You are on page 1of 1

SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT

Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek.

Contoh ayat;

Petani itu membajak sawahnya setiap hari.

Subjek : Petani itu

Predikat : membajak sawahnya setiap hari

Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.

Subjek : Samsul

Predikat : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.

Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.

Subjek : Anak Pak Hashim yang tampan itu

Predikat : menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.

Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok.

Subjek : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul

Predikat : terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok

Pembahagian atau pemenggalan kepada frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat tidak boleh
dilakukan tanpa peraturan. Dalam ayat (a) di atas, unsur itu membajak, misalnya tidak boleh
digabungkan untuk menjadi binaan sebab bentuk itu dan membajak termasuk ke dalam kelompok
unsur berasingan. Oleh itu, ayat (a) tidak mungkin boleh dipenggal dengan memisahkan petani
sahaja sebagai frasa subjek, dan itu membajak sawahnya setiap hari sebagai frasa predikat.

You might also like