Cuti Kakitangan Awam Sebagai Keistimewaan Dan Kemudahan

You might also like

You are on page 1of 2

Cuti kakitangan Awam Sebagai Keistimewaan dan Kemudahan

PEMATUHAN KEPADA PERATURAN SEMASA YANG BERKUATKUASA BAGI


PELAKSANAAN KEMUDAHAN CUTI

Sebagaimana yang telah dimaklumi, kerajaan telah menyediakan kemudahan cuti untuk
dinikmati oleh anggota perkhidmatan awam dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti dan
produktiviti pegawai awam di samping dapat menyelesaikan urusan peribadi pegawai.

Sungguhpun demikian, pemberian kemudahan cuti yang diberikan oleh kerajaan kepada
anggota perkhidmatan awam bukanlah merupakan hak seseorang pegawai berkenaan tetapi
ia adalah satu keistimewaan atau kemudahan yang diberikan oleh kerajaan sebagai
pengiktirafan ke atas perkhidmatan yang diberikan.

Oleh itu saya menyarankan agar semua guru dan kakitangan dapat menggunakan kemudahan
cuti yang diberikan sebaik mungkin dengan mematuhi peraturan sedia ada yang berkuat kuasa.
Guru dan kakitangan sokongan janganlah membuat salah tanggapan terhadap konsep budi
bicara.

Budi bicara sering dikaitkan dengan "boleh", bermaksud jika ketua jabatan tidak meluluskan
sesuatu permohonan cuti, maka ketua jabatan tersebut akan dicap sebagai tidak menggunakan
budi bicara. Budi bicara tidak semestinya memihak kepada kebajikan guru dan kakitangan
semata-mata, sebaliknya asas pertimbangan budi bicara itu dibuat adalah seperti berikut;

1. Menjaga kebajikan pegawai tetapi pada masa yang sama memastikan kepentingan
perkhidmatan tidak terjejas.
2. Kekarapan guru memohon cuti pada kadar munasabah dan tidak menjejaskan tempoh
perkhidmatan pegawai (cuti bagi sakit dan sakit berpanjangan mempunyai kriteria lain).
3. Cuti yang diambil tidak memberi implikasi negatif terhadap organisasi (termasuklah kebajikan
murid).

Sehubungan itu, semua guru dan kakitangan yang dinasihati agar tidak meninggalkan tugas
sebelum mendapat kelulusan cuti terlebih dahulu. Sekiranya ada keperluan mendesak untuk
pegawai keluar meninggalkan pejabat atau sekolah, sila isi borang kebenaran di pejabat dan
dapatkan pelepasan daripada pengetua atau penolong kanan mengikut kekananan sekiranya
pengetua tiada.

Sila ambil maklum bahawa tempoh masa untuk pegawai diberi kebenaran keluar adalah tidak
melebihi seperuh daripada waktu bekerja pegawai (tidak termasuk waktu rehat pegawai).
Sekiranya pegawai keluar melebihi daripada masa yang ditetapkan, maka pegawai tersebut
perlu mengambil cuti mengikut kelayakannya (sila rujuk artikel berkaitan)

Semua guru dan kakitangan juga perlu maklum dan memahami peraturan mengenai kebenaran
untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di bawah Perintah Am 5 Bab G dan perlu
dibaca bersama dengan garis panduan yang dilampirkan dalam surat siaran BSM KP
(PP)0069/6/3/Jld.5 jld. 5(71) bertarikh 2 Mei 2012 dan surat edaran JPA bil.
JPA(Saraan)(S)1619 Klt. 16(7) bertarikh 9 Disember 2009.

Semua guru dan kakitangan yang ingin meninggalkan sekolah atau pejabat dalam waktu
bekerja sama ada untuk mendapatkan rawatan ataupun atas urusan lain perlu mendapatkan
kebenaran dan patuh pada garis panduan yang ditetapkan. Antara perkara yang perlu diberi
perhatian adalah seperti berikut;

1. Medapat kebenaran keluar terlebih dahulu dari ketua jabatan.


2. Mengisi borang kebenaran keluar
3. Boleh keluar walaupun atas urusan perbibadi tetapi keutamaan adalah pada
tanggungjawabnya di sekolah, dimana sekiranya urusan tersebut boleh diselesaikan secara
dalam talian, telefon atau dilakukan di luar waktu bekerja.
4. Pengetua boleh pertimbangkan mengikut budi bicara setelah mengambil kira kepentingan
perkhidmatan.
5. Tempoh maksimum keluar ialah 4 jam bagi kakitangan awam atau separuh hari daripada
waktu bekerja (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih rendah. Jika lebih dari masa
yang ditetapkan pegawai diminta mengambil CRK dan cuti lain yang dia layak.
6. Pegawai yang mendapatkan rawatan di klinik atau hospital perlu mendapatkan time slip atau
apa jua dokumen daripada doktor sebagai pengesahan.
7. Tempoh pegawai mengikuti rawatan dianggap cuti sakit, jika pegawai disahkan tidak sihat
8. Kemudahan yang diberi tidak disalahgunakan termasuk dari segi kekerapan penggunaannya.
9. Pegawai yang menerima rawatan berkala boleh mengaturkan sesi rawatan diatur pada sesi
petang jika bertugas pada sesi pagi dan begitulah sebaliknya.
10. Ketua jabatan boleh tetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan tempoh waktu bekerja
yang telah digunakan jika keadaan meninggalkan pejabat satu tindakan yang tidak boleh
dielakkan.

(Tulisan ini dibuat berdasarkan surat edaran KPM KP(PP)0069/6/3/Jld. 6 (10), bertarikh 20 Jun
2012)

You might also like