You are on page 1of 3

Bentuk muka bumi

Contoh tafsiran yang boleh dibuat:

1. Kampung X terletak di kawasan pinggir laut kerana lokasinya yang berhampiran dengan Laut Y.

2. Kawasan X adalah rata dan rendah. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti pertanian yang
merupakan kegiatan utama di kawasan X dan keadaan jalinan jalan raya yang lurus.

3. Sebahagian besar kawasan T ialah kawasan tanah pamah kecuali di bahagian barat laut yang
terdapat tanah tinggi.

4. Sungai D mengalir dari arah .... ke arah .....

5. Getah ditanam di kawasan kaki bukit kerana mempunyai bentuk muka bumi yang landai.
Tumbuhan semula jadi

Contoh tafsiran yang boleh dibuat:

1. Tumbuhan semula jadi utama di kawasan ini ialah hutan paya bakau yang terletak di bahagian
selatan kawasan X.

2. Di bahagian utara Kampung H terdapat kawasan hutan paya bakau.

Tanaman utama

Contoh tafsiran yang boleh dibuat:

1. Tanaman utama di kawasan X ialah getah.

2. Bekalan air dari tali air membolehkan padi ditanam dua kali setahun.

3. Kelapa ditanam di kawasan pinggir pantai yang bertanah pasir.

Jaringan pengangkutan

Contoh tafsiran yang boleh dibuat:

1. Jalan raya merupakan kaedah pengangkutan utama yang digunakan oleh penduduk untuk
berulang-alik, mengangkut barang keperluan harian dan mengangkut hasil pertanian.

2. Landasan kereta api dibina di kawasan rendah.

3. Jambatan dibina merentangi Sungai R supaya jalan raya dapat dibina di atasnya.

Corak petempatan dan pola penduduk

Contoh tafsiran yang boleh dibuat:

1. Petempatan utama di kawasan X ialah Kampung Y dan Kampung Z.

2. Petempatan berpusat terletak di Kampung V.

3. Kampung V berperanan sebagai pusat pentadbiran daerah kerana terdapat pejabat daerah.

4. Pola petempatan di Kampung Y yang terletak di ladang getah ialah pola berselerak.

5. Taburan penduduk di kawasan X tidak sekata.

6. Penduduk berselerak di kawasan penanaman getah di Kampung Q manakala di kawasan paya


bakau tidak mempunyai penduduk.

7. Petempatan berjajar terdapat di sepanjang jalan raya dan tali air.


Pekerjaan atau Kegiatan Ekonomi

Contoh tafsiran yang boleh dibuat:

1. Pertanian merupakan bidang pekerjaan yang utama di kawasan X kerana terdapat penanaman
getah, kelapa sawit dan kelapa.

2. Kebanyakan penduduk di Kampung V bekerja di kilang getah dan kelapa sawit.

3. Aktiviti menangkap ikan dijalankan oleh kebanyakan penduduk Kampung S kerana mereka
tinggal di pinggir laut.

4. Peranan utama Pekan P ialah mengumpul hasil pertanian, hasil perlombongan dan sebagai pusat
pentadbiran.

5. Kuari menunjukkan kegiatan perlombongan batu dijalankan di kawasan C.

6. Kawasan hutan di Kampung E membolehkan aktiviti pembalakan dijalankan.

You might also like