You are on page 1of 2

17th March 2012 Current Transformer (CT) Calculation

[http://4.bp.blogspot.com/-M-
kLYHTk7RE/T2SRhtUDFmI/AAAAAAAAAdM/P-rJKqiiv3I/s1600/SDC11293.JPG]
Rajah 1 : Current Transformer (CT)

[http://2.bp.blogspot.com/-7Xhp6RgUob8/T2SRm4WU5kI/AAAAAAAAAdU/U3QyXSDQOkc/s1600/SDC11307.JPG]
Rajah 2 : Zero Current Transformer (ZCT)

Current transformer (CT) digunakan bagi tujuan berikut :


1. Perlindungan (O/C, E/F dll)
2. Pemeteran (Ammeter dll)

CT bertindak sebagai pengubah daripada arus tinggi kepada arus rendah, contohnya bus-bar yang dialirkan arus
sebanyak 1000A per phase diturunkan nilai arusnya kepada 5A per phase menggunakan CT.

Manakala ZCT biasanya digunakan untuk mengesan kebocoran arus (earth leakage current). Contohnya apabila
berlaku perubahan magnitude pada Fasa Merah, di sebabkan oleh kebocoran arus, Earth Leakage Relay (ELR) akan
diaktifkan oleh ZCT bagi menghantar isyarat TRIP kepada Braker melalui Shun Trip Coil.

Soalan
Sebuah transformer arus (CT) mempunyai nilai 1000/5, sekiranya arus sebenar yang melalui belitan primer adalah
800A, berapakah nilai arus yang mengalir pada belitan sekunder.

Jawapan

Kn = Ip / Is
Kn = 1000/5
= 200
Apabila 800A mengalir pada Ip, Is adalah,
Kn = 800 / Is
200 = 800 / Is
Is = 800/200
= 4 Amp.

~Cikgu Elektrik~

Posted 17th March 2012 by ANZ Technical Services

0 Add a comment

Enter your comment...

Comment as: Unknown (Goo Sign out

Publish Preview Notify me

You might also like