You are on page 1of 6

SINTAKSIS | 51

UNIT 5
SINTAKSIS

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar diharap dapat:

1. Menerangkan definisi dan konsep berkenaan frasa, dan klausa


2. Mengenal pasti ciri-ciri frasa, dan klausa.

PENGENALAN
Sintaksis ialah bidang mengkaji ilmu linguistik berkaitan dengan proses pembinaan ayat. Hukum dan
rumus tatabahasa digunakan dalam bidang sintaksis hasil daripada unsur-unsur bahasa seperti
morfem, kata, frasa dan ayat bergabung.

Unit ini akan memperkenalkan perbincangan asas terhadap makna dan ciri-ciri frasa dan klausa.

ISI KANDUNGAN

Konsep Frasa

F rasa ialah unit terkecil dalam binaan sintaksis yang membina unit ayat. Frasa boleh terdiri
daripada satu perkataan dengan syarat perkataan itu boleh berdiri sendiri. Frasa boleh diperluaskan
menjadi dua perkataan, tiga perkataan atau lebih. Contoh frasa adalah seperti berikut:

JENIS FRASA CONTOH


Frasa Nama jurujual
jurujual itu
jurujual kosmetik itu
Frasa Kerja tulis
menulis
menulis surat
menulis surat rasmi
Frasa Adjektif lebat
sangat lebat
belum lebat lagi
Frasa Sendi Nama di pekan
di pinggir pekan
masih di pinggir pekan
SINTAKSIS | 52

Frasa boleh terdiri daripada unsur inti dan penerang. Kata inti ialah unsur yang menjadi fokus
manakala kata penerang ialah unsur yang menerangkan ciri-ciri fokus tersebut. Contoh inti dan
penerang adalah seperti berikut:

Kata Inti Kata Penerang Jenis Frasa


pisau Tajam Frasa Nama
(KN) (KA)
goreng Ikan Frasa Kerja
(KK) (KN)
tinggi sangat Frasa adjektif
(KA) (K. Penguat)
Frasa sendi
di + Kuala Lumpur (ada dua unsur inti iaitu kata
(K.Sendi) (K.Nama) sendi dan kata nama)

Frasa Nama

 Inti frasa nama boleh terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan dan kata ganti nama.
Contoh adalah seperti dalam rajah di bawah.

Frasa Nama

Kata Nama Kata Nama Terbitan Kata Ganti Nama


Kakak sudah memasak Kasihan sungguh pelarian Beliau telah merasmikan
bubur itu. majlis itu

Binaan frasa nama boleh terdiri daripada:

Unsur Contoh
Kata inti + kata inti sudu garpu, kerusi meja
Kata inti + kata penerang Kereta baharu, gunting tumpul, sos cili

 Binaan kata inti + kata inti terjadi apabila salah satu daripada kata inti tersebut tidak boleh
digugurkan.

 Binaan kata inti + kata penerang pula lebih dikenali sebagai hukum D-M. Kata inti pada
kedudukan pertama frasa ialah unsur diterangkan (D). Manakala unsur penerang yang hadir
pada kedudukan kedua ialah unsur menerangkan (M).
Frasa Kerja

 Inti frasa kerja terdiri daripada kata kerja. Dalam binaan frasa kerja boleh disusuli dengan
kata bantu seperti pernah, akan, mahu, ingin, mesti dan sebagainya.

 Frasa kerja terbahagi kepada dua iaitu Frasa kerja transitif dan Frasa Tak Transitif.
SINTAKSIS | 53

 Frasa kerja transitif kata intinya tidak boleh berdiri sendiri dan perlu disambut objek bagi
melengkapkan maknanya.

 Frasa kerja tak transitif pula terbahagi kepada dua iaitu berpelengkap dan tanpa
pelengkap.
Contoh frasa kerja:

Jenis Frasa Kerja Ciri-ciri Contoh

Perlu ada objek Kucing menangkap tikus itu.


sebagai penyambut
kata kerja (tikus ialah objek yang menyambut
kata kerja menangkap)

Boleh dipasifkan Tikus ditangkap oleh kucing itu.


Frasa Kerja Transitif
Boleh disertai unsur Aina tidur lena semalam
keterangan

Tidak boleh Kami tinggal di kampung Kati.


dipasifkan
(jika dipasifkan, ayat tersebut lari dari
maksud asal)

Ada pelengkap jika Kami tinggal di kampung kati. (di


Frasa Kerja Tak Transitif kata intinya tidak kampung kati ialah unsur pelengkap
boleh berdiri sendiri. bagi kata kerja tinggal yang tidak
boleh berdiri sendiri)

Tidak berlengkap jika Juni melompat


kata intinya boleh
berdiri sendiri dan Shahfik sentiasa ketawa
tidak perlu disambut
(kata kerja melompat dan ketawa ialah
frasa lain untuk
kata kerja tak transitif yang tidak
melengkapkan ayat.
memerlukan pelengkap kerana boleh
berdiri sendiri.

Frasa Adjektif

 Inti frasa adjektif ialah kata adjektif.

 Binaan kata adjektif boleh terdiri daripada mengisi frasa nama, kehadiran kata penguat dan
juga kata bantu.

Jenis frasa adjektif Contoh

Mengisi frasa nama Warna rambut Aida hitam


Kehadiran kata penguat Adik terlalu nakal
Kehadiran kata bantu Dia sudah tinggi
SINTAKSIS | 54

Frasa Sendi Nama

 Tidak mempunyai satu unsur kata inti. Frasa ini terdiri daripada kata sendi dan diikuti oleh kata
nama atau frasa nama.

 Terdapat tiga binaan frasa sendi nama seperti di dalam jadual di bawah:

Jenis frasa sendi nama Contoh

Kata sendi nama + Kata nama Ke sekolah, di pejabat tanah.


Kata sendi nama + (kata arah)+ kata nama di tepi sungai, ke atas bumbung.
Kata sendi nama + (kata arah) + kata nama + di tepi jalan pada setiap hari Sabtu.
(frasa keterangan)

KONSEP KLAUSA

K lausa boleh dianggap sebagai ayat-ayat keci dalam ayat utama. Klausa boleh terdiri daripada
subjek dan predikat dalam ayat. Ayat boleh diperluaskan dengan penambahan klausa pada ayat
utama. Klausa ada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tidak bebas.

Jenis Klausa Ciri-ciri Contoh


Klausa bebas Boleh berdiri sendiri sebagai ayat. Afifi makan nasi.
Ayat lengkap yang menjadi sebahagian
daripada ayat yang lebih besar.

Klausa tidak bebas Tidak boleh berdiri sendiri kerana tiada kerana berasa lapar.
subjek ayat.

Bila digabungkan klausa bebas dan tidak bebas maka ayat besar Afifi makan nasi kerana berasa
terhasil lapar.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, sintaksis terdiri daripada unit terkecil ayat iaitu frasa yang membentuk klausa.
Apabila klausa ini digabungkan maka terbentuklah ayat. Setiap frasa, klausa dan ayat mempunyai ciri-
ciri yang tersendiri berdasarkan fungsi dan konteks yang boleh digunakan bagi menyampaikan
maklumat melalui bahasa.
SINTAKSIS | 55

Aktiviti latihan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan hukum D-M dan berikan contoh hukum D-M.
2. Nyatakan jenis klausa dan berikan contoh jenis klausa.

RINGKASAN

1. Sintaksis ialah bidang mengkaji ilmu linguistik berkaitan dengan proses pembinaan ayat.
2. Frasa boleh terdiri daripada satu perkataan dengan syarat perkataan itu boleh berdiri sendiri.
3. Frasa boleh diperluaskan menjadi dua perkataan, tiga perkataan atau lebih.
4. Klausa boleh dianggap sebagai ayat-ayat keci dalam ayat utama. Klausa boleh terdiri daripada
subjek dan predikat dalam ayat.
5. Ayat ialah serangkai perkataan yang mengandungi makna yang lengkap. Pada kebiasaannya
ayat terdiri daripada subjek dan predikat

PETA KONSEP

Klausa Ayat

Pola ayat dasar

Susunan Ayat

Bentuk Ayat

Ragam Ayat

Jenis Ayat

KATA KUNCI

1. Frasa 1. Pola Ayat Dasar


2. Klausa Bebas 2. Ayat
3. Klausa Tidak Bebas 3. Sintaksis
SINTAKSIS | 56

PENILAIAN KENDIRI

1. Terangkan maksud frasa.


2. Apakah maksud klausa bebas?
3. Apakah perbezaan antara ayat tunggal dan ayat majmuk?

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Diana Jumadi, Muhammad Fawiz, Nor Sahara et. al (2016) Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Ragha
Publication Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. Frasa terdiri daripada satu perkataan dengan syarat boleh berdiri sendiri. Frasa juga boleh
diperluaskan menjadi dua atau tiga perkataan mengikut konteks ayat.

2. Klausa bebas ialah unit ayat kecil yang boleh berdiri sendiri kerana mempunyai subjek. Klausa boleh
merupakan ayat lengkap dan menjadi sebahagian daripada ayat utama.
3. Ayat tunggal terbentuk daripada satu unsur subjek dan satu unsur predikat. Terdapat empat jenis
ayat tunggal yang mendukung pola ayat dasar. Ayat majmuk pula terbina hasil daripada gabungan
sekurang-kurangnya dua ayat yang dihubungi oleh kata hubung. Ayat majmuk terdiri daripada tiga
jenis iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk keterangan.

You might also like