You are on page 1of 7

Dipetik dari tulisan: Mohamed Yosri Mohamed Yong

Allahyaraham Tun Abdul Razak

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein

Perdana Menteri Malaysia Kedua (1970-1976)

Bapa Pembangunan Malaysia

Era

Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti
memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana
perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.

Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di
dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar.

Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan
kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang
menyanjunginya yang juga mengenali beliau sebagai Tun Razak. Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922.

Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan
Hajah Teh Fatimah bt Daud. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkhidmat menggantikan
Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang
kedua. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat
sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976

Asal Usul

Pendidikan awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah Melayu Kampung Jambu
Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan masyarakat Melayu yang dirundung masalah
kemiskinan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke sekolah yang
jaraknya lebih kurang 4 batu dari rumahnya.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meneruskan pendidikan di Maktab Melayu Kuala
Kangsar (MCKK) dan kemudiannya di Raffles Kolej, Singapura. Perang Dunia ke 2 menyebabkan
pendidikan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa dihentikan buat sementara
waktu. Lantaran itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menyertai Angkatan 136 (Force
136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk mensabotaj
tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika Jepun menyerah.

Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan
Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk melanjutkan pengajian di bidang undang-undang di
England. Pada tahun 1950, beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada Lincoln's Inn dan
menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950. Sewaktu di England, Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's Scolar'.

Semasa menuntut lagi, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah menunjukkan
kebolehannya untuk memimpin dan meraih sokongan orang lain. Beliau telah menubuhkan Malayan
Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British dengan tujuan untuk memberi kesedaran politik
kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga menganggotai Persatuan
Fabian dan Malayan Student's Union.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sememangnya seorang yang cerdas, dalam masa 18
bulan sahaja Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menamatkan pengajian undang-
undangnya dan dalam masa yang sama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein aktif sebagai
pemimpin pelajar serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang menyemaikan
semangat Kemerdekaan Tanah Melayu.

Di England jugalah Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkenalan dengan Allahyaraham
Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan mereka menjadi rakan karib. Sekembalinya dari England,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia
sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar. Pada masa yang sama, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein memulakan perkhidmatan dalam Malay Civil Service. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein mula melibatkan diri dalam politik tanah air pada tahun 1950 apabila Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah hanya empat bulan
menyertainya.

Pada tahun 1951 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang
DiPertua UMNO. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bertanggungjawab membawa
Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan
mengenepikan dirinya sendiri.
Kerjaya perkhidmatan awam Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bermula pada tahun 1952
dengan perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada Jun 1955
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengorbankan jawatannya dalam kerajaan dan
bertanding dalam Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan. Berkat sokongan masyarakat,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan
Kawasan Semantan.

Kemenangan Perikatan menampilkan penglibatannya dalam kabinet apabila Allahyaraham Tun


Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9
Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memperkenalkan
'Penyata Razak' yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein mengahwini Toh Puan Rahah dan anak sulung Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
ialah Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Peranan Dan Sumbangan

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia sebagai
sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada masyarakat dan
negara diberi keutamaan. Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai
Menteri Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah
dan perintah.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-
sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak,
melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menyatupadukan
sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama. Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti Perikatan yang telah ke London bersama
rombongan kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan.

Apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
memegang portfolio Kementerian Pertahanan pula pada tahun 1957. Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein membawa perubahan kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan
senjata yang moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas
komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu
tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim
Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat.

Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat, Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi
keamanan dengan pembangunan' apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah berjaya
membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan luar bandar
dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar
bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan
pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk
pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang
meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional
pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya
menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional
melalui kestabilan politik.

Di arena antarabangsa

Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya yang
bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan
oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan
Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa
lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum.
Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara.
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman
Putera Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya
dipulihkan.
Membangunkan Malaysia

Walau bagaimanapun, sumbangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang paling penting
adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah
untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara
secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-
ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan taraf hidup
golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA
dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan
rantaian kemiskinan.

Pada 22 September 1970, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengangkat sumpah
sebagai Perdana Menteri yang kedua setelah Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj
dengan rela hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik dari dalaman UMNO sendiri. Pada
tahun 1971 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Presiden UMNO dalam
Perhimpunan Agung UMNO ke 22. Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani ke
peringkat akar umbi sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum. Ada dua sebab
utama yang menjadi punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta rapuhnya
perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah
melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun negara.

'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan
yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan
menjadikan matlamat utamanya:

? Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

? Menghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.

Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang
dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan
Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan
pragmatik. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan Rancangan Malaysia ke-7 yang
dilancarkan pada tahun lalu.
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB
mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam
negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu.

Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority'
(FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan
pembagunan. Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling
besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan
minyak kelapa sawit.

Pemimpin yang berjiwa rakyat

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein gemar melawat ke kampung-kampung dan meninjau
sendiri permasalahan yang rakyat alami. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya
menghidupkan semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan
pentadbir Melayu.

Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah
melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang
mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang
demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.

Era kepimpinan adalah era revolusi mental yang menampilkan falsafah budaya, sosial, politik dan
ekonomi negara dirumus semulakan secara komprehensif dan pragmatik.

Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Malaysia melalui satu proses
transformasi yang besar sehingga makna Kemerdekaan benar-benar dapat dirasai. Gelaran 'Bapa
Pembangunan' memang bertepatan buatnya kerana Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Husseinlah yang bertanggungjawab meletakkan batu asas kepada pembangunan yang kita amati hari
ini.

Keistimewaan

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang peka terhadap
masalah-masalah yang dialami rakyat negara ini. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
seorang pemimpin yang mencintai keamanan dan pembangunan. Kepimpinan Tun Abdul Razaklah
yang mengasaskan perancangan yang sistematik dan teliti melalui sistem `Bilik Gerakan'.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang tokoh tanah air yang telah
berbakti dalam bidang pendidikan, pembangunan, pertahanan dan sosio ekonomi. Pelbagai kurniaan
dan darjah kebesaran dicurahkan kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di dalam dan
luar negara sebagai tanda aprisiasi perkhidmatan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
kepada pembangunan bangsa dan negara sehingga menyandang gelaran Bapa Pembangunan
Malaysia.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London
kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan
seorang negarawan yang ulung dan setia. Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana negara
melahirkan seorang pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi Kemerdekaan dengan pembangunan
yang sejati. Allahyaraham Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah disemadikan di Makam
Pahlawan, Masjid Negara. Pemergian Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein merupakan satu
kehilangan besar bagi seluruh rakyat Malaysia.

You might also like