You are on page 1of 2

Temu Bual 1 – Puan Renugadevi A/P Karpiyyah

Saya : Selamat pagi cikgu. Saya Abdul Bari, dari IPG Kampus Perlis, nak buat satu temu
bual dengan cikgu boleh?

Responden : Ya. Selamat pagi. Boleh-boleh tapi saya ada setengah jam sahaja. Sebab
selepas ni saya ada kelas.

Saya : Baik cikgu. Saya tak ambil banyak masa. Kurang 10 minit cikgu. Saya ada dapat
tugasan yang perlu menemu bual 3 orang guru berlatarbelakangkan pelbagai budaya. Jadi saya
pilih cikgu sebab cikgu satu-satunya guru yang berbangsa india dalam sekolah ni. Jadi cikgu,
pertama sekali, apa perasaan cikgu bila cikgu tahu yang cikgu merupakan satu-satunya guru
india kat sekolah ni dan ape persepsi guru-guru yang lain.

Responden : Mula-mula saya agak terkejut tapi taklah teruk. Sebab sebelum ni saya juga
pernah mengajar di sekolah kebangsaan. Jadi saya cepat menyesuaikan diri. Dan solan kedua
awak pula, cikgu-cikgu dekat sini semuanya baik. Sebagai seorang guru mustahil mereka
menunjukkan imej yang buruk kepada murid-murid.

Saya : Baik cikgu. Saya akan masuk kepada tajuk perbincangan kita. Sosiobudaya
merupakan hubungan masyarakat dengan budaya seperti adat isitiadat, cara hidup dan
sebagainya. Jadi, ada ke tak murid-murid yang memperlekehkan cikgu sebab cikgu orang india
dan ada tak cikgu cerita pasal budaya dan juga cara hidup cikgu sebagai orang india kepada
murid-murid kat sekolah ni?

Responden : Soalan yang bagus. Murid-murid dekat sini semuanya baik-baik. Mereka tidak
mengejek dan memerli saya. Kalau ada, saya sendiri yang kerjakan(sambil tertawa). Soalan
kedua awak, ya, saya pernah ceritakan mereka pasal Thaipusam. Masa itu saya agak kelam
kabut sebab saya perlu pergi sembahyang dan saya hampir terlewat untuk pergi sembahyang
kerana mereka pula yang asyik bertanya.

Mereka mula bertanya apabila saya memberitahu mereka bahawa saya akan pergi
sembahyang. Kebanyakan mereka tahu yang hari tersebut merupakan hari Thaipusam da nada
antara mereka yang tahu perbezaan Thaipusam dan Kabbadi. Mereka seolah-olah terpegun dan
masing-masing bertanya dan menyebabkan saya kesuntukan masa.

Saya : Apa perasaan cikgu bila murid-murid mula menunjukkan sikap inkuiri mereka?
Responden : Saya gembira kerana mereka menunjukkan sikap inkuiri dalam memperoleh
pengetahuan am dan mereka dapat tahu pasal adat dan agama bangsa lain.

Saya : Baik. Terima kasih cikgu atas perkongsian masa cikgu. Saya minta maaf andai
terkasar bahasa semasa sesi temu bual ni.

Responden : Tidak mengapa. Saya doakan kamu menjadi seorang pendidik yang mampu
membawa perubahan kepada generasi yang akan dating.

Saya : Terima kasih Cikgu.

You might also like