You are on page 1of 11

LAPORAN 3 : PELAPORAN PROJEK KESIHATAN

6.1 Program Rancangan Makanan Tambahan (Rmt)

Pada 10 Mac yang lalu, saya telah diberi tugasan oleh pensyarah untuk
meninjau program kesihatan sekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Permaisuri semasa
program pengalaman berasaskan sekolah(PBS). Salah satu program yang dilakukan
oleh pihak sekolah ini ialah Program Rancangan Makanan Tambahan. Program
Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu para pelajar
sekolah rendah daripada kalangan keluarga miskin. Hal ini bermaksud RMT adalah
untuk memberikan makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 20% hingga 30%
daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha bersepadu dan
selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan
murid tersebut. Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang
bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid-murid
sekolah rendah.

Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri dan
kemudiannya diperluaskan pelaksanaan menurut pengesyoran dalam Laporan
Jawatankuasa Kabinet Menteri yang telah mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada
tahun 1979. RMT ini layak untuk murid yang berstatus warganegara Malaysia dan
daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM400.00 atau pendapatan perkapita
RM80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Program ini di bawah pengurusan
guru RMT dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM).

Peruntukan pada tahun 2011 yang diberikan oleh kerajaan adalah sebanyak
RM247 juta bagi melaksanakan skim RMT kepada 691000 pelajar sekolah rendah di
seluruh negara pada tahun ini. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi
peruntukan tersebut adalah melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM194 juta
berbanding bajet asal RM53 juta. Hal ini berlaku kerana pada mulanya RMT ini akan
dilaksanakan berdasarkan statistik yang diperoleh daripada pendaftaran e-Kasih yang
membabitkan 54000 murid miskin sahaja. Namun terdapat pelbagai masalah
berhubung dengan pemilihan e-Kasih yang mendakwa ramai murid-murid yang layak
telah tercicir daripada senarai yang menerima bantuan.
Oleh itu, bantuan RMT ini diberikan mengikut Sistem Maklumat Murid (SMM)
yang dibekalkan pihak sekolah bagi memilih pelajar yang benar-benar layak menerima
bantuan. Kementerian telah menetapkan 20 menu makanan untuk RMT. Semua menu
ini adalah menu berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta
kesihatam mereka. Seterusnya, kontraktor atau biasanya pemilik kantin perlu
menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah
mengikut makanan yang digemari oleh murid-murid dan dimasak se!ara bergilir-gilir
daripada 20 menu yang ditentukan.

6.2 Objektif RMT

Ia dilaksanakan bertujuan untuk memberi makanan tambahan kepada murid-


murid sekolah rendah terutama dari luar bandar dan daripada golongan berpendapatan
rendah secara imbuhan dan buat sementara waktu memperbaiki kesihatan sebagai satu
usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Selain itu, RMT juga adalah
untuk memberikan makanan tambahan yang berat dan seimbang kepada murid-murid
yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan
badan dan kekurangan tenaga. Tambahan lagi, ia dapat menyelenggarakan pendidikan
kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung.

Di samping itu juga ia bagi mengendalikan tabiat sopan santun, timbang rasa
serta amalan yang berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan, dan
kebersihan alam sekitar. Akhir sekali, RMT mampu menggalakkan penglibatan dan
penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT secara telus
dan amanah.
6.3 CARTA ORGANISASI

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PERMAISURI,

56100 CHERAS, KUALA LUMPUR

PENGERUSI
GURU BESAR
EN.ANUAR LUDDIN

NAIB PENGERUSI
GPK HEM
EN.MOHD NAZRI
ZULKIFLY

AJK
PENYELARAS SETIAUSAHA
GURU KELAS
PN. FATIMAH BT IBRAHIM EN.AHMAD AMIR B ISHAK
SEMUA GURU

6.2 Sumber Kewangan

Peruntukkan kewangan bagi Rancangan Makanan Tambahan ini adalah


disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Bayaran kepada Jabatan Pelajaran dibuat terus
oleh Bahagian Kewangan Pendidikan Negeri melalui Kementerian Pelajaran Malaysia
dan seterusnya Jabatan Pelajaran menyalurkan kepada semua sekolah di bawah
seliaan mereka. Pada penghujung setiap bulan, sekolah akan diberikan cek bagi
pembayaran kepada pihak yang mengurus RMT di sekolah setelah laporan bulanan
disemak dan diluluskan oleh Jabatan.
6.3 Kaedah Dan Kriteria Pemilihan Murid RMT

Di sekolah SK Sri Permaisuri, kaedah pemilihan murid adalah melalui proses


pemilihan berdasarkan permohonan borang RMT yang telah diisi oleh ibu bapa penjaga
setiap pelajar itu. Pelajar yang layak dipilih melalui perbincangan oleh panel
Jawatankuasa RMT yang terdiri daripada GPK HEM dan wakil PIBG dan Guru
Penyelaras RMT. Kriteria pemilihan murid RMT ini adalah berdasarkan kepada :

a. Murid yang menunjukkan tanda- tanda salah pemakanan.

b. Murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan ahli keluarga yang
ramai.

c. Murid yang kedudukan rumahnya jauh dari sekolah.

6.4 Kaedah dan Pemilihan Tender RMT

Pihak sekolah telah menyerahkan tanggungjawab untuk penyediaan dan


pengurusan RMT ini kepada pihak kantin sekolah. Keputusan yang telah dibuat adalah
berdasarkan kepada persetujuan dari Pejabat Pelajaran.

6.5 Kaedah Pembayaran Kepada Pihak Yang Menyediakan RMT

Memandangkan di sekolah ini pihak kantin yang mengurus dan menyediakan


makanan RMT maka pihak sekolah akan memberikan bayaran berupa cek kepada pihak
kantin sebulan sekali yang mana cek ini telah dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran
Daerah.(erdasarkan kepada bilangan murid yang menerima RMT seramai 400 orang
murid RM2.05 didarabkan kepada jumlah 400 dan hasilnya didarabkan kepada jumlah
hari persekolahan pada bulan tersebut.

6.6 Kaedah Pengagihan Makanan Kepada Perserta RMT

Pihak pengusaha kantin sekolah biasanya yang diberikan hak untuk pengurusan
dan penyediaan RMT di sekolah ini telah menyediakan kad RMT yang tertera nama bagi
setiap murid RMT mengikut kelas masing-masing. Ketua kelas akan mengambil kad-kad
tersebut 10 minit sebelum masa rehat dan mengedarkannya kepada murid RMT yang
terdapat di kelas masing- masing. Murid- murid RMT ini akan keluar 5 minit lebih awal
sebelum loceng rehat dibunyikan dan berbaris mengambil makanan di kantin. Pekerja
kantin yang bertugas mengedarkan makanan akan mengambil kad RMT murid tersebut
sebelum memberikan makanan RMT.

6.7 Pemilihan Bahan Mentah

Mengikut peraturan tentang bekalan makanan penyediaan dan penyimpanan


barang-barang makanan yang terdapat dalam Buku Panduan RMT 8 Kementerian
Pelajaran Malaysia 2003 dinyatakan bahawa bahan makanan yang patut dihidang
hendaklah terdiri daripada makanan yang:

i. mengandungi zat makanan tertentu untuk membina badan memberi tenaga dan
mencegah penyakit.
ii. Segar tidak rosak dan tidak busuk.
iii. Mampu mengenyangkan.
iv. Tidak mengandungi bahan kimia pewarna dan lain-lain yang boleh merosakkan
kesihatan.

Oleh itu, berdasarkan kepada peraturan di atas didapati menerusi kajian yang
dijalankan pihak kantin sekolah telah mematuhi peraturan yang disediakan. Bahan
makanan yang disediakan dapat memberikan tenaga kepada murid RMT. Tidak
berbahaya kepada murid serta mampu member tenaga.

6.8 Menu Makanan Yang Disediakan

Penyelaras RMT iaitu GPK Hal Ehwal Murid di sekolah ini telah menyediakan
syarat menu makanan yang seimbang untuk dipatuhi oleh pihak pengusaha kantin.
Menu makanan ini disediakan berdasarkan kepada perbincangan dan persetujuan
tender RMT dengan pengurus kantin sekolah.
6.8.1 Berikut adalah contoh menu RMT di sekolah ini.

Berdasarkan menu makanan yang dipilih dan disediakan oleh pihak kantin
sekolah makanan tersebut adalah seimbang dan sesuai dengan objektif RMT seperti
yang telah dinyatakan sebelum ini.

6.9 Cara Penyediaan Menu RMT

Pengurusan dan penyediaan makanan RMT di sekolah ini adalah ditadbir sendiri
oleh pihak kantin. Oleh itu, kantin sekolah seratus peratus bertanggungjawab terhadap
kebersihan pengurusan dan penyediaan makanan RMT murid. Berdasarkan tinjauan
yang dibuat didapati pihak pengusaha kantin mula menyediakan makanan RMT pada
jam 9.00 pagi. Makanan tersebut siap dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan 15
minit sebelum masa rehat murid. Makanan yang telah dimasukkan ke dalam bekas
plastik disusun di atas sebuah meja di tepi kantin. Cara penyediaan makanan RMT ini
kelihatan terurus dengan sistematik.
Gambar 1: Penyediaan makanan RMT

Contoh borang kantin dan RMT

6.10 Keberkesanan Program Terhadap Murid

Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada
pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka
yang terlibat dalam program ini iaitu pelajar,guru, dan pengusaha kantin iaitu orang
yang menyediakan makanan dan masyarakat telah berubah dari segi penjagaan
kesihatan dan amalan pemakanan. Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas
segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan
makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan daripada berlakunya keracunan
makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit. Pelajar akan mula mengamalkan
membasuh tangan sebelum makan. Berkelakuan baik, bersopan santun di meja makan,
duduk dengan cara yang betul dan mengunyah makanan dengan baiknya. Membuang
sampah dan menjaga kebersihan sekeliling. Membawa balik pengetahuan sikap dan
amalan yang dipelajari di sekolah kepada keluarga masing-masing dalam masyarakat.

6.11 Cadangan Penambahbaikan Program RMT

Penambahbaikan untuk program RMT adalah di antaranya;

i. Mempelbagaikan menu makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa


bosan dan jemu terhadap sesuatu makanan serta memastikan murid-murid RMT
makan pada setiap pagi.
ii. Memberi galakan berbentuk ganjaran kepada murid RMT yang hadir dan makan
setiap hari.
iii. Ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut boleh dijalankan.
Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan dapat
mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program
ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan
sihat. Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan
RMT turut boleh dilakukan oleh guru RMT.
iv. Demonstrasi mencuci tangan dengan cara yang betul. Murid-murid dapat
mengetahui cara-cara membasuh tangan yang betul dan bersih. Program seperti
ini akan berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan
tubuh badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci
tangan sebulan sekali.
v. Ceramah kepentingan tentang pentingnya pengambilan sarapan turut boleh
disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Murid-
murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan
pada waktu pagi. Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan
cerdas ketika belajar.
vi. Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh
dijalankan oleh guru-guru RMT.
vii. Program datang awal ke sekolah akan dapat memupuk dan menjadi amalan
untuk murid-murid datang awal ke sekolah. Program ini akan melahirkan murid-
murid yang berdisiplin dan menepati masa.
viii. Pihak pengurusan RMT juga boleh memberi keistimewaan kepada murid RMT
yang datang awal untuk membuat pilihan makanan serta makan terlebih dahulu
daripada mereka yang lewat sebagai ganjaran.
ix. Memberi penerangan dan galakan tentang kebaikan makan pada waktu awal
pagi kerana kurang kesedaran murid tentang pentingnya makan pada waktu
pagi.
x. Memastikan tangan dan kuku murid sentiasa bersih dari sebarang kekotoran.

Kajian mendapati kebanyakan murid-murid tidak suka bersarapan pagi kerana


tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa disebabkan menu yang kurang sesuai
dengan selera murid dan murid sendiri yang tidak biasa makan pada waktu pagi.
Program ini mampu meningkatkan peratus murid RMT untuk mengambil makanan pada
waktu awal pagi.

Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid


yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu
meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk
makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.

Kesimpulannya, RMT ini memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk


mendapatkan sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi
penting yang diperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal
kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal. Kemudian, melalui pemakanan juga
dapat memberikan tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas. Sehubungan
dengan itu tahap kognitif, emosi, dan sosial pelajar juga akan meningkatkan dan sekolah
akan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
sosial dan intelek atau JERIS.
Lampiran

Gambar murid sedang menikmati makanan RMT.


Rujukan

Kesan Program Rancangan Makanan Tambahan. (n.d.). Retrieved from

https://www.scribd.com/doc/128387828/Kesan-Program-Rancangan-Makanan-

Tambahan

Rancangan-Makanan-Tambahan | Frances Jayne - Academia.edu. (n.d.). Retrieved from

http://www.academia.edu/11577276/132223633-Rancangan-Makanan-Tambahan

NOTA-NOTA PISMP PJ: Rancangan Makanan Tambahan (RMT). (n.d.). Retrieved from

http://nota-notapismppj.blogspot.my/2013/05/rancangan-makanan-tambahan-rmt.html

Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) | Bahagian Pemakanan. (n.d.). Retrieved from

http://nutrition.moh.gov.my/program-rancangan-makanan-tambahan-rmt/

You might also like