You are on page 1of 1

BATASAN KAJIAN

Filem klasik telah bayak dipertontonkan di kaca televisyen. Hal ini demikian kerana filem

tersebut tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Filem-filem ini membawa mesej yang

tertentu yang hendak disampaikan. Kajian ini melibatkan dua filem klasik arahan seniman negara

iaitu Seniman Bujang Lapok dan juga 3 Abdul. Sebab dua filem ini dipilih adalah kerana ianya

membawa mesej yang mendalam tambahan lagi setelah diteliti dan dikaji. Dari segi semantik

pula, kami telah memilih bahasa sindiran sebagai topik utama dalam kajian ini. Jika dilihat dari

segi pemahaman, kebanyakan masyarakat sekadar menonton filem ini sebagai hiburan semata-

mata. Oleh hal demikian, bahasa sindiran atau ayat sindiran dipilih untuk dibuat kajian

berdasarkan dua filem tersebut bagi memahami apa yang hendak disampaikan. . Memandangkan

dua filem ini membawa mesej yang mendalam daripada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, kajian

bahasa sindiran telah dipilih bagi mendalami maksud yang hendak disampaikan oleh beliau.

JUSTIFIKASI KAJIAN

Kajian ini dibuat bagi mencapai beberapa tujuan. Yang pertama adalah bagi memahami maksud

yang hendak disampaikan dalam filem berkenaan. Hal ini membolehkan masyarakat memahami

lagi apa maksud tersirat disebalik dialog-dialog yang diucapkan dalam dua filem berkenaan iaitu

Seniman Bujang Lapok dan juga 3 Abdul. Tujuan kajian yang kedua adalah bagi membolehkan

kajian ini diteruskan sebagai bahan kajian yang akan dibuat selepas ini.

You might also like