Professional Documents
Culture Documents
Interview
Interview
3. Kaedah kumpulan
- perbincangan kumpulan - kuliah perbincangan - kerja jawatankuasa -
main peranan - Sesi Buzz - Sumbangsaran - Wawancara - Konferen
4. Kaedah penyelesaian masalah
Ia meliputi - Projek - Tinjauan - Penyelidikan atau penjelajahan -
Tunjukcara atau demonstrasi - Kelab kesihatan - Lawatan
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya
menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas
prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada
peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK
menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan
selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab
yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses
asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara
langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan
cita-cita negara.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan
pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga
untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan
bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh
segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara
menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat
dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap
dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta
Keterampilan Diri.
KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis,
Mengira dan Menaakul).
KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan
Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan
Mengira)
LINUS
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi
maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.Program ini dirancang dan dibentuk
sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1
pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang
Tahun 2011.
DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
DASAR 1 MURID 1SUKAN (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
MBMMMBI
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa
ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.
Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan
bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi
membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
PBS
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik
iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani)
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri
daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan
akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan
autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang
berasaskan sekolah.
Saps – sistem analisis peperiksaan sekolah
SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai
pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah
di seluruh Malaysia.
Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu
seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi
kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat
perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.
Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan
sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui
analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR ( Actual Result ).
Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sisitem untuk memasukkan dan
mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang
diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi
setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Proses
memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun ( sekira tiada
perubahan ) Manakala guru matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas
peperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis
peperiksaan yang telah dijalankan.
Satu sistem yang bagus berpusat ” One stop center ” tetapi kelemahan dia, oleh kerana
berpusat, jika terlalu ramai orang akses ia boleh berlaku kesesakan trafik.
. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK) Perak
Pada 11 Julai 2009, YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan enam bidang NKRA
iaitu i) Mengurangkan Kadar Jenayah, ii) Memerangi Rasuah, iii) Meluaskan Akses Kepada
Pendidikan berkualiti dan Berkemampuan, iv) MeningkatkanTaraf Hidup Rakyat
Berpendapatan Rendah, v) Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan pedalaman dan vi)
Menambah Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana.
3. Di bawah NKRA Pendidikan iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan, empat sub NKRA telah dikenalpasti iaitu i) Prasekolah, ii) LINUS, iii)
Sekolah Berprestasi Tinggi dan iv) Tawaran Baru kepada Pengetua/Guru Besar.
12. Soalan-soalan lain yang berkaitan dengan kos anda : Cth bagi KPLI j-QAF Apakah
Peranan Guru j-QAF dalam membangunkan modal insan.
Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) ini merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan
kepada sistem pendidikan negara yang mana tempoh pelaksanaanya adalah dari tahun depan
sehingga tahun 2025.
Sebelum ini, iaitu sekitar 2006 sehingga 2010 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
digunapakai dan sejajar dengan kemajuan serta trend negara yang semakin berubah
memerlukan satu pembaharuan dimana ia dirangka didalam satu pelan baru iaitu Pelan
Pembangunan Pendidikan ( PPP .
Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang
cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.
Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih
berkesan.
Meningkatkan kualiti sekolah.
Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam
pekerjaan
Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan
kebolehan komunikasi berkesan.
Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.
Mengurus sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan
negara
Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.