You are on page 1of 11

PANDUAN

UNTUK

0
Page

0|Page
FESYEN DAN LELAKI?
Bila sebut mengenai fesyen, Wawan rasa ia lebih merujuk kepada wanita, betul tak?

Wanita dengan fesyen terlalu sinonim. Tapi, Zaman sekarang di era globalisasi ini ,

kaum lelaki turut menitikberatkan fesyen kerana ingin menjaga penampilan mereka

kerana bagi lelaki , penampilan itu bukan sahaja perlu dijaga melalui tingkah laku

tetapi pemakaian itu juga memainkan peranan penting untuk seseorang lelaki. Apa

lagi antara alasan lelaki megambil tahu perihal berfesyen ni ? Salah satunya tadi

menjaga penampilan supaya sentiasa kemas . Selain itu, ialah mengikut peredaran

zaman serta tidak menjadi bahan ejekan oleh masyarakat andai salah memilih fesyen

yer guys.Ini adalah antara alasan-alasan yang sering digunakan oleh jejaka jejaka

yang hensem dan comel diluar sana.

Sambung balik perbincangan…….


Sejak kebelakangan ini kita dapat lihat trend yang popular online shopping di negara

kita Malaysia melanda seluruh negara . Perasan tak korang ? Ianya bermula dengan

banyaknya kemunculan website online shooping Malaysia di internet yang lahir

ataupun tumbuh bagai cendawan selepas hujan . Sehingga kini , golongan lelaki turut

dilanda demam online shopping ini . Contoh terdekat ialah Wawan sendiri , susah

nak pantau diri sebab best giler membeli belah dekat online shopping . Antara sebab

nya ianya murah dan berkualiti .


1
Page

1|Page
PANDUAN FESYEN UNTUK
LELAKI

Di sini , Saya nak kongsikan beberapa tips fesyen yang mudah untuk lelaki yang
pastinya selesa dipandang .
Pertama sekali , pilih pakaian yang ‘fit’ sesuai dekat badan kita dan bentuk badan kita
. Perkara yang penting atau utama yang menampakkan kita sebagai lelaki ‘alert’

Perihal berfesyen dengan melihat cara kita memilih baju . Masalah yang banyak
timbul dalam kalangan kita , lelaki salah memilih baju , contoh longgar yang
tersangat longgar ataupun terlebih fit contohnya lelaki kurus memakai baju size XL
dan lelaki Comel memakai baju size XS . Tips sepatutnya yang diamalkan ialah
memilih baju seolah seolah memeluk badan tapi bukan seperti menjerut badan
ataupun bungkus buah nangka. Haha . Fit ni bukan bermakna ketat , kebanyakan
orang menganggap fit ni ketat terlampau , kita perlu mengubah persepsi orang dengan
maksud Fit sebetulnya .
2
Page

2|Page
Seterusnya , ialah biarkan ianya ringkas . Maksudnya , apabila bercerita tentang
fesyen , bukan bermakna kita perlu berpakaian seperti seorang artis . haha . Pakaian
yang ringkas pun sudah cukup untuk kita berfesyen ataupun ‘Dressing’. Dengan
menggunakan atau menggayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih 3 warna
. Selain itu , kita perlu ‘Matching’ kan warna terang dan warna gelap . Contohnya Baju
warna gelap , seluar warna cerah , baju warna cerah , seluar warna gelap dan boleh
menggunakan kasut yang bercorak ataupun kasut yang berwarna polos .

Tips seterusnya ialah memakai pakaian yang santai tetapi tidak membosankan .
Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek singlet koyak . haha. Cuba
kita tengok program-program santai di televisyen kita tengok bagaimana mereka
berfesyen secara santai .

Jangan kita amalkan shopping berseorangan maskudnya kita ajak kawan . Seorang
pun jadilah . Bawa kawan ni yang tahu fesyen dan bagi pendapat pun jujur . Kadang
kadang kata-kata kawan lagi boleh dipercayai berbanding pekerja yang ada dikedai
tempat kita membeli belah tersebut .

Pemakaian pastikan sepadan . Kita kena pastikan kalau kita berfesyen kena atau
sesuai dengan gaya kita . Duduk depan cermin sambil sambil fikir “ngam tidak aku
pakai baju ni ? tidak pelik kah aku pakai baju ni ?” Kalau kita rasa pelik dengan cara
pemakaian kita apatah lagi orang diluar sana , kawan kawan dan masyarakat.

3
Page

3|Page
Apa itu fesyen ?
Definisi fesyen menurut Mat Salleh , Colin McDowell, Pengerusi Kumpulan Kostum di
Britain menyatakan bahawa “fesyen adalah sesuatu yang berkembang pantas
mengikut peredaran zaman. Fesyen juga mengikut keadaan sosial, politik, dan
kebudayaan sesuatu tempat”.Keadaan sosial dari segi fesyen ialah cara kita
berpakaian ketika berada dalam golongan masyarakat. Keadaan politik sesebuah
negara juga boleh mempengaruhi fesyen pakaian yang diperkenalkan dinegara
tersebut. Fesyen pakaian di negara Arab contohnya lebih kepada fesyen yang
menutup aurat. Di Malaysia yang mempunyai pelbagai kebudayaan dapat kita lihat
pelbagai jenis fesyen daripada pelbagai bangsa. Fesyen terdiri daripada pelbagai jenis
dan kategori. Ianya bukan hanya dari segi pakaian, tetapi juga dari segi dadanan
rambut,kasut, beg duit, aksesori fesyen dan lain-lain lagi. Kita harus mengenakan
fesyen mengikut tema yang sesuai dengan keadaan dan tempat supaya ia
bersesuaian. Ini kerana cara kita berpakaian boleh mengambarkan siapakah kita
sebenarnya pada pandangan orang yang baru pertama kali mengenali kita sama ada
kita senang berkomunikasi boleh didekati atau sebaliknya. Pada zaman sekarang ,
Manusia memilih pakaian untuk mengelakkan diri daripada kesejukkan dan
kepanasan, menuntup aurat, tapi apa yang kita pakai sebenarnya mempengaruhi
keinginan untuk kita menghias diri dan berdandan. Dahulu fesyen hanya sebagai
keperluan tapi pada zaman sekarang ia merupakan kehendak dan keperluan kita.
Sesiapa yang mempunyai cita rasa yang tinggi dalam pemilihan fesyen adalah mereka
yang mempunyai kehendak dan keperluan dalam fesyen
4
Page

4|Page
Seterusnya……….
Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian,kosmetik, tingkah laku
dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut
masa. Berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara
berpakaian dan lain-lain). Fesyen merupakan keinginan untuk perubahan dan ini
menjadikan ia sebahagian daripada asas kehidupan.Tujuan kita menutup badan
untuk kelihatan sopan, tetapi perhiasan dan dekorasi menjadi aspek penting dalam
berpakaian. Pada asasnya, tujuan manusia memakai pakaian masih tidak berubah
dulu dan kini. Hari ini kita masih memakai pakaian untuk kelihatan sopan dan
menutup aurat tetapi pilihan kita dalam berpakaian dipengaruhi oleh keinginan untuk
menghias diri dan trend semasa . Selain itu , pakaian juga adalah bahan komunikasi
. Pakaian adalah medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Dengan
hanya melihat gaya seseorang kita boleh andaikan status sosial, identiti jantina,
orientasi politik, etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka. Tekanan daripada
rakan-rakan dan perubahan gaya hidup juga mempengaruhi jenis perhiasan yang
dapat diterima pada sesuatu masa, zaman atau kelompok masyarakat. Di negara
kita Malaysia , yang trending sekarang berfesyen ala ala ‘STREETWEAR’ .
‘STREETWEAR’ ini ialah fesyen pemakaian yang femes di negara jauh seperti
Amerika Syarikat . Fesyen ini digayakan dengan pakaian jenama Nike, Adidas Original
, Puma , Fila , Vans , Supreme , Bathing Ape dan Tommy Hilfiger .
5
Page

5|Page
Ini adalah contoh fesyen yang trending di negara kita sekarang . Fesyen baju
bungabunga kini trending di khalayak remaja kerana dengan adanya Band Kugiran
Masdo .

Saya sendiri menggunakan baju bunga bunga ketika menulis e-book ini . haha .
Fesyen ini sangat menarik kerana dia mewujudkan kembali zaman era 80-an yang
dimana ketika itu anak mudanya sering menggunakan baju bunga bunga. Adanya
Band Kugiran Masdo yang membawa tema era 80-an , Fesyen ini semakin mekar
6
Page

berkembang dikhalayak remaja di negara kita termasuk lelaki dan perempuan .

6|Page
Setiap gaya adalah luahan rasa si pemakainya. Idea dan cita rasa adalah sesuatu
yang subjektif. setiap individu inginkan identiti tersendiri, tidak mahu dikongsi dengan
orang lain. Masyarakat kini juga tidak mahu meniru dan menjadi klon orang lain.
Semua orang ini menjadi diri mereka yang tersendiri dari segi pemakaian dan
sebagainya .
Fesyen adalah sesuatu yang ceria, ekspresi diri dan juga mengenai seseorang
individu. Fesyen sepatutnya membuatkan kita lebih menarik kreatif dan yakin
terhadap diri dan apabila berhadapan dengan masyarakat. Setiap individu berhak
berfesyen ikut kemampuan dan cita rasa. Apa pun ia perlu disesuaikan dengan
budaya, latar belakang masyarakat di sesuatu tempat supaya tidak menjadi bahan
cakap masyarakat disekeliling kita .
Hari ini bahasa fesyen dipertuturkan, dari New York hingga ke Tokyo dan ia sudah
pergi jauh dari tempat yang dikatakan asalnya iaitu Perancis. Aliran fesyen terbaru
mungkin datang dari London, India, Hong Kong ataupun tidak mustahil nanti
mungkin dari Kuala Lumpur, tetapi mungkin juga datangnya bukan daripada idea
pereka.
Kini bahagian pemasaran dan promosi dalam sesuatu organisasi sentiasa boleh
mempromosikan nama sesiapa jua sehingga ianya menjadi sebutan, ikutan atau
fashionable. Apa sahaja barangan seperti T-shirt hingga kasut sukan boleh menjadi
kegilaan peminat fesyen. Jenama lokal kini semakin mengembang dalam pemasran
didalam negara kita contohnya PeaceBeUponYou dan Bossku .
Antara ciri fesyen yang hebat adalah ianya sentiasa berubah dan tidak statik. Ianya
berlaku terlalu cepat, sesuatu yang ‘in fashion’ boleh bertukar menjadi ‘out of
fashion’ pada bila-bila masa sahaja. apa yang kita lihat, mungkin pereka membuat
perubahan mengikut mood dan kehendak hati, tetapi realitinya rekaan mereka hanya
akan diterima masyarakat jika ianya benar-benar dapat mencerminkan zaman atau
dekad pada waktu tersebut. yang pasti, manusia akan terus-terusan menikmati
keseronokan evolusi fesyen masa kini dan masa akan datang.
7
Page

7|Page
Panduan fesyen untuk
wanita

Kali ini , Saya nak kongsikan beberapa tips fesyen yang mudah untuk wanita yang
pastinya selesa dipandang .

Pertama sekali , pilih pakaian dengan rekaan menegak di tengah badan , kerana
dengan memilih pakaian dengan rekaan menegak di tengah badan , ini akan
memberikan ilusi yang tinggi pada tubuh . Wanita tersebut boleh nampak tinggi .

Tips yang kedua ialah para wanita perlu/harus mengelakkan menggunakan baju
8
Page

yang mempunyai corak garis yang melintang , apabila kamu memakai baju yang

8|Page
mempunyai corak garis yang melintang , kamu akan kelihatan rendah kerana
dengan memakai baju seperti itu akan membahagikan tubuh dan menampakkan
tubuh kamu itu lebih rendah .

Seterusnya , tips fesyen untuk wanita ialah memilih baju rekaan yang ringkas bukan
baju yang tidak cukup kain ya , haha , bukan , maksud nya baju rekaan yang ringkas
itu ialah baju yang tidak mempunyai pelbagai corak diatas baju tersebut . kaum
wanita juga boleh memakai baju yang polos iaitu baju yang mempunyai satu warna
sahaja . Dengan baju begitu , boleh memperlihatkan seseorang wanita itu lebih rapi
dan tidak sarat .

Selain itu , Kaum wanita yang comel molek cantik , dielakkan memilih baju yang
rekaannya sarat . Dengan memakai pakaian yang sarat juga dapat memperlihatkan
seseorang wanita itu kelihatan rendah . Rekaan yang ringkas lebih digalakkan
berbanding baju yang sarat itu.

Tips seterusnya ialah kaum wanita perlu had kan pemilihan warna pada pakaian .
Kebanyakkan sekarang kaum wanita , bukan semua , baju yang mereka pakai itu
mempunyai pelbagai warna , haha . Oleh sebab itu , Perlu dihadkan warna pada
pakaian begitu juga dengan corak ya . Baju yang mempunyai pelbagai corak tidak
sesuai digunakan oleh wanita kerana semakin banyak warna dan corak , badan
akan nampak kelihatan lebih rendah .

Tips yang terakhir sekali ialah kaum wanita perlu mengelakkan guna blazer atau
jaket yang terlalu labuh kerana dengan menggunakan jaket atau blazer yang terlalu
labuh akan nampak rendah . Oleh sebab itu , kamu digalakkan memilih blazer atau
jaket , yang mempunyai labuh yang sama atau hampir dengan hujung jari dalam
keadaan tangan dirapatkan ke badan . Jadi dia nampak lagi sesuai , 

Yang perlu ditekankan ialah kamu kaum wanita boleh berfesyen , yang penting
kamu perlu jaga aurat kamu , Boleh berfesyen yang penting tutup aurat dengan
sempurna inshaAllah 
9
Page

9|Page
Penutup

Sebagai penutup , E-book ini dibina adalah hanya untuk berkongsi tips-tips
ataupun langkah-langkah yang dapat dikongsikan dan dijadikan rujukan oleh kaum
lelaki dan wanita diluar sana sekaligus boleh menambahkan ilmu pengetahuan
sedikit sebanyak mengenai “PANDUAN UNTUK BERFESYEN” bersama tips-tips
yang diberi yang boleh dijadikan alat bantuan.

Akhir kata, Saya dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari untuk memohon
maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada tertypo , terkasar Bahasa
ataupun terasa dengan ayat yang saya gunakan ketika membuat E-Book ini . Saya
ingin memohon maaf juga andainya ada kekurangan di dalam E-Book ini .

Saya juga ini berterima kasih kepada pembaca kerana sudi membaca E-Book ini ,
semoga kita semua dirahmati dan dianugerahkan rezeki yang baik-baik . Apa yang
penting ialah pesan pada diri , sentiasa lah berpijak pada bumi yang nyata dan
sentiasalah ingat kepada Sang Pencipta InshaAllah, kita kan tergolong daripada
hamba yang luar biasa dan semoga bahagia didunia mahupun di Akhirat kelak.

10
Page

10 | P a g e

You might also like