidak sepatutnya
menimbulkan sebarang masalah. Namun secara realitinya, apa yang berlaku ialah masih ada
jurang rakyat yang lebih suka bergaul dengan kelompok masing-masing. Keadaan begini
terus berlaku secara tidak sengaja sama ada peringkat remaja mahu pun dewasa. Walaupun
pahit untuk kita mengakuinya, namun ia tetap berlaku dan kita dapati kelompok tertentu akan
duduk berbual dan berbincang sesama kelompok meraka sahaja. Ia dapat dilihat di tempat
kerja, gerai makan, restoran malah di sekolah sekali pun dan ia berlaku kerana negara ini
mempunyai pola penduduk yang unik dan bersifat majmuk serta berlatarbelakangkan agama
dan budaya berlainan ..." Sumber: Berita Harian (1 Mei 2006; ms. 10)

Berdasarkan petikan akhbar di atas, jelaskan usaha-usaha yang patut dibuat oleh pihak
sekolah agar situasi tersebut dapat diselesaikan. (10M)

Berdasarkan implikasi terhadap bidang pendidikan di Malaysia jika situasi tersebut


berterusan. (10M)

Soalan 6:

Lambert (1994) menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal bilik darjah seperti dengan
siapa dan di mana pelajar duduk, dapat membantu dalam interaksi antara murid dari latar
belakang linguistik dan kebudayaan yang berbeza.

Mengapakah susun atur tempat duduk murid penting untuk mewujudkan persekitaran
bilik darjah yang mesra budaya? Berikan contoh yang sesuai. (10M)

Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosio-emosi murid, terutamanya bagi
sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza budaya dan latar belakang.
Apakah kesan sekiranya guru gagal menguruskan sosio-emosi murid dengan
berkesan? Huraikan. (10M)
Soalan 7:

Apabila guru bercakap dalam bahasa tertentu dia menggunakan komunikasi jenis lisan, iaitu
menggunakan bahasa sebagai simbol komunikasi. Jika dia tidak berbahasa tetapi
menggunakan tangan, ekspresi muka, 'gesture' dan lain-lain secara isyarat maka guru tersebut
telah menggunakan komunikasi bukan lisan (Robiah, 1998)

Apakah prinsip-prinsip yang perlu difahami oleh guru semasa berkomunikasi secara
bukan lisan dengan muridnya? Huraikan. (10M)

Huraikan sejauh manakah kemahiran berkomunikasi dapat membantu murid


memahami kepelbagaian kelompok sosio-budaya di dalam bilik darjah? (10M)

Ulangkaji - Latihan 4
Soalan 1:

Budaya adalah cara hidup yang boleh diterima oleh komuniti setempat. Ia meliputi sistem
sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Jelaskan tiga ciri budaya. (6M)

Masyarakat adalah satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun
dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah
hidup bersama (Roucek & Warren, 1979). Jelaskan dua ciri utama masyarakat. (4M)

Soalan 2:

(a) Semua kelompok etnik masyarakat tradisional mempunyai kelas sosial mereka sendiri.

Senaraikan empat kelas sosial masyarakat Melayu tradisional. (4M)

(b) Terdapat pelbagai pantang larang dari pelbagai kaum yang masih diamalkan sehingga
kini. Pantang larang yang diamalkan ini masih relevan dan dapat diterima oleh masyarakat
umum.

Senaraikan enam pantang larang yang terdapat dalam kaum-kaum di Malaysia. (6M)

Soalan 3:

(a) Menurut Max Weber, ada lima kelas sosial dalam masyarakat yang menyebabkan
wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan.

Nyatakan enam faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang


pendidikan di Malaysia

(b) Isu ketaksamaan peluang pendidikan merupakan antara cabaran utama Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM)
Huraikan dua usaha yang telah dilakukan oleh KPM untuk mengurangkan jurang
ketaksamaan pendidikan dalam kalangan penduduk pedalaman. (4M)

Soalan 4:

(a) Jurang pendidikan anraea bandar dan luar bandar merupakan tinggalan sejarah
pembangunan pendidikan yang tidak ketara antara lokasi

Nyatakan lima pelan tindakan dari segi penyediaan kemudahan fizikal untuk
membantu meningkatkan pendidikan luar bandar. (5M)

(b) Penubuhan Sekolah Wawasan adalah satu daripada usaha kerajaan Malaysia untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk yang pelbagai kaum.

Senaraikan lima kepentingan penubuhan Sekolah Wawasan. (5M)

Soalan 5:

(a) Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk banyak memberi kesan
secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan serta suasana pembelajaran. Salah
satu daripadanya ialah kurikulum tersirat.

Jelaskan lima ciri kurikulum tersirat yang terdapat dalam sistem pendidikan di
Malaysia kini. (10M)

Bincangkan implikasi-implikasi kurikulum tersirat di sekolah terhadap masyarakat


yang terdiri daripada pelbagai sosio budaya. (10M)

Soalan 6:

Murid yang datang daripada pelbagai kaum akan membawa keunikan budaya mereka yang
berbeza ke dalam bilik darjah.

Huraikan lima pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dilaksanakan


oleh guru dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya. (10M)

Bincangkan lima cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengelakkan proses
pembelajaran dimonopoli oleh pelajar dari kaum tertentu sahaja. (10M)

Soalan 7:

Komunikasi sama ada lisan dan bukan lisan merupakan kunci kejayaan dalam setiap
pengurusan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Bincangkan lima cara komunikasi bukan lisan yang boleh digunakan oleh guru ketika
melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah. (10M)

Jelaskan lima implikasi terhadap murid sekiranya guru gagal melaksanakan


komunikasi dengan berkesan dalam bilik darjah. (10M)
Ulangkaji - Latihan 5
Soalan 1:

Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok manusia.

Jelaskan dua pola budaya tersebut. (4M)

Kelompok yang wujud di dalam masyarakat adalah kesan saling pergantungan sesama insan.

Bincangkan tiga sebab individu saling bergantungan dan bergabung dalam kelompok.
(6M)

Soalan 2:

Dalam konteks keperluan hidup bersama, masyarakat bermaksud manusia yang hidup secara
berkumpulan dan mengamalkan satu budaya yang sama.

Nyatakan empat ciri utama masyarakat (4M)

Cerakinkan tiga proses perubahan bahasa beserta contoh yang sering berlaku dalam
masyarakat. (6M)

Soalan 3:

Murid berkeperluan khas merupakan kanak-kanak istimewa, atau luar biasa dari segi intelek,
jasmani, rohani dan emosi.

Berikan empat kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan


Khas. (4M)

Cerakinkan tiga faktor yang menyebabkan wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan


di Malaysia. (6M)

Soalan 4:

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan kemudahan infrastruktur pendidikan


untuk masyarakat luar bandar.

Nyatakan empat keperluan asas yang telah disediakan di kawasan pedalaman. (4M)

Antara objektif Pelan Tindakan Pembangunan masyarakat Orang Asli adalah untuk
menyediakan program dan aktiviti khusus yang berkaitan dengan keperluan mereka.
Berikan tiga penilaian anda terhadap perubahan pendidikan dalam kalangan
masyarakat Orang Asli di pinggir bandar. (6M)

Soalan 5:
Kurikulum tersirat berperanan untuk memainkan peranan membentuk bangsa yang bersatu
dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Pelaksanaan kurikulum tersebut telah
menunjukkan kesan mesra budaya dalam kalangan murid.

Tunjukkan lima cara bagaimana kurikulum tersirat boleh menyatukan murid pelbagai
kaum. (10M)

Buat analisis terhadap lima ciri kurikulum tersirat yang terdapat dalam pendidikan
kini. (10M)

Soalan 6:

Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya akan menjadikan suasana pembelajaran lebih
kondusif. Suasana tersebut akan menggalakkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid.

Cadangkan lima cara guru menguruskan persekitaran fizikal bilik darjah untuk
menggalakkan suasana mesra budaya. (10M)

Bincangkan lima strategi pengajaran guru yang releven budaya untuk menggalakkan
murid berinteraksi antara pelbagai kaum. (10M)

You might also like