Bidang Tugas Unit Biasiswa 2018

You might also like

You are on page 1of 1

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BIASISWA SEKOLAH

1. Memaklumkan jenis-jenis bantuan kebajikan yang boleh dipohon pelajar semasa pendaftaran
murid Tingkatan 1.

2. Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar mengikut masa tawaran.

3. Menyenarai pendekkan dan mengesahkan pelajar yang layak melalui keputusan mesyuarat yang
diadakan. Minit mesyuarat jawatankuasa dan borang permohonan pelajar perlu disimpan bagi
tujuan audit dan rekod.

4. Pengetua selaku Pengerusi Jawatankuasa Biasiswa Peringkat Sekolah adalah bertanggungjawab


menentukan hanya pelajar yang benar-benar layak sahaja boleh dicalonkan untuk permohonan
biasiswa.

5. Sekiranya pihak Jawatankuasa mendapati terdapat keraguan yang timbul ataupun terdapat
maklumat palsu pada mana-mana bahagian yang diisytiharkan, pihak jawatankuasa berhak untuk
tidak menyokong permohonan tersebut atau menarik balik biasiswa yang telah diluluskan.

6. Sekolah bertanggungjawab mengemaskini Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Aplikasi Pangkalan
Data Murid (APDM) bagi penyediaan data permohonan biasiswa secara atas talian.

7. Mengadakan taklimat tentang peraturan-peraturan biasiswa yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah kepada pelajar bersama ibu bapa / penjaga masing-masing.

8. Memastikan semua maklumat pemegang biasiswa disimpan seperti rekod peribadi pelajar, rekod
pengeluaran wang, laporan prestasi pelajar, sumbangan dalam aktiviti kokurikulum, rekod disiplin
pelajar dan lain-lain yang berkaitan.

9. Maklumat pemegang biasiswa perlu sentiasa dipantau dan sekiranya didapati prestasi pelajar
merosot maka surat amaran perlu dihantar dan penarikan balik biasiswa boleh dilaksanakan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

10. Sekiranya pemegang biasiswa ingin mengeluarkan wang, borang permohonan pengeluaran wang
biasiswa perlu diisi dengan mendapatkan tandatangan ibu bapa, guru kelas seterusnya guru
biasiswa.

11. Memastikan Buku/Kad Simpanan Nasional (BSN) pemegang biasiswa disimpan di dalam almari
berkunci dan diletakkan di pejabat sekolah semasa cuti panjang.

12. Mengemaskini buku/kad akaun BSN pelajar di Bank Simpanan Nasional berdekatan sekurang-
kurangnya dua kali setahun.

13. Pemegang biasiswa yang bertukar keluar negeri, laporan hendaklah dibuat di dalam Lampiran
Kewangan 2/79B di mana dua salinan mesti dikirimkan ke sekolah baru dan satu salinan ke
Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan.

14. Melaksanakan pengurusan Biasiswa Sukan, Elaun Murid Khas bagi pelajar OKU, KWAMP, dan
tuntutan insurans sekiranya terlibat.

15. Memastikan semua fail dan dokumen berkaitan biasiswa dikemaskini dan disimpan di tempat
yang selamat.

16. Melaksanakan segala tugas yang berhubung dengan biasiswa sebagaimana yang diarahkan oleh
Pengetua dan PK HEM dari semasa ke semasa.

You might also like