You are on page 1of 1

GARIS PANDUAN EKSA KDN

i) Semua bilik fail dan stor ditandakan mengikut nama Zon. Contohnya
jika satu bahagian mempunyai dua bilik fail dan satu bilik stor, ia perlu
dinamakan seperti berikut : Bilik Cekal 1, Bilik Cekal 2 dan bilik Cekal
3. Gunakan kertas EKSA dan laminate sementara menunggu tanda
nama yang kekal.

ii) Maksimum pasu bunga (plastik/hidup) adalah dua di bilik pegawai dan
satu pasu kecil di workstation. Pastikan bunga plastik tidak berhabuk.

iii) Semasa audit dijalankan botol air atau cawan minum tidak boleh
diletakan atas meja.

iv) Laci alat tulis perlu ada pembahagi polisterin dengan sekurang-
kurangnya 5 atau lebih compartment/ruang. Ruang tersebut boleh
disusun mengikut cara individu masing-masing.

v) Almari dengan 3 laci perlu disusun, Alat Tulis (atas), Dokumen Rasmi
(tengah) dan Peribadi (bawah). Almari yang kedua, perlu disusun,
semua dokumen rasmi atau tanda spesifik lain (Peralatan IT, Kertas
Warna dll) dan bawah sekali peribadi jika perlu. Jika seseorang
pegawai mempunyai lebih dari dua almari, pegawai hanya boleh
mempunyai maksimum dua ruang/laci/compartment peribadi.

vi) Pelan lampu hanya dibuat jika terdapat tiga suis atau lebih.

vii) Mesin fotostat mesti mempunyai fungsi erase memory. Gunakan erase
memory setiap kali selepas digunakan (atau sekurang-kurang setiap
5.30petang)

viii) Pastikan lampu tanda kecemasan KELUAR berfungsi (menyala)

ix) Wayar atau kabel diikat kemas atau tidak berselirat

x) Plug yang mempunyai lebih daripada satu suis dilabel

xi) Ada bakul sampah dan signage


xii) Lekatkan sticker tarikh luput pada pemadam api (pastikan tidak
menutupi mana-mana perkataan) dengan font 24 (Arial)

TARIKH LUPUT: 10 DEC 2016

You might also like