You are on page 1of 6

PANDUAN MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR

PANDUAN MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR Panduan dan Teknik menjawab soalan Sains
Bahagian A dan Bahagian B

1. Pengenalan Pada Kertas Sains Kertas soalan ini mula diperkenalkan pada peperiksaan
UPSR tahun 1997 Kertas soalan peperiksaan ini terdiri daripada satu kertas sahaja. Masa
yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini ialah satu jam lima belas minit. Kertas
ini terbahagi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B

2. Pengenalan Pada Kertas Sains Bahagian A terdiri daripada 30 soalan. Soalan ini dalam
bentuk aneka pilihan atau objektif. Masa dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah
45 minit. Bahagian B terdiri daripada 5 soalan berstruktur dan masa yang dicadangkan
untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit.

3. Panduan Menjawab Soalan Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami
kehendak soalan. Pertanyaan soalan dalam Kertas Sains ini tidak secara terus.
Sebaliknya calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang diberi.

4. Panduan Menjawab Soalan Kaitkan maklumat-maklumat tersebut dengan fakta dalam


bidang penyiasatan yang disoal. Tandakan jawapan Bahagian A di kertas soalan dahulu
sebelum memindahkan jawapan tersebut dengan menghitamkan kertas jawapan yang
diberi.

5. Panduan Menjawab Soalan Calon perlu berhati-hati menandakan jawapan pada kertas
jawapan (OMR) Pastikan jawapan tersebut sama dengan jawapan yang anda pilih di
kertas soalan

6. Panduan Menjawab Soalan INGAT !! Pastikan anda dapat skor yang baik bagi kertas
Bahagian A ini. Bahagian A menyumbang 60% daripada markah keseluruhan kertas Sains
UPSR

7. Jenis-Jenis Soalan Fakta Urutan Istilah Kaedah Pengelasan Prinsip / Konsep Tafsiran
Terjemahan Ekstrapolasi Aplikasi

8. Fakta Menguji pengetahuan calon tentang fakta seperti ciri , sifat atau fenomena.

9. Contoh soalan Ketiga-tiga pereka cipta di atas memberi sumbangan dalam bidang A
Pengangkutan B Komunikasi C Angkasa lepas D Pembinaan Alexander Graham Bell
Samual FB Morse Guglielmo Marconi

10. Jawapannya B
11. Urutan Menguji pengetahuan calon tentang proses , aliran atau tertib, pergerakan
fenomena berhubung
12. dengan masa, kesinambungan dan perkembangan.

13. Contoh soalan Susun mengikut urutan kejadian objek dalam Sistem suria bermula dari ia
berada di angkasa lepas hinggalah jatuh ke Bumi. A Meteor Meteroid Meteorit B
Meteroid Meteorit Meteor C Meteroid Meteor Meteorit D Meteorit Meteor Meteroid

14. Jawapannya C

15. Istilah Menguji pengetahuan calon tentang definisi, maksud, makna atau simbol yang
berkaitan dalam soalan.

16. Contoh soalan Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan ? A Hubungan
makanan antara setiap hidupan B Keupayaan hidupan untuk terus hidup walaupun
terdapat banyak rintangan C Gabungan dalam bentuk makanan antara setiap hidupan D
Cara makanan diagih-agihkan kepada setiap hidupan
17. Jawapannya C

18. Kaedah Menguji pengetahuan calon tentang cara, pendekatan dan teknik bagi mengenal
pasti jawapan yang betul.

19. Contoh soalan Sebuah kubus mempunyai sisi 4 cm. Berapakah isi padu kubus tersebut
selepas dipotong separuh daripada keseluruhannya ? A 16 cm B 32 cm C 64 cm D 128
cm

20. Jawapannya B

21. Pengelasan Menguji pengetahuan calon tentang jenis, kumpulan, set atau bidang yang
terlibat dalam soalan berkenaan.

22. Contoh soalan Antara berikut, objek yang manakah tidak boleh dikelaskan dalam
kumpulan yang sama dari segi sumber asas objek tersebut ? A C B D

23. Jawapannya A

24. Prinsip / Konsep Menguji pengetahuan calon tentang hukum dan prinsip sains.

25. Contoh soalan Pernyataan berikut boleh menerangkan tentang pembentukkan bayang-
bayang objek kecuali cahaya bergerak lurus B cahaya boleh dibiaskan C cahaya tidak
boleh menembusi objek legap D cahaya boleh diselerakkan

26. Jawapannya B
27. Tafsiran Menguji pemahaman calon tentang maklumat yang diberi dengan meminta
calon membuat rumusan atau kesimpulan daripada data dalam soalan. Calon juga diuji
tentang sesuatu idea secara menyeluruh.

28. Contoh soalan Jadual di atas menunjukkan perubahan suhu air yang telah direkodkan
dalam satu penyiasatan. Antara berikut, penyataan yang manakah boleh mewakili
maklumat dalam jadual di atas ? I Tenaga haba telah dibebaskan II Perubahan keadaan
bahan mulai berlaku pada minit ke 25 III Proses penyejatan telah berlaku A III sahaja C
I dan III sahaja B I dan II sahaja D I, II dan III Masa/minit 5 10 15 20

29. 30 Suhu/ c 50 33 20 8 0 0

30. Jawapannya B

31. Terjemahan Menguji pemahaman calon tentang maklumat / data / fakta yang diberikan
dan biasanya memerlukan calon menyatakan maksud atau memindahkan data daripada
satu bentuk ke bentuk yang lain. Data / maklumat yang diberi boleh jadi dalam bentuk
jadual, graf, simbol atau gambar rajah.

32. Contoh soalan A C B D Antara berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan sifat
cahaya di atas ?

33. Jawapannya C

34. Ekstrapolasi Menguji pemahaman calon tentang kesan / akibat / implikasi daripada
sesuatu tindakan. Calon biasanya diminta membuat ramalan berdasarkan maklumat
yang terdapat dalam soalan.

35. Contoh soalan Antara berikut bola yang manakah akan bergerak lebih jauh apabila
menuruni landasan ?

36. Jawapannya D

37. Aplikasi Menguji keupayaan calon menggunakan pengetahuan dan pemahaman fakta
untuk dihubungkaitkan dengan situasi baru khususnya berlatarbelakangkan kehidupan
seharian.

38. Contoh soalan Mengapakah kereta lumba lebih rendah berbanding kereta lain ? A Lebih
laju B Bentuk yang menarik C Tidak mudah terbalik D Menjimatkan perbelanjaan

39. Jawapannya C

40. Tip Menjawab Soalan Bahagian B Bagi soalan Bahagian B, istilah-istilah yang digunakan
perlu diketahui oleh para calon kerana telah dipelajari di bilik darjah. Misalnya, apakah
inferens? Apakah kesimpulan? Apakah hipotesis? Apakah pemboleh ubah? Dan pelbagai
lagi.

41. Tip Menjawab Soalan Bahagian B Adalah dicadangkan calon memperuntukkan masa
sebanyak 45 minit untuk menjawab soalan Bahagian A dan 30 minit untuk menjawab
soalan Bahagian B. Semak jawapan anda sebelum menghantar kepada pengawas
peperiksaan.

42. Tip Menjawab Soalan Bahagian B Soalan berstruktur sentiasa bermula dengan sesuatu
perenggan yang mempunyai maklumat tertentu. Fahamkan segala maklumat yang
diberikan dalam perenggan itu sebelum menjawab.

43. Bentuk Soalan Pada asasnya terdapat 4 bentuk utama yang digunakan dalam
pertanyaan soalan Kertas Sains. Bentuk-bentuk soalan itu ialah: i. Eksperimen ii.
Rajah/Gambar Rajah/Jadual/Maklumat iii. Padanan iv. Kemahiran matematik

44. Eksperimen Hampir keseluruhan soalan yang dikemukakan adalah berasaskan


eksperimen atau uji kaji. Untuk menjawab soalan seperti ini, calon hendaklah
memerhati dengan teliti dan memahami dengan teliti perkembangan eksperimen
tersebut.

45. Rajah/Gambar Rajah/Jadual/Maklumat Sekurang-kurangnya 20 soalan dalam Bahagian


A dan semua soalan Bahagian B pada peperiksaan disertakan rajah/gambar
rajah/jadual/maklumat. Untuk menjawab soalan seperti ini, para calon perlu memahami
maklumat yang diberi menerusi rajah/gambar rajah/jadual/maklumat tersebut.

46. Padanan Selain daripada soalan yang berbentuk eksperimen atau rajah, ada juga soalan
yang mengemukakan maklumat dalam bentuk padanan atau gandingan. Para calon
dikehendaki memilih padanan yang sesuai sebagai jawapannya. Soalan bentuk ini lebih
menguji kepada aplikasi konsep sains atau tokoh yang terlibat dalam bidang sains.

47. Kemahiran matematik Terdapat juga soalan dalam Kertas Sains ini memerlukan calon
menguasai kemahiran matematik. Soalan yang dikemukakan biasanya melibatkan aspek
pengiraan. Pengiraan ini meliputi pengiraan isi padu, keluasan, panjang, masa dan
sebagainya.

48. Tip Menjawab Soalan Bahagian B Kata Kunci Kemahiran Proses Sains Membuat Inferens
Meramal Membuat Hipotesis Mentafsir Maklumat/ Data Mengawal Pemboleh Ubah
Pemerhatian Pola dan Corak Hubungan Kesimpulan

49. Kata Kunci Soalan Membuat Inferens


50. Tip-tip untuk menjawab Perhatikan fenomena / kejadian yang berlaku (menggunakan
deria) Fikirkan sebab berlakunya kejadian / fenomena (menggunakan minda )
Penerangan dari pemerhatian utama atau sebab terjadi demikian

51. Sila jawab soalan ini.

52. Kata Kunci Soalan Meramal Apakah yang akan berlaku .? Ramalkan apakah yang akan
berlaku ? Menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan
pengalaman / pengetahuan atau data-data / maklumat yang terbukti kesahihannya.

53. Tip-tip untuk menjawab Kaji keputusan atau pemerhatian yang diberi Tentukan sama
ada soalan meminta meramal keputusan akan datang / keputusan yang sebelumnya
Lihat pola yang ada ( jika ada jadual atau graf diberi ) Cari susunan pola yang berurutan
Daripada susunan pola tentukan jawapan anda

54. Sila jawab soalan ini.

55. Kata Kunci Soalan Mengawal Pemboleh Ubah Nyatakan / cadangkan maklumat yang
perlu

56. Tip-tip untuk menjawab Senaraikan semua pemboleh ubah yang terlibat dalam
eksperimen Kenal pasti jenis pemboleh ubah

57. Tip-tip untuk menjawab Pemboleh Ubah dimanipulasikan Perkara yang diubah-ubah
pada mulanya seperti saiz, bentuk, bilangan, suhu dan sebagainya. Pemboleh Ubah
bergerak balas Perkara yang bertindak balas berikutnya setelah diubah-ubah pemboleh
ubah manipulasi atau hasil keputusan eksperimen yang perlu dicatat Pemboleh ubah
dimalarkan Perkara yang perlu ditetapkan/ dikawal agar tidak mempengaruhi keputusan
eksperimen nanti atau faktor-faktor lain yang boleh menpengaruhi keputusan
eksperimen selain daripada pemboleh ubah yang dimanipulasikan

58. Sila jawab soalan ini.

59. Kata Kunci Soalan Mentafsir Maklumat Apakah tajuk eksperimen ? Tajuk penyiasatan
Tujuan eksperimen Tujuan penyiasatan Nyatakan pola / corak

60. Tip-tip untuk menjawab Kaji semua maklumat yang dikumpulkan / diberi Kenal pasti
pola / corak maklumat Fahamkan apa sebenarnya maklumat-maklumat tersebut
Tentukan perkaitan antara maklumat-maklumat itu

61. Sila jawab soalan ini.

62. Kata Kunci Soalan Hipotesis Kesimpulan Rumusan Hubungan Apakah perkaitan.. ?
Nyatakan perkaitan . Membuat Hipotesis
63. Tip-tip untuk menjawab Kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi Kenal pasti pemboleh
ubah bergerak balas Nyatakan hubungan / perkaitan

64. Sila jawab soalan ini.

65. Kata Kunci Soalan Soalan-soalan Aplikasi Soalan yang menggunakan pengetahuan dan
pemahaman fakta untuk dihubungkan dengan situasi baru khususnya
berlatarbelakangkan kehidupan seharian.

You might also like