You are on page 1of 4

(WATAK DALAM FORUM INI HANYA REKAAN)

SKRIP FORUM (MASALAH GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA)

Pengacara(P): Mohd Ruzaini


Ahli Panel 1(A1): Taufik Isyhamudin
Ahli Panel 2(A2): Mohd Hafiz

P : Assalamualaikum dan selamat pagi. Masalah gejala sosial dalam kalangan


remaja pada masa kini kian meruncing seperti yang dapat kita dapat lihat
melalui media massa kini terdapat banyak kes jenayah yang melibatkan para
remaja telah berlaku daripada sekadar memontang kelad hinggalah
kesanggupan untuk membunuh insan lain dan hal ini telah membawa kepada
pelbagai masalah samaada dari segi sosio masyarakat dan juga ekonomi
negara. Oleh itu, bersama kita pada pagi ini bagi membincangkan masalah
gejala sosial dalam kalangan remaja ialah dua orang doktor terkemuka iaitu
Dr.Hafiz dan Dr.Taufik. DR.hafiz merupakan pakar motivasi diri dan beliau
juga merupakan penceramah motivasi diri dan telah berceramah hingga ke
luar negara manakala Dr.Taufik pula merupakan pakar psikologi daripada
HUKM dan beliau telah terlibat dalam pemulihan akhlak di Pusat Pemulihan
Akhlak, Cheras.

P : Pada pandangan Dr.Taufik, Apakah penyebab masalah gejala sosial dalam


kalangan remaja ini berlaku.

A1 : Pada pandangan saya, faktor utama kepada berlakunya masalah gejala


sosial dalam kalangan remaja adalah disebabkan daripada pengaruh media.
Media pada masa kini banyak memaparkan unsur lucah dan ganas yang
mana telah membawa pengaruh negatif dalam diri remaja. Terdapat juaga
ceriata yang pada asalnya bertujuan untuk mendidik tentang keburukan dan
akibat daripada gejala negatif seperti Bohsia, KL menjerit, dan KL drift
sebaliknya umpama keris makan tuan mendedahkan lagi remaja kepada
unsur negatif. Dalam dunia tanpa sempada mudah untuk para remaja
mendapatkan akses kepada bahan negatif contohnya melalui internet yang
mana tidak terdapat sebarang penapisan yang boleh digunakan bagi
mengawal penyebaran unsur lucah dan keganasan dalam kalangan remaja.

P : Pada pandangan Dr.Hafiz pula, Apakah mungkin lagi penyebab kepada


berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja?

A2 : Selain daripada pengaruh media yang dinyatakan oleh Dr.Taufik tadi


terdapat juga faktor rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan individu yang
paling memahami diri remaja terbabit disebabkan daripada mereka berada
dalam lingkungan umur yang sama menjadikan remaja lebih mudah untuk
mempercayai dan mengikuti tingkah laku, aktiviti dan pengaruh negatif yang
dibawa oleh rakan sebaya mereka. Contoh paling senang ialah merokok iaitu
masalah disiplin yang banyak dan sukar untuk ditangani di sekolah-sekolah di
Malaysia dan ramai daripada remaja yang terlibat dalam aktiviti merokok
akibat daripada pengaruh dan ajakan rakan sebaya. Lantas menjerumuskan
mereka dalam persekitaran yang negatif. Bercakap tentang pengaruh
persekitaran kita boleh bahagikan kepada dua iaitu masyarakat dan kawasan
kediaman. Bercakap tentang masyarakat ini saya merujuk kepada
masyarakat yang tidak mnghiraukan tentang kegiatan yang dilakukan oleh
para remaja dan ini menyebabkan remaja lebih berani untuk melakukan
kegiatan yang tidak berfaedah tersebut seperti berdua-duaan, merokok,
ponteng kelas dan bergaduh. Terdapat juga masyarakat yang sebaliknya
menggalakkan remaja untuk terlibat dengan aktiviti tak senonoh dan ini yang
merunsingkan kita sekarang. Bagi kawasan kediaman pula contohnya kelab
malam yang beroperasi tanpa had masa bahkan membenarkan lagi remaja
bawah umur memasuki premis mereka. Tempat terbabit merupakan sarng
kepada pelacuran, dadah, dan kongsi gelap yang mana akan merosakkan
remaja kita. Seterusnya, kurangnya didikan agama secara formal mahupun
tidak formal kerana sesungguhnya setiap agama tidak mengajar
kemungkaran dan dengan kurang didikan agama remaja akan kurang ambil
peduli tentang hal-hal kemungkaran.

P : Dr.Taufik ada apa-apa yang ingin ditambah?

A1 : Penerangan yang dilakukan Dr.Hafiz tadi amat terperinci tetapi tidak


dilupakan peranan ibu bapa yang kian hilang kurang memberikan perhatian
akibat kesibukan bekerja turut merupakan faktor kepada masalah ini. Sistem
pendidikan Malaysia yang terlalu berorientasikan kepada peperiksaan telah
menyebabkan pengiktirfan pelajar dilihat lebih kepada akademik dan
bukannya daripada pembentukan sahsiah dan jati diri mereka. Lantas
memnyebabkan mereka yang mempunyai bakat lain berasa tersisih semasa
mengikuti program yang dilakukan di sekolah. Maka hilanglah peranan
sekolah dalam membentuk generasi muda kita.

P : Dapat kita rumuskan daripada apa yang dikatakan oleh kedua-dua saudara
kita penyebab kepada masalah gejala sosial dalam kalangan remaja adalah
pengaruh daripada media yang terdiri daripada media cetak dan media
elektronik telah mendedahkan remaja kepada unsur negatif dan akibat
daripada kurangnya kawalan terhadap sistem maklumat memudahkan lagi
untuk bahan-bahan berunsur negatif sampai kepada remaja. Selain itu,
pengaruh daripada rakan sebaya ngatif terhadap diri remaja menjerumuskan
lagi mereka dengan gejala sosial. Pengaruh persekitaran masyarakat dan
kawasan kediaman mereka telah mendorong mereka untuk terlibat dengan
gejala sosial dan hal ini amat sukar untuk dikawal. Kelemahan sistem
pendidikan negara yang lemah menyabakan keciciran perhatian terhadap
remaja yang kurang menyerlah dalam akademik menjadikan mereka hilang
semangat untuk meneruskan hidup sebaliknya melibatkan diri dengan gejala
sosial.

P : Soalan seterusnya saya tujukan kepada Dr.Taufik. Pada pendapat doktor,


Apakah kesan daripada masalah gejala sosial dalam kalangan remaja?

A1 : Pada pendapat sayalah, kesan yang pertama semestinya akhlak remaja


akan rosak dan menjadikan mereka kurang ajar terhadap orang yang lebih
tua dari mereka hinggakan ada yang menjadi anak derhaka melawan cakap
ibu bapa mereka. Remaja terbabit akan selalunya terlibat dengan kes
jenayah seperti merogol, membunuh, kongsi gelap dan peras ugut. Hal ini,
amat membimbangkan kerana akan hilanglah pelapis generasi muda kita.

P : Bagaimana pula dengan Dr.Hafiz, Apakah pandapat doktor dalam kesan


masalah gejala sosial dalam kalangan remaja?

A2 : Pada pendapat saya, seperti yang dapat kita lihat pergaulan bebas sesama
remaja lelaki dan perempuan makin menjadi-jadi hinggakan ada yang sudah
pun bersekedudukan. Akibat daripada itu terdapat banyak kes buang bayi
yang telah terjadi ada yang dibuang di tong sampah, di masjid dan di tandas
pun ada. Ini menunjukkan betapa rosaknya akhlak mereka sedangkan
binatang pun sayangkan anak. Tetapi ramai juga yang cuba menjadi ibu
tetapi gagal kerana kurangnya sokongan ahli keluarga.

P : Begitu teruknya kesan daripada masalah sosial dalam kalangan remaja


tuan-tuan semua. Akhlak mereka rosak hingga sanggup menderhaka kepada
ibu bapa dan akibat dari itu mereka terlibat pula dengan kes jenayah.
Manakala mereka yang telah terlanjur pula sanggup membuang anak kecil
yang tidak berdosa dalam tempat yang amatlah menyedihkan.

P : Oleh itu Dr.Hafiz, bagaimanakah cara yang boleh kita lakukan bagi
menyelesaikan masalah gejala sosial ini?

A2 : Kita perlulah meningkatkan pendidikan agama di Malaysia dari segi formal


ataupun tidak formal kerana agama dapat membantu membentuk sahsiah
diri remaja yang baik. Program seperti JQAF iaitu pembelajaran Al-Quran dan
fardhu ain perlu dipergiatkan lagi mahupun di sekolah ataupun di surau dan
masjid. Penekanan terhadap pemakaian menutup aurat perlu lebih
ditekankan dan begitu juga batas pergaulan antara remaja lelaki dan
perempuan. Perlulah juga kita mengadakan ceramah keagamaan bagi
membentuk sahsiah diri remaja mengelakkan mereka dari terlibat dengan
gejala sosial mahupun bila sudah meningkat dewasa. Selain itu, ibu bapa
perlu mula kembali memainkan peranan mereka mendidik anak remaja dan
memberikan lebih kasih saying dan perhatian kepada mereka. Ini akan
membolehkan ibu bapa untuk mengawal anak remaja mereka daripada
terlibat daripada gejala sosial.

P : Dr.Taufik pula, bagaimanakah cara yang boleh kita lakukan bagi


menyelesaikan masalha gejala sosial ini.

A1 : Bagi sayalah yang pertama adalah dengan mengubah sistem pendidikan


negara yang terlalu berorientasikan peperiksaan kepada lebih bersifat
pembentukan sahsiah diri seperti yang dilakukan kerajaan iaitu 1 murid 1
sukan yang mana dapat menerapkan semangat kesukanan dalam diri pelajar.
Dalam semangat kesukanan terbabit pelajar akan dapat belajar tentang
bekerjasama, keyakinan diri, berani menyuarakan pendapat dan dapat
membentuk jati diri yang kuat. Komponen sastera dalam Bahasa Melayu
seperti sajak, syair dan pantun jika diterapkan dalam kehidupan pelajar pasti
dapat memberikan iktibar melalui nilai-nilai murni yang disampaikan.
Masyarakat zaman sekarang perlu kembali ke waktu dula ketika masih lagi
sibuk menjaga tepi kain orang dan menganggap anak kau anak aku, anak
aku anak kau juga bukannya marah-marah bila orang menegur anak kita.

P : Kesimpulannya bagi menyelesaikan masalah sosial daripada berlaku kita


perlulah mengutamakan didikan agama dan menerapkan didikan agama
dalam hal sehari-hari seperti menutup aurat dan batas pergaulan remaja
lelaki dan perempuan. Peranan kita sabagai ibu bapa juga perlu lebih
ditekankan agar dapat memberikan kasih saying dan perhatian kepada aanak
remaja. Didikan di rumah turut perlu ditekankan bagi membentuk rohani diri
yang baik. Disamping itu, sistem pendidikan negara perlu diubah agar dapat
membentuk remaja yang mempunyai sahsiah diri yang baik. Seni kusateraan
juga perlulah diterapkan dalam kehidupan sehari-hari. Akhirnya, semangat
rukun tetangga juga perlu disemarakkan semula bagi kebaikan mengatasi
masalah gejala sosial mahupun untuk merapatkan hubungan silaturrahim.

P : Nampaknya masa tidak mengizinkan kita untuk berbual panjang. Oleh itu,
terima kasih kepada kedua-dua Dr.Hafiz dan Dr.Taufik kerana hadir pada pagi
ini. Saya berharap kita dapat bersama-sama membanteras gejala sosial di
Malaysia bagi kesejahteraan hidup bersama. Assalamualaikum dan jumpa
lagi dilain hari.

You might also like