You are on page 1of 20

KOD DAN NAMA KERTAS :

LMCU1422- KEUSAHAWANAN ISLAM DAN PELABURAN EMAS

SESI PENGAJIAN :

SEMESTER 1 2020/2021

TAJUK TUGASAN :

A. ISU SYARIAH DAN PENYELESAIANNYA DALAM PERNIAGAAN SEMASA


DI MALAYSIA :

PENGIKLANAN TIDAK PATUH SYARIAH

(SYARIKAT VIDA BEUATY SDN.BHD)

NAMA PENSYARAH :

PROF. MADYA DR. SALMY EDAWATI BINTI YAACOB

DR. NIK ABDUL RAHIM BIN NIK ABDUL GHANI

NAMA DAN NO.MATRIK AHLI KUMPULAN:

1. NURUL HANA BINTI ASRI (A180259)


2. NORLIYANA BINTI MAD ROSLI (A180275)
3. ANIS NAJWA BINTI MOHD ZAHARI (A180453)

TARIKH HANTAR : 23 JANUARI 2021

i
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. 1.0 PENGENALAN 1-3
2. 2.0 SYARIKAT VIDA BEUATY SDN.BHD 4-5

3. 3.0 PENGIKLANAN YANG TIDAK PATUH SYARIAH

3.1.1 Imej model yang tidak menutup aurat


6
3.1.2 Mengiklankan produk yang membahayakan
kesihatan / nyawa pengguna.
7
3.1.3 Menggunakan ayat copywriting yang tidak patuh
syariah.
7
3.1.4 Pengiklanan produk dengan jaminan yang yang
8
palsu.

4. 4.0 CADANGAN PENYELESAIAN ISU INI 


4.1.1 Meneliti semula kod Amalan Periklanan syarikat 9
Vida Beauty 
4.1.2 Menguatkuasakan akta perihal dagangan 1972
10
(disemak 1982) 
4.1.3 Memperkasakan penggunaan logo halal 
11
4.1.4 Mengamalkan Kriteria-Kriteria Periklanan
12-13
Perspektif Islam (PPI) dalam produk komestik 

5. 5.0 KESIMPULAN 14

6. 6.0 LAMPIRAN 15-16


7. 7.0 RUJUKAN 17-18

ii
1.0 PENGENALAN 
Secara umumnya, iklan bermaksud pemberitahuan kepada orang ramai
melalui surat khabar, television, radio dan lain-lain daripada syarikat-syarikat
perniagaan yang besar membelanjakan beribu-ribu ringgit sebulan untuk
mempromosikan atau memperkenalkan sesuatu kepada umum terutamanya
berkaitan dengan produk atau barangan yang dijual oleh mereka. Selain itu,
iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan,
perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin
disampaikan kepada khalayak ramai. Pengiklanan telah diamalkan sejak zaman
dahulu. Ianya bermula dari zaman dahulu kala, zaman cetakan, zaman
maklumat dan hinggalah kini iaitu zaman pengiklanan moden. Menurut Albert
Lasker iaitu bapa pengiklanan moden menyatakan bahawa iklan dapat
didefinisikan sebagai seni menjual melalui media cetak. Courtland Boy dan
William Arena mendefinisikannya sebagai satu bentuk komunikasi bukan
peribadi tentang maklumat yang biasanya dibayar dan bersifat memujuk tentang
barangan, keluaran dan idea penaja yang boleh dikenalpasti dan dilakukan
melalui pelbagai media untuk pasaran lebih jauh dan luas.
Pengiklanan adalah satu komponen penting dalam pemasaran kerana ia
menyampaikan maklumat dan pilihan kepada pengguna sasaran dalam
mempromosikan jualan produk dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun,
kebanyakan iklan di negara-negara islam diasaskan pada reka bentuk dan
kumpulan barat yang tidak mematuhi nilai-nilai islam. Iklan bukan sahaja
mesej, tetapi lebih luas pada gambar dan orang yang menyampaikan mesej
sebagai salah satu daya tarik dan memberikan keberkesanan yang boleh
mengumpan hati pengguna. Perkara tersebutlah perlu dipandang untuk
membina satu ciri pengiklanan yang berasaskan nilai-nilai islam tersebut. Jika
hal tersebut dibiarkan maka boleh merosak generasi muslim masa kini dan masa
hadapan.

1
Di samping itu, agama islam merupakan salah satu perkara penting yang
berhubung dengan keyakinan seseorang terhadap Allah SWT yang diwujudkan
dalam bentuk kepatuhan pada sistem yang berupa prinsip prinsip, nilai-nilai
moral mahupun aktiviti atau ritual sesuai dengan keyakinan seseorang. Agama
kadang kala menjadi penyokong bagi seseorang dalam membeli atau
menggunakan produk. Misalnya, bagi seseorang muslim tidak boleh untuk
menggunakan produk yang mengandungi bahan yang diharamkan seperti
barang terlarang. Perkara tersebut juga menjadi pertimbangan pengeluar dalam
memasarkan produk mereka dan mempamerkan logo halal terutama dalam
negara yang majoriti penduduknya muslim. 
Kajian Muhammd Nooh Rizuan (2010) menyatakan bahawa iklan memiliki
peranan dalam menyebarkan maklumat dan telah melampaui batas geografi dan
budaya sehingga iklan dianggap sebagai salah satu alat pemasaran yang penting
yang telah terbukti berkesan dalam menarik pengguna baru dan menciptakan
jenama yang hebat. Kajian yang dilakukan oleh Adeel Bari dan Rana Zamin
(2011) menjelaskan iklan semasa telah banyak menciptakan masalah sosial dan
etika kerana fokusnya pada kebendaan sehingga kesan masalah ini juga dapat
dilihat di kebanyakan negara islam termasuklah negara Malaysia. Terdapat
pandangan bahawa secara keseluruhan, sebahagian besar iklan produk
kecantikan membolehkan kita menganggap bahawa matlamat paling atas wanita
adalah untuk meningkatkan atau mengekalkan aset fizikal mereka bagi menarik
perhatian lelaki.
Pengasas produk kecantikan dilihat telah mengambil peluang ini dengan
menghasilkan pelbagai produk kecantikan bermula dengan produk memutihkan,
mencerahkan, menghaluskan muka serta produk anti penuaan sama ada melalui
pengambilan makanan tambahan ataupun melalui krim, bedak, sabun dan
peralatan solek. Malah tidak terhad bagi produk untuk kulit wajah sahaja,

2
bahkan produk untuk kening, mata dan bibir juga turut dihasilkan. Dari satu sisi
yang lain, wanita diperdaya oleh pengamal iklan dengan mendatangkan fakta
mengenai produk kecantikan yang diiklankan contohnya “qu puteh,qu puteh,
barulah puteh”. Bagi menyakinkan lagi pengguna, imej wanita perlu
ditampilkan sebagai bukti keberkesanan produk dalam iklan yang dikeluarkan
dalam mempromosikan produk tersebut. Maka dengan itu, model wanita yang
menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan terutamanya wanita yang mempunyai
raut wajah jelita dan menarik seringkali digunakan sebagai model iklan produk
tersebut. Di samping itu juga, ayat-ayat dalam mempromosikan produk tersebut
juga memainkan peranan dalam menarik minat pengguna agar membeli produk
yang diiklankan. Oleh itu, terdapat beberapa isu yang timbul terhadap
pengiklanan yang tidak mengikut syariat islam.

3
2.0 SYARIKAT VIDA BEUATY SDN.BHD

Perusahaan Vida Beuaty Sdn.Bhd bermula pada tahun 2006 yang


diasaskan oleh Dato Dr. Hasmiza Binti Othman atau lebih dikenali sebagai Dato
Seri Vida di Ipoh,Perak sebagai operasi kecil. Dato Seri Vida merupakan anak
kelahiran dari negeri Kelantan. Beliau kini mempunyai dua orang anak iaitu Cik
B dan Kacak (nama gelaran). Perusahaan Dato Seri Vida ini menjual produk-
produk kecantikan (kosmetik) dan kesihatan. Produk beliau juga dikenali
sebagai produk Qu Puteh. Slogan “Qu Puteh” ini juga digunakan didalam iklan-
iklan yang mempromosikan produk dari Vida Beuaty. Dengan itu, Dato Seri
Vida telah menjadi personality yang terkenal melalui penubuhan, pembukaan
dan promosi yang dilakukan terhadap cawangan dan produk syarikat di
Malaysia.

SyarikatVida Beauty Sdn. Bhd. juga menjalankan promosi seperti


pengiklanan,promosi jualan dan perhubungan awam. Syarikat ini mengiklankan
produk mereka melalui televisyen supaya dapat menarik minat pengguna
terhadap produk mereka. Syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. menjalankan promosi
dengan giat supaya produk mereka dikenali ramai.Syarikat ini berjaya
membahagikan pasaran mengikut segmen tertentu.Iklan mengenai produk
syarikat di media massa berkonsepkan ceria dan menyeronokkan dengan
dutanya sendiri adalah Dato Seri Vida. Sebahagian besar pengguna produk
terdiri daripada kelas menengah dan atasan yang mementingkan
kebersihan,keselesaan dan kualiti produk. Sebagai peneraju industri kecantikan
dan kesihatan, syarikat ini sememangnya menghadapi saingan sengit seperti
DHerbs,AuraWhite,VAsia dan banyak lagi.

Disamping itu, dalam mengembangkan perusahaan Vida Beuaty ini,


terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Dato Seri Vida. Antaranya adalah
menghadapi saingan dengan produk tempatan yang kini menaik. Masalah yang

4
dihadapi Vida Beuaty juga termasuk masalah produk tiruan yang boleh
merugikan syarikatnya. Selain itu, produk Vida Beuaty juga pernah disaman
oleh pihak Kementerian Kesihatan kerana memiliki bahan yang membahayakan
kesihatan yakni merkuri didalam produk kecantikkannya. Berhadapan dengan
masalah tersebut Dato Seri Vida terpaksa membayar ganti rugi dan saman yang
memakan jutaan ringgit. Namun begitu beliau tetap tabah meneruskan
perusahaannya dan memfokuskan menaikkan startegi perniagaannya. Antara
usaha terkini yang dilakukan oleh Dato Seri Vida adalah membuat produk
terbaru iaitu air mineral dan minuman isotonik selain memperkukuhkan jenama
DSV (Datuk Seri Vida). Beliau juga merancang untuk meluaskan pemasaran
produknya ke beberapa negara luar.

5
3.0 PENGIKLANAN YANG TIDAK MEMATUHI SYARIAH.

Pengiklanan adalah satu item pemasaran yang penting dalam sesuatu perniagaan
dalam mempromosikan perniagaan mereka.Oleh hal yang demikian, terdapat
segelintir syarikat perniagaan yang mengambil remeh berkenaan dengan
pengiklanan terutama dari sudut syariat islam sehingga menimbulkan pelbagai
persepsi buruk terhadap orang ramai.Dalam bahagian ini akan membincangkan
berkenaan dengan pengiklanan Syarikat Vida Beauty yang tidak mematuhi
syariat islam.

3.1 Isu syariah yang wujud dalam syarikat.

3.1.1 Imej model yang tidak menutup aurat

Syarikat Vida Beauty telah membuat marketing(pengiklanan) dengan


menggunakan imej model yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
Sebagaimana yang kita tahu,bahawa menutup aurat adalah perkara yang wajib
dalam agama islam. Selain itu, hukum mendedahkan aurat adalah haram disisi
syariat dan berdosa kerana ia akan menjadikan aurat wanita sebagai tontonan
pada khalayak ramai sekali gus akan menimbulkan fitnah.Sebagaimana dalam
firman Allah SWT dalam surah An-Nur:31.

ْ َ‫ين ِزينََت ُه َّن إِال َما ظَ َه َر ِم ْن َها َولْي‬


‫ض ِربْ َن بِ ُخ ُم ِر ِه َّن َعلَى ُجيُوبِ ِه َّن‬ ِ
َ ‫وال ُي ْبد‬..
َ

Maksudnya: dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali


yang (biasa) nampak dari padanya.

Jelaslah disini, bahawa syarikat ini telah mewujudkan isu syariah dalam
mempromosikan produk mereka.

6
3.1.2 Mengiklankan produk yang membahayakan kesihatan / nyawa
pengguna.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan bahawa
terdapat dua produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Vida Beauty yang
mengandungi merkuri yang tinggi iaitu produk ‘Qu Puteh Whitening Pro 9’ dan
‘ Qu Puteh Whitening UV Block’.Fungsi utama kedua-dua produk ini ialah
untuk mencerahkan kulit secara semulajadi. Kedua-dua produk telah
dipromosikan dengan menyatakan kelebihan yang terdapat dalam kedua-dua
produk ini sedangkan kedua-produk ini mengandungi bahan beracun yang
tinggi yang boleh berlaku gatal-gatal,ruam pada wajah,hilang warna kulit dan
membawa kesan yang bahaya kepada kesihatan dan nyawa untuk jangka masa
yang lama.

Oleh hal yang demikian, kedua-dua produk ini telah ditarik balik oleh
syarikat ini di pasaran.Kesimpulannya, Syarikat Vida Beauty telah membuat
pengiklanan yang tidak mematuhi syariat Islam.

3.1.3 Menggunakan ayat copywriting yang tidak patuh syariah.

Seterusnya, Syarikat Vida Beauty telah mempromosikan produknya


dengan menggunakan ayat copywriting yang tidak patuh syariat seperti dengan
minum Qu Puteh dapat menjadikan kulih putih gebu dalam masa 7 hari.

Perkara ini sememangnya mustahil terjadi kerana tiada yang pasti terjadi
didunia ini kecuali mati.Keberkesanan produk ini juga berhasil dengan keizinan
Allah.Jadi alangkah baiknya menggunakan ayat copywriting yang mematuhi
syariat seperi ‘In Shaa Allah dalam masa terdekat kulit menjadi putih
gebu’.Dengan cara ini juga,pengguna tidak akan meletakkan harapan yang
tinggi sekali gus akan bertawakal kepada Allah berbanding dengan
menggunakan cara yang tidak patuh syariat yang akan menyebabkan pengguna
7
merasakan produk itu dapat menyelesaikan masalahnya sedangkan semuanya
atas izin Allah.

3.1.4 Pengiklanan produk dengan jaminan yang yang palsu.

Syarikat ini telah mengiklankan bahawa produk Pamoga yang


dikeluarkan oleh mereka dapat membantu merawat beberapa penyakit seperti
penyakit kencing manis,buah pinggang,tekanan darah tinggi,masalah
jantung.Sedangkan penyakit-penyakit ini tidak boleh dirawat dengan ubat yang
seberangan sebagaimana yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia(KKM) iaitu Menurut Akta Ubat (Jualan & Iklan) 1956, sebarang
pengiklanan mengenai sesuatu produk kesihatan tidak boleh mendakwa bahawa
produk tersebut dapat merawat penyakit antaranya penyakit buah
pinggang,penyakit jantung,tekanan darah tinggi dan beberapa penyakit kronik
yang lain.

Sudah terang lagi bersuluh, Syarikat Vida Beauty telah melanggar akta
yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali gus
akan mewujudkan unsur Syariah dalam pengiklanan.

8
4.0 CADANGAN PENYELESAIAN ISU INI 
4.1.1 Meneliti semula kod Amalan Periklanan syarikat Vida Beauty 

Pihak berkuasa perlu peka dan meneliti semula kod Amalan Periklanan
syarikat Vida Beauty atau syarikat lain agar perkara ini tidak dianggap sebagai
benda yang remeh. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, wanita
merupakan antara strategi pengiklanan yang menjadi pilihan pengeluar iklan.
Oleh yang demikian, menerusi Kod Amalan Periklanan Malaysia yang telah
diwujudkan sebagai salah satu cara untuk mengawal selia iklan perdagangan,
salah satu yang disentuh secara umum adalah kesemua iklan mestilah sah,
sopan, jujur dan benar. Melalui perkara ini, apabila melibatkan wanita dalam
sesebuah iklan sebagai salah satu subjek yang diperlihatkan atau
diperdengarkan, ia seharusnya dinyatakan dalam keadaan yang sopan seperti
yang telah dinyatakan. Hal ini kerana, pada hari ini kita dapat melihat iklan-
iklan yang kurang sopan dan menjadikan wanita sebagi bahan yang
dieksploitasi. 
Dalam kod ini telah dinyatakan dengan jelas bahawa iklan tidak seharusnya
mengandungi kenyataan atau peragaan visual yang boleh dianggap melanggar
kesopanan di kalangan mereka yang berkemungkinan terdedah kepadanya.
Maka pengeluar iklan pada hari ini seharusnya mematuhi kod yang telah
dinyatakan dan bukan hanya mengejar keuntungan dengan mengabaikan nilai-
nilai dalam iklan yang perlu dijaga. Namun, dalam kod telah dinyatakan bagi
produk kosmetik iklan tidak seharusnya mengandungi apa-apa dakwaan atau
implikasi bahawa sebarang penyediaan produk tersebut akan menyebabkan kulit
atau otot menjadi muda atau bahawa hormon atau vitamin boleh menghapuskan
kedutan atau melambatkan pembentukannya. Jika setiap syarikat mengambil

9
berat tentang Kod amalan Periklanan yang telah dinyatakan, hal ini jelaslah
masalah isu ini dapat dibendung dari semasa ke semasa. 

4.1.2 Menguatkuasakan akta perihal dagangan 1972 (disemak 1982) 


Setiap negara mempunyai undang-undangnya yang tersendiri dan kita
sebagai pengeluar bertanggungjawab untuk mematuhi segala undnag-undang
yang telah dikuatkuasakan oleh pihak atasan bagi menangani isu-isu periklanan
yang tidak mengikut etika. Di samping itu, akta perihal dagangan 1972
dianggap sebagai perundangan umum yang mengawal sebarang penyelewengan
maklumat dalam mana-mana iklan. Akta ini telah dikuatkuasakan oleh
kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Kementerian ini dapat bertindak terhadap syarikat-syarikat yang memberikan
kenyataan palsu atau mengelirukan dalam iklan. Pindaan 1982 akta ini telah
menetapkan sesiapa yang bersalah dibawahnya boleh didenda sehingga RM
100,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kedua
atau kali kemudian, denda tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam tahun atau kedua-duanya. 
Selain itu, dalam akta ini juga menitikberatkan tentang kadungan bahan
yang ada di dalam produk kecantikan. Semua bahan yang dinyatakan dalam
jadual produk kecantikana mestilah semua yang halal mengikut Perintah Perihal
Dagangan. Ia memberi kesan yang mendalam terhadap pengguna sekiranya
bahan terlarang terkadung dalam produk kecantikan tidak dihapuskan.
Kesihatan orang awam juga akan terjejas apabila pihak berkenaan sambil lewa
terhadap isu ini. Namun demikian, akta perdagangan yang dikuatkuasakan
mampu menyelesaikan masalah penggunaan bahan terlarang seperti merkuri
yang tinggi dalam produk kecantikan. Dalam islam juga melarang umatnya

10
untuk menggunakan sesuatu benda yang boleh memudaratkan diri sendiri atau
orang lain. 

4.1.3 Memperkasakan penggunaan logo halal 


Agama islam amat berpegang teguh dengan prinsip halal dan haram
terutamanya pada zaman serba moden ini. Hal ini jelaslah bahawa tidak ada
barang atau perkhidmatan yang boleh menggunakan logo halal melainkan telah
mendapat kelulusan daripada JAKIM atau badan pensijilan yang ditakrifkan
oleh JAKIM. Pengiklanan produk yang memiliki bahan tertentu mestilah
mempunyai sijil halal dan pengeluar produk digalakkan mempamerkan logo
halal di dalam iklannya. Sikap segelintir masyarakat pengeluaran yang masih
tidak prihatin dengan isu haram dan halal sesuatu produk atau perkhidmatan
yang ditawarkan kepada pengguna sangatlah mengecewakan semua pihak. Ini
termasuklah sektor keperluan pengguna seperti kesihatan, kecantikan dan
sebagainya. Buktinya masih ada barangan kosmetik dan sebagainya yang
menjadi tumpuan masyarakat islam masih tidak mematuhi piawaian serta
standard halal yang ditetapkan. Contohnya syarikat Vida Beauty yang
menggunakan merkuri tinggi dalam produknya. Bagi masyarakat Islam status
halal dan haram sesuatu produk yang digunakan sangat penting kerana ia adalah
tuntutan agama yang perlu dipatuhi serta amat berkait rapat dengan kualiti
hidup serta ibadah seharian seseorang. Oleh yang demikian, semua pihak yang
terlibat dalam sektor tertentu perlu memahami hakikat kepentingan halal dan
haram ini dan menghormatinya agar umat islam tidak dibelenggu kebimbangan,
kekeliruan serta dilema terhadap sesuatu produk yang ingin digunakan oleh
orang awam. Pindaan itu juga memperuntukkan hanya JAKIM dan JAIN yang
diberi kuasa mengeluarkan sijil dan logo halal bagi mengelak sebarang

11
kekeliruan di kalangan pengguna islam, sekali gus syarikat swasta tidak lagi
boleh berbuat demikian dan hanya produk import yang memiliki sijil halal
daripada badan dunia perlu diiktiraf JAKIM sebelum dibenar memasuki pasaran
negara ini. 
Oleh itu, agensi yang berkaitan perlu memiliki kepakaran, peralatan dan
teknologi canggih, termasuk makmal pemprosesan yang boleh memuktamadkan
ujian kandungan bahan dalam produk makanan dan kosmetik misalnya. Oleh
yang demikian, penggubalan Akta Halal seperti yang dicadangkan dilihat
mampu menjadi mekanisme yang dapat menghalang menyalahguna sijil dan
logo halal, sekali gus menjamin kesucian makanan dan produk kegunaan umat
islam di negara ini. Biarpun begitu, sementara menunggu rang undang-undang
Akta Halal dibentangkan di Parlimen, pengguna tidak boleh berdiam diri sahaja
dan perlu mengguna hak dan kuasa mereka untuk memberi tekanan kepada
pengusaha yang masih berdegil dan belum memiliki sijil halal supaya berbuat
demikian secepat mungkin. Ini adalah kerana, isu halal dan haram bukanlah kes
terpencil atau boleh dipermainkan sewenang-wenangnya oleh mereka yang
tidak berperikemanusiaan ini. 

4.1.4 Mengamalkan Kriteria-Kriteria Periklanan Perspektif Islam (PPI)


dalam produk komestik 
Kriteria-kriteria ini boleh diamalkan melalui penampilan visual, suara
dan bahasa, mesej iklan, dan kriteria bertanggungjawab. Penampilan visual
mestilah yang bertutup aurat tanpa menimbulkan syahwat. Agama islam pun
telah menekankan terhadap aurat terutamanya wanita. Hal ini perlu ditekankan
supaya pengiklanan bagi setiap pengeluar memberi satu impak yang positif dan
kebaikan kepada syarikat itu sendiri serta pengguna. Penampilan visual yang
mengikut syariat islam dalam pengiklanan akan memberi keyakinan tinggi
kepada pengguna terhadap sesuatu produk. Dari segi kriteria suara dan bahasa

12
juga perlulah yang nada yang sopan dan bahasa yang boleh difahami serta
mengikut syariat islam. 
Selain itu, mesej iklan yang mengikut syariat islam adalah mesej yang
tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan penipuan seperti “produk ini boleh
memutihkan dalam masa 7 hari”. Hal ini menunjukkan perkara tersebut dilarang
sama sekali dalam islam kerana ia merupakan sesuatu
perkara yang tidak masuk akal. Pengeluar produk seharusnya memiliki
pemikiran yang rasional dalam setiap produk agar tidak memberi kesan yang
buruk terhadap penggunanya. Oleh itu, kriteria-kriteria yang telah dinyatakan
amatlah penting bagi menghasilkan pengiklanan yang mematuhi syariat islam
pada masa ini dan masa akan datang. Sifat bertanggungjawab dalam diri
seseorang perlu disemat di dalam hati. Apabila seseorang itu mempunyai sifat
bertanggungjawab, mereka akan melakukan sesuatu kerja dengan telus dan
pengiklanan yang dihasilkan akan menitikberatkan tentang hal-hal yang sensitif.
Ia bukanlah suatu perkara yang merugikan malah memberi manfaat dan
keberkatan kepada syarikat yang mematuhi undang-undang serta amalan-
amalan yang baik. Malah kita semua juga akan dipandang tinggi oleh orang
sekeliling serta mengajak dan mengajar orang bukan islam melakukan kebaikan.

13
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, usahawan-usahawan Malaysia terutama sekali yang
beragama Islam perlulah menitikberatkan dan mengambil peduli hal-hal
berkaitan isu Syariah dalam menjalankan kegiatan muamalat yakni dalam
keusahawanan. Salah satu isu yang perlu ditagani adalah berkaitan soal
pengiklanan. Dengan itu, pengiklanan produk bagi sebuah perusahaan perlulah
mengikuti syariat Islam agar tidak menimbulkan sebarang permasalahan. Antara
aspek yang perlu dijaga dalam pengiklanan adalah aurat wanita, bahan
kandungan dalam produk, aspek kesihatan dan dari segi kebenaran dalam
penjaminan produk yang dipromosikan. Oleh itu, bagi perusahaan yang hanya
mengunakan tipu daya dalam mempromosikan iklan perlulah berwaspada
kerana isu yang melanggar syariat Islam akan dikenakan tindakkan undang-
undang dalam Mahkamah Syariah Islam Malaysia.

14
6.0 LAMPIRAN

Lampiran 1
Contoh Iklan Yang Tidak Mematuhi Syariat

Rajah 1: Model yang tidak menutup aurat

15
Rajah 2:Produk yang terdapat merkuri
Lampiran 2

Rajah 3: Copywriting yang tidak patuh Syariah

Rajah 4: Iklan dengan jaminan yang palsu

16
7.0 RUJUKAN

Afiq Rahim.2016.Ciri-Ciri Pemasaran yang Tidak Patuh Syariat.Dicapai


pada 8 Disember2020,daripadahttps://drafiqrahim.com/pemasaran-yang-tidak-
patuh-syariah/

Farid Rashidi.2019. Hukumnya Haram dan Berdosa sekiranya Gunakan


Teknik Marketing Menampakkan Aurat https://redaksi.com/5140-hukumnya-
haram-dan-berdosa-sekiranya-gunakan-teknik-marketing-menampakkan-aurat-
wanita[7Januari 2021]

Faizal.2016.Isu Merkuri dalam Produk Qu Puteh: Ahli Farmasi


Menjawab Persoalan https://www.majalahsains.com/isu-merkuri-dalam-
produk-qu-puteh-ahli-farmasi-menjawab-persoalan/ [ 8 Januari 2016]

Helmi Abd Rahim.2009. Pengiklanan Islami: Penjanaan Konsep dan


Pelaksanaan.

http://journalarticle.ukm.my/3009/1/1-Karim.pdf [ 10 Disember 2020].

Malaysia.1983.medicines(Advertisment and Sale)(Revised-1983).(Act


1956)

Meldi Kesuma .2015.Kriteria-Kriteria Periklanan Dari Perspektif Islam:


Analisis Persepsi Pengguna Institusi Perbankan Syariah Di Banda Aceh,
Indonesia http://eprints.usm.my/32088/1/Teuku_Meldi_Kesuma.pdf [ 12
Januari 2021]

NoorazlinaSalmi.2016.Latar Belakang Vida Beauty Sdn Bhd


https://www.coursehero.com/file/38501705/LATAR-BELAKANGdoc/[15Dise
mber 2020]

17
Sharifah Junaini Syed Ismail (2016), Bernama Vida:Cekal Bangkit
Setelah Berkali-kali jatuh http://www.rtm.gov.my/keratan-akhbar-2/2192-
bernama-vida-cekal-bangkit-setelah-berkali-kali-jatuh [ 8 Januari 2021]

18

You might also like