You are on page 1of 48

KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI

PERINGKAT TADIKA ATAU PRA SEKOLAH

Imran Ariff Ariffin

Faizul Ab Kadir

Khadijah Ibrahim

Rizawati Abd Halim

Wan Zurianti Wan Abdullah

Jabatan Kemahiran Hidup

(Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional)

(Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010)

20 Oktober 2010

ABSTRAK

Penulisan ini berkisarkan kajian-kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di


peringkat tadika atau pra sekolah. Penulisan ini telah di jalankan secara terperinci bagi
mengetahui serba sedikit mengenai isu-isu, polisi kurikulum, dasar, pengajaran dan pembelajar
(P&P) dan juga masalah berkaitan penglibatan ibu bapa di peringkat tadika/prasekolah.
Penulisan ini juga akan menyentuh tentang masalah-masalah yang di hadapi oleh pihak sekolah
terutama guru-guru yang mengajar pelajar tadika/prasekolah. Selain itu, penulisan ini juga akan
membincangkan bagamana pihak sekolah menyelesaikan masalah pelajar tadika/prasekolah dan
masalah hubugan pihak sekolah dengan ibu bapa. Namun, secara keseluruhan penulisan ini
dirujuk berdasarkan bahan-bahan yang terbukti kesahihannya melalui kajian-kajian yang telah di
buat oleh tokoh-tokoh dalam dunia pendidikan sebelum ini..
1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang

menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun

sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Berikutan Akta

Pendidikan 1996 , pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan

Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek

perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk

masuk ke sekolah rendah.

Peruntukan ini menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam

mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. 162. Selaras dengan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan

seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana

pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya.

Pendidikan prasekolah pada tahun 1990-an tidak banyak berbeza daripada pendidikan

prasekolah pada tahun 60-an bahkan selalu menarik perhatian para ibu bapa, masyarakat

mahupun pemerintah sebagai pengambil keputusan iaitu mereka menyedari bahawa kualiti masa

awal kanak-kanak termasuk prasekolah merupakan cermin kualiti bangsa pada masa akan

datang.
2.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN ISU-ISU YANG TIMBUL DALAM

PENDIDIKAN

PRASEKOLAH

Menurut kajian Grace (1992) dalam Surayah Zaidon (2003), dalam pendidikan prasekolah,

kaedah yang selalu digunakan untuk mentaksir pelajar adalah dengan menggunakan portfolio

iaitu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Proses pembelajaran boleh

direkod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu menunjukkan apa yang telah

dipelajari bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dan bagaimana kanak-kanak berinteraksi

dengan orang lain dalam menyempurnakan tugasan mereka. Menurut Surayah Zaidon (2003)

lagi, portfolio Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat

menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program

prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai

perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun, didapati pelaksanaannya sekadar sebagai

satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang besar

bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program prasekolah.

Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanak-

kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak

Manakala menurut kajian Seefeldt (1990), kanak-kanak mempunyai repertoir tingkah

laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untuk

menerangkan pengalaman yang dialami. Kaedah lain seperti rujukan norma atau penggredan

melalui ujian bertulis tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk pelajar prasekolah yang tidak
berupaya menggunakan bahasa yang tepat untuk menerangkan pengalaman atau pembelajaran

yang dialami dan repetior tingkah laku mereka terhad. Seseorang guru prasekolah tidak wajar

memberikan soalan ujian berbentuk esei kepada pelajarnya kerana pinilaian berbentuk esei tidak

boleh membantu dalam merangsang idea kana-kanak dan dikhuatiri akan memberi tekanan

kepada mereka. Perkara sebegini seharusnya dielakkan kerana ianya boleh merencatkan proses

perkembangan idea dan bahasa kanak-kanak. Pendekatan seperti penggunaan portfolio lebih

sesuai dan praktikal untuk pelajar prasekolah.

Satu kajian oleh Nor Hashimah dan Khadijah (2000) menunjukkan guru tidak

mempunyai masa membuat penilaian formatif terhadap pelajar ketika perlaksanaan Pendidikan

Islam dan Moral di peringkat prasekolah. Oleh kerana guru banyak memberi tumpuan pada

persediaan dan perlaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah, pemerhatian, senarai semak dan rekod

individu jarang dilakukan. Hal ini kerana para ibu bapa lebih menekankan pencapaian akademik

dan kognitif pelajar seperti asas perkiraan dan bahasa. Keadaan ini juga menyebabkan aspek-

aspek yang menunjukkan perkembangan kanak-kanak seperti perkembangan sahsiah dan sikap

pelajar tidak menyeluruh perlaksanaannya dan hanya dibincangkan bersama ibu bapa yang

berminat terhadap perkembangan anak-anak mereka.

Bagi melaksanakan penilaian ini juga, para guru perlulah mempunyai kemahiran yang

cukup dan cekap dalam pemerhatian terhadap pelajar. Menurut kajian Mohamad (1993) berjudul

Tugas dan Masalah Guru Dalam Mengendalikan Kurikulum Prasekolah yang dijalankan ke atas

12 orang guru tadika dan 11 orang pembantu guru Tabika Perpaduan mendapati aspek penilaian

perkembangan kanak-kanak telah diketahui namun guru menghadapi kesukaran

mengendalikannya akibat kurang kemahiran. Isu yang sama timbul dalam kajian Rohaty (1996b)
bertajuk Educational Assessment of Malaysian Preschoolers. Kajian tersebut juga menunjukkan

guru kurang berpengetahuan tentang kepelbagaian jenis kaedah penilaian perkembangan kanak-

kanak walaupun aspek-aspek penilaian perkembangan kanak-kanak telah diketahui namun

perlaksanaan penilaian perkembangan tersebut sukar dijalankan. Aspek-aspek seperti jasmani,

emosi, rohani dan intelektual (JERI) seharusnya dinilai menggunakan pendekatan berbeza oleh

guru mengikut kaedah yang dipelajari semasa dalam pengajian mereka. Kesemua aspek tersebut

memerlukan pemantauan berterusan sepanjang sesi persekolahan.

Menurut kajian Rohaty (2003) dalam Surayah Zaidon pula menunjukkan penilaian yang

dijalankan cenderung kepada perkembangan akademik dan kognitif iaitu lebih menumpu kepada

pelaporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding aspek lain yang juga penting dan

perlu dititik beratkan seperti jasmani dan rohani, sahsiah, komunikasi dan sosial kanak-kanak.

Pendekatan rujukan norma seperti ujian untuk menentukan gred markah dan kedudukan

dijalankan kepada kanak-kanak. Perkara yang berlaku ini tidak sesuai untuk kanak-kanak

tersebut kerana perbuatan melabel menggunakan keputusan penilaian tersebut pada peringkat

prasekolah akan membebankan kanak-kanak seterusnya akan mengganggu perkembangan emosi

dan tingkah laku mereka. Para guru dan ibu bapa juga akan mengalami tekanan kerana harapan

untuk memajukan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan ibu bapa lebih mengharapkan kepada

pihak prasekolah untuk memajukan anak-anak mereka dan meningkatkan prestasi anak-anak

dalam akademik dan kognitif. Oleh disebabkan hal ini, para guru lebih mengutamakan penilaian

kognitif pelajar walaupun mempunyai kesedaran tentang kepentingan perkembangan pelajar

dalam aspek-aspek lain.

Menurut teori Ekologi Bronfenbrenner (1977), ahli keluarga khususnya ibu bapa

mempunyai peranan penting sebagai agen sosialis dalam kehidupan kanak-kanak dan
mempunyai pengaruh paling besar ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak. Pengaruh

baka dan persekitaran memberikan kanak-kanak kadar dan tahap perkembangan yang berbeza-

beza. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukan pencapaian

perkembangan ke satu tahap yang maksimum. Oleh hal yang demikian, perkembangan kanak-

kanak sama ada dalam aspek kognitif, fizikal atau kerohanian perlu lebih diterapkan dari

kediaman kanak-kanak itu sendiri berbanding di prasekolah.

2.1 ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI

PERINGKAT

PRASEKOLAH.

2.1.1 Celik Huruf

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah binti Mior Shaharuddin

berkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai

kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ketika melangkah ke tahun empat sekolah

rendah sebelum penghujung 2012. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar

Penyelidikan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah di Kota

Kinabalu pada awal Oktober 2009.

Sukatan pelajaran prasekolah, antara lain, bertujuan untuk mencelikhurufkan murid. Ada

guru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk ke kelas tahun satu

sudah celik huruf. Apabila anggapannya itu meleset, mereka mengeluh. Mereka berasa berat

untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikuti kelas
prasekolah. Ada juga murid yang sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celik huruf.

Murid-murid ini menokok jumlah murid yang perlu dicelikhurufkan oleh guru Bahasa Melayu

tahun satu.

Dahulu, pada semester pertama, memang ada program khas. Mulai tahun 2006 KPM

memperkenalkan pula program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010 menyatakan, KIA2M bertujuan untuk

memastikan murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di

sekolah. Tujuan ini tidak tercapai apabila pada akhir Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahun

satu belum celik huruf. Pada akhir September 2009 pula sebanyak 85,000 murid tahun satu

belum menguasai 2M.

Berdasarkan sasaran yang diuar-uarkan oleh Menteri Pelajaran dan timbalannya dalam

BHO, pada tahun hadapan dan tahun 2011 jumlah murid tahun satu yang belum celik huruf pada

akhir tahun dijangka masih dalam lingkungan 50,000 orang. Malah, apabila kita mengambil kira

jumlah kelahiran yang semakin meningkat, jumlah ini tidak banyak berubah pada akhir tahun

2012. Jadi, penetapan sasaran 85 hingga 87 peratus kanak-kanak berpeluang mengikuti

prasekolah pada tahun 2012 itu rendah.

Penetapan sasaran yang rendah ini pasti menghampakan pendukung PIPP yang ingin

melihat murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di sekolah.

Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran 3M

selepas melangkah ke tahun empat pula bagaikan mengesahkan kehampaan pendukung PIPP.

2.1.2 Kesukaran Menguasai Konsep Nombor


Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak

prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran

Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan

kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak

simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di

sekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor

dengan keadaan sebenar.

2.1.3 Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-Kanak Prasekolah

Tempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah penggunaan portfolio. Terdapat

berbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya menggunakan kotak, fail, folder

atau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada pengalaman guru

menyelenggara portfolio pada tahun-tahun sebelumnya. Akibat ketidakcekapan guru mengumpul

hasil kerja, sikap guru yang tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemua hasil kerja

tanpa dianalisis. Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak dan menjejaskan bentuk

fizikal portfolio.

Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah Zaidon (2004), berjudul Persepsi Guru

Terhadap Pelaksaan Penilaian Di Prasekolah JAWI mendapati guru melibatkan kanak-kanak


semasa mengumpul hasil kerja walaupun kesemua hasil kerja disimpan ke dalam portfolio tanpa

melalui proses pemilihan. Penyemakan pula adalah secara langsung atau spontan di mana guru

memberi komen secara lisan tentang kesalahan hasil kerja terus kepada kanak-kanak. Kandungan

portfolio terutamanya hasil seni dipamerkan di kelas. Kajian tersebut mendapati pengesanan

perkembangan keseluruhan kanak-kanak memerlukan pemerhatian ke atas aktiviti kanak-kanak

dan interaksi bersama kanak-kanak selain dari maklumat dari hasil kerja.

Hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang berbentuk

lembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi dari buku-buku rujukan di

pasaran. Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan mengikut prosedur tertentu dengan

penglibatan kanak-kanak yang terhad. Dari segi tatacara menilai kandungan portfolio, kaedah

semakan yang paling menonjol adalah secara memberi ganjaran. Penyemakan yang dijalankan

adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu.

Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap

perkembangan.

Menurut Surayah Zaidon (2004), penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk

perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaan kandungan

portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan. Kajian beliau telah

mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru dalam menggunakan portfolio secara

berkesan adalah latihan yang terbatas, bilangan kanak-kanak yang terlalu ramai, peruntukan

masa yang banyak diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak dan limitasi portfolio dalam

menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.

Banyak kajian menunjukkan guru tadika mempunyai pengetahuan yang terhad dalam

aspek penilaian perkembangan kanakkanak akibat pendekatan latihan pra perkhidmatan yang
berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakal guru

perlu diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan

penilaian. Kanakkanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Justeru, guru

perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori dan pratikal

seperti rekod anekdot,dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaian yang perlu

dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan

ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif kanakkanak.

2.1.4 Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal

Perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku di Malaysia banyak menyusahkan proses

pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Kurikulum standard prasekolah

kebangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah. Perubahan

ini menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan dalam pengajaran sains awal. Hal

tersebut juga memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru-guru prasekolah dalam

pengajaran sains awal.

Menurut kajian Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004), dalam mengkaji sikap dan

pengetahuan dalam pengajaran sains awal di peringkat sekolah, walaupun umumnya

menunjukkkan respon positif terhadap pengajaran sains awal tetapi masih terhadap guru

sebanyak (7.4%) yang menyatakan mereka merasakan pengajaran sains awal tidak begitu

menarik. Manakala hampir 40% pula berpendapat mereka menghadapi kesukaran untuk

memahami sains dan beranggapan pengajaran sains awal mengambil masa yang panjang. Selain

itu terdapat juga guru yang belum mempunyai pengalaman dalam mengajar mata pelajaran

sains. Pengetahuan dan sikap yang positif penting dalam pengajaran sains awal di prasekolah.
3.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

3.1 Perlakasanaan Aktiviti Belajar Melalui Kaedah Bermain

Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di

semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup

seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia, program

pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia

antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di Tahun Satu

sekolah rendah.

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan

kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga

kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa

dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Main adalah sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta,

kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan

kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi

pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan

kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik

darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya.

Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk

melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy (1984,
Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa

mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui

permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak kanak melibatkan diri dalam

permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan

tokoh-tokoh lain dimana dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut; Pertama,

main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa

melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih

oleh peserta.

Mengikut Vygotsky (1962) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.

Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam

pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan

dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawalsituasi dan

menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses

pemikiran yang tinggi melalui bermain. (Spodek et al. 1987, p. 181). Jerome Singer

(Spodek,1983) menganggap imaginative play sebagai usaha kanakkanak menggunakan

kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat

bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka

berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.

Namun begitu, masih terdapat isu iaitu guru sukar untuk melaksanakan kaedah belajar

melalui bermain kepada kanak kanak. Strategi pengajaran dan pembelajaran masih bertumpu

kepada aktiviti menyebut, mengeja, membaca, menulis, melukis dan mewarna. Perbezaan

strategi pengajaran guru KEMAS, JAIM, PERPADUAN , KPM, DAN SWASTA terdapat pada

pendekatan yang digunakan dalam pengajaran, bentuk rancangan pelajaran yang disediakan dan
interaksi guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kebanyakan guru juga

tiada atau pun kurang kefahaman serta tidak memahami perkembangan dan minat kanak-kanak

disamping keperluan mereka.

Bersabit dengan tugas-tugas melaksanakan pengajaran melalui aktiviti bermain, terdapat

faktor - faktor masalah guru-guru dalam menjalankan aktiviti belajar melalui bermain. Antara

faktor faktor tersebut adalah mereka kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk

menyampaikan aktiviti belajar melalui bermain. Menurut mereka lagi, masalah ini berpunca

daripada perkembangan yang pesat dalam pendidikan prasekolah. Guru-guru yang ditemubual

mengatakan mereka berkeyakinan bahawa masalah yang dihadapi ini boleh diatasi jika mereka

diberi peluang mengadakan perbincangan pendidikan dengan pakar-pakar, pentadbir dan

penyelidik pendidikan prasekolah (Almy, 1984).

Menyentuh hal tersebut, kebanyakan guru-guru mengatakan terdapat beberapa perkara

penting berkaitan dengan masalah kekurangan pengetahuan dan kemahiran iaitu seperti guru

kurang faham dengan pendekatan dan cara-cara penyampaian aktiviti, guru kurang yakin dengan

pengajaran yang ingin disampaikan, guru juga kurang memahami psikologi kanak-kanak, guru

kurang mahir membuat alat bantu mengajar, guru kurang faham dengan kurikulum prasekolah

kebangsaan, dan guru mengalami kesukaran membuat pemerhatian dan penilaian ke atas kanak-

kanak (Almy, 1984).

Masalah yang paling ketara dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain ialah

bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang dibekalkan mestilah selari dan bersesuaian

dengan permainan dan konsep yang perlu melibatkan keenam-enam komponen iaitu komponen

Perkembangan Bahasa dan Komunikasi, Perkembangan Kognitif, Perkembangan Fizikal,

Perkembangan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Kreativiti dan Estetika dan Perkembangan
Sosioemosi. Boleh dikatakan guru-guru prasekolah memahami dan berpengalaman dalam

pengurusan dan pengendalian tadika, tetapi bahan bantu mengajar tidak mencukupi. Mereka

boleh menggunakan bahan terbuang tetapi ia bergantung kepada kreativiti guru sendiri dalam

mengolah bahan tersebut. Bahan-bahan seperti kotak tisu, kotak mancis, cawan plastik, botol

plastik, tin susu, bekas telur, daun kering dan lain-lain lagi boleh digunakan sebagi bahan bantu

mengajar yang menjadi pemangkin dalam kaedah belajar melalui bermain. Walau bagaimanapun

usaha ini menjadi sia-sia sahaja jika tiada strategi yang tepat dan betul.

Kebanyakan guru juga masih kurang faham tentang Huraian Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan 2003. Mereka menghadapi kesukaran untuk menentukan kebolehan mental dan

fizikal murid. Mereka juga sukar menentukan apakah jenis aktiviti tahap pelajaran yang hendak

dijalankan supaya menjadi lebih berkesan. Turut dikenalpasti ialah masalah yang berkaitan

dengan penyediaan bahan pengajaran. Didapati isi kandungan buku aktiviti oleh panel tadika

masing-masing perlu disesuaikan dengan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan

tahap umur dan pencapaian kanak-kanak. Ini pula menyebabkan kesukaran guru mengenal pasti

tahap-tahap pencapaian kanak-kanak seperti menentukan hasil pembelajaran tersebut (Rohani

Abdullah ,2004).

Masalah juga timbul untuk menyediakan peralatan dan keselesaan kanak-kanak

beraktiviti belajar melalui bermain. Masalah ini berpunca daripada tempat belajar yang sering

digunakan untuk majlis dan upacara kemasyarakatan. Ini mengakibatkan keceriaan sekolah tidak

dapat dibentuk mengikut matlamat tadika yang sebenarnya. Terdapat banyak kelas atau

bangunan di mana kelas ini dijalankan tidak begitu selesa dan kurang menggalakkan dari segi

pembelajaran kanak-kanak tabika. Contohnya, terdapat sebahagian tadika yang begitu sempit,

tandas yang tidak sesuai dan tiada pagar yang sesuai untuk keselamatan kanak kanak.
Pada amnya mereka masih kekurangan kemahiran menyoal, mengarah, menilai dan membuat

dendaan. Ini penting kerana seseorang guru prasekolah seharusnya mempunyai kemahiran

mengendalikan kelas di samping menjadi pembimbing, penasihat, pengajar, pentadbir dan lain-

lain lagi kepada kanak-kanak ini (Rohani Abdullah, 2004).

Mengenai proses penyampaian aktiviti, masalah yang ditimbulkan berkisar kepada

penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan boneka, model-model, doh serta bahan lakonan

kurang dititik beratkan. Perkara yang menjadi punca masalah adalah disebabkan kurang

kemahiran, kurang peruntukan membiayai pembuatan bahan dan peralatan. Ini dikuatkan lagi

dengan faktor sikap yang negatif di sesetengah kalangan guru tersebut. Berkaitan dengan

penilaian, jelas terbukti bahawa kemahiran pengukuran dan penilaian di kalangan guru-guru

masih di tahap asas. Konsep penilaian yang melibatkan pemerhatian, temuduga, ujian dan

persepsi masih belum difahami sepenuhnya oleh sesetengah guru-guru. Umumnya kemahiran

pengurusan mikro di kalangan guru-guru masih ditahap yang minima.

4.0 DASAR

"Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah Dasar yang komprehensif

bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun.

Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia.

Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada".

Penyataan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulan

masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan, ibu bapa, NGO dan pihak swasta supaya
mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti

tinggi dan berperibadi mulia. Justeru semua pihak yang bertanggungjawab perlu menggembleng

tenaga, kepakaran dan sumber, menyediakan program, perkhidmatan, pendidikan dan latihan,

perlindungan serta kemudahan-kemudahan yang dapat merangsang perkembangan positif kanak-

kanak.

5.0 PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PRASEKOLAH

Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, sebahagian besar ibu bapa bekerja sehingga

mempunyai waktu yang sangat terhad bagi merangsangkan anak-anaknya di rumah. Ibu bapa

dari keluarga kurang bernasib baik kurang memperhatikan tentang pentingnya stimulasi pada

usia awal ini.Menurut Rohaty (2003) dalam kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan di rumah

kurang merangsangkan pembelajaran di persekitaran mereka. Sedangkan ibu bapa daripada

golongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat meluangkan masa bagi melayan anak-

anak mereka ke arah penyediaan pengetahuan dan kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di

sekolah. Akhirnya ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-anaknya secara

maksima. Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibu bapa

menyelesaikan permasalahan ini.

Menurut Morrison (1978) pengertian penglibatan ibu bapa yang komprehensif adalah

proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa mencari kekuatan dan

bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa

sangat menentukan pencapaian kanak-kanak dalam matlamat yang telah ditetapkan oleh

pihak prasekolah. Conway (2003) menyatakan penglibatan ibu bapa perlu lagi digalakkan kerana

memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik kanak-
kanak. Dapatan kajian daripada Arnold (2008) dan Izzo et al. (1999) menunjukkan bahawa

penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi menentukan pecapaian akademik kanak-kanak yang

tinggi. Miedel and Reynolds (1999) juga mendapati bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih

tinggi di prasekolah berkaitan dengan kemahiran membaca kanak-kanak yang lebih baik, kadar

keciciran yang lebih rendah, masa yang lebih pendek di kelas pendidikan khas ketika kanak-

kanak berada di kelas lapan. Dapatan Marcon (1999) juga menyatakan bahawa penglibatan ibu

bapa yang lebih tinggi dan jenis penglibatan yang lebih aktif berkaitan dengan kemahiran

berbahasa kanak-kanak yang lebih baik, perkembangan sosial, motor, dan adaptif yang lebih

baik. Kajian lain yang dilakukan di Head Start, Amerika Syarikat, mendapati bahawa

penglibatan ibu bapa berkaitan dengan keterampilan dan perilaku di kelas (Taylor & Machida,

1994).

Merujuk kepada dapatan kajian-kajian ini, penglibatan ibu bapa sangat penting dan pihak

sekolah harus menumpukan perhatian kepada cara-cara untuk melibatkan ibu bapa bagi

menyokong kejayaan pendidikan kanak-kanak. Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan

ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi pengetua dan para guru

tentang penglibatan ibu bapa. Ibu bapa perlu memahami kepentingan pendidikan prasekolah bagi

kehidupan kanak-kanak mereka di masa hadapan sehingga penglibatan mereka di prasekolah

boleh ditingkatkan. Penglibatan ibu bapa merupakan manifestasi daripada persepsi terhadap

pendidikan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah merupakan topik

utama daripada kajian ini.

Namun begitu, terdapat beberapa masalah berkaitan dengan penglibatan ibu bapa di

prasekolah. Masalah yang pertama berkaitan dengan persepsi ibu bapa terhadap pendidikan

prasekolah. Sebagai negara kepulauan yang luas dan mempunyai masyarakat yang majmuk,
persepsi ibu bapa akan pentingnya pendidikan prasekolah sangat beragam dan masih banyak ibu

bapa yang tidak menyedari kepentingan pendidikan prasekolah (Direktorat Pendidikan Anak

Usia Dini, 2007). Ibu bapa daripada keluarga kurang bernasib baik cenderung kurang

menganggap kepenting pendidikan prasekolah. Apalagi bila mereka tinggal di luar bandar yang

tidak mempunyai akses kepada pendidikan prasekolah. Persepsi ibu bapa yang rendah mengenai

kepentingan pendidikan prasekolah ini mengakibatkan penglibatan mereka di pendidikan

prasekolah juga rendah. Ibu bapa dari kelompok rendah kurang berpartisipasi dalam pendidikan

anak-anak mereka di sekolah (Grolnick et al., 1997). Ibu bapa biasanya mesti bekerja untuk

menyokong kewangan keluarga sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk terlibat di

prasekolah. Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila latar belakang pendidikan mereka juga

rendah sehingga kurang menganggap penting penglibatan mereka di prasekolah. Sedangkan ibu

bapa daripada golongan tinggi menganggap tidak perlu terlibat banyak di sekolah kerana sudah

membayar mahal kepada pihak prasekolah. Kesibukan mereka juga menjadi faktor kurangnya

penglibatan mereka di prasekolah. Masalah kedua adalah masalah persepsi guru dan pengetua

tentang penglibatan ibu bapa yang dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan dan pengalaman

guru dan pengetua. Persepsi tentang sejauh mana ibu bapa boleh terlibat berbeza antara guru dan

pengetua, antaranya sejauh mana ibu bapa boleh terlibat dalam membuat keputusan di

prasekolah, sejauh mana ibu bapa boleh membantu guru dan pelajar dalam pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas dan sejauh mana ibu bapa boleh dilibatkan dalam bidang kurikulum

di prasekolah. Persepsi guru dan pengetua ini juga berkaitan dengan keperibadian guru dan

pengetua. Ada guru yang introvert, mempunyai sikap tidak mahu dibetulkan oleh ibu bapa,

berpendapat tidak perlu melibatkan ibu bapa terlalu banyak kerana mereka pasti tidak

mempunyai masa. Thomas (1987) menyatakan masalah timbul bila guru enggan bekerjasama
dengan ibu bapa yang bukan daripada golongan profesional. Di Indonesia 99 peratus prasekolah

diurus oleh pihak swasta di mana kewangannya sangat bergantung kepada yuran pelajar dan

pihak penyokong atau penderma (Direktorat Pembinaan TK dan SD, 2008). Keadaan ini juga

mempengaruhi pihak prasekolah untuk menumpukan perhatian pada program yang melibatkan

ibu bapa di prasekolah.

6.0 KESIMPULAN

Melalui kajian-kajian lepas yang telah dibuat, terdapat beberapa isu dan permasalahan yang

sering menyukarkan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Para guru dan pihak

pentadbiran seharusnya bekerjasama dalam mengawal dan menyelesaikan segala masalah yang

akan dan bakal dilalui apabila berada ditahap pendidikan prasekolah.

Sememangnya kita perlu mengetahui keadaan kanak-kanak di peringkat prasekolah,

bagaimana tahap pemikiran dan tingkahlaku mereka supaya segala apa yang kita lakukan akan

meningkatkan lagi kepercayaan dan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara.
Pihak kerajaan harus mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pendidikan yang

berteraskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bagi kanak-kanak prasekolah yang

bakal menerajui Negara kita suatu hari nanti.

Akhir kata, kerjasama semua pihak terutamanya pihak kerajaan harus diwujudkan dengan

pihak-pihak kementerian pendidikan supaya segala perancangan yang akan dilakukan bagi

kanak-kanak prasekolah akan lebih terjamin keberkesanannya.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam

pengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Almy, M. 1984. A child right to play.In J.F. Brown (ED).Administrating


for young children. Washington: NAEYC.

Almy, M., Monighan, P., Scales, B., & Van Hoorn, J. (1984). Recent research on play:
The teacher's perspective. In L. Katz (Ed.), Current topics in early childhood
education, V (pp. 1-22).

Arnold, D.H., Zeljo, A. & Doctoroff, G.L. (2008) . Parent involvement in preschool:

Predictors and the relation of involvement to prelitery development. School

Psychology Review 37 (1), 74-90.

Bronfenbrenner, U., & Morris, P. A. (1998). The ecology of developmental processes.

Dalam W. Damon (series Ed.) & R. Lerner (Vol. Ed.), Handbook of child

psychology: Vol I, Theoretical models of human development (pp. 993-1028), New

York:Wiley.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan:

Bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London : HMSO

Conway, J. (2003). Parental involvement in school can work wonders for children. Diperoleh
pada 21 Ogos 2010 http://www.ahwatukee.com/afn/opinion/editorial/010815e.html.

Flansburg, S. (1994). Math Magic. New York : Harper Perennial

Fagen R.1981. Animal Play Behaviour, Oxford University Press.

Grace, C. 1992. The portfolio and its use: Developmentally appropriate assesment of young
children. ERIC Digest. (Online) http://www.ericdigests.org/1992-1/use.htm muat turun
pada 20 Ogos 2010

Grolnick,W.S., Benjet, C., Kurowski, C.O., and Apostoleris, N.H. (1997). Predictors of
parent
involvement in children's schooling. Journal of Educational Psychology 89, 538548.
Hunt, J.M. (1961). Intelligence

Kamaruddin dan Siti Hajar. (2004), Pedagogi Asas Pendidikan, Kuala Lumpur:

Kayazano Enterprise

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Huraian Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Kurikulum Kebangsaan

Prasekolah.Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Kuala

Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Marcon, R. A. (1999). Positive relationships between parent school involvement and public
school inner-city preschoolers development and academic performance. The School
Psychology Review 28(3), 395412.
Miedel, W. T., & Reynolds, A. J. (1999). Parent involvement in early intervention for
disadvantaged children: does it matter? Chicago longitudinal study. Journal of School
Psychology 37(4), 379402.

Mohamad Hj. Abu Daud. 1993. Tugas dan masalah guru dalam mengendalikan kurikulum
prasekolah. Disertasi Ijazah Sarjana Pendidikan.Universiti Malaya.

Mohd Isa Abd Razak (2009). Celik Huruf : Semua Pihak Perlu Lebih Bersungguh
Menanganinya diperoleh pada 20 Ogos 2010 daripada http://mohdisa-
abdrazak.blogspot.com/2009/11/celik-huruf-semua-pihak-perlu-lebih.html

Morrison, G.S. (1978). Parent involvement in the home, school and community. Ohio:
Charles E. Merrill Publishing Company.

Nor Hashimah Hashim & Khadijah Zon.2000. Pelaksanaan penilaian pendidikan Islam
Dan Moral: Satu tinjauan di prasekolah. Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Universiti Sains Malaysia.

Piaget, J. (1952). The child's conception of number. New York: Norton

Rohani Abdullah (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rohaty Mohd. Majzub. 2003. Pendidikan prasekolah: Cabaran kualiti. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rohaty Mohd. Majzub. 1996b. Educational assessment of Malaysian preschoolers.Projek IRPA.

Sarina Baharuddin (2009), Definisi Pengajaran dan Pembelajaran (Online) diperolehi pada

20 Ogos 2010 http://sarinapraktikum.blogspot.com/2009/07/definisi-pengajaran-dan-

pembelajaran.html

Seefeldt, C.1990. Assessing young children. In Seefeldt (Ed.). Continuing issues in early
childhood education. Upper Saddle River, NJ: Merrill/ Prentice Hall.

Spodek.B. (ed). 1983. Handbook of Research in Early Childhood Education. New York:
The Free Press.

Surayah Zaidon (2004). Satu Tinjauan Penggunaan Protfolio Kanak Kanak Prasekolah.
Maktab Penguruan Islam : Jabatan Bahasa.

Surayah Zaidon. 2003. Persepsi guru parasekolah terhadap penggunaan portfolio.


Disertasi Sarjana Pendidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Taylor, A. R., & Machida, S. (1994). The contribution of parent and peer support to Head
Start childrens early school adjustment. Early Childhood Research Quarterly 9(3/4), 205387.
Thomas, G. (1987). Extra people in the classroom. Educational Research 29, 173-81

Vygotsky, L.S. (1962). Thought and Language. Cambridge, M.A : Mit Press.

Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004), Sikap Dan Keyakinan Guru dalam Pengajaraan

Sains Awal diperolehi pada 20 Ogos 2010 daripada http://eprints.usm.my/

2.0 Penilaian dalam Mengenal Pasti Kemajuan Kanak-kanak


2.1 Konsep Penilaian
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian
murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina
instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.
Penilaian ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanak-kanak
dalam aspekpengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap sesuatu proses
pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses ini dijalankan secara
berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan individu
setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran.
Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat
tentang sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif
yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
Arthur et.al. (1996) berpendapat penilaian ialah proses mengumpul bukti dan membuat
pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian. Ia juga membawa
maksud proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program
pengajaran, polisi dan prosedur.

2.2 Matlamat Penilaian


Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan
pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Putri Zabariah dan Rohani (2007) penilaian dijalankan
adalah supaya guru dapat:
2.2.1 Mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh;
2.2.2 Melihat perubahan pada perkembangan setiap kanak-kanak;
2.2.3 Membuat perancangan dan pengubahsuaian aktiviti pengajaran untuk membantu
meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak;
2.2.4 Mempelajari keperluan setiap kanak-kanak;
2.2.5 Mengesan keberkesanan aktiviti, rutin, dan strategi yang digunakan;
2.2.6 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke
semasa.
2.2.7 Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa, pakar-pakar kesihatan, guru besar dan
pegawai-pegawai yang memantau;
2.2.8 Menghargai hasil kerja kanak-kanak; dan
2.2.9 Membuat tindakan susulan serta-merta

2.3 Kaedah Penilaian


Penilaian di peringkat prasekolah bercorak tidak formal dan dijalankan ke atas kanak-
kanak secara pemerhatian yang berterusan. Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian melalui
pemerhatian yang dijalankan secara sistematik, jelas dan tepat. Penilaian dilaksanakan melalui
pemerhatian terhadap tingkah laku, perbualan atau interaksi dan hasil kerja murid. Oleh sebab
kadar penerimaan dan kefahaman sesuatu konsep bagi setiap murid adalah berbeza, maka
penilaian sangat sesuai dilakukan secara individu.

2.3.1 Pemerhatian
Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian dengan
perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu kaedah yang
sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau maklumat atau merekodnya
dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati secara prihatin pada apa yang berlaku pada
setiap kanak-kanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil
kerja kanak-kanak.
Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru boleh memerhatikan dan
menilai murid semasa aktiviti bermain pondok-pondok, menyusun blok bersama rakan-rakan,
semasa mereka bermain bersama rakan-rakan atau bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran
seperti membuat kolaj dalam kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan masalah
bersama rakan dan sebagainya.
Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh diperhatikan ialah
semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi antara murid
dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita dan bersoal-jawab, semasa
aktiviti nyanyian, hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah
dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Selain itu, guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang dikumpulkan
dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep, dan
kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Setiap bahan atau hasil kerja murid dikumpulkan
dalam bentuk portfolio. Beberapa bahan yang dikumpulkan dalam portfolio murid ialah hasil
lukisan, mewarna, lakaran, tulisan, buku skrap, kraf tangan, buku kecil, dan model, video kanak-
kanak, gambar yang diambil semasa kanak-kanak menjalani aktviti pengajaran dan pembelajaran
di prasekolah dan sebagainya.

2.4 Waktu Penilaian


Dalam konteks pendidikan prasekolah, setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru
kepada kanak-kanak hendaklah dinilai. Penilaian ke atas kanak-kanak hendaklah dijalankan
sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada secara berkala masa atau
mengikut kekerapan yang perlu.
Hal ini bersesuaian dengan pendapat Putri Zabariah dan Rohani (2007) bahawa penilaian
ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan di akhir
pembelajaran. Segala maklumat yang dikumpulkan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran memberi suatu gambaran berkenaan penguasaan kanak-kanak. Melalui proses
penilaian yang dijalankan, guru dapat mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa.
Justeru itu, waktu penilaian ke atas kanak-kanak adalah secara berterusan dan tiada had masa
tertentu.
2.5 Tindakan Susulan
Sebagaimana yang terkandung dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
(2003), Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan, setelah dikenal
pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Aktiviti bimbingan dirancang bagi
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak terhimpun.
Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula. Aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan
kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti pengayaan hendaklah dirancang
untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah aktiviti,
kemahiran, atau aspek yang sepatutnya dipelajari telah dikuasai atau disiapkan.
Semasa menjalankan tindakan susulan guru boleh menyediakan aktiviti bagi membantu
murid yang memerlukan lebih perhatian atau pun aktiviti yang lebih mencabar. Kepekaan guru
dalam penilaian berterusan ini dapat meningkatkan pencapaian setiap murid ke tahap yang
optimum. Antara kebaikan menjalankan tindakan susulan di prasekolah ialah:
2.5.1 Kelebihan murid dalam pencapaian boleh diperkukuh dan dipertingkatkan melalui aktiviti
yang mencabar. Kekurangan tahap pencapaian murid boleh dibantu melalui bimbingan
yang sewajarnya.
2.5.2 Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara individu,
kumpulan, dan kelas melalui proses pembelajaran.
2.5.3 Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu disokong dan diberi
dan diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan bagi meningkatkan pencapaian.
2.5.4 Murid yang belum menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi aktiviti
bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan murid tersebut.
2.5.5 Guru juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak mereka untuk
memperoleh sokongan tambahan di rumah.
3.0 Penilaian Semasa Kanak-kanak Bermain
Dari sudut psikologi terdapat 12 aspek perkembangan yang dapat dikenal pasti semasa
memerhati kanak-kanak yang sedang bermain. Walau bagaimanapun hanya lima aspek
perkembangan yang akan dibincangkan iaitu:
4.1 Aspek Perkembangan Kognitif
Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan
pembelajaran kanak-kanak.Mengikut Piaget (1983, keupayaan adaptasi psikologikal adalah amat
penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental kanak-kanak. Piaget
memandang main sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku yang baru dipelajari.
Walaupun main bukan kesamaan dengan pembelajaran, apa yang pasti, main mempermudahkan
cara pembelajaran. Ini adalah kerana bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
memperoleh pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam struktur kognitif mereka.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang perkembangan
kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan cara mengadakan
permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka
akan rasa sekiranya mereka menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya.
Permainan seperti ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung akan
membantu perkembangan kognitif mereka.
Aktiviti lain yang guru boleh jalankan ialah aktiviti permainan air. Permainan air boleh
dijalankan di dalam atau di luar kelas. Tempat air boleh berbentuk tetap atau sementara. Guru
perlu mengambil kira beberapa aspek semasa kanak-kanak menjalani aktiviti main air. Antaranya
ialah penyediaan bahan, penyediaan tempat atau ruang, pakaian yang sesuai, mestilah berdekatan
dengan sumber air, dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu.
Berbagai perkara dalam aspek kognitif dapat dikembangkan melalui permainan air seperti
kemahiran menyiasat, menjalankan eksperimen, membuat anggaran, dan membuat perbandingan.
Selain itu, kanak-kanak juga dapat menambah pengetahuan tentang konsep isi padu, kapasiti,
saiz, bentuk, konsep penyerapan, timbul tenggelam, serta penyejukan dan
pemanasan. Melalui Permainan air kanak-kanak boleh meneroka persekitaran, mempelajari
perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah. Aktiviti-aktiviti yang boleh
dijalankan semasa main air yang boleh menggalakkan perkembangan kognitif ialah:
4.1.1 Memerhati dan meneroka ciri-ciri air seperti menuang air ke dalam beberapa bekas berbeza
saiz dan bentuk melalui cara seperti membuat teh tarik.
4.1.2 Membanding dan membezakan serta membuat anggaran isi padu air.
4.1.3 Menjalankan eksperimen seperti menyediakan larutan air daripada bahan-bahan berbeza
seperti garam, pasir, gula, batu, dan sebagainya.
4.1.4 Melakukan penyelenggaraan pada akuarium yang mengandungi hidupan air.
4.1.5 Bermain dengan kenderaan air atau objek untuk mengetahui konsep tenggelam dan timbul.
Aktiviti bermain dengan bongkah juga boleh mengembangkan kognitif kanak-kanak.
Contohnya bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai bentuk, saiz dan ciri-ciri,
kanak-kanak boleh menjalani aktiviti dengan cara bermain seperti mengumpulkan bongkah
mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iaitu mengumpulkan semua bongkah berwarna merah,
mengumpulkan semua bongkah berbentuk bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya. Menurut
Piaget ( 1962 ), main dengan binaan mengajar pelbagai konsep kuantitatif dan ruang.
Selain itu, melalui aktiviti bermain dengan bongkah juga kanak-kanak dapat meneroka
kemahiran awal sains yang merupakan salah satu cabang perkembangan kognitif. Contohnya,
bagi kemahiran membezakan warna dan bentuk, guru akan menggunakan bongkah pelbagai
warna dan bentuk. Kanak-kanak menyusun dan mengumpul bongkah mengikut warna serta
menamakan warna itu. Kanak-kanak memberikan bongkah yang sama warna seperti yang
dikehendaki guru. Permainan diulang dengan kanak-kanak membezakan bentuk pula.
4.2 Aspek Perkembangan Bahasa
Melalui bermain juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Permainan
yang melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu
mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di persekitaran
mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi
memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti bermain
bongkah, bermain pondok-pondok, main pasir dan main peranan.
Melalui aktiviti bermain bongkah, kanak-kanak bermain dengan bongkah yang pelbagai warna,
saiz, dan bentuk. Mereka membuat binaan seperti rumah, jambatan, jalan raya, bangunan,
kenderaan dan sebagainya. Semasa aktiviti ini berjalan guru menggalakkan kanak-kanak
melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi ketika bermain dengan
bongkah. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah.
Melalui permainan ini juga kanak-kanak akan berbincang sesama sendiri mengenai bahan binaan
mereka. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan
yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka
lakukan.
Aktiviti main pondok-pondok juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan
kanak-kanak. Sewaktu bermain pondok-pondok, kanak-kanak meniru perwatakan ahli keluarga
seperti bapa, ibu, kakak, abang, dan adik. Mereka juga akan meniru perwatakan orang-orang di
sekeliling mereka seperti doktor, anggota polis, guru, peniaga dan sebagainya. Sewaktu bermain
kanak-kanak akan berbual sesama mereka berdasarkan watak yang telah dipilih. Aktiviti yang
baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini
aspek perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan.
Selain aktiviti main bongkah dan main pondok-pondok, aktiviti main sambil menyanyi juga
adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka.
Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan
kerana ia mudah diingati dan difahami olehkanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa
dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi.
Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau
dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi mendayung
sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya dan kaki bertemu
kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara berselang-seli seperti mendayung
sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan
muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut
diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Melalui aktiviti
inikanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata
kanak-kanak akan semakin bertambah.
Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang
pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya bercakap dan
meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu berantai membolehkan kanak-
kanak menghafal, menghasilkan , mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam
pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan
daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak-kanak guru dapat meningkatkan
perkembangan bahasa kanak-kanak. Contoh permainan lagu berantai ialah seperti:
Malam yang sepi pi pi
Pak Mat jual topi pipi
Topinya koyak yakyak
Pak Mat jual tempoyak yakyak
Tempoyaknya basi sisi
Pak Mat jual nasi si si
4.3 Aspek Perkembangan Sosial
Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil.
Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian
orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau
memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain
dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi,
bekerjasama dan mematuhi peraturan.
Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah laku
yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker
(1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara
efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.
Pelbagai aktiviti bermain boleh dilakukan di prasekolah dalam membantu perkembangan
sosial kanak-kanak. Antaranya aktiviti bermain pasir. Permainan pasir boleh dijalankan di dalam
dan di luar kelas. Ruang pasir haruslah berkeadaan teduh dan selesa untuk kanak-kanak bermain.
Guru harus menyediakan pelbagai peralatan untuk memberi peluang kepada murid membuat
penerokaan dan penemuan baru serta bersosialisasi dengan rakan-rakan. Semasa bermain pasir
kanak-kanak akan berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan peralatan bersama rakan-rakan,
hormat-menghormati, menghargai sumber dan idea orang lain, dan bekerjasama sesama rakan.
Selain itu, aktiviti bermain di taman permainan juga boleh menggalakkan kanak-kanak
meningkatkan aspek perkembangan sosial di kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana,
semasa aktiviti bermain di taman permainan kanak-kanak perlu bergaul dengan semua rakan
sebaya. Di samping itu, mereka dilatih bersifat sabar dan mematuhi peraturan kerana perlu
bergilir-gilir semasa bermain dengan alatan permainan yang terhad. Secara tidak langsung
kanak-kanak ini belajar untuk menghormati perasaan dan hak orang lain.
Begitu juga aktiviti bermain pondok-pondok, bermain doh ataupun semasa bermain
permainan dalaman seperti congkak, dam ular, ketingting dan sebagainya. Semasa bermain
bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya sedang belajar cara-cara berinteraksi dan
bersosial bersama orang lain di luar daripada lingkungan ahli keluarga. Memberi pendedahan
sosial yang awal kepada kanak-kanak memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan
persekitaran di samping dapat menanam sifat berani dan berani ke hadapan.
Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti main ini menggalakkan kanak-kanak
bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka. Semasa
bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan
yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses
sosialisasi kanak-kanak.
4.4 Aspek Perkembangan Emosi
Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat
prasekolah. Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan
emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak
hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan
teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya
dengan kehidupan manusia.
Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan
yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun
gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi wajah.
Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran
tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-
beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal ,
iaitu bahasa bukan lisan.
Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan,
kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah
kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai
peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya.
Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya
seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya
menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat
prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan terutamanya dalam aktiviti bermain.
Ini adalah kerana bermain dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada
kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa
gangguan.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan
emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti Komponen Kreativiti dan Estetika. Ini kerana aktiviti
ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan
kebolehan mereka dalam pelbagai cara. Contohnya aktiviti seni visual dengan menggunakan
warna air. Kebanyakan kanak-kanak suka bermain dengan warna air kerana pada mereka aktiviti
ini mencabar kebolehan mereka. Aktiviti percikan dan tiupan warna air di atas kertas lukisan.
Semasa aktiviti ini dijalankan, kelihatan kanak-kanak seronok dan emosi kegembiraan terpancar
di wajah mereka. Banyak lagi aktiviti seni visual yang boleh dijalankan di prasekolah dalam
membentuk perkembangan emosi kanak-kanak.
Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti
nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula jadi
oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti
muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak.
Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak
akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat
meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian
ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi
seseorang kanak-kanak.
4.5 Aspek Perkembangan Fizikal
Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan
perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang
badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-
bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan
kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari.
Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing
untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan.
Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-
kanak. Komponen Perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu
perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan.
Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah
dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk memupuk
perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:

4.5.1 Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar


Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif,
pantas, dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar
mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam
tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.
Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat. Selain itu,
kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan lagi keupayaan
pergerakannya melalui pengalaman yang diperolehi melalui permainan, pergerakan kreatif dan
gimnastik.
Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni
gelongsor, bergayut pada monkey bar , bermain buaian dan sebagainya dapat membantu
perkembangan fizikal kanak-kanak.

4.5.2 Aspek Perkembangan Motor Halus


Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot
kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang
baik amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-
kanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu
perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang,
menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.
Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam membantu aspek
perkembangan fizikal ialah bermain dengan doh. Sebelum kanak-kanak bermain dengan doh,
guru hendaklah membimbing kanak-kanak membuat doh sendiri. Menyediakan doh sendiri
memberi peluang kepada kanak-kanak merasa sendiri struktur doh dan memilih sendiri warna
yang mereka suka. Biarkan kanak-kanak menggaul dan menguli doh dengan tangan. Dengan cara
ini, ia melatih pergerakan motor halus kanak-kanak. Proses mengadun, menggaul, meramas
adalah baik untuk jari-jemari kanak-kanak dan ia juga adalah latihan awal bagi persediaan untuk
menulis.
PENGENALAN

Secara umumnya penilaian bolehlah ditakrifkan sebagai satu kaedah atau satu sistem yang
digunakan untuk membuat sesuatu perancangan baru yang lebih baik dan lebih berkesan. Ianya
bermula dengan membuat pengumpulan maklumat yang bertujuan untuk membuat sesuatu
keputusan. Secara keseluruhannya penilaian boleh dijalankan oleh pakar-pakar psikologi, pakar
psikiatrik, guru pendidikan khas, guru-guru dan ibu bapa. Umumnya penilaian dijalankan
bertujuan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan serta keperluan seseorang pelajar.

D. Stufflebeam, dalam bukunya Educational Evaluation and Decision (Pedagogi 3 Pengujian


Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif, Mok Soon Sang, Kumpulan
Budiman Sdn Bhd 1997 ) membuat takrifan, penilaian itu sebagai proses menentukan,
mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai
tindakan yang akan diambil selanjutnya.

Juga dapat dikatakan bahawa penilaian itu adalah sesuatu rumusan daripada dapatan data-data
yang telah dikumpul. Dengan kenyataan-kenyataan yang tepat berkenaan tahap pencapaian atau
kemerosotan perubahan tingkah laku, sikap, sahsiah, harga diri seseorang atau untuk lain-lain
tugasan. Dalam konteks ini pengukuran juga adalah penilaian yang dapat dinyatakan dalam
bentuk kuantiti iaitu angka atau gred.
JENIS-JENIS PENILAIAN PSIKOLOGI

Menurut ahli-ahli psikologi penilaian terbahagi kepada beberapa kategori. Antaranya seperti
berikut ;
i- Penilaian Pengesanan
ii- Penilaian Diagnostik
iii- Penilaian Perkembangan
iv- Penilaian Pencapaian
v- Penilaian Aptitut
vi- Penilaian Kebolehan
vii- Penilaian Kerjaya
viii- Penilaian Personaliti
ix- Penilaian Kesihatan Mental

PENILAIAN PENGESANAN

Definisi Penilaian Pengesanan

Penilaian pengesanan ialah satu penilaian tidak formal yang dilakukan kepada kanak-
kanak berumur di bawah tujuh tahun. Penilaian ini dilakukan secara pemerhatian ataupun dengan
cara perbandingan dengan kanak-kanak yang lain. Penilai terdiri daripada individu yang rapat
dengan kanak-kanak tersebut terutama guru, ibu bapa dan pengasuh. Maklumat yang diperolehi
daripada hasil penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan
keupayaan kanak-kanak tersebut.

Tujuan Penilaian Pengesanan


Penilaian pengesanan kanak-kanak yang dilakukan oleh guru dan ibu bapa akan memberi
gambaran awal tentang jenis ketidakupayaan atau perkembangan kanak-kanak. Gambaran awal
ini penting untuk kita mengenal pasti tahap keupayaan kanak-kanak.

Sekiranya didapati kanak-kanak menghadapi ketidakupayaan dari aspek tertentu, guru


prasekolah atau ibu bapa dapat mengambil tindakan awal untuk mengatasi kekurangan tersebut.
Antara langkah yang boleh diambil oleh guru dan ibu bapa ialah merujuk kepada pakar atau
perkhidmatan yang berkaitan untuk menolong kanak-kanak tersebut. Langkah segera ini akan
membantu kanak-kanak menangani ketidakupayaannya.

3.2.1 Mengesan keupayaan kanak-kanak di peringkat awal.


Penilaian pengesanan ini dapat membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti ketidakupayaan
yang dialami oleh anak-anak mereka. Setelah mengetahui tahap keupayaan kanak-kanak, guru
dan ibu bapa bolehlah merancang dan melaksanakan tindakan yang boleh membantu kanak-
kanak tersebut meningkatkan keupayaan yang sedia ada dengan aktiviti yang berkesan.

3.2.2 Kenal pasti tahap kelebihan yang dimiliki .


Penilaian pengesanan ini dapat membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti kekuatan atau
kelebihan yang dimiliki oleh kanak-kanak. Kanak-kanak terdiri daripada pelbagai kecenderungan
atau kelebihan yang dimiliki contohnya jika seseorang kanak-kanak itu kelihatan lebih
cenderung ke arah aktiviti sosial seperti bermain bersama kawan dan suka berbual maka guru
dan ibu bapa haruslah meningkatkan kecenderungan itu.

3.2.1 Kumpul maklumat untuk simpanan rekod .


Maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan rujukan bimbingan dan perancangan
yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut. Maklumat ini juga boleh diserahkan kepada pihak yang
berkaitan sebagai rujukan dalam proses meningkatkan keupayaan kanak-kanak.

3.2.2 Membantu ibu bapa dan guru menyelesaikan masalah kanak-kanak .


Penilaian pencapaian ini dapat mendedahkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Dengan
maklumat yang diperolehi dari hasil penilaian ini, guru dan ibu bapa dapat merancang tindakan
susulan untuk mengurangkan masalah atau kekurangan keupayaan kanak-kanak tersebut.
Masalah ini akan dapat dikurangkan sekiranya perancangan dilakukan mengikut keperluan
kanak-kanak.

Kepentingan Penilaian Pengesanan


3.3.1 Dapat mengetahui ketidakupayaan dengan lebih awal.
Dengan adanya penilaian ini, guru dan ibu bapa dapat mengetahui tahap perkembangan kanak-
kanak di peringkat awal. Sekiranya tahap perkembangan berada pada paras normal, guru dan ibu
bapa bolehlah merancang aktiviti yang boleh mengembangkan lagi kemahiran yang sedia ada.
Begitu juga sebaliknya, jika didapati kanak-kanak itu berada pada tahap perkembangan yang
agak perlahan maka guru dan ibu bapa bolehlah merancang aktiviti yang mampu meningkatkan
kemahiran atau keupayaan kanak-kanak tersebut. Langkah awal yang diambil dapat membantu
kanak-kanak menigkatkan ketidakupayaannya dengan lebih cepat.

3.3.2 Menyediakan perancangan berdasarkan keperluan kanak-kanak.


Setelah melakukan penilaian pengesanan, guru dan ibu bapa akan mengetahui keperluan anak-
anak mereka. Berdasarkan maklumat yang diperoleh itu, guru dan ibu bapa dapat merancang
perancangan yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak itu.

3.3.3 Kenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak.


Melalui penilaian pengesanan ini juga, guru dan ibu bapa dapat mengenal pasti kelebihan dan
kekurangan kanak-kanak. Setelah mengetahui kemampuan kanak-kanak, guru dan ibu bapa
bolehlah membuat perancangan untuk mempertingkatkan lagi kekuatan dan mengurangkan
kelemahan yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut.

3.3.4 Menyediakan laporan untuk rujukan pakar.


Keputusan penilaian pencapaian ini boleh diajukan kepada pakar bagi kes yang memerlukan
khidmat pakar. Maklumat yang diperolehi ini akan membantu pakar mengenali dan mengesan
tahap keupayaan kanak-kanak ini dalam tempoh yang singkat. Seterusnya proses meningkatkan
keupayaan kanak-kanak akan dapat dijalankan dengan segera dan berkesan.

3.3.5 Simpanan rekod untuk rujukan dan bimbingan.


Rekod atau keputusan penilaian pencapaian yang diperolehi akan disimpan untuk rujukan dan
bimbingan. Rekod ini penting bagi memudahkan guru membuat rujukan sekiranya diperlukan.
Dengan itu kanak-kanak ini akan dinilai dari masa ke semasa berdasarkan rekod terdahulu dan
pencapaian yang telah mereka kuasai.

PENILAIAN DIAGNOSTIK

Definisi Penilaian Diagnostik


Beberapa definisi penilaian diagnostik adalah seperti berikut :-

Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinasikan penilaian diagnostik ini sebagai satu penilaian
formatif bagi mendapatkan data-data yang menunjukkan kelemahan tertentu yang menyulitkan
proses pengajaran dan pembelajaran . Dari segi pencapaian akademik , ujian ini dijalankan
secara individu yang memberi fokus utama untuk menilai kebolehan dalam satu atau beberapa
bidang .Data - data terperinci ini dapat memberi maklumat tentang kekuatan dan kelemahan
tertentu yang dapat menyediakan RPI yang sesuai bagi individu berkenaan .

Dalam pendidikan kanak-kanak khas pula, penilaian diagnostik merupakan satu penilaian yang
mendalam dan khusus bagi kanak-kanak yang umurnya atara 6 hingga 7 tahun . Penilaian ini
biasanya boleh dilakukan oleh pakar-pakar psiakiatris dan psikologis dalam mengkategorikan
kanak-kanak secara lebih spesifik. Jika rumusan yang dibuat pakar-pakar ini bercanggah, ibu
bapa dinasihatkan mendapatkan second option apabila merujuk kanak-kanak itu. Buku DSM
IV sering digunakan terutamanya ketika mengdiagnosis masalah mental.

Penilaian diagnostik juga dianggap sebagai satu penilaian dari segi emosi dan mental seseorang
kanak-kanak berkeperluan khas. Penilaian ini lebih khusus dan spesifik tentang masalah kanak
kanak keperluan khas dari segi perubatan.
Jadi dapatlah dirumuskan ujian diagnostik adalah ujian yang memberi maklumat
terperinci supaya langkah-langkah tertentu dan lebih tepat dapat dijalankan dengan lebih
berkesan .

Tujuan Penilaian Diagnostik


Menentukan jenis-jenis ketidak upayaan seseorang kanak-kanak lebih awal secara
lebih spesifik. Jenis-jenis ketidak upayaan ini dipengaruhi oleh factor-faktor dalaman yang
membezakan keupayaan kanak-kanak ini yang biasanya diwarisi dan dipelajari melalui
pengalaman kanak-kanak itu seperti faktor genetik, proses pengamatan, proses penerimaan,
pemikiran dan penyataan .Pengetahuan masalah kesulitan pembelajaran ini memudahkan guru-
guru menggunakan pendekatan pengajaran sesuai untuk mengatasinya.

Penempatan yang lebih tepat untuk murid-murid ini mengikut aras kebolehannya. Ini
membolehkan murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa lagi. Murid-murid yang lemah
memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza kerana tumpuan perhatiannya
yang tidak lama di kelas. Persediaan aktiviti P & P yang menarik dan dipelbagaikan amat
dititikberatkan.

Memberikan maklumat tentang masalah kanak- kanak kepada ibu bapa dan guru-guru
pendidikan khas. Pengetahuan ini dapat dijadikan pelunjuran oleh guru-guru dalam
melaksanakan bimbingan kepada murid-murid yang lemah. Guru-guru juga dapat menyemak
semula factor-faktor yang mempengaruhi keupayaan pembelajaran murid-muridnya di kelas.
Merancang kaedah rawatan yang bersesuaian dengan ketidak upayaan kanak-kanak itu. Ini
kerana keupayaan belajar murid-murid adalah berbez. Murid yang lemah memerlukan banyak
masa. Penempatan mengikut kebolehan mengurangkan rasa tertekan malahan murid-murid dapat
belajar dengan selesa.

Memberikan panduan untuk mengendalikan kanak-kanak keperluan khas. Guru guru dapat
mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran kerana proses pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak ini memerlukan pelbagai kaedah agar mereka mudah faham. Guru-guru juga harus
peka dengan keperluan dan perkembangan emosi, psikologi dan mental apabila berhadapan
dengan kanak - kanak keperluan khas ini.

Digunakan untuk mendapatkan maklumat terperinci bagi menentukan kedudukan murid-murid


dalam pelajarannya sebelum guru-guru memulakan sesuatu isipelajaran. Perolehan data-data ini
membolehkan guru-guru mengubahsuaikan bahan, isi dan kaedah pengajaran mereka mengikut
kesesuaian murid-muridnya .

Kepentingan Penilaian Diagnostik


Dapat menentukan jenis-jenis ketidak upayaan kanak-kanak. Oleh itu guru-guru dan ibu bapa
dapat mengenal pasti cadangan atau program intervensi yang boleh digunakan untuk kanak-
kanak tersebut. Ia juga penting kepada ibu bapa untuk memberi intervensi awal termasuklah
mengenal pasti penempatan yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut dalam memberi pendidikan
dan membantunya dalam kehidupan yang lebih selesa.

Menempatkan kanak-kanak ini mengikut kebolehan dan keperluan diri. Murid-murid berasa
tidak tertekan dan belajar dengan selesa kerana guru-guru telah mengklasifikasi kebolehan
mengikut kumpulan. Jadi mereka berasa tidak tersisih dan akan hilang perasaan negatifnya
seperti malu belajar kerana guru-guru memberi perhatian dan tunjuk ajar yang sama mengikut
kebolehan.

Guru-guru dapat menentukan objektif yang hendak dicapai bagi setiap individu yang berbeza
keperluan. Ini kerana setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara
individu. Perbezaan inilah yang mewujudkan pelbagai keperluan pendidikan yang perlu dipenuhi
agar objektif yang dirancang memenuhi keperluan.

Guru-guru dapat meracang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian mengikut
tahap kebolehan murid. Untuk kelas yang lemah, strategi pengajaran lebih berkesan
diperkembangkan seperti mengajar isi yang asas dan kurang menegaskan kemahiran yang
kompleks dan abstrak yang tidak boleh dikuasai oleh murid ini.

Ibu bapa mendapat maklumat yang lebih jelas tentang ketidak upayaan anak-anak mereka. Ini
dapat membantu ibu bapa mengetahui anaknya mempunyai ketidak upayaan tertentu lebih
mendalam. Fenomena ini membolehkan ibu bapa mencari khidmat pakar-pakar tertentu bagi
melatih anak-anaknya. Hal demikian merupakan tindakan susulan utama yang boleh dilakukan
dengan segera bagi membantu kanak-kanak itu.

PENILAIAN PERKEMBANGAN

Definisi Penilaian Perkembangan


Perkembangan ialah perubahan secara kuantitatif yang berlaku secara berterusan dari lahir
hinggalah ke akhir hayat. Ia juga dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Aspek Penilaian Perkembangan


Fizikal.
Penilaian dari segi fizikal merangkumi penilaian dari aspek menggunakan kemahiran anggota
badan. Ianya bertujuan untuk memastikan bahawa kanak-kanak akan membesar mengikut bentuk
tubuh dan ketinggian yang sesuai dengan usianya. Selain itu, kanak-kanak juga akan dinilai
tahap perkembangan dari segi motor halus dan motor kasar.

Kognitif.
Penilaian perkembangan kognitif merangkumi kemahiran kanak-kanak berfikir seperti membuat
persepsi, memahami konsep, menyelesaikan masalah dan kebolehan mengingat. Penilaian ini
berdasarkan tahap umur kanak-kanak selari dengan kebolehan kognitif mereka.

Sosial.
Aspek sosial merangkumi kebolehan kanak-kanak berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan
kawan-kawan di persekitarannya. Kanak-kanak yang berkebolehan berkawan dan bermain
bersama rakan menunjukkan perkembangan sosial yang baik. Sekiranya kanak-kanak itu lebih
suka menyendiri dan tidak mahu bercampur-gaul bersama rakan yang lain menunjukkan bahawa
kanak-kanak ini memerlukan bimbingan untuk menyakinkan dirinya ketika berhadapan dengan
rakan-rakan yang lain.
Emosi.
Aspek emosi merangkumi kebolehan kanak-kanak menguasai dan mengawal perasaan. Kanak-
kanak akan dinilai melalui reaksi yang ditunjukkan oleh mereka iaitu seperti perasaan gembira,
gelisah, pendiam, risau, dan malu. Kanak-kanak yang emosinya stabil dan tiada tekanan akan
menunjukkan sikap yang ceria dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi ketika bersama rakan
yang lain. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tekanan emosi lebih cenderung duduk
mendiamkan diri dan sentiasa diselubungi perasaan takut, bimbang, dan tiada keyakinan diri
ketika berhadapan dengan rakan-rakan yang lain. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini
perlu dibimbing dan sentiasa memberi peluang kepadanya untuk meningkatkan kembali
keyakinan dirinya.

Bahasa Dan Komunikasi.


Aspek ini merangkumi kemahiran bertutur menggunakan bahasa yang difahami. Perkataan yang
digunakan juga jelas selari dengan peringkat umur kanak-kanak. Kanak-kanak yang berumur
empat tahun dan mempunyai masalah artikulasi iaitu masalah sebutan yang tidak jelas contohnya
buku disebut butu, makan disebut matan, pokok disebut potok dan lain-lain lagi.
Untuk mengatasi masalah ini guru dan ibu bapa mestilah melatih kanak-kanak ini menyebut
ayat-ayat mudah dahulu seperti ayat suku kata terbuka. Setelah menguasai ayat mudah barulah
menyebut ayat suku kata tertutup.

Pengurusan Diri.
Aspek ini merangkumi kebolehan kanak-kanak menjaga dan memelihara diri sendiri dari segi
makan, minum, memakai pakaian, menggunakan tandas, mandi, kekemasan diri, memakai kasut,
dan lain-lain. Kanak-kanak yang biasa, mampu melakukan perkara-perkara ini pada usia empat
tahun ke atas. Sekiranya ada dikalangan kanak-kanak yang masih gagal melakukan salah satu
perkara di atas contohnya memakai pakaian dan memakai kasut maka kanak-kanak ini perlu di
beri latihan setiap hari agar dapat menguasai kemahiran tersebut.

Tujuan Penilaian Perkembangan


Menilai perkembangan kanak-kanak.
Penilaian perkembangan kanak-kanak bertujuan untuk menilai tahap perkembangan dari segi
fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa dan pertuturan, dan pengurusan diri. Sekiranya kanak-
kanak ini ketidakupayaan berkembang secara normal, maka guru boleh menjalankan proses
intervensi untuk membantu kanak-kanak tersebut berkembang mengikut tahap umurnya.
Mengesan kekurangan kanak-kanak
Melalui proses penilaian perkembangan ini, guru dapat mengesan tahap perkembangan kanak-
kanak tersebut. Dari enam aspek penilaian yang telah disebutkan, mungkin kanak-kanak ini
mengalami kekurangan perkembangan dari segi kognitif dan bahasa. Oleh yang demikian guru
dapat merancang proses intervensi yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut.

Mengambil tindakan untuk mempertingkatkan tahap perkembangan.


Setelah guru mengenal pasti kekurangan perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak ini, guru
merancang program intervensi yang sesuai untuk meningkatkan tahap perkembangan selari
dengan usianya. Proses intervensi ini melibatkan latihan latih tubi latihan yang berterusan untuk
melatih kanak-kanak ini berkembang mengikut tahap perkembangan yang normal.

Penglibatan keluarga dalam proses mempertingkatkan tahap perkembangan.


Penilaian perkembangan yang dijalankan akan membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti
tahap kekurangan kanak-kanak berdasarkan enam aspek tadi. Kanak-kanak yang mengalami
kekurangan dapat dibantu untuk meningkatkan keupayaan dengan lebih cepat sekiranya guru dan
ibu bapa dapat bekerjasama untuk mengatur program yang sesuai dengan kanak-kanak tersebut.
Sekiranya program pemulihan dilakukan berterusan di sekolah dan di rumah, sudah tentu kanak-
kanak ini akan menguasai kemahiran dengan lebih cepat.

Kegunaan Penilaian Perkembangan


Kanak-kanak akan mengalami perkembangan sejak lahir hingga berumur 6 tahun. Dalam tempoh
ini kanak-kanak akan mengalami banyak pembelajaran dan berkembang mengikut tahap umur
yang tertentu. Perkembangan ini akan terbantut sekiranya kanak-kanak ini mengalami
ketidakupayaan. Ketidakupayaan ini akan membezakan kanak-kanak ini berbeza dengan kanak-
kanak yang lain. Sekiranya masalah ini dibiar beralarutan ianya akan memberi kesan jangka
panjang kepada keluarga dan kanak-kanak tersebut. Oleh yang demikian perbezaan ini perlu
dikesan diperingkat awal agar pihak yang rapat dengan kanak-kanak ini seperti guru dan ibu
bapa dapat membantu mengurangkan masalah kanak-kanak ini melalui program intervensi.
Melalui program ini kanak-kanak akan dilatih dan diasuh sehingga mereka dapat meningkatkan
kebolehupayaan dalam kemahiran yang patut mereka kuasai selaras dengan umur mereka. Dalam
hal ini guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan dan sentiasa peka dengan perkembangan
kanak-kanak. Langkah ini penting agar kanak-kanak yang tidak berkeupayaan akan diatasi pada
peringkat awal.
PENILAIAN PENCAPAIAN
Definisi Penilaian Pencapaian
Beberapa definisi tentang penilaian pencapaian adalah seperti berikut :-
Proses mengumpul maklumat atau data tentang pencapaian murid-murid di sekolah. Penilaian ini
dapat memberi gambaran tentang pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran yang diuji.
Contohnya, penguasaan murid-murid dalam isikandungan kurikulum tertentu .

Menilai kecekapan dan kemahiran melalui pemerhatian dan ujian bertulis bagi mengesan tahap
pencapaian murid-murid yang berumur 7 tahun ke atas. Biasanya ujian ini digunakan oleh ahli
psikologis dan guru pendidikan khas untuk menentukan sama ada murid-murid ini sesuai untuk
ditempatkan di kelas inklusif. Ujian pencapaian ini melibatkan matapelajaran Bahasa Malaysia
(membaca dan menulis), Bahasa Inggeris (reading and writing) , Matematik , Sains dan
Pendidikan Moral .

Penilaian pencapaian merupakan proses menentukan perubahan tingkah laku seseorang dan
pertimbangan nilai. Pertimbangan nilai boleh diperolehi dari interpretasi hasil pengukuran
kuantitatif atau pengukuran kualitatif atau kombinasi kedua-duanya yang melibatkan 3 perkara
iaitu pertama: dapat maklumat daripada cara mengukur; kedua: menetapkan sesuatu kriteria bagi
mengukur dan ketiga: membuat pentafsiran tentang hasil pengukuran.

Menurut Mokhtar Ismail (1995), Penilaian pencapaian digunakan bagi menilai tahap
pengetahuan, kemahiran dan kecekapan semasa. Contohnya, ujian bulanan di bilik darjah dan
ujian peringkat awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM yang dikendalikan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Tujuan Penilaian Pencapaian


Mengenal pasti murid yang tidak dapat menguasai kemahiran 3 M. Ini memberi peluang kepada
guru-guru untuk membuat tindakan susulan apabila kelemahan murid yang dinilai telah
diketahui.
Menilai tahap pencapaian kanak-kanak. Murid yang berkebolehan dan yang lemah dapat dikesan
dengan cepat. Pembelajaran murid dapat dipertingkatkan lagi oleh guru dengan mempelbagaikan
kaedah dan strategi P & P.

Untuk merancang bilik darjah yang sesuai . Guru guru akan mengetahui kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai untuk mempertingkatkan keupayaan belajar murid muridnya dengan
menempatkan mereka mengikut kebolehan .
Mengubahsuaikan kurikulum yang sesuai dengan tahap kebolehan dan keupayaan pencapaian
murid murid . Maklumat ini perlu untuk menentukan sama ada sesuatu program itu inovatif
dan mencapai objektif objektif khusus sebagaimana yang dirancang .

Menginklusifkan murid murid khas . Selepas ujian dijalankan data data dikenalpasti bagi
menentukan sama ada murid murid ini sesuai untuk ditempatkan di kelas inklusif atau
sebaliknya .

Memberi garis panduan mengikut tahap pencapaian . Dengan itu guru guru dapat membuat
perubahan yang dikehendaki daripada maklumat yang terhasil .

Menganalisa kelemahan dan kekuatan murid . Hasil dapatan penilaian yang diperolehi menjadi
perangsang kepada murid murid untuk berjaya. Murid murid akan tahu kebolehan dan
kelemahan dirinya. Guru pula dapat merancang aktiviti dan kaedah mengajar yang bersesuaian
dengan kebolehan murid murid .

Menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid - murid . Oleh itu , guru
guru dapat merancang aktiviti pengayaan , pemulihan atau memilih perkaedahan yang sesuai
dengan tahap pencapaian murid - murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

Mengenalpasti masalah murid dalam pembelajaran . Apabila masalah telah dikenal pasti
daripada setiap murid , guru guru dapat membuat tindakan susulan. Tindakan ini sebagai cara
menyemak semula faktor faktor yang mempengaruhi keupayaan pembelajaran murid murid .

Kepentingan Penilaian Pencapaian


Dapat mengenal pasti keperluan pembelajaran murid murid . Keputusan ini memberi maklum
balas kepada guru guru dan murid murid sama ada guru perlu beralih kepada topik baru atau
sebaliknya dan seterusnya mengenal pasti pengajaran pemulihan boleh dilaksanakan .

Dapat membuat keputusan jenis intervensi yang akan dilaksanakan . Keputusan yang diperolehi
dapat digunakan oleh guru untuk mengkelaskan kanak kanak yang mempunyai masalah khas
intelek atau emosi . Pemilihan ini juga untuk menentukan pendidikan lanjutan dan masalah
masalah praktis yang lain .
Dapat mengatasi masalah fizikal dengan cara mengumpul murid mengikut tahap pencapaian
murid tersebut . Ujian menjadi kriteria untuk membahagikan kelas kepada kumpulan kumpulan
kecil untuk mengadakan aktiviti atau pengajaran khas menurut kemampuan masing-masing .
Pengkelasan ini dapat mengumpul murid - murid mengikut tahap kebolehannya .

Dapat membina ABM yang bersesuaian dengan tahap murid . Ini kerana guru guru akan
menghadapi pelbagai kebolehan dan latar belakang murid murid seperti kumpulan kesulitan
pembelajaran yang teruk dan ringan di bilik darjah.

Dapat membuat rumusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai atau
belum . Maklumat ini membolehkan guru guru merancang aktiviti dan memilih jenis
pengkaedahan yang sesuai supaya objektif pelajaran yang dikehendaki tercapai. Jika belum guru
- guru boleh mengubahsuaikannya mengikut keperluan murid - murid.

PENILAIAN PSIKOLOGI

Definisi Penilaian Psikologi

Apa yang dimaksudkan dengan Penilaian Psikologi adalah penilaian yang berkaitan secara
langsung dengan tingkah laku, mental dan emosi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Secara
keseluruhannya Penilaian Psikologi ini bermatlamatkanuntuk membantu penilai mengawal
tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas dari segi emosi, tingkah laku dan mental mereka.
Di sini telah berlaku peningkatan keperluan minda dan pembentukan respon afektif individu.
Semua proses ini adalah menuju ke arah perkembangan psikologi.

Tujuan Penilaian Psikologi

Penilaian Psikologi amatlah diperlukan terutamanya kepada kanak-kanak berkeperluan khas.


Golongan kanak-kanak ini memerlukan satu kaedah penilaian yang sesuai dengan keadaan realiti
mereka. Kaedah-kaedah yang sering diguna pakai untuk kanak-kanak normal mungkin tidak
mampu untuk membantu perkembangan tingkah laku, emosi dan mental mereka. Dari itu
pengetahuan dan kemahiran amat penting dikuasai oleh penilai kerana dengan mengenal pasti
keperluan khas ini maka guru dan penilai akan dapat mengadakan rawatan dan merancang
intervensi yang sesuai.
Dalam proses penilai membuat penilaian psikologi ini, beberapa perkara penting perlu diberi
penekanan. Perkara-perkara penting ini adalah bertujuan untuk penlai memahami akan tingkah
laku kanak-kanak berkeperluan khas ini. Antara aspek tingkah laku yang diambil kira adalah
seperti pergerakan jasmani, perasaan, sikap, pemikiran dan proses menilai itu sendiri.

Tujuan kedua mengapa Penilaian Psikologi ini dibuat adalah untuk mengawal tingkah laku
manusia yang tidak diingini. Secara tidak langsung ini akan membantu penilai memberi
bimbingan akan pembentukan tingkah laku yang tidak baik kepada tingkah laku yang lebih baik.

Akhirnya Penilaian Psikologi ini juga mampu membantu penilai membuat penilaian, menyelidik
dan membuat pemerhatian tentang tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Kepentingan Penilaian Psikologi


Secara umumnya Penilaian Psikologi ini adalah sangat mustahak terutamanya kepada mereka
yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Daripada apa yang telah
diperhatikan didapati Penilaian Psikologi ini memberikan banyak kegunaan.

Salah satu kegunaannya adalah untuk membantu guru memahami tingkah laku serta
perkembangan mental dan emosi kanak-kanak berkeperluan khas. Pemahaman oleh guru-guru
terhadap masalah kanak-kanak ini akan membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab
membimbing dengan lebih berkesan. Dengan itu kanak-kanak berkeperluan khas ini akan merasa
diri mereka dihargai dan merasakan selamat berada di bawah jagaan guru mereka. Kadangkala
terdapat juga kes-kes yang mana guru-guru juga merasa tertekan semasa melayani kanak-kanak
sebegini. Ini disebabkan guru-guru ini tidak begitu memahami akan tingkah laku, emosi dan
mental kanak-kanak ini.

Selain daripada itu, Penilaian Psikologi ini juga boleh digunakan sebagai satu komponen untuk
membantu guru-guru menyelaras dan menyesuaikan kaedah mengajar agar bersesuaian dengan
kanak-kanak ini. Penyelarasan dan kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan adalah perlu kerana tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak ini sangat
jauh ketinggalan di belakang.

Dengan menguasai kemahiran untuk melaksanakan Penilaian Psikologi ini ianya juga akan dapat
membantu guru-guru menyelasaikan masalah tingkah laku, emosi dan mental kanak-kanak
berkeperluan khas. Masalah-masalah ini memerlukan cara penyelesaian yang bersesuaian dengan
keadaan sebenar kanak-kanak berkeperluan khas.
Selain daripada itu guru-guru yang terlibat seperti guru-guru taska dan guru-guru tadika amat
digalakkan untuk memberi perhatian terhadap penilaian psikologi ini. Golongan ini juga
seharusnya sedar tentang perkembangan kanak-kanak sebegini. Guru-guru ini juga sebaik-
baiknya dapat menguasai kemahiran untuk menilai perkembangan kanak-kanak berkeperluan
khas.

Selain daripada itu Penilaian Psikologi ini juga amat berguna untuk pengesanan pada
peringkat awal. Pengesanan yang boleh dibuat melalui penilaian ini adalah seperti
ketidakupayaan murid. Selain itu pengesanan juga akan dapat diperolehi di kalangan kanak-
kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Akhir sekali penilaian pada peringkat awal akan
mampu untuk mengesan mereka yang mempunyai risiko mengalami ketidakupayaan.

You might also like