You are on page 1of 1

SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT

Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkat
aan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur
yang diterangkan.
Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjad
i unsur yang menerangkan subjek.
Contoh ayat;
Petani itu membajak sawahnya setiap hari.
Subjek : Petani itu
Predikat : membajak sawahnya setiap hari
Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
Subjek : Samsul
Predikat : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Lan
ggar.
Subjek : Anak Pak Hashim yang tampan itu
Predikat : menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.
Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul terletak di Kampung Mawar dalam da
erah Bachok.
Subjek : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul
Predikat : terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok
Pembahagian atau pemenggalan kepada frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat
tidak boleh dilakukan tanpa peraturan. Dalam ayat (a) di atas, unsur itu membaja
k, misalnya tidak boleh digabungkan untuk menjadi binaan sebab bentuk itu dan me
mbajak termasuk ke dalam kelompok unsur berasingan. Oleh itu, ayat (a) tidak mun
gkin boleh dipenggal dengan memisahkan petani sahaja sebagai frasa subjek, dan i
tu membajak sawahnya setiap hari sebagai frasa predikat.
(Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka)

You might also like