You are on page 1of 9

CONTOH KARANGAN BERPANDU BERDASARKAN GAMBAR BERSIRI DI ATAS.

PELAJAR
DIGALAKKAN MENGUBAHSUAI KARANGAN DI BAWAH UNTUK MEMANTAPKAN
PENULISAN KARANGAN.

PENGENALAN:-
KRITERIA CONTOH AYAT
AYAT Kokurikulum bermaksud aktiviti yang dijalankan oleh pelajar di luar
RANGSANGAN 1 mahupun di dalam bilik darjah dan melibatkan aktiviti unit beruniform,
kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.
AYAT Kementerian Pelajaran Malaysia memberi penekanan kepada aktiviti ini
RANGSANGAN 2 dijalankan oleh pelajar di sekolah, sama ada sekolah rendah mahupun
sekolah menengah untuk melahirkan modal insan kelas pertama.
AYAT Selain itu, 10% markah untuk kemasukan ke Institut pendidikan
RANGSANGAN 3 Malaysia di nilai dari segi penglibatan pelajar dalam aktiviti sedemikian.
AYAT Bahkan juga, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum banyak
RANGSANGAN 4 membantu membina jati diri remaja dalam aspek jasmani, emosi,
rohani, dan intelek kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara.
AYAT ARAHAN Banyak faedah yang akan diperoleh pelajar sekiranya mereka
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
Perenggan Isi Pertama:-
Kriteria Contoh Ayat
Ayat Isi Mari kta berbicara tentang kebaikan unit beruniform kepada pelajar
menggunakan minda pelajar kelas pertama. Antaranya, pasukan unit
beruniform akan membantu pelajar meningkatkan daya ketahanan
mental dan fizikal apabila menyertai aktiviti kokurikulum seperti unit
beruniform.

Ayat Huraian 1 Hal ini kerana, pelajar yang menceburi aktiviti unit beruniform akan
sentiasa didedah dengan cabaran sepanjang menyertai aktiviti
berkenaan .

Ayat Huraian 2 Aktiviti unit beruniform kebiasaannya dijalankan di luar bilik darjah dan
berbeza dengan situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
dan kehidupan semasa pelajar berada di rumah.

Ayat Huraian 3 Justeru, aktiviti unit beruniform ini akan mendedahkan pelajar
suasana kehidupan yang berbeza kerana mereka didedahkan dengan
aktiviti yang mengajar mereka cara-cara untuk menghadapi dugaan
sama ada aktiviti berkawad kaki, perkhemahan, aktiviti menyelemat
atau pertolongan cemas.

Ayat Huraian 4 Contohnya, jika pelajar mengikuti aktiviti perkemahan, mereka akan
mengalami keadaan bergelap di tengah hutan, digigit serangga dan
menjadi hidangan pemangsa seperti nyamuk. Bahkan juga, aktiviti
yang melibatkan aktiviti meredah hutan juga mencabar ketahanan
fizikal mereka.

Frasa Menarik Justeru, aktiviti unit beruniform ini memang mendedahkan


pelajar dengan aktiviti yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal.
Bak kata pepatah alah bias tegal biasa.

Ayat Penegas Tegasnya, aktiviti kokurikulum seperti program unit beruniform amat
berfaedah untuk membina ketahanan fizikal dan mental pelajar.
Perenggan Isi Kedua:-
Kriteria Contoh Ayat
Ayat Isi Mari kita perluaskan skop perbincangan berkaitan faedah pelajar
menganggotai pasukan unit beruinform seterusnya mendidik pelajar
semangat bekerjasama antara rakan sebaya.

Ayat Huraian 1 Pada masa kini, aktiviti kemasyarakat sering diabaikan sama ada
dalam kalangan pelajar, mahupun dalam kalangan masyarakat.

Ayat Huarain 2 Masyarakat sekarang lebih mengamalkan kehidupan bagaikan enau


dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Ayat Huraian 3 Oleh sebab itu, aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform akan
menyemai semula aktiviti kemasyarakatan seperti bekerjasama, tolong
menolong agar menghidupkan suasana kehidupan bertoleransi
terutama masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Ayat huraian 4 Tambahan pula, aktiviti kemasyarakat yang sering diamalkan oleh
masyarakat kampung kini juga telah direntap dan semakin pupus
dalam kalangan masyarakat dibawa arus kemodenan sekarang.

Ayat Contoh Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan mengajar pelajar erti hidup
bekerjasama dengan bersama-sama mendirikan khemah, mencari
kayu api untuk kegunaaan memasak, dan menjalankan sebarang
aktiviti lain sepanjang program berkenaan dijalankan.
Frasa Menarik Konsep tolong menolong ini ibarat aur dengan tebing kerana masing-
masing memerlukan kerjasama untuk menjayakan aktiviti berkenaan.

Ayat Penegas Selain itu, aktiviti kokurikulum juga mendidik pelajar semangat
bekerjasama antara rakan sebaya.
Cuba lengkapkan perenggan isi seterusnya.
Perenggan Isi Ketiga:
Kriteria Contoh Ayat
Ayat Isi Mari kita perhalusi perbincangan seterusnya iaitu aktiviti unit
beruniform dapat membentuk disiplin dalam kalangan pelajar.
Ayat Huraian 1 Sebagaimana kita sedia maklum, seorang pelajar akan dilantik
menjadi pemimpin dalam unit beruniform berdasarkan ciri-ciri
kepimpinan pelajar berkenaan.

Ayat Huarain 2 Justeru, ahli-ahli persatuan unit beruniform kebiasaannya akan


melantik seorang pemimpin dalam kalangan mereka berdasarkan
beberapa kriteria seperti cara berpakaiannya, disiplin pelajar
berkenaan, dan cara tutur katanya, bertanggungjawab dan lain-lain
lagi nilai positif.

Ayat Huraian 3 Hal ini kerana setiap ahli unit beruniform berharap pelajar yang dilantik
sebagai pemimpin persatuan unit beruniform dapat menjalankan
tugasnya dengan baik.

Ayat Contoh Bahkan juga, pemimpin unit beruniform akan menjadi contoh dan
ikutan mereka, sebagaimana ciri-ciri positifnya yang diperbincangkan
di atas.

Frasa Menarik Oleh sebab itu benarlah kata pepatah seorang pepimpin tidak akan
bertindak seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Ayat Penegas Tegasnya, aktiviti unit beruniform dapat dapat membentuk disiplin
dalam kalangan pelajar.
Perenggan Isi Keempat:-
Kriteria Contoh Ayat
Ayat Isi Akhir sekali, kita tumpukan lensa perbincangan kepada aktiviti unit
beruniform dapat membina pengetahuan asas bantuan kecemasan
kepada para pelajar.
Ayat Huraian 1 Sebagaimana kita sedia maklum, Pasukan Bulan Sabit Merah
merupakan unit beruniform yang mendedahkan ahli-ahlinya kemahiran
asas bantuan kecemasan.

Ayat Huarain 2 Namun begitu, Pasukan Pengakap juga merupakan antara unit
beruniform yang mendedahkan ahli-ahlinya kemahiran asas bantuan
kecemasan.

Ayat Huraian 3 Hal ini kerana, kedua-dua pasukan unit beruniform ini sering
mengadakan aktiviti lasak seperti perkemahan, merentas hutan atau
“jungle tracking”, dan aktiviti lasak yang lain.

Ayat Contoh Sungguhpun begitu, Pasukan Bulan Sabit Merah merupakan pasukan
unit beruniform yang sentiasa diberi tanggungjawab untuk memberi
bantuan kecemasan semasa aktiviti sukan sama ada peringkat
sekolah, daerah, negeri, mahupun peringkat kebangsaan.

Frasa Menarik Perkhidmatan mereka amat diperlukan kerana sepanjang aktiviti sukan
kemalangan mudah berlaku . Peribahasa Melayu ada menyebut
malang tidak berbau

Ayat Penegas Tegasnya, aktiviti unit beruniform dapat membina pengetahuan asas
bantuan kecemasan kepada para pelajar.
Perenggan Penutup:-
Kriteria Contoh Ayat
Istilah Penutup Kesimpulannya, kokurilukum banyak faedahnya kepada pelajar,
remaja dan negara.

Ayat cadangan 1 Sebagai seorang pelajar, mereka perlu mengikuti aktiviti kokrikulum
dengan sebaik-baiknya kerana aktiviti berkenaan bukan sahaja
mampu memupuk semangat kerjasama, malah mewujudkan jati diri
dan melahirkan pelajar yang sehat dari sudut jasmani, emosi, rohani
dan intelek.

Ayat Cadangan 2 Bahkan juga, ibu bapa sebagai penjaga kepada pelajar perlu terus
menerus memberi sokongan kepada pihak sekolah dan seterusnya
menggalakkan anak mereka menyertai aktiviti kokurikulum.
Ayat Cadangan 3 Selain itu, pihak sekolah terutama guru-guru yang menjadi penasihat
aktiviti kokurikulum perlu merancang aktiviti kokurikulum dengan
sistematik agar palajar akan seronok dan mampu melahirkan
kepimpinan dalam karangan mereka.

Ayat Cadangan 4 Akhirnya, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu terus menerus


memberi penekanan akan kepentingan kokurikulum di sekolah-
sekolah seperti membuat pemantauan agar aktiviti tersebut dijalankan
dengan sebaik-baiknya.

Ayat Harapan Justeru, dengan sokongan dan kerjasama dalam kalangan pelajar, ibu
bapa, guru-guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia, sudah pasti
usaha untuk mewujudkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.

You might also like