You are on page 1of 5

Ayat komplemen ialah bahagian ayat dalam binaan ayat majmuk yang melengkapkan ayat tersebut.

Ayat komplemen ditandai oleh penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. Contohnya: b)Beliau menjelaskan bahawa cuti semua pegawai perubatan dibekukan.

Bahagian yang di hitam tebal dalam ayat di atas ialah ayat komplemen, iaitu yang berfungsi sebagai objek tepat kepada kata kerja transitif seperti mengumumkan dan menjelaskan, selain menjadi pelengkap kepada ayat induk atau ayat utama. Terdapat sebilangan kata kerja transitif lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek supaya maksud ayat tersebut lengkap, antaranya; menafikan, menyatakan, menyebut, menegaskan, mengharapkan, menyedari, mengakui, melaporkan, mengesahkan.

Selain menjadi objek, ayat komplemen juga menjadi pelengkap kepada frasa kerja tak transitif yang lazimnya menggunakan imbuhan ber-... sebagaimana contoh berikut; a). Mereka berpendapat bahawa masalah itu telah selesai. b). Kami beranggapan bahawa penyelesaian itu hanya sementara.

Ayat di atas berfungsi sebagai pelengkap kepada frasa kerja tak transitif seperti berpendapat dan beranggapan. Terdapat sebilangan kata kerja tak transitif lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap supaya maksud ayat tersebut lengkap, antaranya; bermaksud, berpendirian, berpandangan, berfahaman, bersetuju, berharap.

Sebagai kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa ayat komplemen berfungsi sebagai objek dan pelengkap, berdasarkan KK atau FK dalam ayat induk atau ayat utama.

You might also like