You are on page 1of 1

Tuan Haji Aminudin Bin Adam,

Pengarah Pendidikan Johor,


Jabatan Pendidikan Negeri Johor,
80604, Johor Bahru,
Johor Darul Takzim 5 Januari 2016

Tuan,

MEMOHON MENDAPATKAN MAKLUMAT JURULATIH KBAT DALAM KALANGAN


GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH JOHOR BAHRU
Sukacita dimaklumkan bahawa saya, Najiha Binti Mohd Saimi pelajar pasca-siswazah Sarjana
Falsafah (Pendidikan Matematik), Fakulti Pendidikan, Universiti Tekn ologi Malaysia sedang
menjalankan kajian bertajuk Model Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Bagi
Komponen Nombor, Bentuk dan Ruang serta Perkaitan dalam Matematik KBSM.
2. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perlaksanaan kaedah pengajaran berasaskan
KBAT dalam kalangan jurulatih KBAT bagi komponen matematik KBSM. Oleh itu, skop kajian
yang saya lakukan memerlukan jurulatih KBAT yang berpengalaman dalam pedagogi Matematik
sebagai responden dalam pemerhatian dan temu bual yang akan dijalankan. Berikut merupakan
maklumat pelatih KBAT yang diperlukan.

1. Nama pelatih KBAT


2. No. telefon dan Email
3. Nama sekolah berkhidmat
4. Gred (DG)

3. Bersama-sama ini juga, disertakan surat sokongan daripada universiti dan surat EPRD dari
pihak KPM . Justeru, saya memohon jasa baik tuan untuk memberikan kerjasama dan bantuan dalam
mendapatkan maklumat tersebut supaya saya dapat menghubungi mereka. Kerjasama daripada
pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

NAJIHA BINTI MOHD SAIMI


Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Johor Bahru
No. Tel: 013-6818168
Email: najihasaimi@ymail.com

You might also like