You are on page 1of 14

LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN

MASALAH (SET 7)

KERTAS KERJA PROJEK BERKUMPULAN


(KUMPULAN 5)

TAJUK:
ISU PERPADUAN KAUM DALAM KALANGAN PELAJAR DI
UKM (Bangi)

NAMA NO. MATRIK


RUTH WONG FONG LING A148478
WONG CING YII A148486
CHONG KAH MENG A149063
PUNG CHUN CHUNG A148455
SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


1.0 Pengenalan ------------------------------------------------------------------- 1

1.1 Pernyataan Masalah ------------------------------------------------- 1

1.2 Objektif Kajian ---------------------------------------------------------- 2

1.3 Metodologi Kajian ----------------------------------------------------- 3

2.0 Dapatan Kajian --------------------------------------------------------------- 4 - 7

3.0 Hasil Kajian -------------------------------------------------------------------- 8

4.0 Kesimpulan -------------------------------------------------------------------- 9

5.0 Penglibatan Individu Dalam Projek--------------------------------------- 10

6.0 Refleksi Kendiri Daripada Projek ----------------------------------------- 11

7.0 Lampiran------------------------------------------------------------------------ 12
1

1.0 Pengenalan
1.1 Penyataan Masalah
Negara kita terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat
membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan,
bahkan ia turut terlibatdalam menangani permasalahan yang menimpa dan
dialami oleh masyarakat antarabangsa. Perpaduan kaum merupakan asas
utama yang mendasari perjuangan dan pentadbiran perdana menteri pertama
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Namun, akhir-akhir tahun ini, terdapat
pelbagai jenis isu perkauman telah berlaku di negara kita dan wujudnya
masalah ekonomi di Malaysia semakin menurun akibat kehilangan keyakinan
orang asing ke negara kita.

Sebagaimana yang kita sedia maklum universiti merupakan sebuah


organisasi dalam membentuk pendidikan yang melibatkan semua kaum atau
bangsa yang berada di bawah satu bumbung yang sama. Setiap kumpulan
etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula
mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang
berbeza. Seperti yang kami nampak ketika berada di dalam kuliah, kebanyakan
pelajar duduk berkelompok mengikut etnik masing-masing. Begitu juga dalam
melakukan kerja dalam kumpulan, kebanyakan pelajar di UKM gemar memilih
ahli kumpulan mengikut etnik masing-masing. Hal ini menyebabkan pelajar di
UKM lebih selesa bergaul dengan pelajar sesama kaum. Walau bagaimanapun,
suatu kajian telah dijalankan untuk menentukan sama ada tahap perpaduan
berbilang kaum di UKM menggambarkan suatu fenomena yang tidak
memuaskan.
2

1.2 Objektif Kajian


1. Untuk menentukan tahap keeratan hubungan antara pelajar-pelajar yang
terdiri daripada pelbagai kaum.
2. Untuk menentukan kekerapan komunikasi antara pelajar-pelajar yang
berbilang kaum.
3. Untuk menentukan tahap kesedaran pelajar tentang kepentingan
perpaduan masyarakat terhadap negara.
3

1.3 Metodologi Kajian


Reka Bentuk Kajian Penyelidikan ini dijalankan secara penjelasan.
Dalam penjalanan penyelidikan ini, kaedah penyelidikan tinjauan telah
digunakan agar dapat mengumpulkan maklumat secara lebih terperinci
dan sistematik.
Sampel Kajian - Seramai 45 orang pelajar UKM Bangi dipilih secara
rawak untuk menjalani soal selidik projek ini. Responden tersebut terdiri
daripada 15 orang pelajar Melayu, 15 orang pelajar India dan 15 orang
pelajar Cina.
Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan Google Docs untuk
membuat borang soal selidik melalui Internet.
Keadah Analisis Pengiraan min skor bagi setiap soalan dalam borang
soal selidik dilakukan untuk menentukan tahap perpaduan dalam
kalangan pelajar UKM Bangi dengan menggunakan formula berikut :

x1 +2x2 +3x3 +4x4 +5x5


Min Skor = ,
45

di mana xi ialah bilangan responden yang memberi skala i.


4

2.0 Dapatan Data

Dalam sepanjang proses kajian ini, kami telah menganalisis data


daripada soal selidik secara penjelasan. Soalan dalam soal selidik
menggunakan lima skala iaitu:
1. Sangat Tidak Setuju
2. Tidak Setuju
3. Tidak Pasti
4. Setuju
5. Sangat Setuju

Data juga dianalisis dengan menggunakan peratusan dan min skor


berdasarkan bilangan responden. Penjelasan bagi setiap data yang
dikumpulkan telah dilakukan seperti di bawah:

2+2+30+16(4)+16(5)
Min skor = = 3.96
45

Berdasarkan carta bar di atas, min skor 3.96 mengimplikasikan bahawa 71.2%
pelajar UKM Bangi pernah meraikan hari perayaan bersama rakan anda yang
berlainan kaum. Sebagai contoh, sempena Hari Raya Aidilfitri, pelajar yang
berkaum Melayu selalu berkongsi kuih dengan pelajar kaum lain. Sama jugalah
bagi pelajar kaum Cina akan berkongsi limau Cina denga pelajar lain sempena
Tahun Baru Cina.
5

6(3)+22(4)+17(5)
Min Skor = = 4.24
45
Merujuk kepada carta bar di atas, ditunjukkan bahawa tiada pelajar yang
memberikan skor satu atau dua dalam soalan ini. Keputusan berserta dengan
min skor sebanyak 4.24 mengimplikasikan bahawa 86.7% pelajar UKM Bangi
berasa selesa semasa mejalankan tugasan bersama rakan berlainan kaum. Ini
bermakna mereka dapat bekerjasama tanpa mengira kaum dalam menyiapkan
sesuatu projek, tugasan ataupun kerja yang diberikan.

5(3)+25(4)+15(5)
Min Skor = = 4.22
45
Sama seperti carta bar yang sebelum ini, tiada jugalah pelajar yang
memberikan skor satu atau dua dalam soalan ini . Hal ini , berserta dengan min
skor yang sangat tinggi ini mengimplikasikan bahawa hampir semua pelajar
UKM Bangi suka bergaul dengan rakan yang berlainan kaum. Ini bermakna
mereka tidak berasa segan atau tidak selesa semasa bergaul dengan rakan
yang berlainan kaum kerana wujudnya kefahaman antara mereka.
6

2+10(2)+12(3)+6(4)+13(5)
Min Skor = = 3.04
45
Merujuk kepada carta bar di atas, terdapat min skor sebanyak 3.04 pelajar yang duduk
bersama dengan rakan yang berlainan kaum semasa berada di dalam kuliah. Min skor
yang sederhana ini boleh dijelaskan bahawa cara belajar dan budaya pelajar daripada
fakulti masing-masing adalah berlainan, maka kekerapan mereka duduk bersama
dengan pelajar yang berlainan kaum juga berlainan.

2+12+25(4)+15(5)
Min Skor = = 4.2
45

Berdasarkan graf bar di atas , sebanyak 88.9% pelajar berasa selesa di bawah
pimpinan rakan yang berlainan kaum apabila membuat tugasan. Hal ini juga
boleh dilihat melalui min skor yang tinggi . Kebanyakan pelajar dapat
bertolak ansur dan berfikir secara buka hati dalam melakukan sesuatu kerja
bersama pelajar kaum lain .
7

15(3)+15(4)+15(5)
Min Skor = = 4
45

Berdasarkan carta bar di atas, didapati bahaw tiada pelajar yang memberikan
skor satu atau dua dalam soalan ini. Terdapat min skor sebanyak 4
mengimplikasikan bahawa pelajar UKM Bangi suka melakukan aktiviti rekreasi
bersama rakan yang berlainan kaum. Keadaan ini sering dijumpai di
gelanggang, malahan juga dalam kolej ataupun dalam aktiviti persatuan.
Contohnya, pelajar suka bermain badminton ataupun ping pong setiap malam
di Dewan KKM tanpa mengira kaum. Selain itu, dalam pertandingan SUKEM
ataupun Piala Dekan, misalkan pertandingan berpasukan, tidak susahlah kita
melihat bahawa setiap pasukan selalunya terdiri daripada pelbagai kaum.
8

3.0 Hasil Kajian


Memenuhi objektif kajian yang pertama dan kedua, hasil kajian didapati
secara relatifnya majoriti responden sama ada kaum Melayu, Cina dan India di
UKM telah menunjukkan hubungan yang erat dan komunikasi merentas kaum
yang efektif antara kaum. Hal ini terbukti apabila lebih daripada separuh
responden pernah maraikan hari perayaan dengan rakan berlainan kaum,
berasa selesa menjalankan tugasan merentas kaum, suka bergaul dengan
rakan yang berlainan kaum, berasa selesa di bawah pimpinan kaum lain, dan
suka melakukan aktiviti rekreasi bersama rakan yang berlainan kaum. Dapatan
ini seperti dapat menghilangkan kesangsian ramai pihak terhadap persepsi
golongan muda pelbagai kaum terhadap perpaduan dalam negara.
Nampaknya mereka jelas perpaduan kaum bukan sesuatu yang boleh
diperjudikan. Ini dibuktikan bersandarkan respon mereka terhadap beberapa
kenyataan, Saya berasa selesa semasa mejalankan tugasan bersama rakan
berlainan kaum., Saya suka bergaul dengan rakan yang berlainan kaum.,
Saya berasa selesa di bawah pimpinan rakan yang berlainan kaum apabila
membuat tugasan bersama. dan Saya suka melakukan aktiviti rekreasi
bersama rakan yang berlainan kaum., tiada responden yang meletakkan
status kategori tidak bersetuju. Ini menandakan kesedaran yang tinggi
terhadap pentingnya perpaduan kaum

Seperkara yang menarik perhatian ialah terdapat hampir satu per tiga
responden tidak suka duduk bersama rakan yang berlainan kaum semasa
berada dalam kuliah. Keadaan ini dikukuhkan kerana boleh diperhatikan
bahawa pelajar dari etnik/kaum yang sama akan duduk dalam satu kelompok
semasa mereka menghadiri kuliah, belajar perpustakaan, dan memakan di
kafeteria. Hal ini mungkin disebabkan setiap kumpulan etnik mempunyai
agama, kebudayaan, adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai
yang berbeza. Oleh itu, mereka lebih selesa bergaul dengan pelajar sesama
kaum.
9

4.0 Kesimpulan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan merupakan


pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa
perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati
kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum utuk
mempertahankannya.

Projek yang dijalankan telah membawa keputusan yang diluar jangkaan


kami. Keputusan menunjukkan bahawa wujudnya perpaduan dalam kalangan
mahasiswa UKM walaupun masih mempunyai sedikit keengganan untuk
bergaul. Namun, usaha untuk memupuk perpaduan antara kaum tidak boleh
dihentikan.

Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha
dijalankan adalah untuk menuju kearah membentuk sebuah masyarakat
majmuk yang bersatu padu. Antara usaha yang boleh dijalankan oleh diri
seorang mahasiswa ialah duduk bersebelahan dengan kaum lain semasa
kuliah atau menjalankan aktiviti bersama rakan kaum yang lain. Mungkin masih
enggan tetapi dengan usaha untuk melangkah keluar zon keselesaan,
seseorang dapat melihat lebih dan mengetahui lebih. Usaha tidak senang tetapi
pasti membawa hasil yang baik.
10

5. Penglibatan Tugasan Dalam Projek

Sebagai salah seorang ahli dalam kumpulan, saya telah melibatkan diri
untuk menyumbang idea dan membantu ahli-ahli kumpulan saya untuk
melaksanakan projek tersebut.
Saya telah membuat penyelidikan dan mencari maklumat daripada laman
web serta surat khabar untuk mengetahui isu semasa yang berlaku di dalam
kalangan masyarakat sebelum pemilihan tajuk projek. Saya telah menyediakan
kertas kerja projek sebelum pembentangan cadangan kertas kerja projek dan
juga melibatkan diri sendiri dalam pembentangan tersebut.

Selain itu, kami juga memberi sumbangan dalam menyediakan borang soal
selidik. Soal selidik telah disediakan adalah untuk menentukan tahap
kesedaran pelajar tentang kepentingan perpaduan masyarakat terhadap
negara. Untuk mengetahui lebih mendalami terhadap pandangan di dalam
kalangan pelajar, soal selidik yang mengandungi 10 soalan telah disediakan
dalam bentuk Google Docs dan disebarkan melalui pelbagai media sosial
seperti Facebook, Whatapps, Wechat dan Messenger.

Selepas mengutip soal selidik daripada 45 orang pelajar secara rawak, kami
membuat analisis data untuk mengenal pasti betapa seriusnya isu perpaduan
kaum yang wujud daripada responden dalam kajian ini. Seterusnya, kami
mengadakan perjumpaan untuk membuat poster bagi pembentangan projek
yang menjelang.
Pada hari pembentangan poster bagi kumpulan masing-masing,
pembentangan projek telah dilaksanakan dengan lancar dan saya berasa
sangat bersyukur kerana diberikan peluang keemasan ini untuk bercakap
depan dan gembira apabila bekerja dengan ahli kumpulan saya sepanjang
masa pelaksanaan projek ini.
11

6. Refleksi Kendiri Daripada Projek

Meniti minggu-minggu sepanjang mengikuti kursus ini banyak memberi input


positif untuk memantapkan kami. Daripada tugasan yang telah dijalankan, saya telah
mempelajari kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran bertindak dengan tepat.
Tajuk projek kami ialah Isu Perpaduan Kaum dalam Kalangan Pelajar UKM
Bangi. Projek kami yang berpandukan kaum yang berbilang memerlukan data
responden daripada setiap kaum yang terlibat. Semasa menyebarkan borang soal selidik,
kami telah menetapkan bilangan responden daripada setiap kaum. Hal ini adalah untuk
memastikan keputusan soal selidik tidak menyebelahi suatu kaum sahaja serta
mengelakkan kepincangan berlaku.
Selain itu, penggunakan ilmu statistik dan matematik juga telah dijalankan dalam
mengalisiskan soal selidik kami. Kami telah menggunakan min skor untuk setiap soalan
dalam borang soal selidik untuk menentukan tahap perpaduan pelajar UKM yang
berbilang kaum. Graf-graf seperti histogram juga telah digunakan untuk menganalisis
keputusan kami. Hal ini banyak membantu kami dalam penjelasan tahap perpaduan
dengan skala dari 1 hingga 5.
Kami juga telah menghadapi masalah iaitu tiada ahli kumpulan yang cekap
menggunakan alat pengeditan seperiti Photoshop untuk mereka poster. Oleh itu, kami
mencari alat pengeditan yang mesra pengguna dari laman web dan berjaya
menghasilkan poster kami dalam masa yang ditetapkan.
Kesimpulannya, saya amat bersyukur kerana kursus ini memberi peluang kepada
saya untuk melaksanakan projek ini dengan ahli kumpulan saya. Projek ini bukan sahaja
menambahkan perfahaman semangat kekitaan, malah juga dapat meningkatkan
kemahiran-kemahiran yang amat berguna pada masa hadapan seperti pemikiran kritis
dan kebolehan bertindak dengan tepat.
12

7. Lampiran

Gambar 1: Pelan Pelaksanaan Projek

You might also like