You are on page 1of 14

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN


(RIMUP)

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAPAH,


72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RIMUP


2007

DISEDIAKAN OLEH:

SETIAUSAHA RIMUP
S.K PULAPAH

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RANCANGAN INTEGRASI


MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 2007.

1. Pendahuluan
Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) adalah satu program yang memupuk semangat perpaduan dikalangan
murid yang berbilang kaum. Program ini melibatkan badan-badan beruniform
sekolah seperti Pengakap dan Tunas Puteri.

2. Tarikh
11, 12 & 13 Mei 2007

3. Hari
Jumaat, Sabtu dan Ahad

4. Tempat
Sekolah Kebangsaan Pulapah

5. Rasional

Perpaduan, kerjasama dan kesefahaman akan hanya terbentuk apabila


sekumpulan masyarakat berkumpul dan menjalankan aktiviti secera bersama-
sama. Semakin kerap masyarakat itu bekerja bersama, semakin eratlah
hubungan dan persefahaman di antara mereka. Oleh itu, aktiviti
perkhemahan merupakan satu daripada ratusan aktiviti yang mengasuh dan
membentuk murid menjadi insan yang bertolak-ansur, tolong-menolong, peka dan
sebagainya.

6. Objektif

 Memupuk kesedaran terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk
menghadapinya.
 Memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan seperti memasang
dan membuka khemah, menjaga dan melindungi diri daripada bahaya, memasak
dan menguruskan diri.
 Memyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai.
 Menanam sikap berdisiplin dan menepati masa.
 Menerapkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan,
undang-undang dan jadual yang telah ditetapkan.

7. Kumpulan Sasaran
20 orang peserta Tahun 6 dari sekolah ahli

8. Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform

Penasihat : Tuan Haji Amir Sarifudin b. Haji Ahmad


(Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu)

Pengerusi : En. Abd. Rani b. Abu


( Guru Besar SK PULAPAH)

Naib Pengerusi : En. Othman B. Maamon


(Guru Besar SKSH2(F))
En. Supramaniam a/l Periyanayagam
(Guru Besar SJKT LSH)

Setiausaha : En. Mohd. Norsani b. Mahat

Bendahari : Pn. Noraliza bt. Yahid

9. Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Silang Budaya RIMUP 2007

Kem Komandan : En. Syed Zulkefli b. Syed Ismail

Keselamatan/Disiplin : Pn. Syaelbidiya Azizon

Hadiah/Cenderahati : Pn. Rosmayanty bt. Rosly


Cik Nor Hafizah bt. Md. Razi

Quatermaster : Pn. Hjh. Sarina bt. Yahya


Pn. Seri Pawati bt. Kasrol
Pn. Siti Nur Hasnizah bt. Abd. Rasid

Buku Program : Syaelbidiya Azizon bt. A. Aziz

Sijil : En. Khairil Anuar b. Mohammad Razi

Juru Acara : En. Mohd. Norsani b. Mahat

Tempat Ibadat : Pn. Siti Nur Hasnizah bt. Abd. Rasid

Aktiviti : Bengkel Nyanyian Lagu-Lagu Rakyat :


Cik Nur Salhan Bibi bt. Ismail (SKP)
Pn. Noraliza bt. Yahid (SKP)
En. Zamri b. Yahya (SKSH2)
Pn. R. Tamil Selvi (SJKT LSH)

: Bengkel Tarian Asli


Cik Zuraidah bt. Aluwi (SKP)
Pn. Idyuwati bt. Mohd. Poly (SKSH2)
Cik K. Vanitha (SJKT LSH)

: Bengkel Selera Tradisional


Pn. Norijah bt. Lokmat (SKP)
Pn. Nuraini bt. Abd. Hadi (SKSH2)
Pn. R. Tamil Selvi (SJKT LSH)

: Bengkel Permainan Etnik


En. Khairil Anuar b. Mohd. Razi (SKP)
En. Md. Zolman b. Che Man (SKP)
En. Zulkepli b. Zakaria (SKSH2)
Cik K. Vanitha (SJKT LSH)

Giliran Bertugas Malam : Jumaat


Pn. Syaelbidiya Azizon bt. A. Aziz
Cik Zuraidah bt. Aluwi
En. Khairil Anuar
Pn. Rosmayanty
Cik Norhafizah

: Sabtu
Cik Salhan Bibi
En. Md. Zolman
En. Syed Zulkepli

10. Program Dan Aktiviti:

JUMAAT

0230tgh : Berkumpul Semua Guru


En.Norsani/
: Pendaftaran En. Syed
: Taklimat
: Mendirikan khemah

0400ptg : Minum petang QM


: Solat

0500ptg : Bengkel Permainan Etnik En. Khairil

0700mlm : Pengurusan diri dan solat En. Norsani


: Makan malam QM

0900mlm : Bengkel Nyanyian Cik Salhan/Pn.Liza

0100pg : Tidur Guru bertugas

SABTU
0500pg : Pengurusan diri dan solat En. Syed

g : senaman pagi En. Khairil/En. Zolman

0745pg : Sarapan QM

0800pg : Bengkel tarian tradisional 1 Cik. zuraidah

1230tgh : Makan tengahari QM


: Pengurusan diri dan solat

0200ptg : Latihan persembahan kumpulan semua guru/kumpulan

0400ptg : Minum petang QM


: Solat Asar

0500ptg : Permainan Etnik Malaysia En.Zolman/En.Khairil

0700mlm : Makan malam QM


: Pengurusan diri dan solat

0900mlm : Malam Kebudayaan Semua guru

1100mlm : Minum malam QM


: Tidur

AHAD

0500pg : Pengurusan diri dan solat En. Norsani

0700pg : Senaman Pagi En.Khairil/En.Zolman


0745pg : Sarapan Pagi QM

0800pg : Bengkel Selera Tradisional Pn.Norijah

1000pg : Membuka khemah dan Semua guru


membersihkan kawasan

1100pg : Minum pagi QM

11.30pg : Perasmian Penutup oleh PPD JJ Semua guru


: Penyampaian Hadiah
: Jamuan Makan Tengahari Semua guru
: Bersurai

11. Anggaran Perbelanjaan

PERKARA KOS (RM) SEORANG

JUMAAT 1.20
Minum petang 4.00
Makan malam

SABTU 2.00
Sarapan 1.20
Minum pagi 4.00
Makan tengahari 1.20
Minum petang 4.00
Makan malam

AHAD 2.00
Sarapan 1.20
Minum pagi

JUMLAH 20.80

Hadiah penyertaan RM 2.00 X 68 RM 136.00

Cenderamata perasmi RM 030.00

Jamuan penutup RM 4.00 X 30 RM 120.00

Backdrop RM 030.00

Runcit RM 050.00

JUMLAH RM 366.00

12. PENUTUP

Kerjasama dan hubungan rapat antara semua pihak yang terlibat dalam
mengelola dan menjayakan Program Perkhemahan RIMUP 2007 amatlah
diharapkan. Semoga dengan adanya komitmen dari semua akan menjadikan
program perkhemahan pada tahun ini lebih cemerlang.

LAPORAN AKTIVITI RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN


(RIMUP)

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah satu


program atas kerjasama semua sekolah rendah yang melibatkan semua kaum
di Malaysia. Beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi tujuan
menyatupadukan semua kaum di Malaysia, samada dari sudut kerjasama yang
ditunjukkan dan persefahaman yang terjalin. Semua ini mampu membentuk
sekumpulan masyarakat yang saling bantu-membantu dan memahami antara
satu sama lain.
Antara aktiviti yang dirancang adalah Program kecemerlangan Akademik,
Sukan dan Permainan, Perkhemahan dan Lawatan, Perayaan dan Perhimpunan
serta Program Khidmat Masyarakat.
Bagi tahun 2007 ini, Sekolah Kebangsaan PULAPAH
dipertanggungjawabkan bagi mengelola salah satu program iaitu Perkhemahan
Silang Budaya RIMUP yang mana program ini telah berjalan pada 11, 12 dan 13
MEI 2007 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).
Program ini dijalankan berdasarkan objektif yang ingin dicapai oleh pihak
sekolah khasnya dan negara amnya. Antara objektif tersebut adalah memupuk
kesedaran murid terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk
menghadapinya, menyemai kemahiran komunikasi dalam situasi yang pelbagai,
menanam sikap berdisiplin dan menepati masa serta memberi pengetahuan
mengenai teknik-teknik perkhemahan
Kumpulan sasaran melibatkan 20 orang peserta tahun 6 dari sekolah ahli
yang mana melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap dan
Tunas Puteri. Jumlah semua murid yang mengikuti perkhemahan ini adalah
seramai 60 orang yang melibatkan 3 buah sekolah termasuk sekolah ahli atau
tuan rumah.
Jawatankuasa kerja bagi perkhemahan ini meliputi beberapa tugas yang
dikelola oleh beberapa orang guru. Tugas tersebut adalah :

 Kem Komanden
 Keselamatan dan Disiplin
 Tempat Ibadat
 Hadiah dan Cenderahati
 Buku Program
 Sijil
 Juru Acara
 Quartermaster
 PA Sistem
Senarai semak setiap tugasan boleh dilihat pada lampiran yang disediakan.
Anggaran belanjawan untuk melaksanakan program ini adalah sebanyak
RM 386.80. Ia melibatkan perbelanjaan untuk hadiah cenderamata perasmi,
hadiah penyertaan, jamuan penutup, backdrop dan belanja runcit.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan dalam program ini
adalah Bengkel Nyanyian Lagu-lagu Rakyat, Bengkel Tarian Asli, Bengkel Selera
Tradisional, dan Bengkel Permainan Etnik. Semua aktiviti ini dikelola atau
diketuai oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam tugas-tugas yang
dipertanggungjawabkan.
Walaubagiamanapun sekolah ahli telah menambah satu aktiviti
sampingan yang tidak terdapat dalam jadual aktiviti yang dirancang. Aktiviti
tersebut adalah berjalan malam yang mana ia bertujuan untuk menanam sikap
berani dan bertanggungjawab pada barang amanah yang diberi. Ia melibatkan
semua guru termasuk guru pengiring dari sekolah-sekolah yang terlibat. Objektif
ini tercapai dan diharap aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan
datang.
Bagi giliran bertugas malam, semua guru terlibat dan bertanggungjawab
keatas semua perkara termasuk keselamatan murid sepanjang malam. Tuan
rumah telah menetapkan 5 atau 6 orang guru untuk berjaga pada setiap malam.
Tapak perkhemahan telah dibuat persedian awal sehari sebelum aktiviti
perkhemahan berlangsung iaitu pada pada hari Khamis, 10 Mei 2007. Pelan
tapak perkhemahan adalah seperti disediakan dalam lampiran.
Majlis Penutup dirasmikan oleh wakil dari Pegawai Pendidikan Daerah
Jempul / Jelebu (PPDJJ) pada hari Sabtu, 13 Mei 2007 dan majlis selesai pada
jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh
SETIAUSAHA RIMUP

REFLEKSI
RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ialah satu
program yang diadakan pada setiap tahun di sekolah-sekolah rendah
di Malaysia amnya dan di daerah Jempol khasnya. Perkhemahan Silang Budaya
RIMUP ini menggabungkan beberapa sekolah yang rata-rata pelajarnya berbilang
kaum dan melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap, Tunas
Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan sebagainya.
Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan PULAPAH sangat bertuah
kerana pada tahun ini, sekolah saya dapat menjadi tuan rumah bagi program
Perkhemahan Silang Budaya RIMUP 2007 dan ditugaskan untuk membantu
melancarkan program ini. Seramai 60 orang pelajar terlibat dalam program ini
yang melibatkan 3 buah sekolah termasuk tuan rumah iaitu SJKT Ladang Serting
Helier, SK Serting Hilir 2 (F)dan SK PULAPAH.
Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang
dapat saya lihat terutamanya objektif program ini. Yang mana ia dapat membantu
menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan
memahami gaya hidup dan budaya masing-masing serta mampu berkomunikasi
sesame mereka dengan komunikasi yang baik.
Pengurusan kendiri yang teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui
aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program ini. Contohnya kemahiran
mengurus diri dari sudut pemakaian, pemakanan dan yang paling utama adalah
sikap murid yang berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari
akar umbi.
Aktiviti yang diatur dan disusun oleh pihak tuan rumah mengikut masa
yang ditetapkan menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik.
Tapak perkhemahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah memudahkan
murid-murid dan guru-guruuntuk berulang-alik ke tandas, surau, dewan dan
pejabat bagi urusan-urusan tertentu.
Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua
murid terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah
bengkel nyanyian lagu-lagu rakyat, bengkel tarian asli, bengkel tarian tradisional
dan bengkel permainan etnik. Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola
oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap bengkel atau
aktiviti yang disusun.
Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru melancarkan aktiviti
yang dirancang. Kesediaan guru-guru membimbing saya dalam mengelola
sebahagian aktiviti ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik
dan berkesan.
Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai
kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat
adalah dari sudut alatan perkhemahan yang sepatutnya disediakan oleh pihak
tuan rumah tidak mencukupi. Contohnya tempat tidur atau khemah guru dan
peralatan memasak yang mana terpaksa dipinjam daripada pihak Pusat Latihan
Polis(PULAPOL).
Selain itu, kemudahan untuk guru membuat kerja-kerja persiapan untuk
perkhemahan ini sangat terhad. Sebagai contoh penggunaan komputer untuk
kerja-kerja menaip bagi menyiapkan buku program sangat terhad. Hanya satu
komputer sahaja dibekalkan dalam bilik guru.
Hujan yang turun pada hari pertama perkhemahan melemahkan
semangat murid-murid untuk meneruskan aktiviti yang dirancang. Namun begitu,
perkhemahan ini masih diteruskan dan murid-murid terpaksa bermalam dalam
keadaan padang yang basah.
Makanan yang disediakan oleh tuan rumah sama ada makan tengah hari
atau malam tidak dapat diselaraskan menunya disebabkan sebahagian guru dan
murid India mengamalkan menu ‘vegetarian’ dalam kehidupan mereka. Ini sedikit
menyukarkan tuan rumah untuk menempah dan menyediakan makanan.
Kesudahan perkhemahan yang tidak teratur. Setiap khemah terpaksa
dijemur dahulu di dalam dewan sebelum disimpan kerana basah. Keadaan ini
menjadikan waktu untuk mengemas khemah-khemah ini terpaksa ditunda
keesokan hari iaitu pada hari persekolahan ini mengganggu aktiviti P&P pada hari
tersebut.
Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan
penambahbaikkan bagi membantu menyempurnakan sesuatu program.
Persediaan yang mencukupi samaada dari sudut fizikal dan mental perlu diberi
perhatian yang sewajarnya oleh tuan rumah.
Pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan komputer
dalam bilik guru bagi memudahkan guru untuk menyiapkan sesuatu kerja.
Dengan penambahan kemudahan ini kerja yang terhasil pun akan lebih cepat dan
berkualiti.
Bagi peralatan perkhemahan, khasnya untuk keperluan guru, pihak
pentadbir atau tuan rumah perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3
khemah bagi membantu guru menyempurnakan tugasan mengawal murid pada
waktu malam. Selain itu, peralatan yang digunakan untuk memasak perlu
dititikberatkan, memandangkan aktiviti ini adalah satu aktiviti yang wajib diikuti
murid. Semua peralatan ini perlu disediakan lebih awal daripada tarikh
perkhemahan ini berlangsung.
Perancangan tarikh untuk aktiviti perkhemahan ini perlu dilihat pada
keadaan cuaca atau musim. Keadaan cuaca yang baik mengundang suasana
yang ceria dan bersemangat buat para peserta.
Selain itu, dari sudut penyediaan makanan, sekolah-sekolah yang
menyertai perkhemahan ini perlu memaklumkan lebih awal berkenaan menu
makanan mereka sepanjang program ini berlangsung. Terutamanya murid-murid
dan guru-guru daripada kaum India. Tindakan awal ini membantu tuan rumah
membuat persediaan awal dan dapat menempah makanan seperti yang
dikehendaki.
Persediaan yang secukupnya membantu melancarkan sesuatu program
yang dianjur. Program perkhemahan ini adalah suatu program yang menarik
untuk diikuti, diharap program ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan
datang. Setiap kelemahan yang ada dapat dibaiki secara berperingkat-
peringkat.

You might also like