You are on page 1of 1

BISKUT NESTUM CIP COKLAT JUMBO

Masa Penyediaan: 30 minit


Hidangan: 12 biskut saiz besar

Deskripsi
Panduan untuk membuat Biskut NESTUM Cip Coklat Jumbo

Ramuan
150 g tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
sudu teh garam
60 g NESTUM All Family Cereal Original
150 g cip coklat kurang manis atau pahit manis
80 g kacang walnat, cincang kasar *
150 g mentega tanpa garam, biarkan sehingga lembut di dalam suhu bilik selama 10 minit.
140 g gula perang lembut
1 biji telur saiz besar
1/2 sudu teh vanila

Arahan
Langkah 1
Ayak bersama tepung dan serbuk penaik. Masukkan garam, NESTUM All Family Cereal, cip coklat dan walnat. Kacau sebati.
Langkah 2
Masukkan mentega dan gula di dalam mangkuk adunan saiz sederhana. Pukul dengan sudu kayu sehingga lembut dan gebu
kira-kira 5 minit. Tambah telur dan vanilla. Terus pukul sehingga sebati.
Langkah 3
Masukkan adunan tepung/NESTUM/cip coklat/walnat dan gaul. Untuk membuat biskut saiz besar, sendukkan adunan sebanyak
sudu besar dan letak di atas tin pembakar yang beralas kertas. Tekan biskut perlahan-lahan dengan sudu (anggaran
ketebalan biskut 0.5 cm) dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan dalam suhu 170C. Bakar sehingga biskut menjadi
ranggup dan perang keemasan anggaran 20 minit (kerana biskut itu besar). Sejukkan biskut di atas redai. Kemudian,
barulah dsimpan di dalam bekas kedap udara.
Langkah 4
Sebagai alternatif boleh juga menggunakan kacang tanah panggang yang dicincang untuk menggantikan walnat

You might also like