You are on page 1of 9

Mohd.

Amsyar Shahari

Tingkatan 1 Analitis

Pendidikan Sivik Kewarganegaraan


PENGHARGAAN

Syukur kepada tuhan, saya telah dapat menyiapkan satu tugasan buku skraf yang di-

amanahkan oleh Guru Pendidikan Sivik Kewarganegaraan. Ribuan terima kasih


kepada cikgu Fairuzi Sakimin dan Puan Pengetua Puan Hamimah Ariffin atas bantuan
yang diberikan,terima kasih juga pada rakan-rakan yang memberi idea untuk
menyiapkan tugasan ini. Saya banyak merujuk di laman internet , buku-buku rujukan ,
dan perbincangan dengan rakan-rakan.

Saya berharap kerja kursus ini dapat menepati cita rasa cikgu Fairuzi
Sakimin. Saya tahu banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu saya perbaiki.
Segala teguran dan cadangan daripada cikgu amat saya hargai.

dan saya ucapkan terima kasih.

Sekian, dan terima kasih.

Disediakan Oleh :

MOHD. AMSYAR SHAHARI


PENGENALAN

Kerja kursus ini dihasilkan untuk lebih mengetahui tentang kepelbagaian


cerita kaum yang berada di Malaysia.Ini juga dihasilkan untuk mengatahui
cerita nenek moyang dahulu kala.Ini juga akan bertujuan untuk memberitahu
remaja zaman sekarang tentang betapa pentingnya kita untuk mengatahui
cerita kaum di Malaysia.
PENDAHULUAN

Cerita Rakyat

Cerita rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada


lazimnya, cerita rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa
lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Cerita rakyat
adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama.
Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk
hiburan yang penting untuk orang kampung.

Jenis-jenis cerita rakyat

Sastera rakyat merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi segala


pengucapan indah-indah yang lahir di kalangan, dan tidak saja merujuk kepada
cerita rakyat. Secara kasarnya sastera rakyat boleh dibahagi kepada 2 kategori
yang besar, iaitu sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif.

Cerita rakyat naratif

Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang menghuraikan suatu
peristiwa. Sub-genre sastera naratif termasuklah mitos, legenda, dan juga
cerita rakyat

a) Mitos - Mitos merupakan cerita yang bersifat dogeng yang berfungsi untuk
menerangkan asal usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia
binatang dan penempatan. Pada mulanya, mitos merupakan satu bentuk
kepercayaan yang memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal usul
sesuatu kejadian.
b) Lagenda - Lagenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu
tempat atau peristiwa zaman zilam. Ia mungkin berkisah tentang seorang tokoh,
keramat dan sebagainya. Setiap penempatan yang bersejarah lama mempunyai
legendanya sendiri. Misalnya di Langkawi, kita akan menjumpai legenda
Mahsuri dan di Melaka kita dapat menjumpai legenda Hang Tuah.

Cerita Rakyat - Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di
kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam
c)
masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang,
cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman

Cerita rakyat bukan naratif

Sastera rakyat bukan naratif merujuk kepada pengucapan yang indah-indah


yang tidak mengandungi penceritaan suatu peristiwa. Bentuk sastera ini
sebenarnya wujud di sekeliling kita, tetapi umumnya orang ramai tidak
menyedari kewujudannya.

a) Peribahasa Peribahasa adalah bahasa kias yang digunakan untuk


mengindahkan penuturan di kehidupan seharian. Perkara yang termasuk dalam
peribahasa termasuk perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah, perbilangan
dan kiasan.
b) Teka-teki Teka-teki adalah sastera lisan yang popular di kanak-kanak. Ia adalah
soalan yang disampaikan dengan berirama dan penuh kiasan. Fungsinya
adalah untuk permainan.
Puisi rakyat Puisi rakyat adalah jenis puisi yang merangkumi pantun, jampi dan
c)
mantera.
Kegunaan Cerita Rakyat

Secara ringkasnya, cerita rakyat mempunyai kegunaan seperti berikut:

 Sebagai alat hiburan

 Sebagai alat pengajaran

 Membiasakan masyarakat menggunakan kata-kata yang indah.

 Menumbuhkan di kalangan masyarakat keupayaan menganal dan


 seterusnya mengapresiasi sastera.

 Menjadi dasar penciptaan karya sastera baru. Sumber Rujukan


Cerita 1:

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang - Warisan Budaya Sarawak

Puteri Santubong merupakan cerita rakyat negeri Sarawak yang meniti dari
bibir ke bibir. Ia diperturunkan dari generasi ke generasi kerana ada unsur-
unsur pengajarannya di dalamnya. Selain itu untuk memberi 'logik' kisah
kejadian dan kemunculan sesuatu perkara. Oleh kerana ia merupakan cerita
lisan iaitu cerita mulut yang diceritakan dari nenek, ibu bapa kepada kepada
cucu dan anak-anak kecil, ceritanya sentiasa berubah, berkurang atau
bertambah untuk menyedapkan lagi cerita.

Konon ceritanya pada zaman dahulu kala di sebuah negeri Sarawak terdapat
dua buah kampung yang berjiran tetapi sentiasa bermusuhan. Kampung Pasir
Kuning dan Kampung Pasir Putih.

Bagi menamatkan permusuhan tersebut, Dewata Mulia Raja mengutuskan dua


orang puteri kayangan bersaudara pupu turun ke bumi dan memimpin
penduduk kampung berusaha menuju kearah kemakmuran.
Puteri Santubong memimpin Pasir Kuning, Puteri Sejinjang pula Kampung
Pasir Putih. Mereka sendiri telah bersumpah tidak akan bermusuhan sesama
sendiri dengan terikut-ikut dengan perangai penduduk yang dipimpin. Kedua-
dua kampung mulai mengecap kemakmuran. Kain tenunan Puteri Santubong
begitu unik dan dapat dijual dengan harga yang mahal. Sementara tanaman
padi di Kampung jiran begitu subur dan menjadi.

Kemasyuran Kampung Pasir Kuning memikat kehadiran orang dagang,


termasuklah Putera Serapi dari Matang yang segak dan tampan yang akhirnya
bercinta dengan Puteri Santubong sementara Panglima Putih sakit hati kerana
pinangannya ditolak.
Kampung Pasir Putih dibakar oleh Sang Bualang kerana kecewa cinta ditolak
Puteri Sejinjang.
Puteri itu lari ke istana Puteri Santubong, bersua Putera Serapi lalu jatuh cinta.
Akibat permusuhan lantaran cemburu telah membawa kepada perkelahian
kedua mereka. Sejinjang memukul pipi Santubong lalu Santubong membalas
dengan menikam dengan batang belida lalu Sejinjang bertukar menjadi Pulau
Kera dan Santubong menjadi Gunung Santubong.

Gunung Santubong yang terletak di Sarawak, Malaysia merupakan sebuah


daripada gunung legenda yang terkenal di Sarawak. Ia terletak 35 km di utara
Bandar Kuching. Setinggi sekitar 810 meter, gunung ini terletak di sebuah
semenanjung kecil yang dinamakan semenanjung Buntal yang popular kerana
aktiviti-aktiviti pelancongannya.

Mengikut sejarahnya, pada abad ke-14 Masihi pusat komersial pentadbiran


negeri Sarawak ialah Santubong d mana kuala Santubong menjadi pusat
kunjungan para saudagar dari Timur dan Barat untuk berniaga. Penemuan
pelbagai artifak di kawasan sekitarnya menguatkan lagi dakwaan bahawa
terdapat kesan langsung perdagangan di Santubong kepada penyebaran Islam
dan Hindu di Sarawak.

You might also like