You are on page 1of 1

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
kurikulum kebangsaan Malaysia. Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan
di Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia
memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek.

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai
perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu
guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan
peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi
Pendidikan.

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan
terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan
pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah
Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki
UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk
PBS.

Komponen Pentaksiran

Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik
terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik
terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

You might also like