You are on page 1of 44

EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

UJIAN RICIH TERUS

TUJUAN: Untuk menentukan kekuatan ricih suatu tanah tak jelekit yang kering

Radas : 1. Mesin ricih terus 2. Rod penghentak


3. Penimbang dengan kepekaan 0.1 gram 4. Jam randik
5. Skala

Teori :

Rintangan kepada ricih suatu tanah tak jelekit berpunca dari geseran di antara
butiran-butiran dan keadaan saling pegang-memegang di antara satu sama lain. Kekuatan
ricih ialah tegasan ricih yang diperlukan untuk mengakibatkan peluncuran ke atas satu
permukaan melalui tanah, atau s =  tan,

Dengan  = tegasan normal dan


 = sudut rintangan ricih

Dalam suatu ujian ricih terus, tanah dikenakan tegasan sehingga gagal dengan
menggerakkan satu bahagian bekas tanah berhubung dengan satu bahagian tanah yang
lain. Bila suatu daya ricih dengan magnitud yang mencukupi dikenakan, bahagian bawah
kotak bergerak berhubung dengan bahagian atas menyebabkan ricihan tanah berlaku di
sepanjang satu satah mengufuk yang mengasingkan kedua-dua kotak itu.
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

Tatacara :

1. Tentukan berat bagi susunan beban menggantung

2. Pasangkan bahagian-bahagian kotak ricih dan letakkannya di atas mesin ricih terus.
Dapatkan ukuran tinggi dalamnya dan luas kotak ricih.

3. Timbang bekas yang mengandungi tanah tak jelekit yang kering. Isikan kotak ricih
dengan tanah itu dan hentak, jika suatu sampel yang padat diperlukan. Timbang
semula bekas dan tentukan berat tanah jelekit yang digunakan dalam eksperimen.

4. Ukur jarak di antara bahagian atas tanah dari bahagian atas kotak ricih. Letakkan
jeriji atas (atau batu berliang untuk sampel tepu) dan blok pembebanan di bahagian
atas sampel tanah.

5. Kenakan beban normal yang sesuai, katakan 10kg. Jumlah beban normal ialah hasil
campur beban ini dengan berat kok pembebanan. Tanggalkan skru kunci dari kotak
ricih, kemudian angkat naik kerangka sedikit dengan memusing skru-skru jarak.
Selaraskan kotak ricih supaya ia hanya bersentuh dengan gelang tunjuk (proving
ring).

6. Pasangkan tolok-tolok dail yang mengukur anjakan ricih dan anjakan normal.
Catatkan bacaan awal bagi kedua-dua tolok ini.

7. Mulakan pembebanan dengan memusing gagang roda pada kadar 2 pusingan seminit.
Catatkan bacaan bagi ketiga-tiga tolok dail pada jeda masa 15 saat. Teruskan ujian
sehingga kegagalan berlaku, iaitu bila daya mengufuk menjadi malar. Perhatikan
nilai-nilai puncak dan muktamad.

8. Ulang tatacara di atas bagi sampel-sampel tanah baru yang lain dengan menggunakan
berat tanah yang sama, di bawah keadaan pemadatan yang sama seperti langkah 4 di
atas supaya ketumpatan adalah sama. Tambahkan beban normal kepada 20 kg dan
seterusnya 40 kg.
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

Keputusan :

Dari jadual, plotkan graf-graf yang berikut:

1. Graf tegasan ricih  (kN/m2) melawan anjakan ricih/mengufuk (mm) bagi setiap
beban normal yang digunakan.

Dari graf ini, berikan nilai-nilai berikut, iaitu:-

Bilangan Beban normal Tegasan normal Tegasan ricih muktamad


spesimen kN/m2 (bila kegagalan berlaku)

2. Graf anjakan normal/menegak (mm) melawan anjakan ricih/mengufuk (mm) bagi


setiap beban normal yang digunakan.

3. Graf tegasan ricih muktamad (kN/m2) melawan tegasan normal (kN/m2) bagi setiap
beban normal yang digunakan.

Dari graf ini berikan parameter-parameter kekuatan ricih, iaitu

Sudut geseran dalam,  = _________________

Nilai kejeleketan, c = _________________

Perbincangan :

1. Senaraikan beberapa langkah berjaga-jaga (selain daripada ralat-ralat yang mungkin


mempengaruhi parameter-parameter kekuatan ricih di atas), semasa menjalankan
ujian ricih terus.

2. Sebutkan tiga kebaikan dan tiga kekurangan bagi ujian ricih terus.

3. Sebutkan beberapa kegunaan bagi parameter-parameter kekuatan ricih yang


diperolehi dari ujian ricih terus.
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

SHEAR BOX TEST FORM

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

GEOTECHNICAL LABORATORY

SHEAR BOX TEST


REFERENCE : BS 1377 : 1990
Soil sample:
Data to Obtain Sample Density if not an Undisturbed Sample
Initial mass container = g
Final mass container + soil = g
Mass of soil used : g

Shear specimen
data
Sample
Dimensions; Side : cm Wet Density :
Height : cm Dry Density : g/cm3
Area : cm2 Moisture content : %
Volume
: cm3

Normal Load : kg Loading rate : mm/min


Load ring const.
Normal stress: kPa LRC: /div.

Vert. Vert. Horiz. Horiz. Corr. Load Horiz. Shear


dial displace dial displace area dail shear stress
reading V1 reading H1 A reading force kPa
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

Vert. Vert. Horiz. Horiz. Corr. Load Horiz. Shear


dial displace dial displace area dail shear stress
reading V1 reading H1 A reading force kPa

Vert. Vert. Horiz. Horiz. Corr. Load Horiz. Shear


dial displace dial displace area dail shear stress
reading V1 reading H1 A reading force kPa
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

SHEAR BOX TEST GRAPH


EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

UJIAN MAMPATAN TAK TERKURUNG

Tujuan : Untuk menentukan kekuatan mampatan tak terkurung dan kekuatan tak
tersalir suatu sampel tanah jelekit.
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

Radas : 1. Radas mampatan tak terkurung 2. Tiub sampelan


3. Penyemperit sampel 4. Penimbang
5. Ketuhar 6. Piring penyejat
7. Tin kosong (untuk penentuan kandungan 8. Skala dan spatula
lembapan)

Teori :

Dalam ujian ini, suatu spesimen tanah berbentuk silinder, biasanya berukuran 38
mm garispusat x 76 mm tinggi dikenakan dengan satu mampatan paksi tanpa sebarang
tekanan penahan.

Luas keratan rentas suatu spesimen bertambah dengan bertambahnya keterikan


iaitu, dengan berkurangnya dalam ukuran panjang. Andaikan bahawa luas awal ialah A0,
luas dibetulkan (corrected volume) bagi sampel tanah, A, boleh ditentukan dengan
formula.

A0
A [1]
1 

Diberika A0 = Luas awal


n
 = 
Keterikan =
0
0 = Panjang awal sampel tanah itu
 = Perubahan dalam panjang suatu sampel tanah

Kekuatan mampatan takterkurung suatu sampel tanah, q, diberikan


oleh formula

P
q  [2]
A

Dengan P= Beban paksi semasa kegagaln berlaku, dan


A= Luas dibetulkan bagi sampel tanah itu pada keterikan bila
kegagalan berlaku

Bagi tanah-tanah biasa, jika  ialah sudut rintangan ricih,


EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

 
q u  2c tan  45 0   [3]
 2

Bagi tanah liat, jika  = 0 di bawah keadaan tak bersalir, jadi

P
q u  2c  [4]
A

oleh yang demikian,

1
kekuatan ricih tak tersalir = c = cu = qu
2
[5]

Spesimen tanah selepas ujian boleh diacuan semula untuk mendapatkan suatu
sampel tanah dengan ketumpatan kering dan kandungan lembapan yang sama. Sampel
tanah teracuan semula ini boleh dikenakan ujian untuk mendapatkan kekuatan ricih tak
terkurung teracuan semula. Istilah kepekaan ditakrifkan sebagai nisbah kekuatan ricih
bagi suatu sampel tanah tak terkurung kepada sampel tanah teracuan semula.

Penyediaan Sampel:

(Sampel Tak Terganggu)

1. Masuk tiub sampelan ke dalam suatu sampel tanah liat. Kemudian keluarkan tiub
sampelan bersama-sama dengan tanah liat.
2. Bubuh sedikit minyak di bahagian dalam acuan pisah. Kejadian timbang dan
dapatkan berat acuan pisah.
3. Semperit keluar sampel tanah liat dari tiub sampelan ke dalam acuan pisah dengan
menggunakan penyemperit sampel.
4. Potong dan arahkan supaya hujung sampel tanah sejajar dengan hujung acuan pisah.
Simpan buku potongan tanah untuk penentuan kandungan lembapan.
5. Timbang semula acuan pisah bersama-sama dengan sampel tanah untuk mendapatkan
berat sampel tanah.
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

Tatacara Ujian:

1. Ukur panjang dan diameter spesimen tanah.


2. Letakkan spesimen tanah di atas platen bawah supaya sepusat dengannya. Kemudian
turunkan platen atas supaya bersentuh dengan bahagian atas spesimen tanah.
Selaraskan tolok-tolok dail gelang tunjuk dan pencanggahan supaya bacaannya
bersama sifar.
3. Kenakan beban mampatan pada kadar keterikan yang seragam bersamaan lebih
kurang 5% minit.
4. Catatkan bacaan tolok dail gelang tunjuk yang bersamaan dengan setiap satu
milimeter pencanggahan spesimen itu.
5. Teruskan ujian sehingga tolok dail beban berkurangan selepas mencatatkan satu nilai
maksimum yang nyata atau mencatatkan satu pencanggahan tegak sebanyak 16 mm,
yang mana berlaku lebih awal.
6. Lakarkan corak sampel tanah selepas kegagalan berlaku.
7. Jika permukaan ricih adalah nyata, berikan sudut di antara satah kegagalan (berlaku)
dengan satah mengufuk.
8. Sampel tanah selepas kegagalan berlaku ditimbang semula untuk penentuan
kandungan lembapan akhir.

KEPUTUSAN

1. Lakarkan ragam kegagalan bagi sampel tanah setelah kegagalan berlaku.


2. Berikan sudut di antara satah kegagalan dengan satah mengufuk.
3. Dari jadual, plotkan graf-graf yang berikut:-

a) Graf tegasan sisihan  (N/mm2) melawan keterikan paksi  (mm/mm)


Dari graf ini, berikan nilai maksimum,  iaitu mak

mak = ______________

Tegasan sisihan  Tegasan ricih 


(N/mm2) (N/mm2)

Keterikan,  (mm/mm) Tegasan normal


n (N/mm2)
Graf tegasan sisihan
Melawan keterikan paksi Bulatan Mohr dan plot sampul
Kegagalan bagi contoh ujian
Mampatan takterkurung
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

b) Bulatan Mohr dan plot sampul kegagalan


Dari graf ini, berikan sifat-sifat kekuatan tanah, iaitu

 = ______________

Cu = _____________

PERBINCANGAN

1. Bincangkan samada keadaan-keadaan UU (tak terkurung dan tak tersalir) dipenuhi


atau tidak dalam ujian yang telah dijalankan.

2. Bincangkan cara melukis bulatan Mohr dan sampul kegagalan bagi ujian yang telah
dijalankan.

3. Senaraikan beberapa kegunaan bagi kekuatan ricih tak bersalir.


EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

UNCONFINED COMPRESSION TEST FORM

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

GEOTECHNICAL LABORATORY

UNCONFINED COMPRESSION TEST


REFERENCE : BS 1377 : 1990
Sample
Date

Diam. Area A Ht., L


__________________ __________________________ ____________________________

Vol. Wt. Wet unit. Wt.


__________________ ___________________________ ______________________

Dry unit wt. LRC :


Water content, w % __________ _______________________ _______________

Deformation Load Sample Unit Area Corrected Total Load on Sample


Dial Dial Deformation Strain CF Area, A Sample Stress
Reading ( Unit ) ΔL ΔL/L 1- ε ( ) ( Col .2 x kPa
( ) ( ) LRC
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

UNCONFINED COMPRESSION TEST FORM

Deformation Load Sample Unit Area Corrected Total Load on Sample


Dial Dial Deformation Strain CF Area, A Sample Stress
Reading ( Unit ) ΔL ΔL/L 1- ε ( ) ( Col .2 x kPa
( ) ( ) LRC

Unconfined Compressive Strength qx ________ ________ kPa Cohesion = qx / 2 = _________ kPa__


EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

UNCONFINED COMPRESSION TEST FORM

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

GEOTECHNICAL LABORATORY

UNCONFINED COMPRESSION TEST


REFERENCE : BS 1377 : 1990
Sample
Date

Diam. Area A Ht., L


__________________ __________________________ ____________________________

Vol. Wt. Wet unit. Wt.


__________________ ___________________________ ______________________

Dry unit wt. LRC :


Water content, w % __________ _______________________ _______________

Deformation Load Sample Unit Area Corrected Total Load on Sample


Dial Dial Deformation Strain CF Area, A Sample Stress
Reading ( Unit ) ΔL ΔL/L 1- ε ( ) ( Col .2 x kPa
( ) ( ) LRC
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

UNCONFINED COMPRESSION TEST FORM

Deformation Load Sample Unit Area Corrected Total Load on Sample


Dial Dial Deformation Strain CF Area, A Sample Stress
Reading ( Unit ) ΔL ΔL/L 1- ε ( ) ( Col .2 x kPa
( ) ( ) LRC

Unconfined Compressive Strength qx ________ ________ kPa Cohesion = qx / 2 = _________ kPa__


EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

UNCONFINED COMPRESSION TEST FORM

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

GEOTECHNICAL LABORATORY

UNCONFINED COMPRESSION TEST


REFERENCE : BS 1377 : 1990
Sample
Date

Diam. Area A Ht., L


__________________ __________________________ ____________________________

Vol. Wt. Wet unit. Wt.


__________________ ___________________________ ______________________

Dry unit wt. LRC :


Water content, w % __________ _______________________ _______________

Deformation Load Sample Unit Area Corrected Total Load on Sample


Dial Dial Deformation Strain CF Area, A Sample Stress
Reading ( Unit ) ΔL ΔL/L 1- ε ( ) ( Col .2 x kPa
( ) ( ) LRC
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

UNCONFINED COMPRESSION TEST FORM

Deformation Load Sample Unit Area Corrected Total Load on Sample


Dial Dial Deformation Strain CF Area, A Sample Stress
Reading ( Unit ) ΔL ΔL/L 1- ε ( ) ( Col .2 x kPa
( ) ( ) LRC

Unconfined Compressive Strength qx ________ ________ kPa Cohesion = qx / 2 = _________ kPa__


EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

UJIAN RICIH RAM

Tujuan: Untuk menentukan kekuatan ricih tak tersalir bagi suatu tanah liat

Radas : 1. Radas ram makmal dan aksesori


2. Tiub sampelan
3. Ketuhar
4. Sudip (spatula)
5. Alat mentrim
6. Jam randik

Teori :

Dalam ujian ram, ram yang mempunyai empat bilah dan berbentuk palang
ditolak ke dalam tanah dan kemudian dipusing. Tork diperlukan untuk mengira kekuatan
ricih tak tersalir bagi suatu tanah liat. Prinsipnya ditunjukkan dalam Rajah 1 dan radas
ram dalam Rajah 2.

Jika tork yang dikenakan rendah, ia ditentang oleh satu tork lawan (mengelilingi
permukaan silinder yang memusing) yang sama magnitud. Apabila tork ini ditambahkan
ke suatu nilai yang cukup untuk mengerahkan kekuatan ricih tak bersalir, rintangan ricih
maksimum, bersamaan dengan kekuatan tak bersalir bagi sampel tanah liat, dicapai
serentak pada semua permukaan yang menggelongsor. Jumlah tork yang merintang (total
resisting torque), Tr, terdiri daripada dua komponen, iaitu T1 dan T2, dengan :

T1 = tork yang diberikan oleh rintangan pada permukaan silinder,

T2 = tork yang diberikan oleh rintangan pada permukaan berbentuk bulat di


kedua-dua hujung

Jadi, Tr  T1  T2
d 
T1  dh  sNmm
2
 d 2  1  d 3
T2  2   s  sNmm
 4  3  6

h d 
Jadi, T  Tr  d 2    Nmm
2 6
d  h d 
2
atauT     Nmm
1000  2 6 
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

Dengan Cu = Kekuatan ricih takbersalir bagi tanah liat, kN/m2


d = Garispusat ram, mm
h = Ketinggian ram, mm

Tork T (= Tr) yang dikenakan kepada aci ram adalah berkadar langsung kepada
pesongan sudut  (darjah) bagi pegas kilasan,

T = k
Dengan K = pemalar pegas, Nmm/0
Semasa kegagalan berlaku, T = Tr dan  = f

d 2  h d 
atau T  Tr  K f    C u
1000  2 6 
1000 K f
jadi, C u  kN / m 2
h d 
d 2   
2 6

jika d= 12.7 mm dan h = 12.7 mm

h d 
     6.35  2.117   8.467C u
2 6
 12.7 
2
atau Tr  x 8.467 C u
1000
 4.29 C u
K f
jadi , C u  kN / m 2
4.29

dengan f dalam unit darjah, dan


K dalam unit Nmm/0

Tatacara - Pelarasan

Jika ram dihalang daripada berpusing apabila gagang/’handle’ (e) diputarkan


(lihat Rajah 2 dan Rajah 3), skala bersenggat dalam (n) (lihat Rajah 3) akan berputar
melalui suatu sudut yang sama dengan hujung atas pegas. Aci tegak (h) dan penunjuk (g)
tidak akan bergerak.

Penunjuk (g) memberikan bacaan sifar di skala dalam (n). Putaran di skala dalam
(n) dibaca untuk mengira tork yang dikenakan. Penunjuk (g) akan berada dalam
kedudukan ini jika tork dikurangkan.

Apabila kegagalan berlaku, bacaan bagi penunjuk di skala dalam (n) memberikan
 (bersamaan 260 di Rajah 3 [b] dan tork T = K  Nmm.
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

Bacaan bagi penunjuk di skala luar (f) memberikan putaran bagi ram [170 di
Rajah 3 (b)]

Putaran bagi skala dalam (n) relatif kepada skala luar (f) boleh dibaca sebagai
suatu sudut di skala luar (f) sepadan dengan bacaan sifar di skala dalam (n). [Di Rajah 3
(b), ia adalah 260 + 170 = 430]. Ia menunjukkan jumlah putaran (total rotation) bagi unit
pemacu (drive unit) dan adalah bersamaan dengan jumlah bacaan bagi penunjuk di skala
dalam (n) dan skala luar (f).

Tatacara:

1. Gunakan sampel takterganggu atau yang disediakan di dalam makmal.


2. Apitkan tiub sampelan pada kedudukannya di bawah ram
3. Pilih pegas kilasan mengikut kekuatan ricih (pegas 1 – untuk kekuatan ricih
bersamaan 20 kN/m2.
4. Himpunkan (assemble) radas ricih ram. Kemudian pasangkan ram dan pegas.
5. Gerakkan penunjuk (g) pada tolok supaya ia adalah bersentuhan dengan pembawa
(m) yang berada di atas aci ram. Pegang tombol (h) dan putarkan pembawa sehingga
penunjuk (g) memberikan bacaan sifar di skala dalam (n). Putarkan hendal supaya
penunjuk (g) juga memberikan bacaan sifar di skala luar (f).
6. Turunkan perhimpunan ram dengan memusing hendal (e) yang berada di atas pusat
sampel tanah sehingga tusukan yang diperlukan telah tercapai.
7. Catatkan kedua-dua bacaan mula/awal bagi penunjuk di skala dalam dan di skala luar,
kepada setengah darjah yang terdekat.
Putarkan ‘handle’ mengikut arah pusingan jam dengan kadar seragam bersamaan
lebih kurang 1 pusingan/saat sehingga jarum terpisah.
8. Pusingkan ram dengan cepat melalui 2 pusingan lengkap untuk mengacuan semula
(remould) tanah tersebut di kawasan/zon tertegas (sheared zone). Betulkan penunjuk
(g) supaya ia bersentuhan dengan pembawa (m).
9. Selepas tanah di acaun semula, ulang ujian untuk kedudukan lain bagi sampel
takterganggu di dalam tiub atau sampel-sampel tak terganggu lain bagi tanah yang
sama.
10. Tentukan nilai purata untuk kekuatan tak tersalir bagi kekuatan tak terganggu dan
kekuatan teracuan semula.
Tentukan kepekaan bagi tanah liat.

Pengiraan :

1. Bacaan-bacaan pesongan sudut ditunjukkan oleh penunjuk (g) di skala dalam (n)
setelah setiap ujian ricih memberikan pesongan sudut relatif (0) bagi hujung-hujung
pegas semasa kegagalan berlaku.
2. Kekuatan ricih Cu bagi tanah liat tersebut ditentukan dengan menggunakan
persamaan.
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

1000 K f
Cu  kN / m 2
h d 
d 2   
2 6

Nilai Cu dicari untuk 3 – 4 sampel dalam keadaan tak terganggu dan keadaan teracuan
semula.

Keputusan :

1. Catatkan ukuran-ukuran fizikal bagi ram dalam jadual di bawah.

1 2 3 Purata
Ketinggian ram, H
Garispusat ram, D

2. Catatkan pesongan sudut maksimum yang tercapai f semasa kegagalan berlaku ke


dalam

Bilangan 1 2 3 4 5 Purata
Pesongan sudut
maksimum, f

Purata pesongan sudut maksimum,  = _______________________ 0

3. Dapatkan pemalar pegas, k Nmm/0 k = ___________________ Nmm/0

gunakan persamaan (3), tentukan kekuatan ricih tak bersalir, Cu

Cu = ____________ N/mm2

Atau Cu = ____________ kN/m2

4. Tentukan kepekaan St, yang ditakrifkan sebagai nisbah bagi nilai purata kekuatan tak
bersalir dalam keadaan tak terganggu kepada nilai purata kekuatan tak bersalir dalam
keadaan teracuan semula. Iaitu,
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

C u ( purata )
St 
C r ( purata)

5. Dapatkan juga nilai purata bagi kandungan lembapan dan ketumpatan bagi sampel-
sampel itu.

Perbincangan :

1. Sebutkan langkah-langkah berjaga-jaga dan masalah-masalah yang dihadapi semasa


menjalankan ricih ram.

2. Bincangkan kegunaan bagi ujian ricih ram

3. Bandingkan keputusan yang diperolehi di makmal dengan keputusan teori.

BORANG UJIAN RICIH RAM

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

GEOTECHNICAL LABORATORY

UJIAN RICIH RAM


EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

REFERENCE : BS 1377 : 1990


Catatkan ukuran-ukuran fizikal bagi ram dalam jadual di bawah.

1 2 3 Purata
Ketinggian ram, H
Garispusat ram, D

Catatkan pesongan sudut maksimum yang tercapai f semasa kegagalan berlaku ke


dalam

Bilangan 1 2 3 4 5 Purata
Pesongan sudut
maksimum, f

Purata pesongan sudut maksimum,  = _______________________ 0

Dapatkan pemalar pegas, k Nmm/0 k = ___________________ Nmm/0

gunakan persamaan (3), tentukan kekuatan ricih tak bersalir, Cu

Cu = ____________ N/mm2

Atau Cu = ____________ kN/m2

Tentukan kepekaan St, yang ditakrifkan sebagai nisbah bagi nilai purata kekuatan tak
bersalir dalam keadaan tak terganggu kepada nilai purata kekuatan tak bersalir dalam
keadaan teracuan semula. Iaitu,

C u ( purata)
St 
C r ( purata)

UJIAN PENGUKUHAN OEDOMETER

Tujuan :

Untuk menentukan nilai cv, iaitu pekali pengukuhan dan nlai mv, iaitu pekali
kebolehmampatan isipadu bagi sampel tanah jelekit teracuan semula.

Radas :

1. Sel pengukuhan oedometer


2. Tolok dail mikrometer/mampatan
3. Kerangka beban
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

4. Jisim tertentukur
5. Jam randik
6. Gris silikon
7. Kertas turas
8. Air suling
9. Jangkasuhu
10. Penimbang
11. Tin kosong
12. Pemangkas/pemotong

Andaian:

1. Tanah ialah homogen (sejenis) dan tepu sepenuhnya.


2. Tanah terdiri daripada zarah-zarah galian yang takbolehmampat
3. Air adalah takbolehmampat
4. Hukum Darcy adalah benar bagi aliran air dalam proses pengukuhan
5. Perubahan isipadu berlaku dalam arah tegasan dikenakan, iaitu perubahan satu
dimensi
6. Pekali kebolehmampatan dalam arah tegasan dikenakan adalah malar
7. Perubahan isipadu adalah sama dengan perubahan dalam nisbah lompang
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

Teori :

Pertimbangkan satu model sampel tanah dikenakan dengan satu tegasan berkesan
yang semakin bertambah:-

Perubahan dalam isipadu, V, yang disebabkan oleh penambahan dalam tegasan berkesan
, boleh diberikan oleh perubahan dalam tebal, H atau perubahan dalam nisbah
lompang, e.

V H e
Jadi keterikan isipadu, V  H  1  e
0 0

e
Oleh yang demikian, perubahan dalam ketebalan, H = 1  e H 0
0

Keterikan isipadu adalah bergantung kepada penambahan dalam tegasan berkesan, dan
enapan pengukuhan, Sc diberikan oleh

S c  ΔH  m v Δσ' Ho
dengan m v  pekali kebolehmampatan isipadu
H
jadi mv  m 2 /kN
σ' Ho

Dalam Teori pengukuhan satu dimensi, Terzaghi merumuskan satu persamaan


kebezaan separa yang menghubungkan tekanan air liang lebihan, masa dan kedalaman
satu elemen tanah yang tiba-tiba dikenakan dengan suatu beban teragih seragam, iaitu

u  2u
 Cv  2
l z

dengan u = tekanan air liang lebihan

t = masa yang berlalu selepas beban dikenakan


cv = pekali pengukuhan
k
 m 2 tahun
γ wmv

dan w = ketumpatan air (kN/m3)


k = pekali kebolehtelapan menegak bagi tanah tersebut (m/tahun)
mv = pekali kebolehmampatan isipadu (m2/mN)

Penyelesaian Terzaghi untuk persamaan kebezaan separa di atas diungkapkan


dalam 2 bentuk tak berdimensi, iaitu
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

cv t
Faktor masa Terzaghi, Tv 
d2

Diberikan d = panjang jalan aliran,

Dan darjah pengukuhan purata, Uv = S t


S ult

enapan dalam masa t


= enapan muktamad

Tatacara :

(A) Penyediaan spesimen

1. Masukkan kedua-dua batu berliang ke dalam air suling dan panaskan untuk beberapa
minit supaya mereka adalah tepu dan tidak akan menarik air dari spesimen tanah.
2. Tentukan uuran-ukuran fizikal gelang sel oedometer dengan menggunakan
mikrometer. Dapatkan juga jisimnya.
3. Dengan berhati-hati pangkas spesimen tanah supaya bergarispusat sama dengan
gelang sel oedometer dengan memotong bahagian luar, lebih kurang 6 mm daripada
tiub sampelan.
4. Masukkan spesimen tersedia di atas ke dalam gelang sel oedometer. Pastikan kedua-
dua hujung spesimen tanah sejajar dengan bahagian atas dan bahagian bawah gelang
sel oedometer.
5. Letakkan sekeping kertas turas (bergarispusat sedikit lebih kecil daripada gelang) di
antara tiap-tiap batu berliang dan spesimen tanah untuk mencegah butir-butir tanah
daripada memasuki batu berliang.
6. Kandungan lembapan awal bagi spesimen tanah mesti ditentukan dari baki potongan.
Tiga contoh yang mewakili spesimen tanah mesti diambil untuk pentuan kandungan
lembapan dan nilai-nilai mereka dipuratakan.
7. Pasangkan sel oedometer dan letakkannya di atas radas pembebanan, dengan
mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak mengganggu spesimen tanah sebelum
ia diuji.

(B) Turutan Pengujian

1. Letakkan tukul pembebanan (loading cap) di atas batu berliang atas supaya beban
paksi dapat dikenakan. Pastikan batu berliang dipusatkan di atas spesimen tanah.
2. Pasangkan tolok dail dan catatkan bacaannya, dz. Nilai dz adalah bacaan tolok dail
yang bersamaan dengan beban sifar.
3. Isikan sel pengukuhan dengan air suling sehingga penuh
4. Jika spesimen tanah tidak sangat lembut, kenakan satu tekanan kedudukan (seating
pressure) bersamaan 3 kN/m2. Samada catatkan bacaan akhir tolok atau catatkan
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

bacaan tolok pada masa-masa tertentu yang telah berlalu seperti yang diberikan di (B)
(5).
5. Kenakan satu tambahan beban yang bersamaan 6 kN/m2 dan catatkan bacaan pada
masa-masa berlalu yang diberikan di bawah.

Masa-masa bacaan tolok yang diperlukan

Kaedah pemasangan Log-masa


KAEDAH PEMASANGAN
PUNCA-KUASA-DUA-
MASA

0a 0a
¼ min ¼ min
½ min 1 min
1 min 2 ¼ min
2 min 4 min
4 min 6 ¼ min
8 min 9 min
15 min 12 ¼ min
30 min 16 min
1 jam 25 min
2 jam 64 min
4 jam 144 min
8 jam 225 min
16 jam 625 min
24 jam 900 min
1444 min
a
sebelum beban baru dikenakan

6. Sebaik sahaja bacaan tolok bagi jeda berlalu yang terakhir dicatatkan, buka semula
radas, keringkan air lebihan dari permukaan spesimen tanah itu. Letakkan spesimen
tanah di dalam ketuhar untuk penentuan kandungan lembapan akhir dan berat pepejal
tanah.
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

0.026 x (H) 2
cv  t
50

Nisbah
Enapan lompang, c
bertokok

Masa/min (skala log) atau Tekanan (kN/m2)


(punca-kuasa-dua-masa) (skala log)
Keputusan :

1. Dari jadual untuk bacaan enapan, lukiskan graf bagi


(a) enapan bertokok melawan log-masa, dan
(b) enapan bertokok melawan punca kuasa-dua-masa

2. Dengan menggunakan kaedah Taylor & Merchant, tentukan nilai cv bagi setiap
pertambahan dalam tekanan dan nilai mv.

3. Dengan menggunakan kaedah Casagrande dan maklumat dari Jadual 1, Jadual 2.1
serta Jadual 2.2, lengkapkan Jadual 3 untuk menentukan nilai cv dan nilai mv.
Seterusnya lukiskan graf bagi nisbah lompang melawan log tekanan.

Perbincangan :

1. Berikan beberapa langkah berjaga-jaga yang mesti diambil semasa menjalankan ujian
ini.

2. Senaraikan beberapa kekurangan bagi ujian pengukuhan oedometer.

3. Berikan beberapa kegunaan bagi ujian pengukuhan oedometer di makmal.


EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

BORANG BACAAN ENAPAN-UJIAN PENGUKUHAN

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

GEOTECHNICAL LABORATORY

UJIAN PENGUKUHAN OEDOMETER

REFERENCE : BS 1377 : 1990

Kedudukan : Tekanan pengumpulan :

…………………………………… ………………………….
Pembantu Teknik : Tarikh bermula :

……………………………. ………………………………….
Garispusat : Ketinggian :

…………………………………… ………………………………………
Nombor sel : Nombor gelang :

………………………………….. …………………………………
No. kedudukan : Nombor sampel :

………………………………. ……………………………….
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

BORANG BACAAN ENAPAN-UJIAN PENGUKUHAN

Bilangan penambahan
Tarikh
Beban
H 3 H 3 H 3

Masa

Masa

Masa
Tolok

Tolok

Tolok
Log (t)Log- Masa
Masa Berlalu, t

t
x10 x10 x10
mm mm mm

0 saat ------ 0
6 saat ------ .32
10 ------ .41
saat
15 ------ .50
saat
30 ------ .71
saat
1 min 0.00 1.0
2 min 0.30 1.41
4 min 0.60 2.0
8 min 0.90 2.83
15 1.18 3.9
min
30 1.48 5.5
min
60 1.78 7.75
min
120 2.08 11.0
min
240 2.38 15.5
min
480 2.68 2.19
min
1440 3.16 38.0
min
Pembetulan bertokok
Jumlah enapan bersih
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

BORANG HELAIAN PENGIRAAN – UJIAN


PENGUKUHAN

GEOTECHNICAL LABORATORY

UJIAN PENGUKUHAN OEDOMETER

REFERENCE : BS 1377 : 1990

Tarikh bermula : No.


kedudukan :
Kerja: No. sampel :
Jenis tanah : No. sel :
Nombor
gelang :

Sebelum ujian
Kandungan Graviti tentu, Gs :
lembapan
dari baki (ditentukan/diandai
potongan : kan)
Berat sampel + gelang Garispusat,
: D:
Berat gelang + talam: Luas, A :
Berat sampel: Tinggi, H :
Berat sampel kering: Isipadu :
Berat lembapan asal: Ketumpatan,  :
Kandungan lembapan Ketumpatan kering,
asal, mo d:
Nisbah lompang asal,
G
eo  1:
d
Ketepuan asal, So =
mo G

eo
Faktor perubahan nisbah lompang, F =
1  eo
=
H
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

BORANG HELAIAN PENGIRAAN – UJIAN


PENGUKUHAN

GEOTECHNICAL LABORATORY

UJIAN PENGUKUHAN OEDOMETER

REFERENCE : BS 1377 : 1990

Selepas Ujian
Berat sampel + Enapan keseluruhan
gelang + talam = =
Berat sampel kering + Perubahan isipadu =
gelang + talam =
Berat gelang + talam = Isipadu akhir =
Berat sampel basah = Ketumpatan akhir =
Berat sampel kering : Ketumpatan kering akhir
=
Berat lembapan = Nisbah lompang akhir,
ef =
Kandungan lembapan akhir, mf =
mf G
Ketepuan akhir, Sf = =
ef
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

UJIAN TIGA PAKSI

Tujuan :

Menentukan parameter kekuatan ricih bagi sampel tanah yang dibekalkan.

Pengenalan :

Ujian tiga paksi merupakan ujian yang dilakukan untuk menentukan kekuatan ricih
tanah yang paling meluas digunakan dan ia adalah sesuai untuk hamper kesemua jenis
tanah. Kelebihan ujian ini adalah di mana keadaan penyalirannya boleh dikawal, yang
membolehkan tanah tepu dengan kebolehtelapan yang rendah untuk dikukuhkan
sekiranya diperlukan. Selain daripada itu, pengukuran tekanan air liang juga boleh
dilakukan.

Selalunya, sampel tanah yang berbentuk silinder dengan nisbah panjang/diameter


bernilai 2 akan digunakan untuk ujian ini. Sampel tersebut diselongsongkan di dalam
membran getah yang nipis dan diletakkan di dalam balang silinder plastik yang selalunya
diisi dengan air atau gliserin. Di dalam ujian, medium bendalir yang digunakan adalah
air. Sampel tanah akan dikenakan tekanan terkurung melalui mampatan bendalir di dalam
balang tersebut.Untuk menyebabkan kegagalan ricih pada sampel tersebut, tegasan paksi,
yang juga dikenali sebagai tegasan sisihan dikenakan melalui ram pembebanan menegak.
Beban paksi yang dikenakan oleh ram pembebanan bersepadan dengan ubahbentuk paksi
yang diberikan diukur dengan menggunakan gegelung penunjuk atau sel beban pada ram
tersebut. Selain daripada itu, sambungan untuk mengukur penyaliran masuk atau keluar
melalui spesimen tanah atau untuk mengukur tekanan air liang seperti pada keadaan ujian
tersebut juga diberikan.

Terdapat tiga jenis ujian tiga paksi piawai yang selalunya dijalankan iaitu :

1. Ujian Terkukuh – Tersalir (consolidated – drained test, CD)


2. Ujian Terkukuh – Tak Tersalir ( consolidated – undrained test, CU)
3. Ujian Tak Terkukuh – Tak Tersalir (unconsolidated – undrained test, UU)

Walaubagaimanapun, di dalam ujian ini, hanya ujian tak terkukuh – tak tersalir (UU)
dilakukan ke atas sampel tanah yang dibekalkan.
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

Teori :

Di dalam ujian tiga paksi daripada jenis ujian tak terkukuh tak tersalir (UU),
penyaliran daripada sampel tanah adalah tidak dibenarkan semasa dikenakan tekanan
terkurung takungan, σ3. Sampel ujian tersebut diricihkan sehingga gagal dengan
mengenakan tegasan sisihan, Δσd tanpa membenarkan penyaliran. Oleh kerana penyaliran
tidak dibenarkan pada mana-mana tahap, maka ujian ini boleh dilakukan dengan cepat.
Pengenaan tekanan takungan kurungan, σ3, akan meningkatkan tekanan air liang sampel
tanah sebanyak ua. Peningkatan seterusnya pada tekanan air liang sebanyak (Ud) akan
berlaku disebabkan oleh peningkatan tekanan sisihan. Oleh itu, jumlah tekanan air liang,
u, di dalam sampel pada mana-mana tahap pengenaan tegasan sisihan boleh diberi
sebagai ;

U = Uf = Ua + (Ud)f

Ujian ini selalunya dijalankan ke atas sampel tanah lempung dan ia bergantung
kepada konsep kekuatan yang sangat penting untuk tanah berjelekit tepu. Tegasan paksi
tambahan yang dikenakan semasa kegagalan, (Δσd) secara praktiknya adalah sama tanpa
mengambilkira tekanan terkurung tegasan. Oleh itu, sampel kegagalan bulatan Mohr
jumlah tegasan yang terhasil adalah berbentuk garisan mendatar dan oleh itu dikenali
sebagai keadaan sudut geseran sifar,  = 0 dan τf = Cu di mana Cu adalah kekuatan ricih
tak tersalir tanah yang bersamaan dengan nilai jejari bulatan Mohr yang terhasil. Maka;

Cu = ((∆σd)f / 2

Selain daripada itu, jumlah tegasan prisipal major dan jumlah tegasan principal
minor untuk ujian tiga paksi tak terkukuh – tak tersalir (UU) adalah seperti yang
diberikan berikut;

Jumlah tegasan prinsipal major = σ3 + (Ud)f = σ1


Jumlah tegasan prinsipal minor = σ3

Peralatan dan Radas :

Susunan peralatan dan radas untuk menjalankan ujian tiga paksi adalah seperti
yang ditunjukkan di dalam Rajah 1 dan Rajah 2.
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

Penyediaan Sampel:

1. Sampel tanah yang tidak terganggu yang didapati dikeluarkan daripada Shelby
Tube secara berhati-hati supaya tidak menyebabkan apa-apa gangguan kepada
keadaan sampel tanah tersebut.

2. Sampel yang dikeluarkan disediakan supaya berbentuk silinder dengan diameter


38mm dan panjang 76 mm.

3. Sedikit sampel tanah di ambil dari Shelby Tube tersebut untuk melakukan ujian
kandungan lembapan sampel tanah tersebut.

Tatacara Ujian :

1. Dapatkan ukuran ketinggian, berat dan kandungan lembapan sampel.

2. Sampel tanah silinder yang telah disediakan dimasukkan ke dalam membran


getah nipis.

3. Sampel yang telah disediakan kemudiannya diletakkan ke dalam sel ujian tiga
paksi dan seterusnya dimasukkan air daripada system nyah udara (deairing
system) ke dalam balang sehingga penuh.

4. Susunan untuk ujian tiga paksi dipastikan betul.

5. Ujian dimulakan dengan menetapkan tekanan dalam takungan air sebanyak


200kPa.

6. Beban pugak dikenakan secara malar ke atas sample tanah pada kadar
1mm/min.

7. Bacaan pada tolok kegagalan sample dicatatkan bagi setiap 25 bacaan pada
tolok pembebanan sehingga bacaan pada tolok kegagalan menjadi seragam atau
mengalami penurunan atau mencapai nilai maksimum 16mm(mana yang
terdahulu).

8. Ujian seterusnya diulang untuk sampel tanah yang seterusnya dengan


menetapkan takungan air pada 400kPa dan pada 600kPa.
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

Keputusan :

1. Lukiskan graf tegasan paksi melawan terikan bagi ketiga-tiga nilai ujian.

2. Lukiskan bulatan Mohr dan dapatkan nilai kekuatan ricih tanah, c u dan sudut
geseran sifar, ø.

UJIAN TERKUKUH-Tersalir(CD) :

Peringkat 1 Tekanan takungan, σ3 dikenakan dan penyaliran sepenuhnya dibenarkan.


Maka tekanan air liang yang berbentuk (U = U α) adalah bersamaan
dengan sifar.

Peringkat 2 Tegasan paksi, Δσd dikenakan secara perlahan dan penyaliran dibenarkan.
Oleh itu, tekanan air liang ( U =Ud) yang terbentuk hasil daripada
pengenaan Δσd adalah bersamaan dengan sifar. Maka pada kegagalan,
Δσd = (Δσd), manakala tekanan air liang adalah ; Uf = U α + Ud = 0

UJIAN TERKUKUH – Tak Tersalir (CU):

Peringkat 1 Tekanan takungan , σ3 dikenakan dan penyaliran sepenuhnya dibenarkan.


Maka tekanan air liang yang terbentuk ( U = Uα) adalah bersamaan
dengan sifar.

Peringkat 2 Tegasan paksi, Δσd dikenakan dan penyaliran tidak dibenarkan. Oleh itu,
tekanan air liang yang terbentuk hasil daripada pengenaan Δσd adalah
tidak bersamaan dengan sifar (U =Ud ≠ 0). Maka pada kegagalan Δσd =
(Δσ) f , manakala tekanan air liang adalah : u = uf = ua + ( ud)f.

Didalam ujian ini, tiga sampel tanah telah dilakukan ujian tiga paksi tak terkukuh
– tak tersalir (UU) dengan menggunakan tekanan takungan 200kPa, 400kPa dan 600 kPa.
Tiga buah graf tegasan paksi lawan terikan diplotkan hasil daripada ketiga-tiga set data
yang diperolehi. Nilai maksimum tegasan paksi yang diperolehi daripada ketiga-tiga buah
graf tersebut telah dicampurkan dengan tekanan takungan untuk menentukan tegasan
principal major, σ1. Seterusnya, tiga buah bulatan Mohr diplotkan, dengan menggunakan
nilai tegasan prisipal major, σ1 dan tegasan prisipal minor, σ3(tekanan takungan) yang
diperolehi.
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

Perbincangan :

Sekiranya sampel tanah lempung yang sama diuji dalam keadaan tak terkukuh
dan tak tersalir, sampel-sampel tersebut sepatutnya mengalami kegagalan pada tegasan
sisihan, Δσd yang sama. Walaubagaimanapun, di dalam keadaan ujian sebenar yang telah
dilakukan, keadaan ini tidak terjadi. Tanah lempung tersebut telah mengalami kegagalan
pada tegasan-tegasan sisihan yang berlainan. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa
faktor seperti yang akan dibincangkan. Tanah lempung tepu mempamerkan rintangan
yang disebabkan oleh kejelekitannya sahaja apabila diuji dibawah kadar pembebanan
yang cepat. Oleh itu, bulatan-bulatan Mohr yang terhasil daripada ujian tiga paksi tak
terkukuh – tak tersalir (UU) untuk sampel tanah yang sama dan tekanan takungan yang
berlainan sepatutnya memiliki diameter yang sama. Ini seterusnya akan menghasilkan
sampel kegagalan yang mendatar iaitu keadaan di mana sudut geseran adalah sifar (Φ =
0), manakala kekuatan ricih tanah diberikan oleh nilai c u sahaja. Walaubagaimanapun, di
dalam ujian ini, seperti yang dapat diperhatikan pada Graf 4, yang sama dan sampul
kegagalan yang terhasil adalah tidak mendatar. Daripada bulatan-bulatan Mohr yang telah
diplotkan, nilai sudut geseran, Φ yang didapati adalah 5.50 (Φ = 0). Sementara itu, nilai
kejelekitan spesimen tanah, c yang didapati ujian tiga paksi ini pula adalah 67.5 kPa.
Faktor paling utama yang menyebabkan keadaan ini adalah sampel tanah yang digunakan
tidak berada dalam keadaan tepu sepenuhnya. Darjah ketepuan sampel-sampel tanah
adalah sebanyak 78.08%, 95.94% dan 93.18% bagi Sampel 1, Sampel 2 dan Sampel 3
asing-masing.

Keputusan ujian tiga paksi ini yang tidak tepat atau tidak selaras dengan teorinya
(Φ = 0) mungkin disebabkan oleh kewujudan ralat-ralat semasa ujian ini dijalankan. Di
antara ralat-ralat yang mungkin wujud semasa ujian ini dijalankan adlaah seperti berikut:

1. Gangguan yang telah berlaku semasa pengambilan, persmapelan atau


penyediaan sampel tanah untuk diuji.
2. Kebocoran yang mungkin telah berlaku kepada membran yang terlalu tebal.
3. Gelembung-gelembung atau lompang-lompang udraa yang wujud di antara
membran getah nipis dan sampel tanah.
4. Pengenaan beban paksi secara tidak tepat dengan sempurna terhadap sampel
tanah.
5. Kedudukan tolok dail yang tidak tepat atau tidak seimbang sehingga
mempengaruhi nilai tekanan dan terikan yang ditunjukkan padanya.
6. Keadaan peralatan ujian yang tidak sempurna atau yang telah cacat sehingga
mempengaruhi perjalanan ujian.

Untuk mengatasi ralat-ralat yang mungkin wujud ini, beberapa langkah berjaga-
jaga seperti yang dinyatakan di bawah adalah wajar untuk diikuti.
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

1. Perlu dipastikan bahawa gangguan hanya yang paling minima disebabkan


pada sampel tanah semasa pengambilan, persampelan dan penyediaannya.
2. Perlu dipastikan bahawa tiada sebarang kebocoran wujud pada membran
getah nipis yang digunakan di dalam ujian atau lapisan membrannya adalah
tidak terlalu tebal.
3. Kewujudan sebarang gelembung-gelembung atau lompang-lompang udara di
antara membran getah nipis dan sampel tanah perlu diminimumkan setakat
yang boleh.
4. Beban paksi yang dikenakan perlulah secara tepat dan sempurna terhadap
sampel tanah.
5. Tolok dail perlu dipastikan berkedudukan tepat, menegak atau seimbang
untuk memberikan nilai tekanan dan terikan yang tepat.
6. Peralatan ujian perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik dan
sempurna sebelum ujian dimulakan.
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

TRIAXIAL TEST FORM

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

GEOTECHNICAL LABORATORY

TRIAXIAL TEST
REFERENCE : BS 1377 : 1990
Sample
Date

Diam. Area A Ht., L


__________________ __________________________ ____________________________

Vol. Wt. Wet unit. Wt.


__________________ ___________________________ ______________________

Dry unit wt. LRC :


Water content, w % __________ _______________________ _______________

Deformation Load Sample Unit Area Corrected Total Load on Sample


Dial Dial Deformation Strain CF Area, A Sample Stress
Reading ( Unit ) ΔL ΔL/L 1- ε ( ) ( Col .2 x kPa
( ) ( ) LRC
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

TRIAXIAL TEST FORM

Deformation Load Sample Unit Area Corrected Total Load on Sample


Dial Dial Deformation Strain CF Area, A Sample Stress
Reading ( Unit ) ΔL ΔL/L 1- ε ( ) ( Col .2 x kPa
( ) ( ) LRC
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

Unconfined Compressive Strength qx ________ ________ kPa Cohesion = qx / 2 = _________ kPa__

TRIAXIAL TEST FORM

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

GEOTECHNICAL LABORATORY

TRIAXIAL TEST
REFERENCE : BS 1377 : 1990
Sample
Date

Diam. Area A Ht., L


__________________ __________________________ ____________________________

Vol. Wt. Wet unit. Wt.


__________________ ___________________________ ______________________

Dry unit wt. LRC :


Water content, w % __________ _______________________ _______________

Deformation Load Sample Unit Area Corrected Total Load on Sample


Dial Dial Deformation Strain CF Area, A Sample Stress
Reading ( Unit ) ΔL ΔL/L 1- ε ( ) ( Col .2 x kPa
( ) ( ) LRC
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

TRIAXIAL TEST FORM

Deformation Load Sample Unit Area Corrected Total Load on Sample


Dial Dial Deformation Strain CF Area, A Sample Stress
Reading ( Unit ) ΔL ΔL/L 1- ε ( ) ( Col .2 x kPa
( ) ( ) LRC

Unconfined Compressive Strength qx ________ ________ kPa Cohesion = qx / 2 = _________ kPa__


EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

TRIAXIAL TEST FORM

SCHOOL OF CIVIL ENGINEERING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ENGINEERING CAMPUS

GEOTECHNICAL LABORATORY

TRIAXIAL TEST
REFERENCE : BS 1377 : 1990
Sample
Date

Diam. Area A Ht., L


__________________ __________________________ ____________________________

Vol. Wt. Wet unit. Wt.


__________________ ___________________________ ______________________

Dry unit wt. LRC :


Water content, w % __________ _______________________ _______________

Deformation Load Sample Unit Area Corrected Total Load on Sample


Dial Dial Deformation Strain CF Area, A Sample Stress
Reading ( Unit ) ΔL ΔL/L 1- ε ( ) ( Col .2 x kPa
( ) ( ) LRC
EAA304 GEOTECHNICAL LABRATORY

TRIAXIAL TEST FORM

Deformation Load Sample Unit Area Corrected Total Load on Sample


Dial Dial Deformation Strain CF Area, A Sample Stress
Reading ( Unit ) ΔL ΔL/L 1- ε ( ) ( Col .2 x kPa
( ) ( ) LRC

Unconfined Compressive Strength qx ________ ________ kPa Cohesion = qx / 2 = _________ kPa__

You might also like