You are on page 1of 25

LAPORAN AKTIVITI

AKTIVITI : MESYUARAT JAWATANKUASA BULAN KEMERDEKAAN 2017


TARIKH/MASA : 25 JULAI 2017 ( 2.00 PETANG)
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

Mesyuarat Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan 2017 telah diadakan pada 25


September 2017 pada pkul 2.00 petang di bilik mesyuarat.

Mesyuarat ini telah dikendalikan oleh Encik Ramdzan bin Muhammad, GPK Ko-
kurikulum Sekolah Kebangsaan Kubu dan Puan Nur Azimah, Setiausaha program. Tujuan
mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengagihkan jawatankuasa pelaksana dan induk
sempena program sepanjang Bulan Kemerdekaan.
LAPORAN AKTIVITI

AKTIVITI : PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH


2017
TARIKH/MASA : 14 OGOS 2017 (8.00 PAGI)
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2017 Peringkat Sekolah Kebangsaan Kubu


telah diadakan pada 14 Ogos 2017 yang lalu bertempat di dewan sekolah. Semua murid
telah berkumpul di dewan tepat jam 7.30 pagi.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Aku
Negaraku. Kemudian, majlis telah diteruskan dengan bacaan doa untuk memberkati lagi
majlis pelancaran. Seusai itu, majlis telah ditersukan dengan ucapan daripada guru bertugas
dan diikuti oleh ucapan daripada Encik Ramdzan bin Muhammad, GPK Kokurikulum Sekolah
Kebangsaan Kubu merangkap pengerusi bagi program bulan kemerdekaan ini.

Majlis pelancaran telah bertambah meriah dengan gimik perasmian sambutan bulan
kemerdekaan. Gimik perasmian ini telah dimulakan dengan persembahan Deklamasi sajak
yang bertajuk Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta yang telah dideklamasikan oleh Nur Adriana
Sofea daripada tahun 4 Adil. Sejurus dengan itu, majlis penyerahan gunting dan kunci
sangkar burung telah diserahkan kepada Puan Rodzean, GPK 1 SK Kubu untuk
menggunting reben banner pelancaran bulan kemerdekaan dan kunci untuk membuka
sangkar burung untuk dilepaskan atau dibebaskan.

Sebelum bersurai, majlis telah diambil alih oleh guru bertugas untuk menguruskan
pergerakan masuk murid ke kelas masing-masing.
Puan Ramlah bt Mustakim, GPK Hal Encik Ramdzan bin Muhammad, GPK
Ehwal Murid, menggunting banner Kokurikulum membuka sangkar burung
pelancaran. untuk dilepaskan.

Puan Rodzean, GPK Pentadbiran Encik Ramdzan bin Muhammad, GPK


mengambil burung untuk dilepaskan. Kokurikulum melepaskan burung tanda
kebebasan.
LAPORAN AKTIVITI

AKTIVITI : PERTANDINGAN KELAS CERIA MERDEKA


TARIKH/MASA : 1 OGOS 2017 SEHINGGA 14 SEPTEMBER 2017
TEMPAT : BILIK DARJAH

Pertandingan kelas ceria merdeka ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak sekolah sempena bulan kemerdekaan. Pertandingan ini telah diberi masa selama
sebulan 14 hari untuk guru kelas dan murid menghias kelas mereka sempena bulan
kemerdekaan seperti memasang bendera Jalur Gemilang, gambar-gambar tokoh dan
sebagainya.
LAPORAN AKTIVITI

AKTIVITI : PERTANDINGAN MEWARNA


TARIKH/MASA : 14 OGOS 2017 SEHINGGA 18 OGOS 2017
TEMPAT : BILIK DARJAH

Pertandingan mewarna telah dijalankan di kelas masing-masing pada waktu


Pendidikan Seni Visual mengikut jadual waktu kelas masing-masing. Semua murid terlibat
dalam pertandingan mewarna ini. Murid sangat gembira apabila mereka diberi aktiviti
mewarna.

Murid tahun 2 sedang menyertai aktiviti pertandingan mewarna di kelas mereka.

Antara hasil lukisan yang telah diwarnakan oleh murid tahun 2.


Murid tahun 6 sedang mewarna dengan bersungguh-sungguh.

Keceriaan terserlah di wajah mereka selepas berjaya menyiapkan aktiviti mewarna.


Puteri Balqish, murid tahun 6 sedang bertungkus-lumus menyiapkan lukisannya.

Murid tahun 6 mempamerkan hasil lukisan yang telah diwarna oleh mereka.
LAPORAN AKTIVITI

AKTIVITI : KUIZ MERDEKA


TARIKH/MASA : 15 OGOS 2017
TEMPAT : BILIK DARJAH

Pertandingan kuiz kemerdekaan telah disertai oleh semua murid iaitu prasekolah,
Pendidikan Khas dan murid tahun 1 hingga murid tahun 6. Pertandingan ini telah dijalankan
pada 15 Ogos 2017 bertempat di kelas masing-masing.

Tujuan kuiz kemerdekaan ini dianjurkan adalah bertujuan untuk melihat pengetahuan
murid mengenai kemerdekaa di samping untuk menguji minda murid dan meningkatkan
kecintaan murid terhadap negara.

Murid lelaki tahun 4 Adil sedang tekun membaca soalan kuiz kemerdekaan yang diberikan.
Asyikin, murid Tahun 4 Adil sedang menjawab soalan kuiz sempena bulan kemerdekaan.

Adriana dan Sara sedang berfikir untuk menjawab soalan kuiz kemerdekaan.
Murid tahun 6 sedang tekun membaca dan menjawab soalan kuiz kemerdekaan.
LAPORAN AKTIVITI

AKTIVITI : TULISAN BERANGKAI TERCANTIK


TARIKH/MASA : 14 OGOS 2017 SEHINGGA 18 OGOS 2017
TEMPAT : BILIK DARJAH

Pertandingan tulisan berangkai telah dijalankan pada 14 Ogos 2017 sehingga 18


Ogos 2017. Pertandingan ini telah disertai oleh semua murid Sekolah Kebangsaan Kubu.
Pertandingan ini dijalankan mengikut waktu Bahasa Melayu kelas masing-masing.

Tujuan aktiviti pertandingan tulisan berangkai ini dijalankan adalah bertujuan untuk
melatih kreativiti murid dalam menulis di samping dapat meningkatkan kekuatan psikomotor
halus murid-murid yang terlibat.

Murid tahun 2 bersedia untuk memulakan pertandingan tulisan berangkai.


LAPORAN AKTIVITI

AKTIVITI : NYANYIAN MERDEKA VERSI ARAB


TARIKH/MASA : 25 OGOS 2017
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH

Pertandingan nyanyian merdeka versi arab telah disertai oleh murid tahun 1 hingga
murid tahun 6. Pertandingan ini telah dijalankan pada 25 Ogos 2017 bertempat di dewan
Sekolah Kebangsaan Kubu.

Tujuan nyanyian merdeka versi arab ini dianjurkan adalah untuk melihat kemahiran
murid mengaplikasikan penggunaan kemahiran berbahasa arab di samping untuk menguji
minda murid dan meningkatkan kecintaan murid terhadap negara.
LAPORAN AKTIVITI

AKTIVITI : SPELL IT RIGHT MERDEKA


TARIKH/MASA : 14 OGOS 2017 SEHINGGA 18 OGOS 2017
TEMPAT : BILIK DARJAH

Aktiviti-aktiviti sempena bulan kemerdekaan ini bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti
yang melibatkan Bahasa Melayu, malah aktiviti Bahasa Inggeris juga tidak ketinggalan.
Pertandingan Spell-It-Right sempena sambutan bulan kemerdekaan telah dijalankan pada
14 Ogos 2017 sehingga 18 Ogos 2017. Pertandingan ini telah dijalankan oleh guru mata
pelajaran Bahasa Inggeris mengikut kelas masing-masing dan dijalankan pada waktu
Bahasa Inggeris.

Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa


Inggeris dalam kalangan murid-murid. Tambahan pula, di samping mereka menjalankan
aktiviti Spell-It-Right, mereka juga boleh meningkatkan penguasaan Vocabulary mereka
dengan mereka akan mengetahui perkataan-perkataan baharu dengan makna perkataan
tersebut. Aktiviti seperti ini sememangnya wajar dijalankan untuk meningkatkan penguasaan
murid.

Murid Tahun 2 Aktif, sedang bersedia untuk menjalankan aktiviti pertandingan Spell-It-Right
sempena bulan kemerdekaan.

LAPORAN AKTIVITI

AKTIVITI : DI AMBANG MERDEKA


TARIKH/MASA : 25 OGOS 2017
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI

AKTIVITI : PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH


TARIKH/MASA : 18 SEPTEMBER 2017
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah dijalankan pada hari Isnin
bertarikh 18 September 2017 di dewan sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Hajah
Juniadah binti Abu Adam, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubu. Majlis telah diserikan
dengan persembahan murid dan persembahan guru Sekolah Kebangsaan Kubu. Kemudian,
majlis telah diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah sempena pertandingan-
pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan.
Majlis penutupan bulan kemerdekaan telah dirasmikan oleh Puan Hajah Juniadah binti Abu
Adam, Guru Besar Sekolah Kebanngsaan Kubu.
Majlis bertambah meriah dengan persembahan koir yang dipersembahkan oleh murid-murid
SK Kubu.

Persembahan murid sempena majlis penutupan bulan kemerdekaan.

Persembahan guru iaitu nyanyian lagu patriotik Perwira yang telah dinyanyikan oleh Ustazah
Syima.
Majlis makin bertambah rancak dengan persembahan istimewa daripada Encik Ramdzan bin
Muhammad, GPK Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kubu.

Johan Pertandingan Mewarna Tahun 2 dimenangi oleh Nor Nisa Irdina binti Azman.
Johan pertandingan mewarna tahun 5 telah dimenangi oleh Harissa Maisara binti Abdul
Wahab.

Pemenang tempat ketiga pertandingan kuzi merdeka tahun 5 telah dimenangi oleh Muhd
Aizam Effendi bin Abd Rashid.
Naib Johan pertandingan kuiz Merdeka tahun 6 telah dimenangi oleh Nuraisyah binti Effendi.

Johan pertandingan tulisan berangkai tahun 3 telah dimenangi oleh Nur Annisaa Najwa binti
Zawawi.
Pemenang tempat ketiga pertandingan tulisan berangkai tahun 4 telah dimenangi oleh Nor
Adriana binti Mohd Nasir.

Johan pertandingan Spell-It-Right tahun 1 telah dimenangi oleh Nur Anis Faqihah binti Mohd.
Farid.
Naib Johan pemenang pertandingan Spell-It-Right merdeka dimenangi oleh Muhd Anas
Haziq bin Zawawi.

Pemenang tempat ketiga pertandingan Spell-It-Right merdeka tahun 5 telah dimenangi oleh
Muhd Aizam Effendi bin Abd Rashid.
Naib Johan Pertandingan Spell-It-Right Merdeka tahun 6 dimenangi oleh Muhammad Farhan
bin Ismail.

Pemenang tempat ketiga pertandingan Spell-It-Right Merdeka kelas PPKI telah dimenangi
oleh Zulhelmie bin Zolkepli.
Pemenang nyanyian versi bahasa Arab tahap 1 dimenangi oleh Kelas 3 Amanah.

Pemenang kelas ceria merdeka tahap 1 dimenangi oleh kelas pra-sekolah


Pemenang kelas ceria merdeka tahap 2 telah dimenangi oleh kelas 4 Adil.

Pemenang anugerah khas sudut Merdeka dimenangi oleh Puan Hasnoor Diana.

You might also like