You are on page 1of 6

1.

0 pengenalan

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No.

398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep

penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej ini akan

menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua

peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke

pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan

2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang

pembinaannya secara berfasa dalam RMK 9.

Kini Kolej Komuniti berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan

mempunyai matlamat yang sama seperti di awal penubuhannya. Sebagai salah sebuah

institusi pendidikan di Malaysia, peranan Kolej Komuniti telah diperluaskan. Kolej

Komuniti telah ditubuhkan dengan lebih banyak di serata negara, khusus untuk

membentuk komuniti yang lebih dinamik.


2.0 sejarah penubuhan dan perkembangan Kolej Komuniti

Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi institusi yang

menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi

peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau

melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Pada Mac 2004, Kolej Komuniti yang

berada dalam Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia telah

diletakkan di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam Jabatan

Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Seterusnya, bulan September 2007

Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti telah ditukarkan kepada Sektor Pengurusan Kolej

Komuniti dengan disokongi oleh beberapa Bahagian iaitu, Bahagian Pembangunan

Akademik, Bahagian Penilaian dan Peperiksaan, Bahagian Kebajikan Pelajar dan

Bahagian Pengambilan Pelajar.

Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001

dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Sehingga Julai 2007, sebanyak 35 buah Kolej

Komuniti telah beroperasi di seluruh negara. Kolej Komuniti Segamat(KKSeg)

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga merupakan salah sebuah kolej komuniti

rintis. Ianya merupakan institusi pendidikan yang menyediakan latihan semua lapisan

anggota masyarakat setempat termasuk memberi peluang kepada lepasan menengah, serta

penjawat awam dan swasta untuk menlanjutkan kemahiran mengikut mereka.

Selain itu, pada 15 September 2009, Sektor Pengurusan Kolej Komuniti telah dinaik

taraf ke Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah.

Jabatan ini juga telah ditambah 3 bahagian yang baru iaitu Bahagian Khidmat
Pengurusan, Bahagian Pembangunan Dasar dan Ko-kurikulum dan Bahagian Hubungan

Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni.

Di samping itu, Kolej komuniti segamat telah beroperasi pada tahun Jun 2001 di

kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Segamat ( SMT) sebelum berpindah ke

kampus tetap di no. 24- 34 Jln Putra 1/1, Bandar Putra, 85000 Segamat, Johor. Awal

penubuhan KKSeg pada tahun 2001 hingga 2006 ketua Pengarah diketuai oleh En. Che

Ku Amran Bin Che Ku Ali. Pada tahun 2007 hingga 2008 ketua Pengarah ialah Tuan Hj

Rahmat bin Jamil

Di awal penubuhan KKSeg menawarkan tiga kursus iaitu Sijil

2.0 Struktur organisasi

Penubuhan Kolej Komuniti Segamat telah melahirkan bilangan keusahawanan yang

berjaya. Pada tahun 2001 hingga 2006 Pengarah Utama Ialah Encik Che Amran Bin Che

Ku Ali. Ketua Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran (KJKK) Encik Kamaruddin Bin

Zahir, Ketua Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat iaitu Encik Redzuan bin Othman dan

Pegawai Hal Ehwal Pelajar (peg.HEP) iaitu Encik Zaidi bin Othman. Seterusnya,

Pengarah pada tahun 2007 hingga 2008 ialah Tun Hj Rahmat bin Jamil. Manakala, Ketua

Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran ialah En. Ahmad bin Abd. Samad.

Selain itu, Pengarah (DH501) pada tahun 2009 hingga 2011 ialah Rohaimi bin Yusuf.

Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran iaitu En. Robert @ Kerk Swee Tian

manakala, Pegawai Hal Ehwal Pelajar ialah En. Ahmad bin Abu Samah. Namun pada

November 2011 berlaku penukaran pengarah iaitu Mohd Razi bin Abdul Ghani. Bagi
jawatankuasa tertinggi, pada tahun 2010 Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

disandang oleh En. Mokhtar bin Hj. Saad manakala Ketua Jabatan Pengajian Sepanjang

Hayat (KJPSH) iaitu Tn. Syed Abd Halim bin Syed Yusof. Di samping itu, Pegawai

Eksekutif iaitu Pn. Hamidah binti Selamat.

Penaung pada tahun 2012 iaitu En. Nordin bin Sariju menjadi pengarah telah selama

setahun sahaja. Bagi bidang Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran iaitu En. Tahir

bin Leemat serta unit Hal Ehwal Pelajar ialah En. Ahmad bin Sulaiman. Dan tahun akhir

yang dikaji oleh pengkaji ialah En. Muhammad Radzi bin Hj. Ab Ghani merupakan

pengarah pada tahun tersebut.

3.0 Prasarana yang disediakan KKSeg.

Prasarana yang telah disediakan kepada pelajar KKSeg amat membantu pelajar dalam

memperkembangkan bakat mereka dan menjadi seorang yang berjaya kelak. KKSeg

mendapati bahawa prasarana yang telah disediakan kepada pelajar kelengkapan yang

cukup. Kemudahan yang disediakan di KKSeg seperti surau, ruangan kerja pentadbir,

perpustakaan, dan kemudahan- kemudahan lain. Kemudahan yang disediakan untuk

peengambilan sijil animasi seperti makmal animasi sebanyak 5 ruangan yang telah

disediakan untuk pelajar KKSeg. Antara makmal yang disediakan seperti Makmal Digital

Animasi 1 (3D), Makmal Digital Animasi 2 (2D), Studio Animasi 1 dan 2 dan Makmal

Audio Video.

Selain itu, program Teknologi Komputer dan Sokongan(SKS) sebanyak 5 makmal

yang disediakan seperti Makmal Elektrik dan Elektronik 2, Makmal Aplikasi Komputer,

Makmal Rangkaian Komputer 2, Makmal Baik Pulih Komputer dan Makmal CISCO.

Program Mekanikal Pembuatan kemudahan yang telah disediakan seperti Makmal CAD/
CAM, Makmal Pheumatik, Makmal Hidraulik, dan Makmal CNC 1 dan 2.

Bagi program Penyelenggaran Bangunan telah menyediakan sebanyak 6 kemudahan

yang telah disediakan seperti Bengkel Kayu, Bengkel Bata, Bengkel Paip, Penyeggaraan

Mekanikal/ kimpalan, Bengkel Loji/Sanitasi, dan Bengkel penyaman Udara. Akhir sekali,

program Teknologi Elektrik telah menyediakan kemudahan seperti Makmal Teknologi

Eletrik, Makmal Pemasangan Elektrik 1, 2 dan 3 dan Makmal Elektrik dan Elektronik 1.

Selain daripada kemudahan untuk para pelajar terdapat juga kemudahan seperti unit

Pengajian Am. Unit ini terdiri daripada Makmal Sains dan Matematik, Makmal Bahasa,

dan juga Bilik kuliah/ Dewan kuliah. Ruangan yang disediakan ini untuk sesi

pembelajaran umum dan wajib diikuti oleh semua pelajar.

4.0 Program yang ditawarkan di KKSeg.

6.0 Jumlah bilangan pelajar

Pengkaji mendapati jumlah pelajar antara tahun 2004 hingga 2013, terdapat berlaku

perubahan jumlah pada setiap tahun. Pada tahun 2004 sesi pertama bilangan pelajar ialah

218 orang dan sesi kedua bilangan pelajar berlaku sedikit penurunan iaitu 102 orang.

Secara keseluruhannya jumlah pelajar yang memasuki KKSeg mendapati sebanyak 332

orang pelajar. Pada sesi pertama bilangan pelajar mendapati seramai 186 orang dan

bilangan pelajar pada sesi kedua pula mendapati mengalami penurunan iaitu 114 orang.

Jumlah keseluruhan pada tahun 2005 iaitu 282 orang yang telah mendaftar masuk pada

tahun tersebut. Bilangan yang dicatat pada tahun 2006 pada sesi pertama mendapati

seramai 214 orang manakala pada sesi kedua berlaku penurunan iaitu 97 orang. Jumlah

pelajar yang mendaftar masuk KKSeg pada tahun iaitu sebanyak 313 orang. Selain itu,
pada tahun 2007 sesi pada bulan Julai hanya dicatat seramai 209 orang dan

keseluruhannya ialah 209 orang yang mendaftar. Sesi bulan Januari berlaku penurunan

iaitu 74 orang dan sesi bulan Julai seramai 189 orang. Secara purata berlaku penambahan

kemasukan pelajar seramai iaitu 263 orang pada tahun 2008. Pada tahun 2009 pula, sesi

bulan Januari bilangan pelajar dicatatkan hanya 56 orang dan pada sesi bulan Julai

sebanyak 111 orang. Jumlah keseluruhan mendapati seramai 167 orang yang telah

mendaftar masuk pada tahun tersebut. Pada sesi bulan Julai bilangan pelajar iaitu 86

orang sahaja manakala bulan Disember mendapati bilangan pelajar ialah 179 orang. Hal

ini mendapati secara keseluruhannya sebanyak 265 orang yang telah memasuki menjadi

pelajar di KKSeg. Seterusnya, pada tahun 2012 bilangan pada sesi Julai berlaku

peningkatan kemasukan pelajar iaitu seramai 393 orang serta pada sesi bulan Disember

pula iaitu 309 orang. Secara purata yang telah direkodkan seramai 701 orang pelajar. Hal

ini menunjukkan pada tahun 2012 jumlah kemasukan pelajar mendapati berlaku

penambahan jumlah yang begitu ketara. Namun pada tahun 2013 pada sesi bulan Januari

dan Julai berlaku penurunan sedikit iaitu 394 orang dan 308 orang mengikut bulan yang

ditetapkan. Manakala sesi bulan November bilangan kemasukan pelajar hanya 30 orang

pelajar. Secara keseluruhannya mendapati berlaku penurunan berbanding pada tahun

sebelumnya iaitu seramai 485 orang yang mendaftar masuk di KKSeg. Eroman bagi

kemasukan pelajar pada tahun 2001 hingga 2013 seramai 3733 orang yang telah

memasuki KKSeg.

You might also like