You are on page 1of 5

1.

Pengenalan
Pendidikan berperanan dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri,
berketerampilan, berkeperibadian mulis, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal
insan yang ingin dilahirkan ini juga berupaya untuk berfikir secara kreatif dan
kritis,berkemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk
berhadapan dengan cabaran dunia global yang sering berubah-ubah mengikut peredaran
zaman. Terdapat beberapa fokus utama dalam membangunkan modal insan yang telah
menggariskan pelan tindakan bagi merangka strategi pembaharuan kepada struktur kurikulum
pendidikan kebangsaan dan juga kepada sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistic
serta menggariskan beberapa strategi yang perlu dilaksanakan bagi memantapkan dan
memperkukuhkan pelaksanaan sistem pendidikan Negara (Ghani, 2008 )
2. Pengertian Pentaksiran
Pengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada perkataan Greek
“Assidere” iaitu bermaksud “duduk di sisi” (Adimin, 2011 ). Menurut Ghafar ( 2011 )
pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian; proses yang sistematik yang melibatkan
pengumpulan, penganalisaan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar
terhadap objektif pengajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau
pentadbir membuat keputusan secara holistic tentang keseluruhan perkara yang telah
dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. Airasian ( 2004 ),
menyatakan bahawa pentaksiran adalah pengumpulan, sintesis dan interprestasi maklumat di
mana pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru dalam
membuat keputusan pembelajaran. Pentaksiran meliputi pelbagai prosedur yang digunakan
untuk memperolehi maklumat tentang pembelajaran pelajar ( pemerhatian, penilaian prestasi
atau projek, ujian kertas pensel ) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai kemajuan
pembelajaran (Linn & Miller, 2005 )

Jesteru itu, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada
proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan
bagi membuat penanbahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Pentaksiran Autentik

Saptu & Said ( 2011 ) menjelaskan definisi pentaksiran autentik adalah ianya merujuk kepada
alternatif ke arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Menurut Logsdon ( 2011 ),
pentaksiran autentik mempunyai bentuk pentaksiran yang berbeza di mana dapat menampung
ketidakupayaan pelajar. Satu pentaksiran yang silih berganti boleh mengurangkan kesan
ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan untuk menunjukkan apa yang pelajar fahami.
Pentaksiran autentik juga merupakan penggunaan pendekatan bukan tradisional dalam menilai
prestasi pelajar ( Aurbach& Associates, 2011 ).

Pentaksiran autentik secara umumnya ditakrifkan sebagai kaedah penilaian yang


merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional seperti ujian pensel-kertas.Pentaksiran
autentik menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang mana
tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti pentaksiran
sumatif. Ia bertujuan untuk mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar
dengan meminta pelajar untuk menyelesaikan tugasan terbuka yang mengambil tempoh lebih
daripada satu kelas untuk melengkapkannya ( Companies, 2011 ).

Jesteru itu, pentaksiran autentik adalah pentaksiran di mana pelajar menghasilkan atau
mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu persoalan, boleh berbentuk esei atau lukisan, yang
bertentangan dengan kaedah memilih daripada jawapan yang telah diberikan, seperti yang
lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan. Pentaksiran autentik termasuk menjawab soalan
pendek, esei, penilaian prestasi, persembahan lisan,pameran, dan juga portfolio. Pentaksiran
autentik ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara kreatif
melalui pilihan pelajar sendiri.Pentaksiran autentik merupakan aktiviti pentaksiran yang
dijalankan tidak seperti pentaksiran yang menekankan konsep pensel-kertas untuk menguji dan
mengukur.Maka, pentaksiran autentik boleh dirujuk sebagai pentaksiran formatif atau
pentaksiran untuk pembelajaran.

Menurut Bailey ( 1998 ),pentaksiran tradisional adalah secara tidak langsung, tidak
autentik, one-shot, speed-based , dan rujukan norma. Law & Eckes ( 1995 )menggariskan isu
yang sama dan menyatakan bahawa pentaksiran tradisional adalah ujian –peristiwa tunggal (
single-occasion) iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh lakukan pada suatu masa
tertentu. Walau bagaimanapun, skor ujian tidak dapat menunjukkan perkembangan pelajar
tersebut. Selain itu, ia tidak dapat menggambarkan kesukaran pelajar semasa melakukan ujian.
Bailey ( 1998 ) juga menyebut bahawa tiada maklum balas yang disediakan kepada pelajar
dalam pentaksiran ini. Law & Eckes ( 1995 ) menunjukkan kebanyakkan ujian yang seragam
mentaksir hanya kemahiran berfikir pelajar yang rendah. Manakala Dikli ( 2003 ) menyatakan
bahawa pentaksiran tradisional sering memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan
melihat kembali pembelajaran, yang mana tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Sistem
pentaksiran pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan pelajar
mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran yang lain tidak diaplikasi,
dianalisis, disintesis dan dinilai dalam sesuatu penilaian ( Begum& Farooqui , 2008 ).

Sebaliknya pentaksiran autentik, mentaksir kemahiran berfikir yang lebih tinggi.


Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang mereka belajar. Pentaksiran autentik
memberi tumpuan kepada perkembangan dan prestasi pelajar tersebut iaitu, sekiranya seorang
pelajar gagal untuk melaksanakan tugas yang diberikan pada masa tertentu, pelajar tersebut
masih mempunyai peluang untuk menunjukkan kebolehan pada bila-pbila masa yang berbeza
dan keadaan yang berbeza.

Pentaksiran autentik atau pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran


secara berterusan. Pentaksiran autentik ini dijalankan untuk memastikan setiap pelajar
memahami dan dapat menterjemah kehendak tugasan. Guru juga dapat menetukan apa yang
boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. Pentaksiran yang bersifat autentik adalah
pentaksiran kerja kursus/ portfolio, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum,
sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri pelajar dapat dilaksanakan, malahan proses
pembinaan modal insan yang holistik dapat juga diteruskan sejajar dengan saranan Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ( Khan, 2009 )

4. Kepelbagaian Aktiviti Membolehkan Perlaksanaan Pentaksiran


Autentik

Gambaran yang lebih baik terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat diberikan dengan
menggunakan pelbagai pentaksiran dalam bilik darjah.

 Pentaksiran prestasi – Pelajar dikehendaki untuk mencipta sesuatu produk atau merumuskan
tindak balas yang menunjukkan penguasaan dalam kemahiran atau kefahaman tentang proses
atau konsep. Lazimnya, pentaksiran prestasi autentik kerana distrukturkan berdasarkan sesuatu
masalah atau situasi sebenar.
 Pemerhatian guru – Guru memerhatikan pelajar-pelajar yang terlibat dalam pelbagai tugas
atau aktiviti dengan menggunakan senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya untuk
merekodkan prestasi pelajar dalam mencapai satu penanda aras yang tertentu.
 Persidangan – Guru dan dialog pelajar, menilai kemajuan pelajar untuk mencapai satu atau
lebih matlamat yang tertentu.
 Pentaksiran sendiri – Pelajar memikirkan dan menilai kerja mereka sendiri dengan kriteria
taksiran yang dibangunkan oleh guru atau pelajar
 Pentaksiran rakan sebaya- Pelajar menilai kerja antara satu sama lain dengan kriteria
penilaian yang dibangunkan oleh guru atau pelajar-pelajar.
 Pentaksiran kerja kursus / portfolio – Kerja pelajar direkodkan dalam koleksi bahan-bahan
yang dipersetujui oleh pelajar atau guru, menjangkaui tempoh masa, yang menggambarkan
proses pembelajaran pelajar, perkembangan, dan pencapaian dalam cara yang teratur dan
sistematik.

5. Kesimpulan

Pentaksiran yang berkesan bukan hanya bergantung kepada bagaimana tafsiran dan analisis
dilakukan, tetapi bagaimana menggunakan instrumen terhadap sesuatu domain perkembangan
pelajar itu sangat penting.Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memahami, mahir dan
berupaya mengamalkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran yang sesuai dengan
sasaran utama pendidikan.Guru-guru juga harus melakukan refleksi kritikal terhadap amalan
yang digunakan agar dapat mengenal pasti kelemahan yang wujud ketika sesi pengajaran,
pembelajaran dan pentaksiran.

Daripada pengertian pentaksiran sebelum ini, menunjukkan bahawa pentaksiran adalah


gabungan pengukuran dan penilaian.Pentaksiran tradisional lebih banyak dikaitkan dengan
peperiksaan di mana pencapaian dan prestasi seseorang pelajar itu dilihat dan ditentukan oleh
skor atau markah yang diperolehi dalam sesuatu peperiksaan yang didudukinya. Sesuatu
peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan
ukuran tentang sejauh mana proses pengajaran-pembelajaran berkesan. Peperiksaan dikatakan
menyebabkan anak-anak belajar dan guru-guru mengajar tidak seperti sepatutnya iaitu
berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan.Hal ini dapat diperhatikan daripada fenomena pelajar
Tahun Enam di sekolah rendah, yang tidak lagi belajar seawall bulah Jun, kerana pelajar-pelajar
perlu diberi persediaan untuk menduduki peperiksaan. Mereka akan diberi latih tubi menjawab
soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan percubaan lebih daripada sekali.

Jesteru itu, dapat dirumuskan bahawa pentaksiran autentik atau pentaksiran


pembelajaran merupakan salah satu pilihan dalam sistem pentaksiran yang dapat
memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar melalui kepelbagaian aktiviti serta berupaya
meningkatkan pembelajaran pelajar melalui produk yang dihasilkan di sekolah-sekolah.
6. Rujukan

Adimin, J. (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Retrieved,


fromhttp//www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPendidikan&se
c=Perspektif&pg=ps_01.htm
Airasian, P.W. ( 2004 ). Classroom Assessment; Concept and Applications ; ( 5thed ); McGraw-Hill
Aurbach, & Associates, I. (2011). About Alternative Assessment,
from.http//www.aurbach.com/alt_assess.html
Bailey, K. M. (1998). Learning About Language Assessment: Dilemmas, Decisions, and Directions ;
Heinle & Heinle Publisher.
Begum, M., & Farooqui,S. (2008). School Based Assessment : Will it Really Change the Educational
Scenario in Bangladesh ?. International Education Studies, Vol.1 (2 ), 45-53.
Companies, M. H (2011). Alternative Assessment Primer,
fromhttp//teachingtoday.glencoe.com/howtoarticles/alternative-assessment-primer.
Dikli, S. (2003). Assessment at a Distance :Traditional vs Alternative Assessment.The Turkish Online
Journal of Education Technology-TOJET,2 (3)
Ghafar, M. A. (2011).Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah ( 2nd ed. Vol.371.26 );Penerbit UTM
Press.
Ghani, T.H,. (2008). Membangun Modal Insan. Retrieved
from.http://sppkkedah.blogsport.com/2009/10/membangun-modal-insan.html
Khan, A.(2009). Tidak Lagi Bergantung 100% Kepada Peperiksaan - TPM. Retrieved
from..http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/tidak-bergantung-100-kepada
peperiksaan.html.
Law, B., & Eckes, M. (1995). Assessment ang ESL: on the yellow big road to the Withered of
OZ; Peguis Publishers.
Lim, R. L., & Miller, M. D.,(2005). Measurement and Assessment in Teaching ( 9th ed ): Pearson
Prentice Hall.
Logsdon, A.(2011). Alternative Assessment-What Is an Alternative Assessment ?,
fromhttp://learningdisabilities.about.com/od/learning_disability_term_A/g/alternative_asses
ment.htm.
Saptu, M., & Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif dalam Memperkayakan Pengetahuan dan
Meningkatkan Pembelajaran.

You might also like