You are on page 1of 28

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST.

JOSEPH, 93000, KUCHING, SARAWAK.

LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT

TEMA: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

TAJUK PROJEK
KAJIAN LATAR BELAKANG & MAKSUD BENDERA/JATA NEGARI & NEGERA

Nama Murid: Lee Kai Siang (KETUA)

Gery Carson Anak Noden

Hans Isaac Anak Cyril

Irvine Ethan Nixon

Jacx Chan Ken Yew

Joshua Jong Shan Ho

Phang Chen Yee

Tingkatan : 4A

Nama Guru: Dahlia bt. Mahmud


Senarai Kandungan

Kandungan Halaman

1. Pengenalan
2. Objektif

3. Strategi Pelaksanaan
4. Masalah-masalah Pelaksanaan
5. Kos Pelaksanaan
6. Tempoh Pelaksanaan
7. Penghargaan
8. Kesimpulan
9. Hasil Kajian
10. Lampiran
Pengenalan
Saya Lee Kai Siang ialah murid Tingkatan 4A di SMK St. Joseph, Kuching. Saya
bersama-sama dengan ahli kumpulan yang terdiri daripada Gery Carson Anak
Noden, Hans Isaac Anak Cyril, Irvine Ethan Nixon, Jacx Chan Ken Yew, Joshua Jong
Shan Ho dan Phang Cheng Yee telah melakukan projek Khidmat Masyarakat yang
bertajuk Kajian Latar Belakang & Maksud Bendera/Jata Negeri & Negara. Hasil
kajian ini telah dibuat dalam bentuk Micosoft Word dan Powerpoint.

Kami telah ditugaskan untuk mencari maklumat tentang tajuk tersebut. Kami
berasa gembira kerana dapat ditugaskan untuk mencari maklumat tentang tajuk
tersebut kerana tajuk ini agak mudah. Selain itu, kami dapat mengenali latar
belakang dan maksud bendera serta jata negeri yang ada di dalam Malaysia dan
negara Malaysia dengan lebih mendalam.

Objektif Projek
Antara objektif ini termasuklah untuk:

(a) mengenali latar belakang dan maksud bendera serta jata negeri dan
negara dengan lebih jelas;
(b) menambah ilmu pengetahuan;
(c) Menyemai semangat patriotisme.
Strategi Pelaksanaan
Persedian awal
Sebelum memulakan projek ini, kami telah berjumpa sebanyak 2 kali untuk
berbincang pelbagai perkara yang berkaitan. Akhirnya, kami telah mencapai
keputusan seperti berikut:

(a) Membahagikan tugas kepada ahli kumpulan untuk:


Mencari maklumat tentang latar belakang dan maksud bendera serta
jata negeri dan Negara;
Menyediakan laporan dan Powerpoint berdasarkan maklumat yang
diperolehi

Langkah-langkah Perlaksanaan Projek


(a) Pada 3 Mac 2016, perjumpaan dengan ahli kumpulan diadakan untuk
berbincang tentang tugas dan perkara-perkara yang akan dilakukan.
(b) Pada 4 hingga 21 Mac 2016, kami mula mencari maklumat melalui internet
tentang latar belakang dan maksud bendera serta jata negeri dan negara.
Dalam hal ini, saya dipertanggungjawabkan untuk mencari maklumat
tentang bendera dan jata negeri Pahang dan Perak. Ahli lain turut diberi
tanggungjawab seperti yang berikut:
Gery Carson Anak Noden mencari dan mengumpulkan maklumat
tentang bendera dan jata negera dan bendera Wilayah Persekutuan
Labuan dan Wilayah Persekutuaan Kuala Lumpur;
Hans Isaac Anak Cyril mencari dan mengumpulkan maklumat tentang
bendera dan jata negeri Sabah dan Sarawak dan bendera Wilayah
Persekutuan Putrajaya;
Irvine Ethan Nixon mencari dan mengumpulkan maklumat tentang
bendera dan jata negeri Selangor dan Terengganu serta menyediakan
hasil kajian berbentuk Powerpoint;
Jacx Chan Ken Yew mencari dan mengumpulkan maklumat tentang
bendera dan jata negeri Pahang, Perlis dan Negeri Sembilan;
Joshua Jong Shan Ho mencari dan mengumpulkan maklumat tentang
bendera dan jata negeri Melaka dan Kelantan;
Phang Cheng Yee mencari dan mengumpulkan maklumat tentang
bendera dan jata negeri Kedah dan Johor.
(c) Pada 22 Mac 2016, semua maklumat diserahkan kepada Irvine Ethan Nixon
untuk dijadikan hasil projek dalam bentuk Powerpoint.
(d) Pada 1 April 2016, hasil kajian diserahkan kepada guru matapelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewrganegaraan. Akan tetapi, hasil projek tidak
diterima kerana laporan tidak lengkap.
(e) Pada 4 April 2016, laporan ini dilengkapkan dan hasil yang lengkap
sepenuhnya diserahkan kepada guru matapelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.

Masalah Ketika Pelaksanaan Projek


Terdapat satu masalah yang terpaksa kami hadapi iaitu ketika kami ingin
menyerahkan hasil projek kami kepada guru pada 1 April 2016. Laporan kami
tidak lengkap sepenuhnya. Hal ini telah menyebabkan kami kelam kabut kerana
tarikh luput projek ini adalah pada 1 April 2016. Akan tetapi, kami berasa
bersyukur kerana guru matapelajaran telah membenarkan kam untuk
menyerahkan projek kami selewat-lewatnya pada 4 April 2016.
Kos Pelaksanaan Projek
Projek yang kami jalankan hanya melibatkan kos internet untuk mencari
maklumat dan kos pengangkutan awam Gery Carson Anak Noden. Kami yang lain
berasa bersyukur kerana ibu bapa kami sudi untuk menghantar kami ke destinasi
yang ditujui.

Tempoh Pelaksanaan Projek


Kerja projek dimulakan pada 3 Mac 2016 yang bermula dengan sesi perbincangan
selama 1 jam 30 minit selepas waktu sekolah. Selepas itu, kami mula mencari dan
mengumpulkan maklumat melalui internet dalam peruntukan 1 jam sehari iaitu
dari 4 Mac 2016 hingga 21 Mac 2016. Masa untuk menghasilkan hasil projek
dalam bentuk Powerpoint pule mengambil masa sebanyak 4 jam 30 minit.
Manakala masa untuk menyediakan laporan lengkap mengambil masa sebanyak 6
jam.Semuanya memakan masa sebanyak 30 jam.

Penghargaan
Keseluruhan projek dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna kerana
mendapat bantuan, sokongan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada:

(a) Guru matapelajatran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, iaitu Cik


Dahlia bt. Mahmud yang sentiasa memberi bimbingan dan sokongan
sepanjang tempoh pelaksanakan projek ini.
(b) Ibu bapa saya yang telah memberi kebenaran dan sokokngan dari mula
hingga akhir pelaksanaan projek ini, termasuk meluangkan masa dan wang
untuk menghantar saya ke destinasi yang ditujui.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan
saya kerana menunjukkan komitmen penuh dalam menjayakan projek ini.
Kerjasama, sokongan dan semangat tinggi yang ditunjukkan telah membolehkan
projek ini dihasilkan dengan lancar dan sempurna.

Refleksi dan Kesimpulan


Secara keseluruhannya, projek khidmat masyarakt ini telah dijalankan dengan
sempurna sehingga Berjaya menghasilkan laporan tentang Kajian Latar Belakang
dan Maksud Bendera/Jata Negeridan Negara. Diharapkan bahawa laporan ini
dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan semangat patriotism orang.

Kami dapat mengenali erti kesabaran dan semangat setia kawan dalam
menjayakna projek ini, terutama dalam menghadapi situasi yang sukar seperti
laporan kami yang tidak lengkap. Semangat dan sokongan daripada ahli-ahli
kumpulan telah membulatkan tekad kami untuk melaksanakan projek ini dengan
jayanya.

Kesimpulannya, melalui pelaksanaan projek ini, saya dan ahli kumpulan telah
beroleh kesedaran bahawa Khidmat Masyarakat dapat dijadikan sebagai suatu
amalan yang penuh makna.Sebagai contoh, melalui pelaksanaan projek ini, kami
dapat berkongsi maklumat kepada warga sekolah dan kami sendiri pun dapat
menimba ilmu pengetahuan yang luar dari matapelajaran yang dipelajari di
sekolah.
Hasil Kajian

Jalur Gemilang
Maksud nama

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur


merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia
menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang
sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam
menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.


Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian
bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara
Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan
sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan
dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya
sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
Jata Negara
Bulan sabit serta bintang yang berada dalam warna kuning melambangkan
agama Islam.
Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas buah negeri
termasuk ibu negeri di Malaysia.

Harimau yang berada di kedua-dua belah melambangkan kewibawaan


Malaysia.

Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.

Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata


Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan
Sabah.

Empat jalur di bahangian tengah yang berwarna hitam dan putih ialah
warna negeri Pahang, merah dan kuning warna negeri Selangor, hitam,
putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna
Negeri Sembilan.Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu
Bersekutu yang asal.

Lima bilah keris bermaksud Negeri-negeri Melayu yang bukan negeri


Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bendera Wilayah Persekutuan Labuan

Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang sama lebar yang berwarna merah,
putih dan biru dengan bulan dan bintang pecah empat belas yang berwarna
kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan
bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia
membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam
Persekutuan Malaysia. Bulan dan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama
rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan
Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.

Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan
merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning.
Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur
adalah Ibu Negara Malaysia dan merupakan Wilayah Persekutuan.14 jalur
merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di
Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah
pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan
Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13
buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang
bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.
Bendera Wilayah Pesekutuan Putrajaya
Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua
(2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan
keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang
bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan
Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang
baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era
globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Bendera Negeri Sabah


Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka
lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang
kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam
kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama.
Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna
melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera.
Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan
jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru zirkon melambangkan
keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan
keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara
warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Lima
jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini
dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
Jata Negeri Sabah
Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua
lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di
atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru
salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang
berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna
Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian
bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi
yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai
skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah
Maju Jaya" berwarna putih.Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu
melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai
kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna yang
tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah.
Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna
putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan
keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan
kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat
kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
Bendera Negeri Sarawak
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan
rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta
mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina
Sarawak sebagai negeri contoh.Warna kuning menggambarkan keagungan
Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam
masyarakat yang berbilang kaum.Warna hitam melambangkan kekayaan
sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang
merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang berwarna
kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana
rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-
cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu
kehidupan selepas merdeka.

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi


Kenyalang: terbang tinggi dengan aspirasi dan
pencapaian dalam semua lapangan daya usaha,
berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana
negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak
daripada negeri-negeri lain di dunia.

Jata Negeri Sarawak


Bendera Negeri Terengganu

Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi


tanah hitam yang bermakna rakyat. Ini bermaksud Sultan memberi
perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda
Agama Islam, agama rasmi negeri tersebut.

Bulan bintang bermaksud agama Islam ialah agam


rasmi. Mahkota menandakan pemerintahan Di-Raja.
Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan
Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya
ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku
Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan
keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat
Istiadat Kebesaran

Jata Negeri Terengganu


Bendera Negeri Selangor
Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah bermaksud daging dan
darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada
negeri ini. Bulan bintang pula bermasud agama Islam, iaitu agama rasmi
negeri dan kesucian agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

Jata Neger Selangor


Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di
tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri
pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang
berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali
bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman
dahulu.
Bendera Negeri Pulau Pinang
Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.
Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna
kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu
mendapat namanya.

Jata Negeri Pulau Pinang

Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning
mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang
dan empat kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan
Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan
dan penyusunan semula masyarakat. Empat kabel pula menggambarkan empat
jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.Jalur-jalur biru
dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima tiap-tiap satu warna yang
memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran
yang terdapat di Pulau Pinang.
Bendera Negeri Perlis
Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera
itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.

Jata Negeri Perlis


Lingkaran padi itu bermaksudn pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi.
Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.
Bendera Negeri Sembilan
Warna kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna
rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang
bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

Jata Negeri Sembilan

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya


sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan
yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan
hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam
maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar.
Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri
dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan.
Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda
Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.
Bendera Negeri Melaka
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera
Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam
Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah
tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

Jata Negeri Melaka

Warna merah, putih, kuning dan biru


maknanya Melaka sebuah negeri dalam
Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima
orang pahlawan termasyhur di Melaka pada
zaman dahulu. Anak bulan dan bintang
pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon
dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelanduk yang memegang
perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelanduklah yang telah
menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap
dalam negeri ini dan membukanya.
Bendera Negeri Kelantan
Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat
Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

Jata Negeri Kelantan

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya
kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda
Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia
untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada
sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri
Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada
kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar
binatang itu.

"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogan kata negeri ini.
Bendera Negeri Pahang
Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih
di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam adalah warna
kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu
pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf
Bendahara.Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di
atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang
mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga
membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-
keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta
kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan
berdaulat.

Jata Negeri Pahang


Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat
daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan
dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam
tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di
Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan
senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu
melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata
negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La
Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan
kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna.
Bendera Negeri Perak
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih,
kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih
melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat
Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan
kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Jata Neger Perak

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan
bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja
Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga
padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.
Bendera negeri Kedah
Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai
kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar
belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga
melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama
Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga
rakyatnya.

Jata Negeri Kedah

Lingkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda
agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.
Bendera Negeri Johor
Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang
berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang
mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula
maksudnya Kerajaan Negeri.

Jata Negeri Johor


Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu
menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar,
Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda
Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada
binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini.
Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan
Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.

"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.


Lampiran
(a) https://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia
(b) http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7955-jata-
negara.html
(c) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
5&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjuuqWq9vHLAhUJkY4KHSDiCHUQFggoM
AQ&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2FIdentiti_Perlis&usg
=AFQjCNEjSCPR0Zjfg6lSTdPU-
Ol3pfpAvg&sig2=KANmttzGfZY492zDBA6kNQ&bvm=bv.118443451,d.c2E
(d) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
5&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjC3dey9vHLAhXNkY4KHQacADMQFggoM
AQ&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2FIdentiti_Perak&usg
=AFQjCNGuTVzmE0UtTk71Y1lRExXlB5nNww&sig2=nGYWNalJYkenODRPmO
tgGw&bvm=bv.118443451,d.c2E
(e) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
5&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjz_4e49vHLAhUUco4KHbL_A4MQFggoM
AQ&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2FIdentiti_Terenggan
u&usg=AFQjCNFRouLyx8rg5OP7io3YGPhR-UpnFw&sig2=Z5-
Zc2uJh0LZP24yL5E2RQ&bvm=bv.118443451,d.c2E
(f) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
6&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjJnbLA9vHLAhWOWo4KHQr0AtsQFggqM
AU&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2FIdentiti_Pahang&us
g=AFQjCNFCpfWZM-
n_sBJc3Zuhxu_jVKj3oQ&sig2=5fEh8PLvBM9X8MCFiOeReQ&bvm=bv.11844
3451,d.c2E
(g) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
5&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwj-ur-
b9_HLAhUCBI4KHTk0C2QQFggoMAQ&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.o
rg%2Fwiki%2FIdentiti_Sarawak&usg=AFQjCNG2-
1nhx9CDupDWyVC8qKDd3MVvPg&sig2=THN7FFMMLZKS09zH396t8Q&bv
m=bv.118443451,d.c2E
(h) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
7&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwj03aCw9_HLAhWSjo4KHTHRBl8QFggvM
AY&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2FIdentiti_Negeri_Se
mbilan&usg=AFQjCNF7TMzWzEeXGxsoHJSTPWSwBct_dw&sig2=yFw1b7Zs
O5OtDkgDNDdcWQ&bvm=bv.118443451,d.c2E
(i) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
5&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjN69u89_HLAhVCj44KHURmBtEQFggoM
AQ&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2FIdentiti_Selangor&
usg=AFQjCNH-ZprOwQNFXyr92ii7PbWRLYLodw&sig2=8yU-
NPEH7qMAUqTA4NMx4Q&bvm=bv.118443451,d.c2E
(j) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
6&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwi6yIrP9_HLAhUJco4KHbMnBvQQFggqMA
U&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2FIdentiti_Sabah&usg=
AFQjCNHYlUs3pbAyua8hQN3NXdEo11g0fw&sig2=iZ-
_10ZarPe_P9ko_Ni0ig&bvm=bv.118443451,d.c2E
(k) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
11&cad=rja&uact=8&sqi=2&ved=0ahUKEwiepq_f9_HLAhVQwY4KHaLMCkU
QFgg0MAo&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2FIdentiti_Me
laka&usg=AFQjCNFTIY2UJl0-W73y85MDN-
d8NbO8Gg&sig2=Ywh6mZQSLODjwAdL5Ix55Q&bvm=bv.118443451,d.c2E
(l) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
11&cad=rja&uact=8&sqi=2&ved=0ahUKEwjixpf59_HLAhVDHo4KHY16A6UQ
Fgg0MAo&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2FIdentiti_Keda
h&usg=AFQjCNFJZ4fXfUWqg-8XnO5ZF15Ji4cuyg&sig2=Sxhoz5-
SoQR_fKojcE7a_Q&bvm=bv.118443451,d.c2E
(m) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=we
b&cd=10&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjp_sWS-
PHLAhWMCY4KHYW4CvQQFggyMAk&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.o
rg%2Fwiki%2FIdentiti_Kelantan&usg=AFQjCNHA0JuKTUnhQVllnxG3O7fculb
1FA&sig2=Y_LkUa-DDN4BBTazQ17x5A&bvm=bv.118443451,d.c2E
(n) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
5&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjU_LSl-
PHLAhVOWI4KHc3kC7gQFggoMAQ&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.org
%2Fwiki%2FIdentiti_Labuan&usg=AFQjCNG_J_bxTq5wYtqJNUL0fHtdi_bI4Q
&sig2=Ah2g5c08Z14CGwp4ZKqOmw&bvm=bv.118443451,d.c2E
(o) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
12&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwiXlMGs-
PHLAhVCRI4KHQcwA2oQFghBMAs&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.org
%2Fwiki%2FIdentiti_Putrajaya&usg=AFQjCNHKaFKddEsCiAvpXkexF7NphqP
uoA&sig2=4HZGh8yEAyQB1twX_PUVnw&bvm=bv.118443451,d.c2E
(p) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
6&cad=rja&uact=8&sqi=2&ved=0ahUKEwjZo4-0-
PHLAhUKH44KHfRUAvQQFggvMAU&url=https%3A%2F%2Fms.wikipedia.or
g%2Fwiki%2FIdentiti_Kuala_Lumpur&usg=AFQjCNFGubFEe2CpNTtxURNr1e
1sQ6uIpw&sig2=o6-7RzR2bjfuNUOukGeJ4A&bvm=bv.118443451,d.c2E
(q) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
5&cad=rja&uact=8&sqi=2&ved=0ahUKEwjEkoi--
PHLAhVHVY4KHR80AHEQFggoMAQ&url=http%3A%2F%2Fwww.johor.gov.
my%2Fkerajaan%2Fpage%2Fbendera_johor&usg=AFQjCNHJRWEQrW-
v3ISVsNjc8KDQ7CbhzA&sig2=5b5NUWhuc9MswIQwQp4apA&bvm=bv.118
443451,d.c2E
(r) https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=
14&cad=rja&uact=8&sqi=2&ved=0ahUKEwjWuKzP-
PHLAhXBHo4KHTRgDVIQFghIMA0&url=http%3A%2F%2Fwww.johor.gov.my
%2Fkerajaan%2Fpage%2Fjata_johor&usg=AFQjCNE7nWC_CJlt-cskwRn01D-
ZOQzmfQ&sig2=4r-v7nafDKFqgYn3ziKP-w&bvm=bv.118443451,d.c2E

You might also like