You are on page 1of 1

SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT

Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada


satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa
nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu


frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Contoh ayat;

a. Petani itu membajak sawahnya setiap hari.


Subjek : Petani itu
Predikat : membajak sawahnya setiap hari

b. Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.


Subjek : Samsul
Predikat : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.

c. Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di


Sekolah Kebangsaan Langgar.
Subjek : Anak Pak Hashim yang tampan itu
Predikat : menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan
Langgar.

d. Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul terletak di


Kampung Mawar dalam daerah Bachok.
Subjek : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul
Predikat : terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok

Pembahagian atau pemenggalan kepada frasa subjek dan predikat bagi


sesuatu ayat tidak boleh dilakukan tanpa peraturan. Dalam ayat (a) di
atas, unsur itu membajak, misalnya tidak boleh digabungkan untuk
menjadi binaan sebab bentuk itu dan membajak termasuk ke dalam
kelompok unsur berasingan. Oleh itu, ayat (a) tidak mungkin boleh
dipenggal dengan memisahkan petani sahaja sebagai frasa subjek, dan
itu membajak sawahnya setiap hari sebagai frasa predikat

You might also like