Cadangan Pembinaan Dewan Terbuka SMKTBR

You might also like

You are on page 1of 1

CADANGAN PEMBINAAN DEWAN TERBUKA SMKTBR (1)

Pendahuluan

SMKTBR (1) mula beroperasi pada tahun 2003 dengan jumlah murid seramai 367 orang, murid
murid yang belajar di sini tinggal disekitar Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Selaras dengan
pembangunan di kawasan sekitar dan pertambahan bilangan penduduk di taman Bunga Raya
bilangan murid juga bertambah,

2013 - 1814 orang murid

2014 - 1856 orang murid

2015 - 1842 orang murid

Memandangkan jumlah murid bertambah, sekolah memerlukan kemudahan infrastruktur untuk


kemudahan murid. Antara masalah utama ialah sekolah tidak mempunyai dewan untuk
perhimpunan murid sessi petang dan tempat untuk menjalankan aktiviti kokurikulum. Masalah
ketiadaan tempat menjadi semakin rumit khususnya semasa hujan

Aktviti kokurikulum pada hari Rabu terpaksa diadakan di kantin atau kawasan terbuka kerana
kekurangan bilik darjah. Dengan sebab itu, sekolah memerlukan kawasan berbumbung untuk
perhimpunan murid sessi petang dan menjalankan aktiviti kokurikulum murid sessi pagi dan petang.

Matlamat/Objektif

Melahirkan murid yang berdisiplin melalui perhimpunn harian

Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum kerana mempunyai tempat untuk menjalankan aktiviti


walaupun hari hujan

Meningkatkan kecemerlangan kurikulum khususnya mata pelajaran Pendidikan Jasmani melalui


kemudahan prasarana

Menjadi pemangkin kepada penglibatan murid dalam sukan dan permainan

Perlaksanaan projek

Lokasi yang dicadangkan ialah gelanggang serbaguna bersebelahan dengan kantin. Gelanggang ini
menempatkan gelanggang bola keranjang, bola baling, sepak takraw dan bola jaring

Kadar keluasan yang sesuai 118' x 89', jangkamasa siap 5 bulan dan anggaran kos berjumlah
RM320,000.00 (Tiga ratus dua puluh ribu) sahaja

You might also like