You are on page 1of 8

DOA SELAMAT V

___________________














.

Ya Allah ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, kami
berhimpun di majlis yang mulia dan bersejarah ini memohon rahmat dan hidayah
dari sisi-Mu.

Semoga dengan rahmat itu,


Engkau berikan hidayah dan petunjuk dan menyatukan pemikiran kami, Engkau
perkukuhkan perpaduan kami, Engkau hindarkan fitnah dan pertelingkahan di
kalangan kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami.







Ya Allah, kami memohon taufiq dan hidayah-Mu dalam setiap perkara dan
restuilah perancangan dan pembangunan yang disusun dan diatur oleh kami
dalam usaha memajukan negara kami. Bimbinglah para pemimpin kami yang
memikul amanah dan tanggungjawab dalam pentadbiran negara kami dengan
sinaran petunjuk-Mu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang
lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan.
Hindarkanlah kami sekalian dari segala malapetaka dan sifat-sifat keji, hasad-
dengki, boros, dan semua sifat negatif. Ya Allah selamatkanlah kami sekalian
dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan.
Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi
dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta
matlamat wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.




Kami pohonkan limpah rahmat, taufiq dan hidayat bagi pemimpin kami di
segenap lapisan dan seluruh rakyat negara yang tercinta. Mantapkanlah
semangat dan keazaman mereka dengan penuh kesabaran dan bertawakkal
kepada-Mu dalam memikul tanggungjawab memajukan negara dan agama
supaya disanjung tinggi dan disegani.

}
{








.









.

















.

Ya Allah, kami pohon perlindungan dari-Mu dari segala hasutan syaitan mahu
pun kejahatan insan, kami pohon keselamatan dan kesejahteraan agar hidup
dalam aman dan tenteram, selamatkanlah kami dari segala keburukan,
jauhkanlah kami dari segala bala, wabak mahu pun penyakit yang menyusahkan .





Ya Tuhan kami, Engkaulah yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati
dan sanubari kami, Engkaulah yang lebih mengetahui hajat dan tujuan kami
pada saat ini, kami mengakui dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang
kebesaran dan kekuasaan-Mu ya Allah. Lantaran itu kami menadah tangan di
samping memohon keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan, kami juga
ingin melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat keselamatan dan
kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan.





Ya Allah, Engkaulah yang lebih mengetahui tentang hati dan perasaan kami,
kami yakin bahawa hanya kudrat dan iradat-Mu sahaja yang dapat
menyelamatkan kami dari segala rupa bentuk keburukan mahu pun bala
bencana, hanya kekuasaan-Mu jua yang telah menyelamatkan kami dari segala
maksiat mahu pun wabak yang sedang melanda kami.

Ya Allah, kemurahan-Mu kami pohonkan, ihsan-Mu kami harapkan, Rahman


dan Rahim-Mu kami pinta, semoga kami sentiasa dilindungi dan dinaungi
dengan sepenuh riayah dan pemeliharaan-Mu, kami akui bahawa kami sentiasa
terdedah kepada bahaya dan keburukan, lebih-lebih lagi manusia yang
mempunyai hasad dengki di atas sedikit kelebihan yang dikurniakan kepada
kami, justeru itu, kami pohonkan ya Allah, Engkau peliharakanlah serta
hindarkanlah kami daripada segala bahaya dan keburukan itu.




Sekiranya keburukan telah Engkau qadha ke atas kami, sekiranya kecelakaan
telah Engkau tetapkan akan menimpa kami, maka dengan Rahman dan Rahim-
Mu ya Allah kami pohonkan, hindarkanlah kami dari segala keburukan dan
kecelakaan itu, agar dapat kami hidup lebih bererti dan lebih bermakna.





.






}




{ }






{



.

Ulasan Tafsiran: Surah Al Fatihah (Ayat 6)

Firman Allah SWT,

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (surah Al Fatihah :6)

Kali ini kita akan cuba menghalusi kemuncak bagi matlamat Surah Al fatihah yang sebenarnya.
Inilah matlamat utamanya iaitu suatu doa untuk memohon jalan yang lurus. Kenapakah disebut
jalan yang lurus? Kenapa tidak dikatakan jalan yang satu atau jalan yang terpilih? Sifat lurus pada
jalan adalah jalan yang semestinya disukai dan akan dipilih oleh seorang pemandu. Mereka akan
memilih jalan yang mudah dibawa tanpa memerlukan tenaga yang lebih untuk mengawal
kenderaan. Inilah perumpamaan ayat ini.

Jalan yang lurus.

Suatu ketika Rasulullah SAW pernah menggariskan pada tanah satu garisan. Kemudian Rasulullah
membuat garis-garis yang bercabang daripada garisan induk tersebut. Lalu baginda membacakan
ayat Al Anaam ayat 153

Dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus maka ikutilah ia, dan janganlah kamu ikut
akan jalan-jalan yang lain, kelak ia akan memecah belahkan kamu

Jalan yang lurus adalah impian setiap manusia. Jaln ini juga dikenali oleh golongan kafir sebagai
jalan hidup yang bahagia. Agama Budhha menganggap Nirvana dan Mokhsha sebagai matlamat
hidup. Terdapat agama lain yang ingin bersatu hidupnya dengan tuhan. Islam selaku nahjus Sohih
yang menjadi nizam al hayah memberi pelbagi solusi lengkap kepada manusia. Lihatlah satu
persatu system nya:

* Kehalusan system pewarisan harta (yang tiada dalam agama lain)


* Keadilan system perkahwinan (Hindu mengamalkan amalan satthi yang menzalimi balu)
* Kecantikan system ekonomi Islam (tiada agama lain yang mempunyai system ekonominya
sendiri)
* Pengertian politiknya yang telus.
* Aturcara Ibadahnya yang menyihatkan tanpa memberatkan golongan awam serta
menenangkan. Inilah Islam.

Pengertian Hidayah.

Menurut Jamaain Abdul Murad dalam Tafsir Juzu Amma dan Sheikh Rashid Redho dalam Tafsiran Al
Manarnya, manusia sedari kecil sudah diberikan hidayah. Iaitu :

* Hidayah Wujdan At Tabiiy : Ini ialah hidayah dan petunjuk yang Allah beri kepada manusia
sejak dilahirkan. Iaitu rasa lapar, dahaga dan panas yang tidak memerlukan guru untuk difahami
oleh mereka.
* Hidayah Al Hawas : Hidayah panca indera yang memandu manusia untuk mendapat
maklumat seperti mata, telinga dan kulit. Petunjuk ini disebut sebagai reseptor dalam istilah
sainsnya.
* Hidayah Aqli : iaitu petunjuk dan maklumat yang disintesis atau diproses oleh akal manusia.
Melalui akallah manusia tahu mana yang baik atau buruk. Lantaran itulah manusia yang bijak (ulul
Albab) akan menggunakan akalnya untuk melihat kebenaran Ilahi dan memastikan dirinya mentaati
Allah melalui anugerah akal. Allah sering menyindir golongan pandir yang tidak mahu menggunakan
akalnya demi mendapat kebenaran sebagai (Afala yaqilun, afala tatafakkarun)
* Hidayah Ad Din : Ini ialah hidayah yang Allah beri kepada sesiapa yang berhak. Tidak semua
insane diberikan hidayah ini. Kerana itulah jika kita semata-mata menggunakan nazarah
(penglihatan dan pengamatan) untuk mencari kebenaran kita tidaka akan memperolehi kebenaran
lantaran tiadanya hidayah ini pada kita.
* Taufiq : Taufiq adalah usaha ikhtiyariy manusia untuk mendapatkan kebenaran. Tanpa usaha
Allah tidaka akan mengubah diri dan situasi kejahilan kita kepada kebenaran. Inilah peranannya
pendakwah untuk menggerakkan taufiq ke dalam diri madu mereka tanpa mengira sasaran
menerima dakwah atau tidak.

Penggunaan Akal untuk mendapat Hidayah.

Dalam Surah As Syams Allah berfirman,

Maka diilhamkan kepada manusia jalan yang buruk (fujur) dan jalan yang baik
(taqwa) (Surah As Syams :8)
Maka setiap manusia akan diilhamkan jalan baik dan buruk berdasarkan kemahuan dan
kehendaknya. Apabila seseorang manusia inginkan jalan kebaikan Allah akan membantu dan
meluaskan dadanya untuk Islam. Rasulullah menegaskan bahawa orang yang diinginkan Allah akan
kebaikkannya maka akan diberi kefahaman Ilmu agama walau apa latarbelakangnya sekalipun.

Kita melihat bagaimana Pluto dan Xeno ahli falsafah Yunani yang diilhamkan pelbagai idea yang
bernas dan baik untuk masyarakatnya. Tamadun ini juga menyediakan basis demokrasi yang dekat
dengan system keadilan Islam. Lantaran itulah ada yang berpendapat terdapat petunjuk atau Nabi
yang diutuskan kepada bangsa Yunani ini.

Kita juga melihat bagaimana golongan Yahudi yang anarkis serta degil diberikan pelbagai idea yang
saban kurun menyusahkan umat manusia seluruhnya. Idea teori Darwin yang menghasilkan
pertembungan rasial seluruh dunia, Teori Komunis yang banyak memakan nyawa serta ternyata
songsang dari fitrah kemanusiaan, teori kapitalisme yang menekan sesetengah indidividu dan
bersifat rasis, idea pertembungan Islam dengan blok barat yang menghasilkan pertembungan Islam
dengan barat secara berterusan serta banyak idea lagi yang menyesakkan manusia. Jaln jalan
kejahatan ini dibantu oleh Iblis dan Syaitan atas keizinan Allah. Disinilah perana manusia berdoa
agar diberikan idea dan ilham untuk maslahah umat, idea untuk membangunkan umat dan idea
untuk pembinaan yang muslih.

Perlunya manusia akan tali yang sejahtera.

Firman Allah

Berpegang teguhlah dengan tali Allah secara beramai-ramai dan janganlah berpecah
belah (Surah Ali Imran : 103)

Tali ini juga disebut sebagai Urwatul Usqa iaitu tali yang sejahtera. Bantuan (jalan) ini hanya
didapati setelah kita mengkufuri perkara-perkara toghut (fujur). Disini jelas bahawa di dunia ini
hanya ada 2 sahaja blok. Blok Islam serta blok jahiliyyah yang menyesatkan. Blok Islam diperolehi
jika kita menidakkan blok kesesatan tersebut. Inilah syarat untuk mendapat tali yang sejahtera
tersebut.

Golongan yang tidak mendapat Tali Hidayah Allah.

Golongan ini sdisebutkan sebagai golongan ilhad. Golongan yang umumnya dikenali sebagai
ideologist ini akan tyerseungkur akhirnya. Mulhidun adalah perlambangan manusia yang tidak
dibenarkan memilih jalan taqwa (jalan takutkan Allah).

Ciri-ciri mereka adalah:


* Kegoyangan fikiran dan pertentangan jiwa.

Telah terbukti ideaologi yang berasaskan secular dan atheis (Darwinisme dan Marxisme) telah
menghasilkan porak peranda dis eluruh dunia. Teori ini hanya mengahasilkan golongan hero rimba
yang menindas golongan lemah. Lihatlah teori kolektif komunisme (taaddudiyyah), kita melihat
dimana kesamarataan yang dicanangkan hanya retorik yang indah. Sebaliknya penindasan golongan
yang tidak berdaya, golongan beragama, golongan berpenyakit begitu teruk sekali. Mereka sendiri
tidak tenang dan tidak tahu arah kemana teori mereka. Mereka sendiri terpaksa mengubah teori
asal Marx ke bentuk yang lain serta lebih agresif dan kejam (Bolshevik). Mereka tertekan dan
menderita atas kesilapan mereka sendiri.

* Mencari kepentingan diri.

Golongan yang tersesat akan senantiasa memikirkan nasibnya sahaja kerana tiada bimbingan kuasa
lain yang besar. Akal dan jasad mereka adalah cagaran bagi menongkah arus kemanusiaan. Mereka
mencaturkan sosiologi manusia mengikut naluri hati tanpa memikirkan hubungan erat timbal balik
yang Allah sarankan. Mereka akan terjebak dengan ideology yang mementingkan kepentingan
bangsa, negara, ras dan suku mereka. Inilah assobiyyah yang haram untuk diikuti.

* Memusnahkan system kekuargaan dan system masyarakat.

Ideologi sesat banyak menghasilkan durjana-durjana yang kononnya sebagai solusi sebaliknya
bertindak sebagai pemusnah system kekluargaan dan masyarakat. Manusia mula menerapkan
fahaman ananiyyah dan individualisme. Merteka lupakan kepentingan jiran, keluarga, adab sopan
dan kehormatan maruah keluarga seperti yang Islam bawakan. Komunis telah lama memisahkan
anak-anak daripada ibu bapa kerana anak yang sihat akan menjadi milik negara (seperti fahaman
kerajaan Sparta Yunani kuno). Mereka lupakan maluri tradisi mereka terhadap kasih sayang dan
hati. Inilah fahaman sesat yang dibauri oleh pandaun syaitan untuk memusnahkan ajaran hilmun
bawaan Rasulullah SAW.

Terdapat banyak lagi natijah dan implikasi buruk akibat ketiadaan hidayah dan petunjuk ke arah
yang lurus dan salimah. Maka sebagai golongan pendakwah, seharusnya kita juga memohon
petunjuk agar tidak menjadi seperti Azazil yang lupakan doa kepada dirinya sendiri. Wassalam.

You might also like