You are on page 1of 3

TUGASAN INDIVIDU RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH

(ROS)

1. Tugasan ini merupakan tugasan individu


2. Cara bekerja dalam proses menyiapkan tugasan boleh dilakukan secara
berkumpulan ataupun individu tetapi laporan akhir perlu dilakukan secara
individu
3. Kerjasama dengan pihak sekolah terutamanya guru pembimbing adalah
sangat penting
4. Pelajar perlu melaksanakan program atau aktiviti di sekolah dan akhirnya
menghasilkan laporan akhir aktiviti
5. 4 tugasan akhir perlu dilaksanakan oleh pelajar sepanjang menjalani Latihan
Mengajar di sekolah:
i. Laporan akhir berkenaan pengurusan sekolah
ii. Laporan akhir berkenaan prasarana sekolah
iii. Laporan akhir berkenaan aktiviti kurikulum
iv. Laporan akhir berkenaan aktiviti kokurikulum

Kriteria Tugasan Akhir

1. Format penulisan berdasarkan format penulisan tesis UTM


2. Setiap laporan akhir mengandungi 10 mukasurat tidak termasuk lampiran
3. Format isi penulisan antaranya pengenalan, penerangan tentang aktiviti
dilaksanakan/aspek berkaitan, hasil aktiviti yang dilaksanakan, peluang dan
kekangan aktiviti, penutup, lampiran (sekiranya ada) penulisan tidak terhad
kepada aspek-aspek ini sahaja tetapi bergantung kepada pelaporan yang ingin
dihasilkan
4. Saiz huruf adalah 12 Times New Roman dengan 1 spasi
5. Maklumat muka hadapan laporan akhir adalah tajuk laporan, nama pelajar,
no IC dan no matriks, nama sekolah, tahun
6. Kesemua laporan akhir perlu diserahkan kepada Guru Pembimbing terlebih
dahulu untuk pengesahan sebelum diserahkan kepada Pensyarah Pembimbing
SEMINGGU sebelum LM berakhir
Tugasan 1 Laporan akhir berkenaan pengurusan sekolah (25 markah)

i. Pelajar dikehendaki melaksanakan satu penyelidikan ringkas berkaitan


dengan bagaimana sekolah diuruskan
ii. Pelajar boleh melakukan temubual kepada salah seorang pentadbir di
sekolah seperti Pengetua/Pengarah, Timbalan, Ketua Jabatan, Penolong
Kanan, Guru Kanan, Ketua Panitia dan lain-lain pentadbir di sekolah
iii. Pelajar perlu meneroka bagaimanakah mereka melaksanakan tugasan
mengurus, apakah yang mereka lakukan
iv. Contoh-contoh bagaimana aktiviti pengurusan dilakukan perlu ditanyakan
semasa sesi temubual dan dinyatakan dalam laporan
v. Pada bahagian penutup perlu dibincangkan cadangan yang dikemukakan
oleh pentadbir yang dipilih aktiviti penambahbaikan yang boleh dilakukan
untuk menambahbaik pengurusan di sekolah (berkenaan dengan bidang
tugas pentadbir yang ditemubual)

Tugasan 2 Laporan akhir berkenaan prasarana sekolah (25 markah)

i. Pelajar perlu melaporkan hasil pemerhatian berkenaan dengan prasarana


yang terdapat di sekolah
ii. Bincangkan penggunaan prasarana tersebut yang diperhatikan
iii. Komen kelebihan dan kekurangan
iv. Kemukakan cadangan-cadangan bagaimana prasarana tersebut boleh
dipertingkatkan

Tugasan 3 Laporan akhir berkenaan aktiviti kurikulum (25 markah)

i. Pelajar perlu memilih salah satu aktiviti berkaitan dengan perlaksanaan


pengajaran pembelajaran di sekolah antaranya proses pengajaran
pembelajaran kelas, peperiksaan, laporan kemajuan pelajar, kelas
tambahan,
ii. Buat perancangan dan laksanakan aktiviti tersebut mengikut perancangan
yang ditetapkan
iii. Laporkan hasil perlaksanaan aktiviti tersebut
iv. Kemukakan kekangan dan kelebihan aktiviti yang dilaksanakan

Tugasan 4 Laporan akhir berkenaan aktiviti kokurikulum (25 markah)

i. Pelajar perlu merancang satu aktiviti kokurikulum dan seterusnya


melaksanakan aktiviti tersebut
ii. Beberapa aktiviti kokurikulum yang boleh dipilih termasuklah badan
beruniform, persatuan pelajar, sukan dan permainan, dan yang berkaitan
iii. Buat perancangan dan laksanakan aktiviti tersebut mengikut perancangan
yang ditetapkan
iv. Laporkan hasil perlaksanaan aktiviti tersebut
v. Penulisan laporan perlu memasukkan aspek-aspek seperti jenis aktiviti
yang telah dipilih, bagaimana dirancang, apakah aktiviti yang
dilaksanakan, hasil daripada aktiviti tersebut, dan kemukakan cadangan
untuk penambahbaikan

You might also like