You are on page 1of 9

LATAR BELAKANG USAHAWAN

Nama beliau Abd Halim Bin Rejab, beliau merupakan pengasas produk Minyak Tradisional
Melayu. Beliau di lahirkan pada 27 Disember 1963 di Hospital Besar Seberang Prai, Pulau
Pinang. Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 beradik, yang terdiri daripada tiga lelaki dan
dua perempuan. Beliau di besarkan di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau di beri pendidikan di
Sek Rendah Bumbung lima kemudiannya di Sek Menengah Kebangsaan Butterworth di
Seberang Prai.

eliau bekerja di sebuah kilang motosikal Honda yang dikenali sebagai Honda Autopart, yang di
tempatkan di Tikam Batu Sg Petani Kedah dan kemudiannya beliau di naikan pangkat sebagai
penolong supervisor di kilang tersebut. Pada umur 25 tahun beliau telah bertemu jodoh dengan
seorang insan yang bernama Nor Sapurah Bt Mohd Salleh. Setelah setahun mereka bercinta
akhinya, Mereka selamat di ijab kalbulkan pada 25 september 1987. Setelah berumahtangga
beliau terus menetap di kampung Masjid, Tikam batu Sg Petani, Kedah. Pada tahun 1988
bersamaan 5 september, mereka di kurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel.
Cahaya mata tersebut di beri nama sebagai Nurul shazana berusia ( 22 tahun ), kemudiannya
pada tahun 1991 mereka dikurniakan seorang lagi cahayamata perempuan yang di beri nama
sebagai Nurul Nadiah (19 tahun), di ikuti cahaya mata ketiga yang di beri nama sebagai Nurul
fatinizzati (17 tahun) dan seterusnya Mohd Haziq (10 tahun).

Beliau menjadikan warna merah dan biru sebagai warna kesukaan beliau, bagi beliau warna
merah merupakan semangat yang bekobar-kobar dan manakala warna biru adalah
melambangkan kedamaian dan ketenangan. Oleh kerana, beliau suka akan kedamaian dan
ketenangan, beliau menjadikan pantai sebagai tempat kesukaan beliau dan keluarga untuk
keluar beriadah. Makanan kegemaran beliau ialah ikan masak pedas, beliau sangat menggemari
sambaal belacan dan ulam-ulaman bagi beliau ulam-ulaman ini banyak hasiatnya. Manakala
minuman kegemaran beliau ialah teh tarik dan susu kambing. Hobi beliau ketika lapang ialah
riadah dan melancong bersama keluarga tersayang, banyak tempat yang terdapat di dalam
negara, telah dilawati beliau sekeluarga. Sejak dari bangku sekolah lagi beliau mempunyai idola,
jika orang lain menjadikan artis sebagai idola pujaan mereka tetapi bagi beliau, beliau
menjadikan Rasullulah SAW sebgai idola utama. Rasulullah SAW adalah idola yang paling
terbaik untuk di contohi. Rasulullah SAW bukan saja taat kepada perintah Allah ,malah
Rasulullah SAW merupakan salah satu tokoh perniagaan yang berjaya pada suatu ketika
dahulu.

Motto hidup beliau adalah Berjaya untuk hidup. Motto ini bermaksud, tanpa kejayaan manusia
tidak dapat hidup dengan sempurna. Bagi beliau kejayaan mempunyai banyak maksud, tetapi
bagi beliau, beliau ingin berjaya di dunia dan akhirat. Kehidupan yang indah adalah kehidupan
yang seimbang di dunia dan akhirat. Manakala falsafah hidup beliau ialah Mengusahakan
sesuatu adalah jauh lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa walaupun adakalanya yang
diusahakan itu gagal. Bagi beliau melakukan sesuatu kerja itu adalah lebih baik daripada tidak
melakukan apa-apa. Walaupun kerja yang dilakukan itu adakalanya gagal dan ada kalanya
berjaya.

SEJARAH PERNIAGAAN
Beliau bersyukur kepada Allah kerana di kurniakan kebolehan untuk mengurut dan membuat
minyak urut. Sejak dari kecil, bila tiba musim cuti sekolah ayah beliau sering mengajak beliau
masuk kehutan untuk mencari akar kayu. Kemudian akar kayu tersebut di gunakan untuk
membuat minyak urut. Minyak urut tersebut di buat bukanlah untuk di jual tetapi hanya untuk
kegunaan keluarga beliau. Jika beliau terluka ataupun terseliuh ketika bersukan, pasti ayahnya
akan menggunakan minyak tersebut untuk mengubati diri beliau. Ayah beliau juga pernah
mengajar beliau bagaimana cara untuk mengurut badan, ketika terseliuh dan sakit. Kerana
memiliki kebolehan tersebut beliau di beri kepecayaan oleh kawan-kawannya untuk mengurut
mereka. Beliau tidak pernah meminta upah dari rakan-rakanya kerana apa yang dilakukanya
semua ikhlas dan bukan untuk di minta balasan. Bagi beliau, beliau Cuma mampu membantu,
Baik dan buruk semuanya datang dari Allah SAW. Banyak orang yang telah di bantunya
termasuklah mengurut orang yang lumpuh.

Pada suatu hari kawan beliau datang ke rumah beliau dan menyuruh beliau mengurut kakinya
yang terseliuh dengan mengunakan minyak beliau. Tapi malangnya beliau tidak dapat
membantu kerana beliau berada di Pulau Pangkor atas urusan kerja. Beliau mengsyorkan
kepada rakannya itu supaya mendapat rawatan dari doktor. Tetapi rakannya tetap ingin rawatan
dari beliau. Walaupun, terpaksa menunggu beliau. Rakannya yakin bahawa minyak beliau dapat
membantu kakinya untuk sembuh semula. Semasa berehat di loby hotel, beliau merasa sungguh
bersalah kerana tidak dapat membantu rakannya. . Puas beliau memikirkan, bagaimana cara
untuk menghilangkan rasa bersalah beliau terhadap rakan tersebut. Akhirnya, beliau mendapat
satu jalan penyelesaian. Di mana, Jalan penyelesain tersebut ialah membuat minyak dengan
lebih banyak. Kemudiannya, di jualkan kepada rakan-rakannya. Beliau juga bercadang untuk
memberi panduan bagaimana cara-cara untuk mengurut. Dengan cara ini rakan-rakannya boleh
mengurut diri mereka sendiri dengan mengikut panduan yang diberi di dalam kertas.

Bermodalkan wang sendiri beliau memulakan perniagaan tersebut secara kecil-kecilan. Pada
mulanya, beliau hanya berjaya menjual 10 botol sahaja dalam masa satu hari. Setelah produk ini
di pekenalkan untuk orang ramai, Beliau tidak sangka bahawa produk minyak beliau mendapat
sambutan yang begitu hebat daripada pelangan. Permintaan tinggi daripada pelangan
membuatkan beliau betul-betul ghairah untuk mencuburi dalam bidang perniagaan. Akhirnya,
Beliau telah berjaya memasarkan produk beliau di seluruh Malaysia.

CIRI-CIRI PERIBADI

Sentiasa fikirkan kejayaan bukan kegagalan.


Bagi diri beliau KEJAYAAN berasal daripada perkataan jaya yang bermaksud dapatan, hasil,
kebahagiaan, keberhasilan, keberuntungan dan kebesaran. Lawannya ialah kegagalan yang
bererti kebuntuan, kekandasan, kekecewaan, ketewasan dan kunci mati. Anda memerlukan
pemikiran berjaya kalau mahukan kejayaan. Jika yang terpapar dalam pemikiran adalah
kegagalan, maka kegagalanlah yang anda akan perolehi .

Berjiwa besar.
Dalam kehidupan ini, memang ada beberapa perbezaan untuk meraih kejayaan. Jika yang
terpapar dalam pemikiran adalah ‘kegagalan’, maka kegagalan yang akan diperoleh. Andainya
dalam pemikiran terpahat ‘kejayaan’, maka kejayaan yang akan diraih. Tidak syak lagi jika
selama ini pemikiran anda memegang ‘kegagalan’, maka segala usaha anda juga akan berakhir
dengan kegagalan. Dengan demikian, anda memerlukan pemikiran ‘kejayaan’ jika mahu berjaya.
Anda mesti berfikir secara juara jika ingin menjadi juara. Anda perlu mempunyai kepercayaan
yang kuat untuk mencapai impiandunia.

Bersikap Inisiatif dan bertanggungjawab.


Pada pendapat beliau keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil
inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di
dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang
bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk
menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

Komitmen yang tinggi.


Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen
membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen
usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka
usahakan.

Orentasi Peluang (kesempatan).


Bagi beliau Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian,
struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman
mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di
dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan
melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap
peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang
yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.

Mengambil Risiko Secara Sederhana.


Bagi beliau Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta;
segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri
didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan
usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.

Mempunyai Keyakinan dan Optimistik.


Pada pendapat beliau. Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan
mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik
terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan
sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak
usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Seorang yang Kreatif dan Inovatif.


Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk
memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif,
inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan
perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.

Sentiasa Mencari Maklumbalas.


Setiap Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba
memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai
cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari
kesilapan yang telah mereka lakukan.

Menuju ke arah Kejayaan.


Bagi beliau Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Apabila usahawan
memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya
dan mengejar serta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah
ertikan mengenai usahawan adalah “wang menjadi satu keinginan yang kuat”. Kepada
usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan
merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.

Mempunyai Kebolehan menentukan Visi.


beliau tahu apa yang ingin di capai. beliau mempunyai visi atau konsep untuk firma tersendiri.
Tidak semua usahawan mempunyai visi diawal perbukaan firma mereka. Di kebanyakkan kes,
visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma
tersebut.

Memiliki Kemahiran Mengatur.


Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, beliau
berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan
tugas tersebut. Beliau berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk
menukarkan visi menjadi realiti.
Kawalan Fokus Dalaman.
beliau percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka
sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan
mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan.

Toleransi terhadap Kegagalan.


Bagi beliau, Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan.
Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang
yang ada. Kebanyakkan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan
berbanding dengan kejayaan.

Lebih Bertenaga.
Pada pendapat beliau, Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan
orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang
besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk
membolehkan mereka memulakan perniagaan.

Berdikari.
Bagi beliau, Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu
tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan.
Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.

Fleksibel.
Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan
berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana
perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali
membawa kepada kegagalan.

Berani Menyahut Cabaran.


Walaupun persaingan banyak, namun beliau tetap berani memasarkan barangan beliau

Pemurah.
Sentiasa menolong, orang yang memerlukan bantuan.

Gigih.
Beliau pernah mencuba pelbagai jenis perkejaan termasuklah jualan langsung. Antara jualan
langsung yang pernah di cuburi adalah seperti Gano,Hio,Radix dan lain-lain lagi.

Sentiasa fikir ke depan.


Menetapkan matlamat hidup dalam jangka masa 10 tahun dari sekarang
Meletakkan target dalam hidup.
Sentiasa meletakkan satu hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita

Sentiasa memotivasikan diri.


Menjadikan buku-buku,vcd keusahawanan, sebagai rujukan. Menjadikan orang yang berjaya
sebagai contoh

FAKTOR KEJAYAAN.

Diri sendiri.

Terdapat tiga faktor yang di tekankan oleh beliau iaitu: budaya merancang, beramal dan
beriman, adil dan jujur.

1. Budaya merancang.
Usahawan perlu mempunyai perancangan dan tujuan di dalam setiap tugasan yang harus
dilaksanakan. Dengan adanya idea, fikiran dan daya intelek yang mantap, usahawan boleh
menentukan tujuan dan perancangan bagi menguruskan sumber-sumber yang ada.

2. Beramal dan beriman.


Usahawan perlulah mempunyai sifat beramal dan beriman. Ilmu yang tinggi kalau tidak
diamalkan tidak memberi sebarang makna. Seterusnya usahawan perlulah beriman dan yakin
apa jua keputusan yang akan diperolehi adalah di atas ketetapan Allah S.W.T .Rasulullah telah
bersabda yang bermaksud: “Iman itu bukanlah dengan angan-angan dan perhiasan tetapi ia
adalah apa yang tertanam teguh dalam hati dan dibuktikan melalui amalan” (Ibn Najjar dan Ad-
Daylami)

3. Adil dan Jujur.


Sifat adil dan jujur merupakan sifat yang penting apabila menguruskan sesuatu urusniaga,
sumber, wang dan sebagainya. Ini terbukti dengan pecahnya monopoli ekonomi oleh pihak
Yahudi apabila Rasulullah S.A.W. menampilkan sifatnya yang adil dan jujur di dalam urusniaga

Faktor Kejayaan beliau dari aspek keluarga dan masyarakat.

Kejayaan usahawan bukan dicapai secara bersendirian. Tanpa sokongan masyarakat, segala
produk, perkhidmatan atau proses yang hasilkan tidak memberi sebarang makna. Ini kerana
masyarakat memainkan peranan penting untuk merealisasikan impian usahawan. Sering kali
juga kita melihat dari kaca tv dan membaca dari majalah mahupun akhbar bahawa setiap
kejayaan yang dikecapi oleh usahawan pasti ada sokongan dari ahli keluarga mereka. Sebagai
usahawan, usaha pertama tidak semestinya memperolehi kejayaan dan selalunya kaum
keluargalah yang akan memberikan nasihat dan kekuatan untuk meneruskan usaha tersebut
sehingga berjaya

Kejayaan usahawan dari aspek Kerajaan dan agensi swasta.


Pihak kerajaan turut sama memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan sebanyak
mungkin usahawan yang berjaya dengan menyediakan persekitaran ekonomi yang
mengalakkan. Dengan mempunyai ramai usahawan yang berjaya, peluang pekerjaan akan
bertambah dan secara tidak langsung akan mengurangkan kadar pengangguran. Untuk berjaya
di dalam perniagaan, modal merupakan satu sumber yang amat diperlukan. Oleh itu kerajaan
telah menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan yang memerlukannya.

Faktor persekitaran
Kejayaan dan kegagalan perniagaan juga bergantung kepada faktor persekitaran perniaagaan
itu. Keseimbangan politik dan ekonomi dapat membantu sesuatu perniagaan. Rakyat Malaysia
bertuah kerana negara ini dilimpahi kedamaian dan kestabilan politik dan ekonomi. Usahawan
dapat menjalankan perniaagaan dengan aman dan selamat

PROFIL SYARIKAT MINYAK TRADISIONAL MELAYU

Tarikh Mula Operasi : 2 Mac 2001


Pengasas 1/ Pengerusi Eksekutif : Abd Halim Bin Rejab
Alamat Syarikat : Lot 804 kampung baru, hutan gelam 08000 sg petani kedah
Cawangan : Sungai Petani (KEDAH) dll kawasan

Jenis Perniagaan :
Memasarkan / mengedarkan produk kesihatan.
: Memberi perkhidmatan rawatan kesihatan.
: Menyediakan kursus Keusahawanan.
: Menyediakan kursus mengurut

Objektif Syarikat :
Melahir dan membimbing para usahawan yang berdikari dan bebas kewangan.
: Menyediakan peluang perniagaan yang sistematik kepada semua kaum.
: Membantu memberikan kesihatan dan kecantikan kepada pengguna secara semulajadi tanpa
kesan sampingan.
: Menjadi ‘gergasi’ di dalam industri kecantikan yang berasaskan kesihatan.
: Membina rumahtangga yang bahagia dan cemerlang.
: Membentuk perkembangan minda anak-anak agar menjadi lebih pintar dan cemerlang.
: Membantu mengurangkan pengangguran

Kesimpulan

Sebagai usahawan yang ingin mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi, mereka
haruslah mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya dan memegang teguh kepada semua
kompetensi keusahawanan yang dinyatakan sebelum ini. Usahawan juga haruslah bersikap
berani dan cekal dalam mengharungi segala rintangan dalam dunia keusahawanan.

Para usahawan di negara ini haruslah bersyukur kerana pihak kerajaan sentiasa memberikan
bantuan dan galakan secara intensif dan setiap masa bagi menggalakkan usahawan untuk
menceburi bidang keusahawanan yang boleh menjamin dan meningkatkan kualiti hidup mereka
dan masyarakat. Namun, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad
pernah menasihati dan menyarankan kepada usahawan supaya tidak lagi mengharapkan
bantuan sepenuhnya daripada kerajaan kerana jika ia terus diamalkan, mereka akan menjadi
lemah dan sukar untuk berdikari atau dapat membuat keputusan bijak apabila menghadapi
sesuatu masalah dalam perniagaan kelak. Maka, seseorang usahawan yang tulen haruslah
berdikari, berani menghadapi risiko dan tidak takut kepada kegagalan serta sanggup menjadikan
kepayahan dalam perniagaan sebagai satu cabaran untuk mencapai matlamat hidup yang lebih
baik bagi dirinya, perniagaannya dan keluarganya.

Lampiran:
Rujukan.
www.facebook.com (minyak tradisional melayu)
http://mtm-malaysia.blogspot.com/

You might also like