You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

UNIT ICT KALI PERTAMA TAHUN 2017

TARIKH : 18 JANUARI 2017

MASA : 2.40 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN:

TN HJ MOHD RASIDI BIN ABDUL RAHMAN

SIDI ABDUL RASHID BIN ARIFFIN

NIK NUR ATIKAH BINTI NIK AMIN

DEWI EKA ANGGRAINI BINTI AHMAD JAWAHIR

TIDAK HADIR :

ROHANA BINTI MOHD SUDDIN (CUTI BERSALIN)

AGENDA:

1. Ucapan Alu-aluan (PK Pentadbiran)


1.1. Pengerusi unit ICT mengucapkan selamat datang kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat unit ICT
buat kali pertama tahun 2017.
1.2. Bacaan Ummul Kitab
1.3. Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa untuk meningkatkan penggunaan ICT, guru-guru
perlu membuat penilaian, pengubahsuaian, menggalakkan penggunaan dan merekod penggunaan
makmal komputer untuk pemantauan.

Tindakan: makluman

2. Ucapan Penasihat (Pengetua)


2.1. Penasihat unit ICT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat unit
ICT buat kali pertama tahun 2017.
2.2. Penasihat bersetuju dengan ucapan pengerusi berikutan dengan meningkatkan penggunaan ICT dan
menekankan tentang keikhlasan bekerja dalam menjalankan amanah yang diberi.
Tindakan: makluman
Tarikh keluaran Bilangan Keluaran Bilangan Pindaan
18 Januari 2017 01 00
3. Kandungan Mesyuarat
3.1. Penyelaras memperkenalkan organisasi unit ICT bagi tahun 2017.
Tindakan: makluman

3.2. Pengagihan jawatankuasa kerja unit ICT tahun 2017.

Penyelaras Bestari Puan Rohana

Penyelaras VLE Frog Ustaz Sidi Abdul Rashid

Laman Web/Blog Cik Nik Nur Atikah

SSQS Puan Dewi Eka Anggraini

Penyelaras Briged Bestari Puan Rohana

Tindakan: semua AJK

3.3. Status terkini komputer yang terdapat di makmal ICT


3.3.1. 9 buah komputer dapat berfungsi dengan baik
3.3.2. 9 buah komputer menpunyai sambungan internet
3.3.3. Komputer guru berfungsi dengan baik
3.3.4. Projektor boleh digunakan
3.3.5. Printer laser jet masih boleh berfungsi.

Tindakan: makluman

3.4. Briged Bestari telah dilantik secara rasmi pada 18 Januari 2016 . Briged Bestari terdiri daripada 5
murid lelaki dan 4 murid perempuan.

Tindakan: makluman

3.5. Jadual waktu penggunaan Bilik Bestari.


3.5.1. Jadual waktu penggunaan makmal ICT masih belum disediakan kerana menunggu perubahan
jadual waktu sekolah . Untuk tempoh itu guru-guru boleh menggunakan makmal ICT pada bila-
bila masa mengikut kekosongan pada masa tersebut.
Tindakan: penyelaras

3.6. Laman sesawang SMA JAIM Al Ahmadi


3.6.1. Laman sesawang telah diselenggra oleh Cik Nik Nur Atikah pada tahun lalu berjalan dengan
lancer dan Penyelaras Bestari bersedia untuk membantu.
3.6.2. Alamat laman sesawang Al Ahmadi

Tarikh keluaran Bilangan Keluaran Bilangan Pindaan


18 Januari 2017 01 00
Tindakan: makluman

3.7. Program/ Pertandingan


3.7.1. Penyelaras VLE mencadangkan pertandingan VLE FROG di kalangan murid untuk
memantapkan penggunaan VLE Frog dan tempoh diberikan selama 3 bulan untuk mengemaskini
VLE Frog.
3.7.2. Antara program lain yang dibincangkan sesuai ialah:
3.8.2.1 LADAP VLE Frog untuk guru
3.8.2.2 keceriaan makmal komputer
3.8.2.3 Sudut pameran
Tindakan: makluman

3.8. Penggunaan makmal ICT


3.8.1. Penyelaras berharap pada tahun 2017 lebih ramai guru-guru menggunakan makmal ICT dan
menulis rekod penggunaan.

Tindakan: semua AJK

3.9 Telefon Bimbit Yes Altitude


3.9.1 Setiap guru telah mendapat satu telefon bimbit Yes Altitude pada mesyuarat guru kali pertama
pada bulan Disember lepas.
3.9.2 Unit ICT akan mengusahakan satu LADAP untuk Yes Altitude untuk memberipendedahan
kepada guru-guru mengenai cara penggunaanya.

4. Hal-hal lain
4.1. Ustaz Sidi Abd Rashid memaklumkan bahawa keselamatan bilik Bestari tidak terjamin kerana pintunya
tidak mempunyai grill. Mangga yang digunakan juga adalah manga yang berkualiti rendah.

Tindakan: makluman
5. Ucapan penangguhan

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30
petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......
(Rohana binti Mohd Suddin) ( )

Tarikh keluaran Bilangan Keluaran Bilangan Pindaan


18 Januari 2017 01 00
Disahkan oleh

( )

Tarikh keluaran Bilangan Keluaran Bilangan Pindaan


18 Januari 2017 01 00

You might also like