Professional Documents
Culture Documents
Dokumen - Tips - Budaya Korporat KKM Mapp2231
Dokumen - Tips - Budaya Korporat KKM Mapp2231
Budaya korporat atau dalam bahasa Inggeris corporate culture telah di perkenalkan oleh
Tom Peter dalam bukunya In Search for Excellence telah mendapati bahawa kajian
yang dijalankan di Amerika Syarikat bahawa syarikat yang mempunyai budaya
korporatnya sendiri mempunyai kencenderungan untuk berjaya.
Malaysia juga tidak terkecuali membentuk budaya korporatnya sendiri untuk seiring maju
dengan negara-negara yang semakin membangun seperti Amerika Syarikat termasuklah
Kementerian Kesihatan Malaysia. Tanggal 20 April 2009 serentak di seluruh intitusi
kesihatan di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan program
penerapan budaya korporat bermottokan KAMI SEDIA MEMBANTU
Page | 1
Latar Belakang Putih
Sentuhan di Hati
Tangan
Nilai-nilai Teras
MOTO
Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan
untuk mencapai matlamat yang sama.
Page | 2
JANJI KAMI
KOMITMEN KAMI
Page | 3
Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;
Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;
PENCARIAN LITERATURE
Page | 4
Menurut mantan Menteri Kesihatan Malaysia semasa Y.B Dato Sri Liow Tiong Lai
ucapan beliau pada Program Penerapan Budaya Korporat selaras dengan hasrat beliau.
Beliau mengalakan semua warga KKM diamanahkan untuk memberi perkhidmatan yang
terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama
seseorang individu. Amanah ini hendaklah dilaksanakan dangan penuh keikhlasan dan
rasa tanggungjawab. Pelaksanaan Program Penerapan Budaya Korporat ini memberi
penekanan terhadap tiga nilai teras iaitu Penyayang, profesionalisme dan kerja
berpasukan. Nilai-nilai ini amat penting dan perlu menjadi pegangan serta amalan setiap
warga KKM semasa menjalankan tugas. Beliau yakin dan percaya melalui usaha gigih
dan komitmen semua anggota, pengamatan dan penghayatan nilai-nilai tersebut berupaya
membawa perubahan kepada mutu perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Kita sedia maklum akan nilai penyayang perlu ada pada setiap anggota KKM dalam
menjadikan kita sebagai insan yang peka , prihatin, dan mengambil berat ke atas mereka
yang dating untuk mendapatakan bantuan. Amalan sifat penyayang yang mendapatkan
perkhidmatan di kemudahan kesihatan KKM.
Dalam pada itu, kementerian juga memberi penekanan kepada nilai profesionalisme di
kalangan anggota KKM. Ini adalah bagi memastikan setiap anggota KKM peka terhadap
perubahan semasa dan sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kemahiran
berkaitan bagi memastiakn perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan baik.
Sebagai salah satu agensi kerajaan terbesar, segala usaha yang dicurahkan tidak akan
mendatangkan hasil sekiranya anggota KKM tidak besatu padu dan berkerja sebagai satu
pasukan. Bak kata pepatah Besatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh. Oleh itu,
penghayatan budaya kerja berpasukan di kalangan anggota KKM adalah penting dalam
memastikan semua matlamat yang telah di tetapkan oleh Kementerian tercapai.
Page | 5
Pemilihan moto Kami Sedia Membantu pula membawa pengertian bahawa kita sebagai
warga KKM perlu bersedia memberi perkhidmatan dengan penuh rasa mesra, prihatin,
professional dalam satu pasukan. Dalam pada itu, saya percaya penggunaan moto
tersebut juga berupaya membentuk sikap responsive dan proaktif di kalangan anggota
KKM untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Kejayaan program budaya korporat ini terletak di tangan kita. Justeru itu kita hendaklah
komited dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.
Menurut buku Budaya Korporat Lembaga Pertubuhan Peladang muka surat 5 budaya
korporat merupakan satu konsep berbagai segi yang mempunyai ciri-ciri pendekatan,
definisi dan pandangan yang berbeza. Budaya korporat bolehlah ditarifkan sebagai satu
pemahaman atau tanggapan yang dikongsi bersama oleh semua anggota orginasasi
tentang bagaimana sesuatu perkara dilaksanakan atau dijalankan di dalam organisasi
tersebut. Pola ekspektasi dan keyakinan yang dikongsi oleh anggota-anggota orginasasi
adalah membentuk tindak laku semua individu dan kumpulan di dalam sesebuah
orginasasi.
Menurut Budaya Korporat edisi kedua mukasurat 109 iaitu Sackman (1991),
berpendapat, budaya korporat bertindak sebagai mekanism kawalan yang boleh
meningkatkan komitmen terhadap organisasi, mencapai integrasi antara firma serta
membantu dalam penyesuaian terhadap sebarang perubahan yang akan dilakukan.
PERBINCANGAN
Page | 6
Mengapa perlu kita wujudkan budaya korporat sedangkan kita telah berjaya dalam
mencapai objektif KKM?
Kini kita mesti memberi perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan. Ini akan hanya
tercapai dengan perkhidmatan yang berkualiti. Oleh itu kita perlu mewujudkan budaya
korporat yang berteraskan kualiti. Bagi Kementerian Kesihatan tiga nilai utama budaya
korporat yang telah dikenalpasti iaitu :
1. Perkhidmatan penyanyang
2. Kerja berpasukan
3. Profesionalisme.
PERKHIDMATAN PENYAYANG
Sesuai dengan hasrat Kementerian untuk memberi keselesaan kepada pelanggan, kita
hendaklah mengamalkan perkhidmatan penyayang dengan lebih bermakna. Tuturkata dan
layanan awal yang di berikan kepada pelanggan secara penuh kasih saying akan dapat
meringankan beban kesakitan yang sedang ditanggungnya.
A. BERSOPAN SANTUN
Bersopan santun adalah amalan dan perlakuan individu yang sentiasa berbudi
bahasa mempunyai perasaan timbang rasa dan sentiasa menghulurkan pertolongan
kepada insan lain.
Page | 7
dengan cepat atau responsive. Responsive adalah bermaksud sikap sedia bertindak
dengan cepat dan tepat untuk kepentingan pelanggann.
Perlakuan yang berkait dengan responsive ialah proaktif, bertindak pantas dan ketepatan
masa. Proaktif adalah sikap menjangka dengan bijak apa yang diperlukan oleh orang lain
serta terus mengambil inisiatif untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan, atau
menyelesaikan masalah yang mungkin timbul.
Bertindak pantas adalah sikap bertindak segera dalam semua keadaan semasa memberi
perkhidmatan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita di kementerian sering
berhadapan dengan keadaan-keadaan cemas yang memerlukan kita bertindak spontan.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran
yang releven supaya kita tidak teragak-agak untuk melakukan pertolongan cemas bila
keadaan mendesak.
C. HORMAT MENHORMATI
Amalan hormat menghormati ini bermaksud kita berinteraksi secra jujur, mulia dan tidak
menjatuhkan maruah orang lain atau membuatkan orang lain merasa malu. Oleh yang
demikian kita hendaklah peka dan prihatin terhadap perasaan pelanggan dan rakan
sejawat berinteraksi.
Maksud privasi adalah menhormati hal-hal dan keperluan peribadi. Sebagai contohnya
seorang pesakit perlu dilindungi dari pandangan umum dengan menarik tabir sebelum
doctor membuat pemeriksaan.
Perkara kedua pula ialah mengenai hormat menghormati ialah kerahsiaan, iaitu menjaga
hal-hal menhenai pelanggan dan juga rakan sekerja yang tidak sepatutnya diumumkan
Page | 8
kepada orang lain, berada di dalam keadaan selamat. Di samping ini, kita tidak
sepatutnya menghebahkan perkara-perkara berkenaan kepada sesipa pun.
Untuk menyampaikan sesuatu yang personal kepada pelanggan atau rakan sekerja,
amatlah baik sekiranya orang berkenaan di beritahu di tempat-tempat yang tidak dapat di
dengar oleh orang lain. Dengan cara ini pelanggan dan rakan sekerja akan merasa
berterima kasih atas tindakan kita itu kerana menjaga rahsianya dari orang lain.
Etiket social perlu di amalkan semasa menjalankan tugas umpamanya cara kita
memanggil pelanggan dan cara kita menyapa orang lain bila bertemu. Dengan
berpandukan kepada umur dan perwatakan pelanggan, panggilan adik, saudara, kakak,
makcik,puan, encik atau sir dapat menunjukan kemesraan dan tansa hormat. Juga dengan
berpandukan masa pada waktu itu, ucapan selamat pagi, selamat tengah hari dan selamat
petang dapat menunjukan tanda hormat menhormati. Bagi orang islam mengucapkan
salam adalah amalan yang paling baik.
KERJA BERPASUKAN
Pasukan adalah terdiri dari individu individu yang berkerja dalam pasukan untuk
mencapai matlamat yang sama. Ianya berbeza dengan kumpulan kerana ahli dalam
kumpulan tidak semestinya berkerja untuk mencapai matlamat yang sama.
PROFESIONALISME
Page | 9
1. Komitmen adalah kesungguhan dalam melakukan sesuatu kerja sehingga
sempurna
2. Disiplin pula adalah kita harus mengawasi diri sendiri untuk tidak melakukan
sesuatu yang tidak di anggap sesuai atau boleh menjatuhkan imej jabatan.
3. Cara yang terbaik dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah ciri penting bagi
profesionalisme. Seseorang itu boleh di panggil professional apabila ia melakukan
kerja dengan pantas tanpa menjejaskan kualiti kerja. Pekerjaan sebegini dapat
dilaksanakan dengan mengetahui kaedah yang terbaik dan mengamalkan konsep
cost effective.untuk mengetahui yang manakah kaedah terbaik adalah anda
mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut.
RUMUSAN
Secara tuntasnya, budaya korporat amat penting dalam sesebuah oraganisasi untuk
mencapai kecermelangan dalam semua perkara. Sebagai warga KKM terutamanya kita
seharusnya tidak memandang enteng budaya korporat ini kerana setiap anggota
diwajibkan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kita tanpa mengira
Page | 10
pangkat, agama, dan bangsa seseorang itu. Kita perlu melaksanakan kewajipan kita
dengan seikhlasnya dan memberi komitmen dalam perkhidmatan yang kita berikan.
Pelaksanaan budaya korporat merupakan salah satu penanda aras kita untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik dengan mengunakan tiga elemen yang penting iaitu
perkhidmatan yang penyayang yang mana kita disarankan untuk mempunyai nilai-nilai
peka, prihatin, dan mengambil berat ke atas mereka yang dating mendapatkan
perkhidmatan di kemudahan kesihatan KKM.
Selain itu,profesionalisme juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam budaya
korporat KKM yang mana setiap anggota KKM diberi penekanan tentang nilai
profesionalisme untuk memastikan setiap anggota KKM peka terhadap perubahan
semasa dan sentiasa melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan serta kemahiran
yang berkaitan bagi memastikan anggota KKM dapat memberikan perkhidmatan kelas
pertama.
Kerja berpasukan juga sangat penting demi mencapai matlamat yang disasarkan oleh
KKM yang mana semua anggota seharusnya berkerjasama dalam mencapai matlamat
yang ditetapkan oleh KKM.
SENARAI RUJUKAN
1. Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.moh.gov.my/v/bu_kor
Page | 11
3. Buku kit Penerapan Budaya Korporat KKM
http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/budaya
%20korporat/pdf/BukuKecil_PenerapanBudayaKorporat.pdf
4. Slide Membentuk Budaya Korporat Oleh Lee Oii Wah, pengarah Hcm
http://www.slideshare.net/drleeow/membentuk-budaya-korporat-
tanggungjawab-bersama
Page | 12