You are on page 1of 1

KARANGAN PMR:FAEDAH MEMPUNYAI BANYAK KAWAN

Pepatah ada mengatakan,"berkasih biarlah satu,berkawan biarlah seribu".Hal ini jelas


menunjukkan bahawa kita digalakkan berkawan dengan seberapa banyak yang mungkin.Apabila kita
mempunyai banyak kawan,hidup kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung.Orang yang
tidak mempunyai kawan atau tidak suka berkawan dikatakan sebagai kera
sumbang.Sebenarnya,banyak faedah yang akan kita peroleh jika kita mempunyai banyak kawan.

Satu daripada faedahnya ialah kita akan mendapat pelbagai maklumat.Jika kita akan menghadapi
peperiksaan,kita boleh bertukar-tukar maklumat tentang mata pelajaran yang kita pelajari.Sebagai
contohnya,kita boleh bertukar-tukar kertas soalan peperiksaan percubaan atau soalan peperiksaan
ujian bulanan melalui e-mel.Melalui cara ini,maklumat yang akan kita peroleh bertambah,lebih-lebih
lagi dalam era ini pelbagai maklumat terletak diujung jari.

Selain itu,kawan yang banyak akan meningkatkan hubungan silaturahim.Apabila kita berkawan
dengan banyak orang,hubungan kita dalam masyarakat sangat baik dan mesra.Sebagai
contohnya,kita hendaklah berkawan dengan semua pelajar daripada pelbagai peringkat umur.Apabila
kita berkawan,kita akan dapat meningkatkan hubungan erat selain dapat mengetahui pelbagai ragam
manusia kerana banyak udang banyak garam banyak orang banyak ragam.

Seterusnya kita akan dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar.Di sekolah.terdapat
pelbagai kaum.Jika kita berkawan dengan pelajar daripada kaum lain,kita akan dapat mengenali
mereka dengan lebih dekat.Sebagai contohnya,kita berpeluang untuk meraikan perayaan
Deepavali,Tahun Baru Cina,Hari Raya Aidil Fitri dan sebagainya.Melalui cara ini,kita akan dapat
meningkatkan hubungan yang baik sesama mereka selain kita dapat meningkatkan perpaduan di
negara kita kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Bukan itu sahaja,kawan akan dapat membantu kita sewaktu kita menghadapi masalah.Kawan kita
kemungkinan mempunyai kepandaian dalam mata pelajaran yang tidak kita kuasai.Oleh itu,kawan
boleh membantu kita untuk menangani masalah tersebut.Sebagai contohnya,jika kita lemah dalam
mata pelajaran Sejarah,kita bolehlah meminta pertolongan daripada kawan kita yang bijak dalam
mata pelajaran tersebut.Oleh itu,kita hendaklah mencari kawan yang boleh membantu atau
menolong kita,dan bukannya yang membawa kita ke lembah kehinaan.

Tuntasnya,kita hendaklah sentiasa berusaha untuk berkawan dengan sesiapa sahaja di sekolah
atau di luar sekolah.Namun demikian,kita hendaklah berhati-hati,iaitu ingat sebelum kena,jimat
sebelum habis kerana kawan yang baik membawa kebahagiaan manakala kawan yang jahat akan
membawa kehancuran.Oleh hal yang demikian,pandai-pandailah kita untuk membuat pilihan antara
intan dengan kaca.Jika kita bijak memilih kawan,masa depan kita akan lebih bijak dan bersinar.

You might also like