You are on page 1of 4

PJJ-UUM GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Ulasan Jurnal
Strategic Management and Public Service Perfomance
The Way Ahead
Bahagian A Maklumat Artikel/Jurnal

Tajuk jurnal yang akan ditulis dan dibincangkan dalam penulisan ini adalah Strategic
Management and Public Service Perfomance: The Way Ahead diterbitkan oleh Public
Administration Review pada Disember 2010 dan disunting semula pada 2012 diterbitkan oleh
Palgrave Macmillan, Macmillan Publishers Limited. Ditulis oleh George A. Boyne dari universiti
Cardiff, Rhys Andrews dari Sekolah Perniagaan Pengurusan Awam di Cardiff, Jennifer Law
pensyarah utama dalam Jabatan Sains Sosial di University of Glamorgan dan Richard M. Walker
dari Hong Kong Universiti. Objektif jurnal ini ialah pentingnya pengurusan strategik dalam
perkhidmatan awam bagi memantapkan dan meningkatkan prestasi perkhidmatan dalam semua
sektor awam.

Abstrak :

Tema jurnal ini ialah, pengurusan strategik penting dalam menentukan hala tuju dan
mempertingkatkan perkhidmatan awam pada masa kini dan akan dating serta selari dengan
peredaran masa atau teknologi terkini. Persoalan yang dibincangkan mengapa perlu pengurusan
strategik di dalam perkhidmatan awam?. Selaras dengan peredaran masa kini dengan
kecanggihan teknologi kini, perkhidmatan awam juga perlu mempertingkatkan kualiti kerjaya
supaya dapat memberikan suatu perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya. Oleh kerana
itulah pengurusan strategik yang tepat penting dilaksanakan dalam organisasi awam untuk
meningkatkan prestasi perkhidmatannya. Pengkaji ini juga melihat faktor-faktor perubahan
undang-undang dan peraturan, sistem politik, perubahan teknologi dan sasaran pelanggan.
Beberapa pendapat yang telah diambil oleh penulis yang mana ianya menerangkan pentingnya
pengurusan strategik dalam mempertingkatkan prestasi perkhidmatan awam antaranya adalah,
kesimpulannya adalah bahawa kewujudan dan ketepatan pengurusan strategik yang jelas lebih
baik daripada ketiadaan orientasi strategik dikenalpasti ( Inkpen dan Choudhury 1995).

1
NO. MATRIK : 222998
PJJ-UUM GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Secara langsungnya di sektor awam, dengan adanya pengurusan strategic yagn lebih tepat dan
dilaksanakan sebagai penanda aras untuk organisasi dapat meningkatkan prestasi mereka dan
memberikan suatu perkhidmatan yang cemerlang.

Bahagian B Isi-isi Penting/Isi Kandungan

Pengurusan strategik adalah merupakan satu pendekatan yang bersistem untuk


menentukan arah masa tuju sesebuah organisasi pada masa kini dan akan datang. Pengurusan ini
adalah bertujuan untuk menetukan cara sesebuah organisasi meningkatkan prestasi dan
seterusnya memberikan satu perkhidmatan awam yang baik di dalam persekitaran yagn tidak
menentu dan berubah (Ahmad Atory, 1996). Menurut Lesserre dan Putti (1986), Pengurusan
strategik memberikan tumpuan rancangan untuk mencapai prestasi yang berkesan. Bagi
memastikan pengurusan strategik yang dilaksanakan ini Berjaya meningkatkan prestasi
perkhidmatan awam, perlulah diwujudkan perancangan strategik. Perancangan Strategik adalah
satu proses yang menyatukan semua sumber sesebuah organisasi bertujuan untuk mencapai
matlamatnya. Perancangan strategik melibatkan beberapa proses perancangan, penyusunan,
pengarahan, pelaksanaan dan pengawalan kegiatan atau perkhidmatan yang diberikan
bersesuaian dengan perkembangan dan perubahan persekitaran luarannya (Juhary dan Ishak,
2004).

Melihat kepada perkhidmatan awam di Malaysia, pengurusan strategik ini telah


dilaksanakan di dalam memberikan perkhidmatan dan meningkatkan produktiviti perkhidmatan
di dalam sesebuah jabatan kerajaan. Oleh tindakan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia ialah
telah mengeluarkan satu Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 6 Tahun 1991
bertajuk Panduan Meningkatkan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam. Di dalam pekeliling
ini menekankan beberapa aspek yang perlu diambil untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan
awam. Antara aspek yang diberikan adalah seperti :

Tenaga Manusia
Sistem dan Prosedur Perkhidmatan Jabatan atau Bahagian
Struktur Organisasi
Gaya Pengurusan
Persekitaran Kerja
2
NO. MATRIK : 222998
PJJ-UUM GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Teknologi
Bahan-bahan
Kelengkapan Modal

Aspek diatas inilah telah dititik beratkan dalam meningkatkan prestasi kerja di dalam
perkhidmatan awam. Aspek ini jugalah membolehkan pengurusan awam di Malaysia di
transformasikan daripada satu tahap kepada tahap perkhidmatan yang baik dan tinggi. Sebagai
contoh, kita boleh lihat dengan kewujudan pengurusan strategik di dalam perkhidmatan kerajaan
masa kini di Jabatan Imigresen Malaysia, proses permohonan passport antarabangsa pada masa
dulu mengambil masa hamper 3 bulan untuk menyiapkan satu permohonan, tetapi kini dalam
tempoh 2 jam sahaja satu permohonan passport antarabangsa dapat disiapkan.

Bahagian C - Ulasan/ Komen/Rumusan

Secara kesimpulannya, pengurusan strategik adalah alat penting atau adalah sebagai
mastermind yang berperanan penting dalam meningkatkan prestasi dan produktiviti di dalam
perkhidmatan awam. Pengurusan strategi ini diyakini adalah satu penetapan arah bagi upaya
kolektif, memfokuskan usaha kea rah matlamat yang dibentuk dan pengemaskinian dalam
tindakan pengurusan dari masa ke masa di semua organisasi awam mahupun swasta. Tujuannya
adalah bahawa kehadiran strategi yang jelas dan tepat lebih baik daripada ketiadaan orientasi
strategik dikenalpasti.

Sesuatu proses pengurusan strategik yang jelas merupakan pembolehubah penting yang
mempengaruhi prestasi. Oleh yang demikian, pengurusan strategik akan berjaya meningkatkan
prestasi perkhidmatan awam dengan penekanan dan pembaharuan sentiasa dilaksana dan
dikemaskini dari aspek tenaga manusia, sistem dan prosedur perkhidmatan jabatan atau
bahagian, struktur organisasi, gaya pengurusan, persekitaran kerja, teknologi, bahan-bahan,
kelengkapan modal.

RUJUKAN
3
NO. MATRIK : 222998
PJJ-UUM GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Dr. Ahmad Atory Hussain (1996). Pengurusan Sumber Dalam Organisasi Awam dan Swasta.
Utusan Publications & Distributors Sdb Bhd.

George A. Boyne, Richard M. Walker, 2010. Strategic Management and Public Service
Perfomance: The Way Ahead. Public Administration Review.

George A. Boyne, Richard M. Walker, Jennifer Law, Rhys Andrews, 2012. Strategic
Management and Public Service Perfomance. Public Administration Review.

Juhary Haji Ali dan Ishak Ismail, 2004. Prinsip dan Amalan Pengurusan: Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kerajaan Malaysia, 1991. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 6, Kuala Lumpur:
Jabatan Perdana Menteri.

Lessere and Putti, 1986. Business Strategy dan Management Text and Casses for Managers in
Asia. Singapore Institute of Management.

4
NO. MATRIK : 222998

You might also like