You are on page 1of 2

Laporan AJK Makanan Kembara ke Taman Negara, Teluk Bahang

Laporan Sebelum Kembara ke Taman Negara, Teluk Bahang


Pada 4 Julai 2016, Persatuan Kembara Semester 6 Institut Pendidikan
Guru Kampus Tuanku Bainun telah mengadakan kembara ke Taman Negara,
Teluk Bahang, Negeri Pulau Pinang. Saya, Khor Ceek Vung bersama Chai Jia Zhi
telah ditugaskan sebagai Ahli Jawatankuasa Makanan. Antara bidang tugas
utama kami adalah menyediakan makanan yang mencukupi bagi ahli persatuan
kembara dan pensyarah yang terlibat dalam Kembara ke Taman Negara, Teluk
Bahang.
Sebelum lawatan, kami telah berbincang dan mengambil kesepakatan
untuk menyediakan makanan sekali sahaja, iaitu makan tengah hari. Kami juga
telah menentukan bajet sebanyak RM5 untuk seorang dan menu makanan. Menu
makanan bagi ahli kembara bukan vegetarian ialah ayam masak merah, sayur,
nasi dan kotak air. Manakala menu makanan untuk vegetarian pula ialah nasi,
tauhu, sayur, telur, roti dan kotak air. Selepas itu, kami memaklumkan kepada
rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah tentang menu makanan dan meninjau
jumlah orang yang makan makanan vege dan non-vege. Kemudian, kami
membuat tempahan makanan dan memaklumkan jenis makanan serta jumlah
dengan pihak kantin. Kami turut berbincang dengan pihak kantin mengenai masa
pengambilan makanan. Sehari sebelum lawatan pula, kami telah memperingatkan
sekali pihak kantin tentang tempahan kami.

Laporan Semasa Kembara ke Taman Negara, Teluk Bahang.


Pada hari kembara, kami tiba di kantin IPG Kampus Tuanku Bainun seawal
jam 7.00 pagi untuk mengambil tempahan makanan kami di kantin. Selepas itu,
kami membuat pengiraan untuk memastikan jumlah bungkusan makanan yang
mencukupi. Kemudian, kami membuat bayaran makanan yang ditempah dan
mengagihkan makanan tengah hari kepada semua ahli persatuan kembara dan
pensyarah pengiring sebelum bertolak ke Taman Negara, Teluk Bahang. Hal ini
adalah untuk melancarkan aktiviti kembara kali ini. Ahli kembara dan pensyarah
pengiring menikmati makanan yang disediakan pada pukul 12.30 tengah hari di
Pantai Kenatchu. Untuk menjaga kebersihan pantai Kenatchu, ahli kembara dan
pensyarah pengiring dikehendaki menyimpan bekas makanan di dalam bag plastik
masing-masing selepas makan. Bekas makanan ini kemudian akan dibuang ke
tong sampah selepas tiba di tapak perhimpunan, iaitu di depan kaunter
pendaftaran.

Laporan Selepas Kembara ke Taman Negara, Teluk Bahang.


Selepas lawatan, kami telah diberi tanggungjawab untuk menyiapkan
laporan masing-masing yang berkaitan dengan aktiviti kembara ini bagi
menyempurnakan Kembara ke Taman Negara, Teluk Bahang. Secara
keseluruhannya, makanan yang disediakan adalah mencukupi dan dapat
membekalkan tenaga yang mencukupi kepada ahli kembara dan pensyarah
pengiring untuk menjalani aktiviti kembara. Kami berasa syukur kerana lawatan ini
dapat dilaksanakan secara lancar.

Disediakan oleh, 7 September 2016

(Khor Ceek Vung)


AJK Makanan

You might also like