You are on page 1of 1

Sejarah SK Felda Chemomoi, 28310 Bandar Bera, Pahang

Sekolah Kebangsaan (FELDA) Chemomoi terletak di perkampungan Felda Chemomoi,


Bandar Bera Pahang. Murid murid sekolah ini terdiri daripada anak-anak peneroka
Chemomoi dan terdapat juga sebilangan anak-anak dari Kampung Tradisional iaitu
Kampunag Chemomoi dan dari Felda Mengkarak.

Sekolah ini telah mula beroperasi pada 1 Oktober 1972 bermula dengan pembinaan
sebuah bangunan dua tingkat iaitu blok A yang mempunyai 6 buah kelas. Pada awal
penubuhan, sekolah ini hanya mempunyai seramai lima orang guru dan 81 orang murid di
bawah pentadbiran Tn. Hj Jamaludin B. Hj Tod sebagai Guru Besar pertama yang
menjalankan tugas di sekolah ini. Sekolah ini di bawah pengawasan Pejabat Daerah
Bentong. Jarak sekolah dengan Pejabat Pelajaran Daerah Bentong kira-kira 90 km.

Pada tahun 1977 bangunan baru Blok B telah dibina diikuti dengan pembinaan Blok C
pada tahun 1985 dengan pertambahan 14 buah bilik darjah, 2 buah bilik guru, 2 buah bilik
Sumber yang diubahsuai, serta sebuah pejabat. Pada tahun 2000 sebuah lagi bangunan
tiga tingkat Blok D telah dibina berhampiran tepi jalan utama beserta dengan tapak
perhimpunan rasmi. Dengan adanya bangunan blok D sekolah mula beroperasi pada sesi
pagi sahaja.

Kini sekolah telah berkembang dengan mempunyai pelbagai kemudahan fizikal


termasuk dua buah pra sekolah, sebuah makmal komputer dan sebuah bilik akses. Kini
sekolah telah mempunyai seramai 34 orang guru dan 481 orang pelajar yang ditempatkan di
15 buah kelas. Pentadbiran sekolah juga dibantu oleh 6 orang kakitangan sokongan.

You might also like