You are on page 1of 1

RUMUSAN DARIPADA ARTIKEL

Bidang make up atau dalam bahasa Melayu adalah solekan atau andaman. Sebagaimana yang kita

ketahui, bidang ini semakin mendapat tempat di hati golongan wanita pada masa kini. Hal ini kerana,

penggunaan bahan bahan kosmetik yang terlalu banyak dijual dan sangat mudah untuk didapati

menjadikan sebahagian besar wanita di Malaysia ini gemar untuk bersolek. Menurut Rizky Adi

(2010), beliau menyatakan bahawa kosmetik ialah bahan atau penyediaan yang dikatakan untuk

digunakan pada bahagian luar tubuh manusia (epidermis iaitu kulit, rambut, kuku, bibir dan organ

seksual bahagian luar) atau gigi, mulut terutama untuk membersihkan, mewangikan, mengubah

penampilan, mengurangkan bau badan, melindungi dan memelihara tubuh supaya berada pada

keadaan yang baik. Oleh sebab itu, ramai pengguna di Malaysia terutamanya wanita mengambil

inisiatif untuk menggunakan produk produk kosmetik bagi tujuan mencantikkan diri mereka. Hal ini

kerana menurut Ann Marie (2012) menyatakan bahawa apabila wanita berasa diri mereka tidak

menarik dan merendahkan harga diri mereka, mereka akan mencuba menggunakan pelbagai

barangan perhiasan seperti barangan solekan dan kosmetik. Beliau juga turut menyatakan bahawa,

wanita selalunya akan menggunakan solekan disebabkan mereka kurang keyakinan diri dan konteks

lain mereka inginkan perhatian dan ingin dilihat. Apabila bercakap mengenai kosmetik dan produk

penjagaan peribadi, apa yang akan menggambarkan dalam minda kita arethe produk yang boleh

membantu kita untuk meningkatkan penampilan kita. Biasanya, wanita akan disenaraikan untuk

produk kosmetik termasuk gincu membeli-belah, bayangan mata dan maskara, manakala syampu,

sabun dan deodoran akan ditambah jika mereka mencari produk penjagaan diri (Norlida, 2004).

You might also like